padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Dewasakah Kita

Dewasakah Kita

/ November 9, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Semakin hari kita semakin dewasa. Itu hipotesis yang biasa kita temui. Samada ia benar atau tidak, berbalik kepada kita yang mencorakkan garis kehidupan.


Kedewasaan ini rumit. Dari segi pemikiran, cara percakapan, pemakaian atau pun etika pergaulan sosial, melambangkan keperibadian. Samada relevan atau tidak, bergantung kepada keadaan semasa dan penerimaan masyarakat sekeliling.


Kalau dulu, sewaktu kecil, kita hanya fikirkan keseronokan. Tanpa perlu risau bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bila masa makan, kita makan. Bila masa tidur, kita tidur. Dan bila masa untuk belajar, kita belajar. Semuanya telah tersedia rapi.



Anak kecil tidak mengetahui betapa jerihnya si ayah membanting tulang, mencari rezeki demi sesuap nasi, atau pun seteguk air coca cola.. wahahaa.. demand nak air coke pulak. Anak kecil tidak menyedari ibunya berjaga malam, dek risaukan kesihatan anak yang kadangkala demam, lapar, meragam dan bermacam hal lagi.


Kedewasaan mematangkan kita. Berubah untuk menjadi insan yang lebih peka, lebih sensitif dengan nilai kehidupan. Aku tak nafikan, zaman dah berubah, dan akan sentiasa berubah, menjadikan kehidupan lebih selesa, tapi adakah nilai hidup juga perlu berubah?


Semangat kejiranan hampir luntur. Pergaulan bebas, gaya hidup alaf baru kononnya. Tetapi adakah kita sedar, sebenarnya kita merosakkan perubahan tersebut. Pemikiran kembali ke belakang. Cara berpakaian kembali ke belakang. Sikap serta adab juga kembali ke belakang.


Adakah kita bergerak maju, andai semua perkara yang di sebut bergerak ke belakang? Kemajuan demi kemajuan telah di cipta, tetapi kita sendiri telah cuba merosakkan. Tengok sahaja anak muda masakini berpakaian seperti tidak cukup kain, malah kebebasan bergaul mengakibatkan kadar jenayah dan masalah sosial sentiasa di perdebatkan di dada akhbar mahupun media yang lain.


Aku tertarik dengan kata - kata "pengalaman mendewasakan kita". Adakah ia benar - benar mendewasakan kita? Renungkan,


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap