padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Sasaran Utama

/ December 30, 2011 /
Jika berada dalam keadaan apa sekalipun, pasti ada sasaran. Kalau berniaga, ada sasarannya. Jika belajar, ada sasaran. Jika bekerja ada sasaran. Jika berblog juga pasti ada sasaran. Senang kata, hidup ni mesti ada sasaran. Perincian setiap sasaran tu sebenarnya membawa kepada satu sasaran yang besar iaitu mencapai kebahagiaan hidup di dunia - pastinya bekalan untuk akhirat jua.


Jika pemain bola, sasarannya adalah menjaringkan gol lebih daripada bilangan gol pihak lawan, supaya boleh memenangi perlawanan. Jika seri, perlawanan akan di tentukan dengan sepakan penalti. Orang kata, sepakan penalti ini hanya bergantung pada nasib. Ya ke?


Bagi aku, baik penalty taker, atau goal keeper, apa yang penting buat mereka ialah fokus. Tidak di nafikan kelebihan buat penalty taker supaya memperdayakan penjaga gol. Jika lalai, kegagalan menunggu anda. Sama macam kehidupan kita, peluang dan kelebihan di atas bahu kita, samada kita boleh atau tidak memanfaatkan peluang tersebut.


Alhamdulillah, 2 sasaran utama aku untuk 2011 telah tercapai dengan jaya. Bagi 2012, aku juga memasang 2 sasaran utama. Hehee, mendirikan rumahtangga dan memiliki kediaman sendiri. Mungkin salah satu daripadanya, atau mungkin juga kedua - dua sekali. Untuk kerjaya, aku rasa aku masih dalam permulaan dan pemantapan.


Sasaran 2012 anda?

Wahai Teman

/ December 28, 2011 /
Salam. Apa khabar anda di sana? Barangkali ada di kalangan anda yang masih bertugas, ada yang baru memulakan cuti, mungkin ada yang masih bercuti dan mungkin ada yang akan memulakan tugas semula. Walau apa pun keadaan anda, di harapkan semuanya baik - baik sahaja.

Wahai teman,
Hehee.. Tahun 2011 ni aku rasakan tahun yang paling manis buat diri aku rasanya. Yelah,memang pon kita di sarankan agar menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.. Sebelum ini mungkin aku rasakan 2009 tahun paling manis untuk di kenang, tapi 2011 ada cerita berbeza. Hee..


My EG

Secara rangkuman, cabang kerjaya : Aku di sahkan dalam jawatan pada pertengahan 2011. Lulus Ujian Induksi Umum dan lulus Ujian Perkhidmatan Awam serta mendapat rekomen dari pengawal pusat, Alhamdulillah aku di sahkan jawatan dalam masa 1 tahun 4 bulan sejak mula berkhidmat. Selain itu, menerusi opsyen SBPA, gred jawatan aku bertukar daripada J 41 (Pegawai Latihan Vokasional) kepada DL 1-1 (Pegawai Latihan Kemahiran).

Hee, untuk peribadi....... aku memiliki kereta pertama pada Julai 2011.. Honda Civic EG9. Mungkin ramai yang tak tahu model ni, tapi bagi penggemar kereta terutamanya Honda, pasti kenal sangat Ferio ni kan? Hee, di jadikan cerita, aku balik kampung Aidilfitri tahun ini dengan kereta tanpa memegang lesen D. Heheh, sebenarnya aku ambil lesen kereta sebulan sebelum beli kereta, tup tup tarikh ujian JPJ di lewatkan.. 

Dalam skop peribadi juga, 2011 memahatkan satu lagi kenangan manis. Bagi yang mengikuti Perjalanan Ini, pasti sedikit sebanyak mengetahui kisah Cinta Pertama yang dah masuk Bab Ketiga. Barangkali mungkin ada di antara anda menantikan Bahagian 4?

Skop blog pula, haaa... 2011, ade 155 blog post, kali terkahir aku periksa PR2 dan alexa Ranking dalam lingkungan 250K. Dari pengunjung, di akui memang ada datang dan pergi hee tapi takpelah mungkin sesetengah blog entry relevan untuk mereka dan sesetengah lagi tak membantu kan?

Aku rasa setakat ini sahaja, jumpa lagi untuk 2012. Adios,

Cuti Rehat Akhir Tahun

/ December 16, 2011 /
Ehemm.. Mulai Sabtu, aku akan bercuti selama 2 minggu, cuti rehat menghabiskan cuti tahunan yang berbaki. Tapi sebelum nak bercuti kena selesaikan beberapa tugas. Biasalah, untuk mengelakkan cuti terganggu hehee..

Tapi, sebenarnya ada juga beberapa perkara yang belum aku selesaikan. Pertama, mengisi sasaran kerja tahunan (SKT) dalam HRMIS. Memang hampeh la application HRMIS ni, slow sangat.. Aku tak tahu la tempat lain, tapi di pusat aku ni memang payah benar nak tembus server.

Keduanya, berkenaan opsyen SBPA. Sampai sekarang belum ada apa - apa taklimat. Aku dah apply cuti, rancang percutian molek - molek, tup - tup taklimat tu akan di buat pada 21 Dec, perghh dah kat kampung tu.. Aku pun tak pasti macamana nak settle tu.


Kalau la Pekeliling tu tulis 100 mukasurat pun, aku rasa peratusan yang kecil je betul - betul faham isi kandungannya. Bilangan lampiran pun tak lengkap, jadi macamana nak minta orang sign sedangkan tidak mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Dan, mulai tahun hadapan, MARA telah mengarahkan semua pusat latihan supaya mendapatkan akreditasi daripada MQA. Maknanya, kena kerja keras la untuk documentation dan segala benda yang di perlukan oleh MQA. Buat masa sekarang, IKMJB telah mendapat pengiktirafan JPA (bagi sesetengah Program la) dan perlu untuk mendapatkan akreditasi MQA pulak.

Uhm, aku rasa setakat ini sahaja. Kepala pun tak berapa betul ni. Memang elok sangat lah aku bercuti.. hehee, ada siapa - siapa nak ikut bercuti? Jom... 

Apa Yang Di Cari?

/ December 13, 2011 /
Emm, sebetulnya aku dah takde idea untuk kemaskini entri terbaru. Maklumlah dah hujung - hujung ni, dalam kepala fikirkan cuti je.. Berehat dan keluar dari kepompong sekejap takde masalah rasanya. Jadi, aku gunakan 6 Ideas for Blog Post untuk membuat kemaskini blog ini.


Bagi pengguna internet, mencari maklumat bukanlah perkara yang sukar masakini kerana semuanya boleh di dapati dengan mudah, mungkin dengan beberapa klik sahaja sudah dapat menemui apa yang di cari, apa yang di mahukan. Apa yang anda mahukan, cuma isi kata kunci (Keywords) di dalam kotak enjin carian, dan... walllaahh... berlambak - lambak keputusannya di page result.


Bagi pembina laman web, blog.... yang tipikal, akan sentiasa alert dengan kehadiran pembacanya. Paling koman pun, mesti ada rasa nak tengok statistik.. berapa jumlah pengunjung sehari, sebulan, popular post, bla.. bla.. hehee, mengaku atau tak, biarkan saja. Diri sendiri yang tahu kan? Hehehh..

statistik blog
Sumber : wowberita.wordpress.com

Bagi aku sendiri kadangkala aku periksa juga perkara biasa orang berblog. Berapa jumlah pengunjung, dari mana pembaca datang, apa yang di cari dalam blog ni, dan termasuk juga perkara teknikal yang tiada formula khusus seperti alexa rank, google PR, bounce rate dan beberapa perkara lagi.


Ya, ada 2 jenis pembaca yang dapat aku kenal pasti. Pertama, regular readers, yang hadir untuk perkembangan kemaskini terbaru.. Aku sangat menghargainya, sebab bukan mudah juga nak menarik pembaca berulang kali ke sini. Kedua, readers yang hadir menerusi enjin carian. Yang buat aku senyum, apa yang mereka cari dan singgah di sini.


Yelah, kalau boleh apa yang di cari dan di baca di sini boleh memberi manfaat dan kebaikan, motivasi... mengikut pandangan aku. Kan tak seronok kalau orang dapat ilmu "petua elak hamil" dalam blog kita, dan di gunakan petua itu untuk berzina? Contoh saja, ya?


Aku senaraikan sedikit kata kunci biasa yang kerap di cari pelawat, dan statistik untuk beberapa entri tumpuan.


"kepentingan menjaga kesihatan, bersyukur, cara melukis, kasut bola nike, persediaan perkahwinan, kepentingan ilmu pengetahuan, tips cemerlang SPM, kebaikan asrama"



Tajuk ArtikelPage Views
Kepentingan Menjaga Kesihatan6897
Tips Persediaan Kahwin3626
Nike Mercurial Victory Jadi Pilihan2135
Kepentingan Ilmu Pengetahuan1596
Sukan dan Kesihatan951
Cara Melukis Dengan Betul Siri 1889
Objek Pertama522

12 Dec 2011

Tak gempak mana, tapi aku berpuas hati rata- rata pembaca masih alert dengan kesihatan, dan ilmu pengetahuan selain carian lain yang menunjukkan minda pencari maklumat masih positif. Anda pula bagaimana, apa yang di cari?


Note | Dalam entry Nostalgia : Saudara, abang aku yang paling kanan, memakai spek hitam

Nostalgia : Saudara

/ December 10, 2011 /
Terasa pantas masa berlalu, sudah bertemu semula hujung minggu, masa yang amat di nantikan untuk bercuti dan berehat. Ehmm, aku teruja dengan maklum balas pembaca tentang entri sebelum ini, "Tahukah Kamu". Terima kasih kepada yang memberi pandangan, pendapat dan ulasan mengenainya.


Singgah di blog Puan Kutu, melayan karenah anaknya, Si Aiman tu.. (Aiman & Adik), teringat pulak kisah nostalgia masa lalu, bersama saudara dekat aku...adik beradik lah, terutama si abang.. hehee.. Pasti saja setiap ahli ada tanggungjawabnya, sebagai abang, kakak, dan adik. Macam aku ni, bongsu memang kena buli je lah...


Tapi kalau dah namanya kanak - kanak, perkelahian memang dah jadi kewajipan pula rasanya. Ada sahaja perkara yang boleh menimbulkan perselisihan. Dalam keluarga, ada 2 je hero, jadi ke mana - mana pun, minat pun hampir sama.


Dari segi minat, kami memang suka bermain bola. Wakil kampung tu, ekekee.. suka beli jersi bola, suka tengok bola.. memang boleh kata hampir sama je lah, hobi melukis, mengumpul model kereta mainan, suka baca komik Hong Kong, modifikasi basikal...dan banyak lah, tak tersenarai kat sini.

nostalgia
Teka, mana satu abang aku? Heh,

Cuma, kalau macam pasukan kegemaran tu tak sama lah. Aku minat Arsenal, dia Manchester United, aku sokong Selangor, dia Perak.. Aku suka baca Lingkaran Terkunci, dia Jejak Wira. Aku pakai Honda, dia pakai Toyota. Jadi perbezaan macam tu lah kadang - kadang menimbulkan perkelahian, ejek mengejek... haha, budak - budak.


Tapi bila di tingkatan 4, dia masuk asrama, aku darjah 6.. aku jadi sunyi, takde kawan dah, heheh.. So, bila form 1 aku masuk asrama jugak, jadi pe'el tu dah berubah. Sedikit sebanyak dah jadi matang la agaknya, dan sejak tu dah macam dingin pulak. Tapi yang aku tak boleh lupa, dia paling banyak tolong aku masa nak masuk universiti dulu.


Sekarang, walaupun dah ada kehidupan masing - masing, tapi ikatan saudara masih kekal sama macam dulu.. tak pernah berubah, tak pernah berganjak. Saudara itulah darah daging kita, jangan sekali - kali menolak mereka ke tepi walau apa pun yang berlaku. Selamanya, mereka adalah saudara kita. Sekian.

Tahukah Kamu

/ December 8, 2011 /
Tahukah kamu apa yang bakal aku tulis dalam entri kali ini? Tahukah kamu bagaimana aku mendapat idea untuk menulis entri ini? Tahu atau tidak, kena baca lah dulu, baru kamu boleh tahu apa yang kamu mahu tahu.


Tahukah kamu, walaupun manusia mempunyai sepasang mata untuk tujuan melihat, tetapi tidak boleh melihat wajah sendiri tanpa bantuan cermin atau ilustrasi foto. Kerana manusia, hakikatnya seakan sempurna tetapi masih ada kekurangan. Jangan mendabik dada mengukur diri sudah hebat, sedangkan diri sendiri masih perlu mengharapkan bantuan orang lain.


Tahukah kamu, kenapa Tuhan sembunyikan matahari sebaliknya menurunkan hujan dan halilintar? Kerana Dia ingin memberikan kita pelangi yang indah. Kadangkala kita resah bila sesuatu ujian dan dugaan melanda. Merungut dan mengatakan diri bernasib malang. Tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang bakal menanti kita.

rumput hijau
Tahukah kamu, kenapa pelangi muncul selepas hujan dan halilintar, bukan sebelumnya? Sebabnya, aku dah muatkan dalam entri Kemunculan Pelangi. Kisah ini mengingatkan tentang pentingnya pengukuhan persaudaraan sesama manusia. Ibarat pepatah, "bersatu kita teguh bercerai kita roboh". bukan bercerai kahwin lain ya!


Tahukah kamu, ada penulis yang bersengkang mata, mengolah ayat, mencari cerita untuk di muatkan dalam ruangan berita, makan entah ke mana, tidur entah di mana demi sesuap nasi belum kira kena maki hamun dengan bos, tapi ada di antara manusia mengaut keuntungan dengan daya usaha kurang dari 5 minit sahaja.


Akhirnya, tahukah kamu, bahawa aku hanya perlukan kamu membaca entri ini dalam 3 - 5 minit sahaja, tetapi aku mahu kamu menghayatinya selagi ia relevan dalam kehidupan kamu. Tidak percaya? Ayuh, mulakan bacaan semula, dan tengok jam anda, 5 minit, bukan??


Note : Tahukah kamu.......... aku nak tidur dah ni, ekekee

Berkias Dalam Kata

/ December 7, 2011 /
Tuturnya beralas, bahasanya berkias. Itulah madah kata yang sering di ujar masyarakat Melayu, dan masih di gunakan hingga dewasa kini. Kiasan dalam berbicara. Tetapi jangan kita sangka, semua pendengar boleh menerka maksud di sebalik kiasan tersebut.


Biasa dengar, "jangan makan banyak tempat, nanti kahwin banyak". Madah ringkas, yang jika anda selidiki, punya maksud yang tersirat. Dari segi maksud hakiki, mungkin jika makan di banyak tempat, kebarangkalian mengotorkan banyak tempat dengan sisa makanan. Belum kira kuah tertumpah, butir nasi bersepah, dan juga bau belacan yang mengundang lalat.


Atau mungkin juga, bagi yang cuba mengeksploitasi, "wah, baguslah boleh kahwin banyak!" Samada sedar atau tidak, kahwin banyak ini mungkin memberi nikmat, tetapi juga bakal pembawa 'penyakit'. Tiada susah di cari susah, umpama "tiada beban batu di galas". Itu belum kira kapak di atas kepala.

pelempang
Persoalannya, kenapa perlu berkias dalam menyatakan sesuatu maksud atau perkara? Ini kerana, penggunaan bahasa kiasan ini lebih lembut berbanding maksud asal yang tidak di tapis. Kita melarang anak berbuat jahat, jika di tegah semakin melawan, ada lah.. Jadi, cuba main psikologinya, cuba dengan psikologi berbalik.


Persoalan kedua, kenapa perlu berlembut dalam menegaskan sesuatu perkara? Supaya, orang yang mendengarnya juga turut lembut hati. Bahasa kiasan ini biasanya di atur dan di garap menggunakan bahasa yang lembut dan indah.


Persoalan ketiga, kenapa menggunakan bahasa yang lembut dan indah? Mudah! Kerana, bahasa lambang budaya kita. Jika kita mahu orang lain menghormati kita, maka kita perlu bermula dari awal, melambangkan ciri - ciri budaya kita. Keunikan bahasa kita. Keunikan budaya kita.


Tetapi, jika dengan cara berkias ini, masih ada golongan penerima yang tidak faham, tidak jelas, sengaja tidak faham, maka di saat itu, anda harus..... harus bertindak lebih agresif, dan boleh juga mengungkap sebagai "kamu ni tak reti bahasa ke?".. "Apa hal bengap sangat kamu ni?" dan beberapa perkataan lain yang di fikirkan wajar.


Justeru, selagi boleh jagalah tutur kata, gunakan bahasa kiasan yang tidak keterlaluan untuk menegur sebarang kesilapan, agar komunikasi yang lebih harmoni akan terjalin. Biar tak kacak, tapi adab kena mahu jaga. Dapat?

Noktah Penghujung?

/ December 6, 2011 /
Sesuatu yang bermula pasti berakhir. Persoalannya, bagaimana ia bermula dan bagaimana pula ia berakhir? Adakah kita mahu ia berkahir dengan kejayaan, atau sebaliknya? Apakah kenangan terindah sewaktu kita berada di dalamnya?


Tidak kira apa jua yang kita lakukan. Hidup di akhiri dengan kematian. Itulah contoh yang paling dekat aku fikir semasa mengetuk papan kekunci ini. Jadi semasa hidup apa yang sudah anda lakukan? Adakah anda mahu mengakhiri hidup dengan penuh dosa dan kejahilan? Adakah anda mahu pengakhiran anda sesuatu yang mengaibkan? Anda yang menentukan.


Berbalik dengan perkara yang aku sebut di awal tadi, sesuatu yang ingin aku kongsikan berkenaan perjalanan kehidupan aku, ialah berkenaan kegemaran aku iaitu bermain bola. Chop! Kerjaya aku bukan pemain bolasepak profesional, tetapi aku memilih sukan ini sebagai alat bantu untuk aku mengekalkan kecergasan, hubungan sosial dengan rakan dan mengisi masa lapang.


Aku mula bermain bola di awal umur 5 tahun, dan sehingga kini, aku masih menendang, berlari, menggelecek, menjaring gol dan menikmati bola sepak. Di sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah di matrikulasi, universiti dan di tempat kerja pun aku masih memilih sukan ini. Walaupun datang dari background yang berbeza tapi bolasepak tidak membezakan semua itu.

padin botak main bola
Bolasepak adalah sukan berpasukan, sukan yang menitikberatkan kerjasama, strategi, kepatuhan, disiplin dan juga kemahiran. Jadi jangan kata "orang bodoh ramai - ramai kejar satu bola"..Bolasepak juga merupakan asas perpaduan [?].


Rekod peribadi aku yang dikira, (yang pastinya akan aku kenang), menjadi penjaring terbanyak Liga Super Asrama 2003 hahaah..dengan 12 gol dalam 7 perlawanan, di UTM menjaringkan 19 gol dalam 25 perlawanan (termasuk perlawanan persahabatan dan sukan antara kolej), 52 gol dalam 16 tournament futsal dan di tempat kerja...... makin kureng lah..


12 perlawanan awal tanpa sebarang gol, dan setelah membeli kasut baru, 8 gol dalam 13perlawanan. Paling mengujakan, aku berjaya menjaringkan satu gol penting ketika kontinjen bolasepak IKMJB memenangi emas di Sukan IKM/KKTM di Masjid Tanah, Mac lalu.

nike mercurial victory
Aku akui, sekarang ni nak main full-time memang tak dapatlah, cepat sangat keletihan. Umur muda lagi tapi keletihan macam orang umur 40. Kadang - kadang malu dan cemburu juga yang berumur masih boleh bertahan. Apa pun, aku rasa 2 3 tahun lagi memang dah sampai penghujung kot aku main bola.


Sekurang - kurangnya ada kenangan manis walaupun terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk jersi, kasut.. hehee, kalau anda yang baca ni rasa aku show-off dengan entri ini, YA memang aku show-off, hahahh.. Sekian,

6 Ideas Blog Post

/ December 4, 2011 /
Normal, penulis blog yang aktif akan terus menerus mengemaskini blog entri terbaru dalam sela masa yang tertentu. Bagi blog peribadi, ia lebih mudah di urus dari segi penghasilan entri (tidak termasuk samada menarik atau tidak). Banyak perkara yang boleh di muatkan, tanpa perlu memikirkan kategori - kategori yang khusus.


Tetapi kadangkala ada juga penulis yang kehabisan idea. Menulis blog ini umpama menyediakan makanan juga. Jika hari - hari di hidangkan ayam goreng, lama - lama boleh jadi jemu dan muak juga. Apa kata sesekali cuba ubah menu lain umpamanya lauk daging, sotong, udang dan kalau nak lebih umphhh masak lobster.


Masih boleh juga kalau kegemarannya ayam goreng, tetapi pelbagaikan resepinya, seperti ayam berlada, ayam masam manis, ayam pahit, ayam kunyit, ayam merah.. dan kalau - kalau ada tambahan, boleh cuba resepi ayam malas. Dapa idea ini?

pendapat padin
Di sini, aku senaraikan beberapa idea yang boleh di gunakan untuk resepi baru dalam blog. Hanya idea, bukan paksaan.

  1. Top 10 Lists - Apa - apa senarai yang anda rasa menarik, boleh jadi pemilihan anda sendiri ataupun dari mana - mana sumber.
  2. Awards - Cipta satu awards yang ringkas, dan minta rakan blogger/pembaca memberi bantuan dalam membuat undian. Seringkas - ringkasnya.
  3. Statistics - Bina statistik ringkas; apa sahaja mungkin berkenaan trafik blog, earning dll
  4. How-Tos & tutorials - Memberi tunjuk ajar kepada pembaca; boleh jadi kraftangan, petua, memakai tudung, origami
  5. Best Book - Buku yang anda baca tidak semestinya di baca orang lain. Kenapa tidak di kongsikan dengan pembaca.
  6. Best of? - Hehehe.. , buatlah rangkuman berkenaan apa sahaja yang anda fikirkan. Blog Masakan Terbaik 2011 versi Padin ialah.... Yatiememories. (contoh sahaja)

Idea ini boleh di gunakan untuk setahun sekali, atau sebulan sekali. Selamat mencuba, :D

GESS Alumni Dinner

/ December 3, 2011 /
Pejam celik dah masuk bulan 12 untuk 2011 ni, bulan terkahir untuk setiap tahun. Biasanya yang seronok budak sekolah la pasal cuti sekolah, tak seronok kalau kena giliran berkhatan, dan mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan lain - lain majlis yang difikirkan perlu.


Bagi aku sendiri, bulan ini agak sibuk dengan menanda kertas jawapan peperiksaan akhir semester. Masa yang di beri agak singkat juga, maka kena habiskan juga menanda sebelum keputusan tersebut di bawa ke mesyuarat senat peringkat pusat dan ibu pejabat. Lepas tu, baru boleh mohon cuti, :D


Cuti tahunan masih banyak berbaki, dah di campur tolak dengan baki bawa ke depan dan GCR, aku masih boleh cuti 2 minggu lagi bulan ni, wohaa! Setakat ni, aku memang jarang - jarang ambil cuti, belum ada kegunaan mendesak.

gess alumni dinner
Oh ya, sebelum terlupa 2 Dec, aku menghadiri GESS Alumni Dinner, anjuran GESS UTM (Gas Engineering Student Society) di Banquet HEMA Hall, UTM Johor. Kebetulan aku free, dan dekat je lokasinya, boleh lah datang hehee.. Tak ramai pun alumni yang datang, tapi kira OK lah boleh duduk dan berjumpa semula.


Gempak - gempak juga position kerja diorang, hehee rata - rata as an engineer lah, tapi aku? hahaha.. PLV pun, jadilah :D. Bila sebut je PLV, junior masing - masing menggaru kepala yang tak gatal. Hahah, takpe. Kalau aku dulu pun, tak pernah tahu pun ada jawatan PLV, ngee~


Ok, itu sahaja kemaskini ringkas untuk posting pertama bulan ini. Selamat berhujung minggu. Jaga diri, hiasi peribadi, taraa..

Letupan Gas LPG

/ November 30, 2011 /
Baru - baru ini, ada lagi kes letupan gas di Noodle Station Cafe, Maju Junction KL. Kes umpama ini bukanlah yang pertama kali terjadi di Malaysia, malah di tempat lain juga berlaku hal sebegini. Letupan gas di percayai berpunca daripada kebocoran paip gas, tapi melalui pembacaan aku masih dalam siasatan samada punca berlaku daripada kebocoran paip secara teknikal ataupun kecuaian pekerja.


Baik, sebelum aku mengulas lanjut, perlu di ketahui gas yang di maksudkan ialah Gas Petroleum cecair (GPC) (liquiefied petroleum gas - LPG). Gas bertekanan tinggi ini di simpan dalam tangki simpanan dalam bentuk silinder dan diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan melalui beberapa siri sambungan paip.


Sifat fizikal bagi LPG ialah mempunyai graviti tentu yang tinggi berbanding udara. Jika gas ini di lepaskan di udara, gas akan berkumpul di bahagian bawah dan jika di ruang tertutup, pengumpulan gas tersebut membuatkan ia lebih mampat dan sekirannya ada sumber api, (ignition), memang akan menghasilkan letupan yang kuat. Perlu di ingat, tekanan dan kandungan bahan bakar yang tinggi akan menghasilkan letupan, bukan kebakaran.

lpg manifold system
Ada orang kata, bahaya. Ya, aku mengakui ia bahaya JIKA tidak melalui prosidur keselamatan yang di perakui pihak berkuasa, kalau di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerja (JKKP). Proses pepasangan talian paip gas perlu mengikut prosidur yang ketat, antaranya [1] MS 930, [2] MS 830, [3] ASME B31.8, Akta Bekalan Gas 1993 dan beberapa akta dan koda amalan lain yang bersesuaian.


Individu yang memegang lesen kompetensi daripada ST sahaja yang terlibat dalam merekabentuk, pensaizan paip, pepasangan, pengujian dan ujilari. Setiap pepasangan memerlukan [4] ATI/ATO dan [5] PTI/PTO dari JKKP dan ST. Jadi, jangan anggapkan pepasangan paip gas seperti pepasangan paip air di rumah.


Jika nak di kata, penggunaan gas ibarat meletak bom, tapi majoriti pengguna sekarang menggunakan dapur gas untuk memasak. Tak takut ke letak bom dalam rumah? Ha, silinder tong gas tersebut telah direkabentuk supaya boleh menampung tekanan LPG tersebut jadi ia selamat untuk di gunakan.

lpg storage
Berbalik kepada persoalan letupan gas LPG di Maju Junction, mungkin boleh jadi; 1. Kebocoran di sambungan paip (injap, meter, pengatur tekanan), 2. Kecuaian orang bertanggungjawab 3. Sabotaj. Heh, ini andaian aku sahaja berdasarkan teori - teori yang aku pernah belajar dulu.


Nota kaki :
1. The Installation of Fuel Gas Piping Systems and Appliances
2. The Storage, Handling and Transportation of LPG
3. American Standards Mechnical Engineers B31.8 (Vapour)
4. Approval to install/operate
5. Permission to install/operate

Dia Kacau Lagi

/ November 29, 2011 /
Kesempatan cuti 3 hari, aku pulang ke kampung. Kebetulan hari Ahad, ada Hari Keluarga sebelah mak aku, dan kediaman aku menjadi tuan rumah untuk majlis yang pertama ni. Hehe, terus terang aku tak mengambil bahagian langsung pasal aku malas. Aku nak bercuti saja.


Aku mengambil keputusan untuk menaiki bas, sebab bulan ni saja dah 2 perjalanan jauh, tambah pula drive sorang - sorang, jadi naik bas saja lebih mudah lagipun cuti pendek saja tak berbaloi memenatkan badan dan menghabiskan duit untuk tol dan minyak. Macam biasa, aku akan menaiki bas Sri Maju dan sampai di rumah jam 4 pagi.


Sepanjang perjalanan, aku tidur ayam je. Bas asyik brek mengejut dan kadangkala membunyikan hon. Aku tengok, orang sebelah aku meringkuk kesejukan mungkin. Nak bagi pinjam sweater, aku pun gigil jugak. hahah, lain kali dah tau nak naik bas waktu malam bawalah baju tambahan.

bas sri maju
Sumber : srimaju.com

Aku sampai jam 4.30 pagi, dan terpaksa berjalan kaki dalam 200m menuju ke kediaman. Kesejukan pagi tu buatkan aku berjalan lebih laju. Tiba - tiba muncul pulak 2 orang perempuan berpersalinan hitam, seorang muda dan seorang lagi ibunya, mungkin. Menyapa aku dengan ucapan salam dan bertanya aku hendak ke mana. Tanpa memikir apa - apa, aku menjawabnya macam biasa.


Bila mereka melepasi aku, tiba - tiba aku berdebar. Pukul 4.30, mereka hendak kemana berjalan kaki? Wajah mereka asing bagi penduduk kampung aku.. Bila aku teringat hal hilaian di pokok rendang, aku terus berlari tanpa menoleh dan bila aku menceritakan pada mak aku, dia kata "mana ada orang baru pindah ke sini".. Adehhhhh


Dah dua kali perkara ni terjadi. Sampai ke pagi, aku asyik teringatkan gerangan 2 wanita yang menegur aku. Pakaian lengkap, wajah sempurna tapi aneh jam 4 pagi berjalan menuju ke perhentian bas. Takkan kerja kilang, pakai pakaian macam nak pergi dinner? Siapa yang tegur? Kenapa tegur? Kalau aku berpaling ke belakang??? Arrghhhhhh....


Baik aku tido ler...

Penilaian Kerja

/ November 24, 2011 /
Dalam konsep pengurusan projek (project management), salah satu kriteria penting bagi menjamin mutu dan kualiti sesebuah projek adalah penilaian kerja (work evaluation). Dari segi definisi, penilaian kerja ialah proses menganalisis prestasi sebenar pada tahap tertentu berbanding dengan perancangan asal.


Ia di buat bukan sahaja untuk mengetahui prestasi sebenar, malah juga sebagai proses mengenal pasti penting dan bernilainya sesuatu program pembangunan melalui kajian dan pemerhatian secara terperinci dan sistematik. Sebagai mudah bicara, ia seakan titik rujukan untuk program yang akan mendatang.


Pasti bosan jika aku memberikan contoh teknikal seperti apa yang aku ajarkan semasa sesi pengkuliahan. Aku cuba heret topik yang lebih dekat dengan anda, supaya dapat menjelaskan penilaian kerja ini boleh di gunapakai untuk banyak situasi.

penilaian kerja
Chapter 6 : Work Evaluation (Project Management)

1. Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia
Kita lihat, kebangkitan skuad bola sepak Malaysia akhir - akhir ini. Adakah ia berlaku dalam tempoh sebulan? Aku pasti, anda akan jawab tidak melainkan anda memang tak pernah main bola. Proses pembangunan ini telah bermula beberapa tahun dahulu, dan keberkesanan program itu di uji dengan beberapa siri perlawanan, dan setiap keputusan di nilai dan di perbaiki sehinggalah pasukan kita menjadi kuasa besar di Asia Tenggara. Dapat?


2. Peperiksaan
Pelajar memang sinonim dengan peperiksaan. Adakah ia sengaja di buat untuk menyusahkan pelajar? Heh, pasti tidak, bukan? Peperiksaan di buat untuk menilai tahap penguasaan pelajar tentang apa yang di pelajarinya (untuk kelas formal sahaja). Tahap penguasaan ini akan menentukan di mana kualiti anda supaya nanti senang majikan memberi gaji setimpal dengan kelayakan. Dapat?


3. Menaiktaraf blog
Hahah masih boleh selit perihal blog dalam tajuk serius ni! Tipulah kalau dari saat mula berblog sampai sekarang, masih tiada apa - apa perubahan dan penilaian sendiri. Pasti ramai juga di kalangan blogger yang bermula dari bawah, membuat penilaian berdasarkan komen pembaca dan diri sendiri. Melalui rujukan dan analisis tertentu, pasti ada sesuatu yang mendorong anda untuk lebih baik dalam berblog. Jangan tipulah.. hahahaha..


Cukup 3 contoh, yang aku rasa memang boleh bagi pemahaman jelas mengenai konsep penilaian kerja. Kalau tak boleh paham jugak, boleh rujuk nota lama, atau pergi ambil semula subjek Pengurusan Projek. :D

Soal Kejiranan

/ November 22, 2011 /
Rata - rata harini pergi ke mana sahaja pasti orang menceritakan kejayaan pasukan Malaysia U23 menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir Sukan SEA malam tadi sekaligus mempertahankan pingat emas pada edisi lalu. Di dada akhbar, di media atas talian dan juga cakap - cakap di kedai makan semua berkisar hal bola.


Kesian tengok jiran kita tu, bukan kesian kalah bola, tapi kesianlah dengan sikap, penganjuran dan macam - macam hal berkenaan temasya tersebut. Mungkin desakan dan harapan menggunung tinggi menyebabkan banyak perkara boleh di persoalkan sepanjang temasya berlangsung, termasuk sikap segelintir mereka yang tidak menghormati lagu kebangsaan negara jiran yang lain.


Menyentuh soal kejiranan ini, memang ia suatu perkara yang besar. Tidak perlu pergi lebih jauh, anda lihat sahaja jiran berhampiran kediaman anda. Adakah anda rasa ia sudah cukup untuk memuaskan hati dalam konteks hidup berjiran? Jika ya, kenapa dan jika tidak, kenapa?

hidup berjiran
Sumber gambar : link

Bagi aku, sekarang konsep kejiranan ini semakin lama semakin luntur. Mungkin perubahan demi perubahan desakan hidup menyebabkan ia terjadi. Sikap tidak ambil peduli, sikap meninggi diri dan beberapa sikap manusia lagi menjadi punca. Heh, ada juga yang mengambil jalan ibarat "jangan jaga tepi kain orang"..


Tambah menyakitkan hati, bila ada jenis manusia yang berfikiran "ah, bukan rumah aku".. jadi mereka boleh berbuat sesuka hati dan berlepas tangan sahaja. Hal ini berlaku di perumahan tempat aku menyewa, ada jiran yang sesuka hati meletakkan sampah di hadapan kediaman orang lain, dan ada yang parkir kereta betul - betul di hadapan kediaman aku.

soal kejiranan
Sekali dua, mungkin lah boleh di timbang tara, tapi kalau dah banyak kali boleh buat aku rasa nak kapak kepala orang je. Buta ke dah 4 bulan aku ulang alik pergi kerja dengan kereta? Dah di tegur tapi sehari dua je dengar kata, jangan sampai jadi abu kereta tu nanti, grrr.. Ini jenis manusia yang eloknya di panah sampai mati.


Buat masa sekarang, aku masih boleh bersabar. Kalau ada dengar berita kereta terbakar di Bandar Baru UDA nanti, buat - buat taktahu je dahla ye? heh, pesan aku pada anda yang membaca, hidupkan semula konsep kejiranan yang harmoni, kalau tak mahu duduk berjiran, tak boleh hidup berjiran, tinggal sahaja dalam hutan, berkawan dengan beruk macam tarzan tu.


Hahah.. Soal negara jiran kita tu? Kasihan.

My Typing Test Score

/ November 21, 2011 /
Hehe, entri sebelum ni aku letak gambar - gambar aku dari umur 3 tahun sampai sekarang. Jarang blogger lelaki buat gitu.. Aku letak supaya sekurang - kurangnya pembaca kenal la sikit - sikit pengemudi blog ni, hahah.. Alhamdulillah cukup sifat, tapi kurang kacaknya, hahah..


Hari ini hari Isnin.. dah cuti dua hari di hujung minggu biasanya nak mulakan kerja memang rasa malas je.. wakakaa.. teringat video yang tunjuk gaya beruang malas tu sorong badan, punya lah malas ekekee.. tapi bila sampai hari Jumaat, melompat - lompat girang macam penguin tu hehee..


Jadi bila boring macam ni, aku selalu bermain dengan cabaran ni. Cabaran yang aku panggil sebagai menguji tahap kecekapan menaip - dapat menaip dengan laju dan kurang kesalahan ejaan.. hahaa,



Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!


Ni rekod aku.. Hehe, anda juga boleh cuba.. nanti masukkan test score dalam ruangan komen ya? :D

20 Tahun Lalu

/ November 18, 2011 /
1989

20 tahun lalu
Gaya bebas

1991

Tugu

1993

Bersiap ke pekan sehari

2009

Mak aku suka betul pakai jubah ni

2010

Terima Kasih, En. Jamal.

Visi Aku Ialah...

/ November 17, 2011 /
Hahah, bulan ni terlebih rajin mungkin, dah masuk blog entri yang ke-12 (boleh cecah 20 agaknya bulan ni). Harapnya pembaca tidak jemu, maklumlah kalau aku dah mula menaip, pasti cecah sekurang - kurangnya 5 perenggan dengan tulisan yang meleret.


Teringat pula blog entri Bro Mail, dan usikan beberapa blogger lain menyatakan blog "perjalanan in" dalam kategori blog serius. Hahah, memang ada benarnya. Aku belek semula arkib penulisan lalu, aku sendiri taktahu manalah datangnya idea aku boleh buat entri - esei - artikel - rencana seserius ini?

mencapai visi dan misi
Jika anda kenal benar dengan aku, personaliti aku bukanlah 100% macam apa yang di terjemahkan dalam blog ini. Aku mengaku. Apa yang di tulis di dalam lembaran ini hanyalah sebahagian dari visi dan misi aku dalam dunia penulisan (blogging), dan di selitkan dengan pendapat dan pengalaman peribadi.


Setiap blog (dan blogger) pasti ada visi tersendiri, berkenaan dengan apa yang di usahakan. Seperti 2 sahabat ini; 1.Visi dan Misi Hadirofie 2. smartzul. Lihat sahaja mereka punya visi dan misi yang jelas untuk blog mereka. Sama juga macam aku, dan pasti anda juga begitu, bukan?

candid raya


Visi aku ialah ingin menjadikan blog ini sebagai sumber motivasi dan inspirasi berdasarkan pengalaman dan pendapat aku. Justeru, bagaimana aku hendak mencapainya?


1. Penulisan standard - aku menjangkakan pembaca datang dari pelbagai jenis, jadi penulisan standard sesuai untuk semua jenis pembaca rasanya, tidak kira pelajar, remaja atau pun dewasa.

2. Artikel yang bermanfaat - aku mengharapkan setiap inci kata yang aku garap beroleh manfaat kepada pembaca. Mungkin boleh di jadikan inspirasi, idea, atau juga sebagai motivasi. Aku berasa seronok melihat statistik enjin carian, pembaca mencari "kepentingan ilmu pengetahuan", "kepentingan kesihatan" dan seumpamanya.


Maka, tidak hairan jika artikel di dalam blog ini kurang unsur humor, kurang gambar - gambar menarik, kurang aktiviti menarik, kurang info menarik... sebab aku pun taktahu macamana nak buat ia lebih menarik, hahahh..


Visi dan misi anda?

MyEG

/ November 16, 2011 /
parking MyEG

Pertanian Menguntungkan

/ November 15, 2011 /
Bila melihat dan membaca artikel Pn Suri tempoh hari, teringat pula akan hal yang pernah aku lakukan sewaktu menunggu kerja (menganggur lah tu). Tamat sahaja pengajian, aku pulang ke kampung, konon - konon berehat panjang la. Seminggu dua masih boleh tahan, masuk minggu ketiga memang bosan rasanya.


Melihatkan tanah di bahagian tepi rumah aku terbiar, aku dan abang membersihkannya daripada tumbuhan renek dan lalang, dan mula menanam sayur - sayur. Antara sayur yang aku tanam termasuklah bendi, cili dan terung. Aku pilih tanaman ni sebab senang nak jaga. Ayam pun dah takde, asyik kena makan dengan musang je.


Abang aku pula menanam tebu, ayah aku menanam jagung, dan selebihnya mak aku menanam sayuran jenis petola dan kacang pelita. Bila bangun pagi je sebelum sarapan, turun ke tapak dulu dan siram mana yang patut dan hujung minggu aku bersihkan sekeliling, buang rumput - rumput kecil yang tumbuh.

ladang tebu
Aku seronok pasal tanaman aku yang berhasil awal. Bendi, sekejap aja dah keluarkan buah dan boleh di petik dan di makan. Terung, lambat sikit. Paling lama nak merasa hasilnya, tebu lah. hahah.. Bila dah masing - masing keluarkan hasil, bersilih ganti la makan. Tapi, aku tak makan sayur yang di tanam tu, maklum saja aku ni tak makan sayur.

mesin tebu tradisional
Jagung, boleh terus di rebus, di bakar atau di buat bubur, dodol dan cucur jagung. :D Tebu? Tebu, abang aku jual pada kawan dia, dan ada juga kami proses sendiri samada mengunyah terus dari batang tebu atau pun di mesin terlebih dahulu. Mesin buatan sendiri, nak penuhkan satu jag, perghhh..



Tapi, tak bertahan lama, dalam menuai hasil yang tak seberapa tu, ada pulak gangguan dari serangga. Ada ulat dalam bendi, dalam terung, daunnya habis di makan, sudahnya terpaksa la melupakan tanaman tu. Aku pun dah mula bekerja dan mak aku buat keputusan tukar tanaman tu kepada pokok pisang (sampai sekarang).


Haihh dah panjang jugak entri ni, aku cadang tadi buat 4 5 perenggan je. Umm takpelah, kesimpulan dari entri ini, bak kata abah aku, "Berbudi pada tanah, tak rugi malah banyak untungnya".. Betul jugak, bukan saja kita dapat menikmati hasilnya, malah juga dapat mengeluarkan peluh.


Note | dalam banyak - banyak tanaman tu, sawi je tak hidup. Ada tips? Hehee

Peribahasa vs Freebahasa

/ November 13, 2011 /
Bila sebut cuti hujung minggu, memang banyak perkara yang boleh di lakukan. Bagi yang berkeluarga, pastinya cuti ini dimanfaatkan bersama supaya dapat lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi kategori lain, mesti ada aktiviti sendiri yang boleh menceriakan anda.


Hujung minggu ini, aku menghabiskan masa membelek komik santai yang terkumpul bertahun lamanya, Majalah Apo?. Ia sebaris dengan komik lain seperti Ujang, dan Gila - Gila. Bacaan santai, penuh humor dan lukisan kartun yang menghiburkan.

peribahasa vs freebahasa
Cover Apo? isu 309

Pun begitu, bukanlah kesemua isi komik tersebut memaparkan humor semata - mata, tetapi di selitkan juga tips, panduan dan juga beberapa fakta menarik untuk di kongsikan dengan pembaca. Antara segmen lain yang menarik minat aku, ialah "Peribahasa vs Freebahasa". Peribahasa Melayu bukanlah asing, tetapi dewasa kini penggunaannya umpama "hidup segan mati tak mahu".


Kalaupun ia masih menjadi siulan, tetapi sering kedengaran peribahasa itu telah di modenkan, senang cakap, ala - ala freebahasa! Bagi pencinta bahasa, freebahasa ini sedikit sebanyak menggubah keaslian dan keindahan peribahasa Melayu lama, tapi kadang - kadang aku rasa masuk akal dan kelakar juga, hahah..


Baik. Mari kita lihat beberapa contoh di bawah, dan anda nilaikan :


note : Berhuruf gelap, peribahasa.


1. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

2. Kalau sudi katakan sudi tidak aku ternanti - nanti, Kalau sudi katakan sudi, kalau tak.. boleh blah lah!

3. Tiada rotan akar berguna, Tiada rotan, pelempang jawabnya.

4. Air di cincang takkan putus, Air di cincang takkan putus, kalau daging di cincang maknanya ada kenduri.

5. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga, Kalau kail panjang sejengkal belilah panjang sikit.


5 contoh di atas cukup rasanya untuk penjelasan keterangan aku di atas sana. Bukan apa, bagi aku biarlah yang lama itu di kekalkan biarpun yang moden ini di antaranya masih mempunyai maksud yang sama. Takut nanti ada pelajar menulis di karangan SPM minggu depan, mahu gelak guling - guling pemeriksa membacanya, hahaha..


Apa kata anda? Hehee..

Penyuntik Semangat

/ November 11, 2011 /
SPM 2011 tak lama je lagi akan bermula. Saat ini, 8 tahun lalu, sebagai salah seorang calon SPM, aku pun gementar juga untuk menghadapinya, bukan apa takut - takut mengecewakan kedua ibu bapa aku. Aku tahu harapan diorang pada aku, sebab anak bongsu memang tinggi, dan Alhamdulillah keputusannya boleh buat mereka tersenyum.


7A 3B 1C. Satu keputusan yang di dalam jangkaan aku sendiri. Heh, aku mengaku bukan mudah untuk mencapai keputusan tu, maklumlah aku bukan budak genius, jadi kena kerja keras lah dan sokongan pihak lain sebagai penyuntik semangat membuatkan aku lebih yakin untuk sukses.

penyuntik semangat
Di sini, aku dedahkan salah satu penyuntik semangat aku untuk menghadapi SPM, :D


Assalamualaikum. Apa khabar? Harap - harap awak sihatlah yer. Lama dah saya tak tulis surat kat awak. Bukannya apa, saya sibuk study. Lainlah awak, dah pandai takyah study pun takpe.


First of all, saya nak ucapkan tahniah atas kejayaan awak mendapat 8A dalam trial baru - baru ni. Tahniah juga di ucapkan kerana berjaya mencapai cita - cita awak untuk mengatasi saya. Apa - apapun, saya sebagai kawan turut berasa gembira di atas kejayaan awak.


Sebenarnya, tujuan saya tulis surat ni untuk ucapkan tahniah jer. Setakat ni, macam mana dengan persediaan? Mesti hampir 100% kan? Saya punya preparation belum mencapai sasaran lagi.


OK lah rasa - rasanya dah takde apa dah yang saya nak tulis menjelang SPM yang tak berapa lama lagi ni, saya ucapkan selamat berjaya dan selamat cemerlang dalam menjawab soalan yang di ajukan. Sebagai seorang kawan, akan sentiasa mendoakan kejayaan awak dalam SPM dan seterusnya dalam mencapai cita - cita awak untuk menjadi seorang jurutera. Saya harap awak juga begitu. Sekian.


Fiza Rauf,
October 5, 2003


Hehee.. Sampai sekarang aku masih simpan penyuntik semangat ni, dan ia surat terakhir yang aku terima sebelum aku menamatkan persekolahan. Masa tu, kaedah persuratan paling popular pasal handphone baru nak glamour, Facebook? hahah, entahla. Surat, baru lah klasik, tak gitu?


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan; jika anda, atau ahli keluarga anda, atau kenalan anda yang akan menduduki SPM 2011, selamat menduduki SPM dan semoga anda berjaya. :D

Menyesal Tak Sudah

/ November 10, 2011 /
Pernah dengar "bila keranda di bawa, baru bercucuran air mata"? Aku pun tak pasti samada peribahasa ini di gunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu, tapi aku selalu tengok penggunaannya dalam komik Lingkaran Terkunci, hahah.


Maksud peribahasa ni, mengikut kefahaman peribadi, bila berlaku sesuatu baru hendak menyesal tiada gunanya lagi, lebih kurang menyesal tak sudah la agaknya. Ehemm, kalau anda hendak makna yang lebih tepat, kena rujuk pada yang lebih arif tentang bahasa la ye?


Setiap tindakan pasti akan adamenyesal tak sudah kesan yang di tinggalkan, samada mencapai pengharapan atau pun sebaliknya. Ia penting lebih - lebih lagi memerlukan kita membuat keputusan dan tindakan tersebut menjadi titik penting terhadap apa yang bakal berlaku kelak.


Perihal menyesal tak sudah ini perlu di elakkan supaya diri tidaklah terlalu rasa bersalah. Bagi individu yang mudah membiarkan perkara lama berlalu, ia bukan menjadi masalah besar tetapi ia sedikit sebanyak mengganggu prestasi jika penyesalan tersebut terus menerus menghantui diri.


Contoh yang boleh anda lihat, taubat. Kita di anjurkan agama supaya bertaubat dan menginsafi diri sebelum kita mati, sebab kalau dah mati memang tak berguna dah. Masa itu baru rasa nak menyesal? Sudah terlambat, kawan.


Contoh lain yang boleh kita ambil, ialah pendidikan dan pelajaran. Gunakan peluang sebaik mungkin untuk menuntut ilmu, dan mencapai prestasi terbaik, kerana peluang hanya datang sekali dan perlu di manfaatkan. Jangan terlalu alpa dan mengabaikan pendidikan kerana jika anda gagal, baru nak menyesal.. memang tak guna dah.


Jika anda menyukai seseorang, ambil langkah bijak untuk memikatnya. Walau apa jua keputusannya, sekurang - kurangnya anda sudah memulakan langkah pertama, takut nanti terlepas kepada orang lain sedangkan peluang sama rata, gigit jari lah! hahah..




Cukup sampai di sini. Harap - harap perkongsian ini mampu untuk mengetuk hati anda supaya lebih waspada dalam tindakan supaya nanti tidak berlaku kes "bila keranda di bawa, baru bercucuran air mata".. jika anda ada kisah menyesal tak sudah ini, sudilah kiranya berkongsi di ruangan komen, dan bagaimana menghadapinya. Pasti seronok berkongsi, bukan?

Tips Memulakan Penulisan

/ November 9, 2011 /
Aku bukan guru Bahasa Melayu, tetapi aku pernah belajar Bahasa Melayu. Kali terakhir aku di uji dalam subjek Bahasa Melayu ialah SPM 2003, dan keputusannya aku beroleh A2. Sebagai orang Melayu, kena la perkasakan bahasa kita, takkan nak suruh orang putih pulak ye tak.


Kita di ajarkan pelbagai cara, dari segi percakapan, gaya bahasa, dan termasuk juga dalam penulisan. Of course la, kalau dalam arena blogging ni, penulisan adalah yang utama. Kalau dah advance kepada Vlog, tu dah masuk bab lain.


Baik. Apa yang aku lihat, boleh di bahagi kepada 2. Ada blogger yang menulis ikut rasa hati, dan tidak memerlukan masa yang lama untuk mencatur ayat terbaik, dan ada blogger yang menggarap rapi setiap madah supaya ia boleh terkesan kepada orang lain. Chop! ada kategori lain iaitu menyalin artikel, jadi aku tak klasifikasikan ia sebagai cara menulis. Anda kategori yang mana?

tips pendahuluan penulisan

Tips Pendahuluan Penulisan


Secara jelas, pendahuluan ini sebagai nadi penggerak kepada sesuatu perkara. Lelaki memikat wanita pasti ada cara permulaan, tayangan filem juga ada permulaan cerita, sama juga bila menulis blog. Pasti ada pendahuluan, dan di ikuti dengan pengembangan cerita. Pendahuluan ini penting sebagai titik tolak entri kita akan terus di baca atau tidak.


Melalui pembacaan dan pembelajaran lepas, aku sisipkan 5 jenis permulaan, iaitu:


Tajuk : Pembunuh Senyap

1. Sejarah
Tamadun dunia merintis kemajuan. Tetapi menyedihkan bilamana manusia kembali berfikir ke belakang. Apa agaknya di fikiran Thomas Edison yang berkali - kali mencuba sebelum terhasilnya lampu, melihat dunia sekarang penuh dengan kegelapan?


2. Statistik/Fakta
Di anggarkan setiap tahun, satu pertiga penduduk dunia mati akibat serangan jantung. Di Malaysia,penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan. Kadar kematian akibat serangan jantung adalah 8.89 orang bagi setiap 100,000 penduduk negara ini.


3. Definisi
Apa yang anda faham mengenai pembunuh senyap? Adakah ia membunuh di waktu pagi, tatkala suasana sunyi sepi? Pembunuh senyap ialah.... bla..bla..bla...


4. Gaya Bahasa peribahasa, puisi
Orang Melayu kaya dengan peribahasa. Salah satu di antaranya, ialah "Singa di padang luas nampak, ular di tepi kaki tidak tahu". Peribahasa ini boleh di kaitkan dengan frasa pembunuh senyap di kalangan penduduk Malaysia masakini.


5. Pendapat
Pembunuh senyap ini memang amat di takuti. Mana tidaknya, senyap - senyap je dah kojol orang tu kan.. Hahah, aku rasa pembunuh senyap ni memang ada setiap masa berhampiran dengan diri kita, samada kita sedar atau tidak je.


Jadi, selepas anda baca entri ini, ada idea untuk buat pendahuluan yang menarik? Ya, contoh yang aku buat di atas ni taklah menarik, maksud aku.. sekurang - kurangnya idea untuk kita mengarang pelbagai versi pendahuluan, itu yang boleh buat lagi menarik. Ye tak? Heh,

Komen anda?

Sudah Tertulis

/ November 7, 2011 /
Tiada rotan, akar pun berguna. Hahah, walaupun liputan Maxis Broadband di Bota ini langsung tiada, tapi Celcom masih ada berkelip biarpun hijau. Kalau dah tegar tu, apa cara sekali pun mesti update blog juga, hahaha.. Macamlah balik JB nanti tak boleh update.. Bosan sebenarnya, kawan - kawan pun tak ramai yang balik kampung.


Sebagai manusia, memang pasti ada silap percaturan. Kalau tak selalu, pasti ada juga terselit sedikit kesilapan dalam menjangka sesuatu benda. Sebabnya? Kita hanya manusia biasa, yang tidak bisa untuk memandang perkara di hadapan, melainkan mengagak berdasarkan pengalaman dan fakta yang telah di ketahui serba sedikit.


Sabtu lalu, aku memulakan perjalanan jam 6.30 pagi dengan harapan mengelak kesesakan lalulintas di jalan Skudai. Perjalanan lancar, jentera memecut dengan baik. Aliran trafik pun tidaklah terlalu padat dan masih boleh memecut sehinggalah ada sebuah lori di hadapan kereta aku, salah satu daripada tayarnya meletup.


Serpihan tayar itu berterbangan dan ada yang menghentam cermin kereta, dan ada yang masuk ke bahagian bawah tayar aku. Dengan kelajuan 150 km/j, sedikit permasalahan boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Sedikit masa sahaja, kereta aku bergegar dan aku agak ia memang ada kena mengena dengan serpihan tadi.

myEG9 @ Tampin
Aku exit di Senawang, dan terpaksa membuat pemeriksaan di bengkel, nyata ada bahagian yang patah, dan perlu di ganti. Dah separuh jalan, alang - alang di bengkel, aku minta dia baiki, termasuklah tukar bearing, buat balancing dan alignment. Nasiblah simpanan untuk kereta masih ada lagi.


Jam 2.30 petang, aku kembali ke lebuhraya, dan agak mendukacitakan, aliran trafik sangat padat dan perlahan, dari Rawang rasanya sampai lah ke Gopeng. Kesesakan di tambah pula dengan hujan lebat, dan ada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dan menyelit masuk semula ke laluan utama, memang aku nak parangkan aje kepala diorang nih!


Akhirnya, aku sampai di rumah jam 7 malam, perjalanan macam dari Johor Bahru ke Kelantan pulak rasanya. Tapi, apa yang boleh aku katakan, sudah tertulis.... Walaupun sebelum perjalanan aku sudah periksa jentera aku, tapi dah nak jadi.. maka jadi juga. Walau dah tahu jalan akan sesak hari Sabtu, tapi kalau aku gerak malam dan rosak, lagi naya...


Apa pun, Alhamdulillah aku selamat sampai, dan harap esok aku balik JB, dah takde masalah - masalah umpama ini. Sekian. :D

Cuti Raya

/ November 5, 2011 /
Sempena Hari Raya Aidiladha, aku dapat cuti sehingga hari Selasa, dan mula bekerja hari Rabu. Di kesempatan ini, aku mengambil peluang untuk balik ke kampung halaman. Kali terkahir aku pulang ke kampung masa Aidilfitri, 2 bulan lepas.


Aku akan memandu berseorangan lagi membelah Lebuh Raya Utara - Selatan, sebelum tiba ke destinasi, lebih kurang dalam 570 km dari tempat aku bekerja nih.. Jadi, sesiapa juga yang ingin memandu pulang ke kampung halaman, atau ke mana sahaja pastikan keselamatan anda.

honda civic eg 9
Periksa jentera anda, supaya tidak menghadapi kesulitan nanti. Kalau kampungnya sejengkal, tak apa lagi tapi kalau berbatu - batu jauhnya, bukan kerja yang mudah. Hee, ok lah short update, bila bercuti ni, blog juga bercuti hahaa, di kampung sana talian internet segan - segan nak muncul.

gambar raya
Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca padinno.com. Smile!

Semarak Api Kemarahan

/ November 3, 2011 /
Anda pernah memasak menggunakan kayu api? Tidak kira memasak apabila kehabisan gas memasak, ataupun memang gemar memasak menggunakan kayu api, ataupun memang tiada dapur gas. Biasanya kalau memasak rendang, memang guna dapur kayu.


Kalau hendak air lekas mendidih, sorongkan kayu lebih dan api akan lebih marak dan mendidihkan air dengan lebih cepat. Kalau dah terlebih api, cepat - cepat keluarkan semula longgokan kayu tadi, kalau tak hangus makanan, diri sendiri yang binasa lapar tak dapat makan makanan yang di masak.


Begitu juga dengan kemarahan. Perasaan marah ini seringkali di kaitkan dengan hati panas, jiwa menggelegak dan hilang kawalan. Perasaan marah ini juga boleh di terangkan dengan gambaran api yang menyala. Tetapi sedarlah, api ini sinonim dengan syaitan, sinonim dengan kehancuran, keazaban di akhirat kelak.

semarak api kemarahan
Api dapur boleh di semarakkan dengan kayu api, dan api kemarahan boleh di semarakkan lagi dengan godaan syaitan -yang memang janjinya akan berterusan menggoda manusia untuk melakukan kejahatan. Jika anda sedang marah, ingatlah syaitan sebenarnya berjaya menghidupkan api, dan mereka akan cuba untuk semarakkan lagi nyalaan api supaya terus membakar.


Anda lihat. Anda dengar. Akibat iri hati, dendam, marah banyak kes jenayah di laporkan di media arus perdana. Bunuh isteri kerana curang, bunuh bapa kerana harta, simbah asid, dan bermacam - macam lagi. Di mana letaknya akal, kalau nafsu menguasai tubuh?


Justeru, lebih baik jangan marah. Tapi kalau ada orang buat anda marah, cuba redakan dengan langkah - langkah yang rasional. Jangan terlalu mengikut amarah, takut nanti orang yang tidak berdosa mendapat bahana. Bukan aku mengata diri aku baik, tidak. Aku jadikan artikel ini juga sebahagian dalam hidup aku supaya aku juga sering beringat. Ketahui langkah untuk elak marah.


Anda pernah masak dapur kayu? Hahah..

Kerana Mereka...

/ November 2, 2011 /
Hujan masih belum mahu berhenti mencurah, menyejukkan bumi yang kian panas mungkin, menyuburkan tanam - tanaman, memberi rahmat berterusan kepada penduduk bumi. Adakah kita masih tidak bersyukur? Syukurlah, mudah - mudahan kita akan berterusan mendapat rezekiNya.


Pun begitu, pendahuluan ini bukanlah merupakan topik yang ingin aku rencanakan, menyentuh keadaan semasa cuma. Jadi, mengenai apa pula artikel kali ini? Baik, aku terus terang aja, untuk pertama kali dalam blog ini, aku ingin menyatakan secara terbuka web/blog mana yang aku suka, dan kenapa blog mereka menjadi pilihan.

bersamamu padinno.com
1. Aku suka blogger yang aktif.
Blog yang sering di kemaskini menjadi pilihan utama aku. Macam blog Diana (sehari purata 3 kali), tehramuan (sehari sekali).. dan ada yang dua hari sekali. Best la blog aktif ni, tiap hari ada artikel/penulisan baru untuk di baca.


Tambah seronok, kalau artikel tu berkenaan dengan info yang baru, original, pendapat, kenangan, pengalaman.. Tu pasal aku suka dengan personal blog, apa sahaja boleh dikemaskini tanpa perlu memikirkan sangat apa keywords yang di gemari pembaca. Ada rohnya yang tersendiri.


Maaf cakap, ada juga blog niche yang aktif, tapi itu bukan pilihan utama lah, mungkin kebanyakan daripadanya di ambil dari mana - mana sumber yang lain, dan di terbitkan semula dan menjadikan artikel tersebut nampak kaku.. dan aku tak tahu nak komen apa. Maaf.


2. Aku suka blogger yang friendly
Friendly ni subjektif, susah nak jelaskan dengan penggunaan bahasa yang sebenar, tetapi secara mudahnya, bila kita mengikuti perkembangan, seolah memang kita sedang mendengar dia berceloteh, memberi ceramah, mengajar memasak...dan lain - lain.


Dan setiap komen yang di tinggalkan, akan mendapat respon owner artikel tersebut, dan itulah yang menjadikan komunikasi tampak lebih hidup dan menjadikan blogsphere ini indah, bukan?


3. Aku suka blogger Hana Zaty!
hahah.. Taklah, maksud aku, suka pada blog yang cantik, kemas dan mudah untuk navigasi. Kadang - kadang tu, content blogger tu best, cuma bila nak baca artikelnya yang lepas agak sukar sebab takde blog archive yang sempurna.


4. Habis dah.. Pendapat anda pula?

2 Tahun

/ November 1, 2011 /
Pejam celik, dah bulan kesebelas kita berada dalam tahun 2011 ni. Pastinya telah banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Mungkin, anda ada perkara yang manis, atau pahit untuk di kenang bagi lembaran 2011 ni. Jika belum ada, anda masih ada 60 hari lagi untuk berbuat sesuatu, mudah - mudahan.


1 November 2011, genap 2 tahun aku berkhidmat di dalam MARA, di IKM JB khususnya. Memegang jawatan Pegawai Latihan Vokasional (PLV), sesuatu yang bukan menjadi sasaran aku waktu dahulu, kini aku makin selesa dengan jawatan dan kerjaya ini.


Jadi, bagi anda yang baru mengikuti perjalanan ini, pastinya untuk lebih kepastian, kerjaya yang aku pilih ialah pendidikan. Aku bekerja sebagai tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA, dan di tempatkan di Jabatan Diploma Teknologi Mekanikal Gas (DMG).

aku seorang plv
Baik. Secara ringkasnya, skop pelajar DMG ialah tertumpu kepada sistem pengagihan *gas hiliran (downstream distribution), pepasangan dan selenggaraan sistem paip bermula dari stesen pintu kota sehinggalah kepada dapur/penunu pengguna. Pelajar akan di berikan latihan termasuklah rekabentuk paip, pensaizan, pepasangan dan juga penyelenggaraan sistem paip gas.


Semester ini (Jul - Dec), aku mengajar 3 subjek, iaitu Gas Flow Measurement & Regulating System (Sem 4), Gas Distribution System dan Project Management (Sem 5). Kalau ikutkan, subjek ini tidak banyak beza dengan subjek yang aku ambil di UTM, mungkin di sana lebih terarah kepada akademik, manakala di IKM, terarah kepada teknikal.


Apapun, 2 tahun ini memang memberikan aku banyak pengalaman baru, dan aku berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik, samada kepada organisasi ataupun pelanggan. Kerjaya di dalam pendidikan ini bukanlah suatu yang mudah, justeru apa yang aku doa dan harapkan semoga aku akan menjadi pengajar yang baik, berkebolehan dan berdedikasi. Aminn.


*gas - hydrocarbon that contains methane, ethane, propane, butane and also known as fuel gases.

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap