Ini tahun ketiga jenama pakaian lelaki, KACAX menghiasi daftar isi blog padinrose.com! Bermula hanya dengan 2 rekaan pada 2016, pada tahun ini, jenama KACAX tampil dengan 10 rekaan unik, eksklusif dan berada di kelas tersendiri.
Butik KACAX Kini Dibuka Di Angsana JB
Jenama barangan lelaki yang meningkat naik, KACAX kini membuka butik pertama di Angsana JB Mall, Johor Bahru. Jenama ini bukan asing di Angsana JB sejak kemunculannya pada 2016 lagi.
Rekaan dalaman butik menggunakan konsep minimalis, mewujudkan elemen kasual bagi memastikan pengunjung lebih selesa dan berpuas hati semasa memilih produk KACAX.
Ruang menunggu butik KACAX wujudkan keselesaan pada pengunjung
Design Eksklusif, Material Berkualiti Tinggi
PR pernah menyatakan pendirian bahawa PR lebih gemar membeli baju raya awal. Tambahan pula dengan kesibukan kerja - kerja hakiki, PR rasa persediaan hari raya lagi cepat selesai lagi bagus!
PR memilih produk KACAX untuk 3 tahun berturut - turut. Melalui komen peribadi, semua produk KACAX merupakan design eksklusif, direka dan dicuba sendiri oleh pemilik butik menggunakan hanya material berkualiti tinggi. Ada sebahagian produk KACAX, di mana kain dan butangnya diimport dari luar negara menunjukkan komitmen pemilik untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan berada di kelas tersendiri.
Kemasan floral di bahagian kolar KACAX Modica
Kemasan double stitch sewing KACAX Gio
Kemasan double fold lining KACAX Mataro 2.0
Fabrik swiss cotton KACAX Vero
Fabrik swiss cotton KACAX Vero kolar bulat
Kemasan logo KACAX di penjuru KACAX Vero
Kurta Moden : Baju Raya 2018
Sebahagian besar produk KACAX menampilkan kurta moden sebagai busana pilihan semasa perayaan Aidilfitri nanti. Pelbagai rekaan, warna, jenis kain termasuk berkolar atau berkolar bulat menanti pengunjung.
KACAX Gio
KACAX Gio Kolar Bulat
KACAX Vero Kolar Bulat
KACAX Vero
KACAX Primo (kiri) dan Modica (kanan),Sedondon Ayah + Anak
Promosi dan Maklumat KACAX
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, berkaitan produk KACAX atau pon promosi - promosi available, anda bolehlah mengunjungi Butik KACAX di:
Butik KACAX
L3.41, Level 3
Angsana JB Mall, Johor Bahru
Facebook : https://www.facebook.com/KACAXORIGINAL/
Instagram : https://www.instagram.com/kacax_official
Sebagai hadiah untuk anda, PR nak bagi kod promo "BG10KACAX", kod yang melayakkan anda mendapat potongan harga 20% untuk semua produk KACAX, baik dewasa mahupun kanak - kanak.
Caranya mudah, hanya printscreen kod di atas, dan tunjukkan pada cashier KACAX bertugas. Jika anda membuat pembelian melalui sistem atas talian, klik pautan ini >> Kod Promo KACAX.
Promosi sah sehingga 10 Jun 2018. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati potongan harga ini untuk memiliki koleksi kurta KACAX. Koleksi yang eksklusif, pada harga yang menarik.
Free gift Limited Edition, dengan pembelian RM150 dan ke atas
Agak - agak, PR ambil rekaan yang mana?... Oppss selalu gambar sorang - sorang, kali ini nampaknya bertiga, istimewa bersama Ciktom dan si comel, Adira! hahah sekian.