padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Salah Siapa?

Salah Siapa?

/ November 5, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dewasa ini, tak di nafikan memang banyak lagu yang di mainkan di corong - corong radio, stesen televisyen dan pelbagai media lagi yang wujud kini. Selain sebagai menghibur, lagu ini juga kadangkala memberi pengajaran yang mana kita mungkin terlepas pandang.


Seperti yang kita maklum, lagu ini juga sebuah cerita. Cerita yang cuba di sampaikan melalui penambahan irama, intonasi serta gaya tubuh, supaya orang lebih menghayati dan mengingati apa cerita yang hendak di sampaikan.


Aku di sini, bukan untuk mengajar tentang membuat lagu, jauh sekali untuk mempersembahkan karya aku. Hadirnya dalam blog entri kali ini adalah untuk mengulas sebuah lagu yang aku rasa memang hampir dengan kehidupan kita.


Pernah dengar lagu “Berita Kepada Kawan” dendangan Ebiet G Ade? Ya, sebuah lagu lama, tapi aku rasa lagu ini akan terus hidup, mekar malah sentiasa menjadi siulan jika kita benar – benar menghayatinya.


Melalui kaca mata aku sendiri, “Berita Kepada Kawan” menceritakan tentang seorang pengembara yang melalui sebuah kawasan yang gersang. Terlihat anak – anak kecil yang kemurungan, menceritakan ibubapanya telah terkorban sewaktu tanahnya di landa bencana. Antara bait lagu yang menarik,


“barangkali di sana ada jawabnya, mengapa di tanahku terjadi bencana, mungkin Tuhan mulai bosan, melihat tingkah kita ,yang selalu salah dan bangga dengan dosa2, atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita, cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang”


Apa yang cuba aku highlightkan, seringkali kita mengeluh atau gusar dengan setiap perkara yang tidak menjadi kebiasaan atau tidak seperti yang kita harapkan. Selalu cuba untuk menyalahkan atau meletakkan kesalahan pada orang lain, tetapi tidak pula untuk mencari punca itu di dalam diri sendiri.


Seperti lirik lagu di atas, adakah kita tidak terfikir kenapa masakini bermacam penyakit baru muncul, seperti HINI, SARS, selsema burung (sekadar contoh), di mana telah mengorbankan berjuta – juta nyawa? Jawapan aku, mudah saja. Mungkin Tuhan sudah bosan dengan sikap kita yang tidak pandai menghargai, bersyukur malah berterima kasih dengan segala nikmat yang telah di limpahkan.


Mari kita lihat perkara yang lebih hampir dengan diri. Seringkali kita juga merungut, keputusan peperiksaan tidak seperti apa yang hendak di hajatkan. Menyalahkan pengajar, membuat soalan yang susah, tidak memberi sepenuh nota, tapi cuba tanya pada diri, sedalam mana usaha kita untuk berjaya? Sedalam mana minat kita dalam mempelajari sesuatu perkara?


Contoh lebih jelas, penyakit. Tidak dapat tidak, sebagai manusia yang lemah, tidak dapat lari dari penyakit seperti sakit jantung, barah, kencing manis, darah tinggi dan lain – lain penyakit serius. Tetapi adakah kita terfikir, semua itu datang dari diri sendiri? Pemakanan, gaya hidup itu semua boleh menyumbang juga.


Haha, kalau nak ulas lagi, memang panjang jadinya. Aku rasa cukup setakat ini sahaja, 2 – 3 contoh yang aku beri dah cukup untuk kita sama – sama renung dan fikir.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap