padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Inspirasi Dekorasi Rumah Baru

/ February 29, 2016 /
Bermacam - macam yang bermain di kepala masa ini bila memikirkan perihal masuk rumah baru. Ya, anda tak salah baca. Masuk rumah baru. Selain perasaan teruja mendiami rumah sendiri, aku juga tak sabar nak dekorasi terutama ruang untuk memperaga koleksi model kereta diecast yang aku simpan sekian lama.

Rumah jauh lebih sekadar tempat berteduh. Ia seharusnya meningkatkan nilai emosi dan spiritual penghuninya - John Saladino

Aku bukannya pakar hiasan rumah. Setakat beli, susun dan tunggu jahanam. Nak masuk rumah baru, aku tahu banyak juga cabarannya termasuklah operasi mendekorasi. Kalau tak kena gaya, mungkin boleh menelan belanja yang besar. Maka itu, aku perlukan inspirasi dan sumber rujukan untuk menghias rumah dengan menarik tanpa modal yang besar, ala - ala dekorasi bajet.

Berikut merupakan cadangan yang boleh digunakan sekiranya ingin mendapatkan inspirasi mendeko rumah baru dengan cara yang menjimatkan.

Nusantara Prima Nusajaya

Inspirasi Dekorasi Rumah Baru

1. Cari Idea Dari Sumber Pelbagai
Masakini, banyak sumber yang boleh digunakan untuk mendapatkan idea dekorasi yang menarik. Anda boleh merujuk di enjin carian internet, majalah hiasan dalaman, rumah contoh pemaju perumahan atau melalui kunjungan ke rumah rakan anda.

2. Kawal Budget
Anda juga perlu mengawal budget, lebih - lebih lagi bila masuk rumah baru. Jangan diikut sangat perasaan teruja, kelak nanti terbeli benda yang tidak sepatutnya anda beli. Dah tak jadi dekorasi bajet lah namanya!

3. Beri Nafas Baru
Sekiranya ada perabot yang pernah digunakan di rumah sewa atau rumah lama, cuba beri nafas baru. Jika usang, anda boleh baikpulih atau cuba hidupkan semula dengan sedikit sentuhan kreativiti dan keluar peluh sahaja.

Panduan Berjimat Dekorasi Rumah

Jika anda ingin tahu dengan lebih jelas, anda boleh dapatkan panduan yang dihasilkan oleh Hazlam menerusi Ebook Dekorasi Bajet. Panduan serta pengalaman beliau dalam rekabentuk dan perunding boleh membantu anda bagaimana untuk menghias kediaman tanpa memerlukan kos yang tinggi. Bukan 10 atau 20, tetapi 77 teknik yang efektif bagaimana anda boleh berjimat dalam dekorasi.

Jika anda ingin menghias rumah sendiri dan tidak mahu terbeban dengan kos yang berlebihan, anda boleh dapatkan Panduan Berjimat Dekorasi Rumah sekarang. Anda yang tentukan kepuasan hasil dekorasi anda sendiri, dengan sedikit tunjuk ajar, teknik dan inspirasi yang boleh diperoleh menerusi panduan tersebut.

Note | Bila la nak dapat kunci ni...

Berkuburkah padinno.com?

/ February 26, 2016 /
Pernahkah anda menjejaki dan menelusuri perjalanan ini | padinno.com sebelum ini? Jika jawapan ya ataupun tidak, aku tetap juga ingin memaklumkan domain tersebut telah berkubur. Kesal juga perancangan masa lalu tidak digarap dengan menelitikan kesan jangka masa panjang.

misteps are all the water under bridge. Looking backward when you're trying to go forward is a recipe for disaster 
Itu yang aku garapkan semasa penggunaan domain padinno.com Ogos 2010 lalu. Kini, tiba masa untuk melupakan dan bergerak ke hadapan. Namun, sungguh pun domain telah berkubur, daftar isi dan kenangannya tetap tersemat di dalam blog ini selagi mana aku masih berupaya untuk mengendalikannya.

Kelahiran baru padinrose.com

Bagi tujuan kenang - kenangan, aku terbitkan blog entri ini untuk memperihalkan domain terkini, padinrose.com! Buat masa ini, aku belum memasang niat untuk menggunakan hosting berbayar, cukup sekadar domain sahaja.

Berubah untuk kekal relevan! Ya, aku juga pernah menulis entri mengenainya. Setelah 5 tahun, aku merasakan perjalanan ini | padinno perlukan perubahan untuk terus kekal relevan. Hidup perlu berani mencuba. Hidup perlu berani keluar dari ruang selesa. Hidup perlu berani gagal. Hidup Biar Mencuba adalah rumusan ideal arah tuju padinrose.com buat masa ini.

Perjalanan hidup ini perlu berani mencuba! Sedap juga gabungan 2 description ni, hahahh. Oklah setakat itu. Selamat membaca dan teruskan sokongan anda kepada padinrose.com!

Projek Pertama Diorama Diecast

/ February 22, 2016 /
Bagi peminat koleksi diecast model, pasti ada cara tersendiri untuk menyimpan dan memperagakan koleksi masing - masing, terutama sekiranya harga sebuah model mencecah ribuan ringgit. Agak membosankan juga kalau terperuk di dalam kotak dan disusun biasa - biasa sahaja.

Diorama Padin angle 1

Beberapa tips dan panduan (mengikut pandangan kolektor lain) yang boleh digunakan untuk menukar situasi di atas dengan kaedah:
  • Custom Diecast - Mengubah warna/ menambah decal supaya unik dan eksklusif
  • Display Room - Mewujud ruangan khas dengan acrylic / almari kaca
  • Diorama - ??

Apa Maksud Diorama

a scene, often in miniature, reproduced in three dimensions by placing objects, figures, etc., in front of a painted background [1]

Projek Pertama Membina Diorama Diecast

Diorama boleh dibeli siap, tetapi untuk pilihan yang lebih meluas anda boleh bina diorama sendiri. Melalui pengalaman aku dalam projek pertama membina diorama, memang memerlukan perancangan teliti serta kesabaran tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Projek diorama pertama ini, aku menggunakan sepenuhnya bahan asas semasa kelas Pendidikan Seni; antaranya kadbod keras, liquid paper, kertas pelekat, plastic cover untuk folio dan gam. Projek berskala 1:43 ini bermula April 2015 tetapi tertangguh sehingga sekarang. huhuuu...

Deraf Diorama

Diorama Padin angle 2

Ruang Pejabat

Pandangan Pelan

Setakat entri ini ditulis, belum ada apa - apa tambahan lagi rekabentuk projek pertama diorama ni. Mungkin aku kena develop sedikit demi sedikit, sekurang - kurangnya ada juga aktiviti hujung minggu. Nak dapat semangat tu..... aduhai!

[1] Sumber

Belajar Teknik Mencanting Batik

/ February 16, 2016 /
Batik, merupakan salah satu cabang seni yang aku minat selain melukis dan teknik anyaman / origami. Cuma, pendedahan kepada seni batik ni agak terhad menyebabkan minat tersebut dipendamkan sahaja.

Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha - pengusaha kraf

Kunjungan ke Kuala Terengganu memberi peluang untuk aku singgah di Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC), dengan harapan dapat belajar teknik mencanting batik dan hasilnya bolehlah disimpan sebagai tanda kenangan. 

Tidak dinafikan, banyak saluran yang boleh diteroka untuk belajar kaedah mencanting batik, namun aku lebih gemar melihat di depan mata dan mencuba sendiri pada masa yang sama.

Kata orang, langit tidak selalu cerah. Aku tidak bernasib baik kerana tiada aktiviti mencanting batik semasa kunjungan aku ke kompleks tersebut. Samada memang tiada atau aktiviti ditangguh, tiadalah aku mendapat jawapan kerana aku malas nak bertanya. Huhuu.... 

Jadi, aku ambil keputusan untuk mewarna sahaja batik yang telah siap dicanting. Sekurang - kurangnya ada juga aktiviti dan tanda kenangan aku di NACC. Harga bagi seunit batik ini adalah RM15. Layan...

Uji padanan ton warna yang sesuai

Warnakan bahagian daun sepenuhnya

Warna objek telah selesai

Penghasilan warna latar

Fokus!

Hasil yang tak berapa memuaskan. Aiyyyaaa

Sekian.

Daya Penarik Taman Tamadun Islam

/ February 12, 2016 /
Dalam daftar-isi percutian di Kuala Terengganu, aku sempat juga meluangkan masa berkunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man. Taman ini menjadi lokasi menarik juga untuk pelancong, sambil boleh beriktiqaf sebentar di Masjid Kristal.

Taman monumen TTI menawarkan pelawat - pelawatnya pengalaman yang unik. Memaparkan 23 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated

Bayaran masuk ke taman monumen ini adalah sebanyak RM 21.20 bagi dewasa. Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan kanak - kanak berusia antara 7 - 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM 15.90. Bagi tiket dewasa, disertakan sekali baucer makan RM2 dan baucer cenderahati RM2. OK ke tak OK hal bayaran? Layan...

Landskap TTI
Landskap TTI

Taman ini juga menyediakan perkhidmatan basikal, buggy dan tram. Kadar harga berbeza mengikut perkhidmatan yang disediakan, bermula dengan serendah RM 5.50 sehingga RM 159.00. Aku mengambil keputusan untuk melangkah dengan kaki sahaja.

Perkhidmatan Buggy di TTI
Perkhidmatan Buggy di TTI

Sebelum keluar dari Taman ini, bolehlah berbelanja di kedai cenderahati untuk tanda kenang - kenangan. Boleh tengok - tengok juga promosi jualan yang sedang berlangsung untuk penjimatan. Baucer cenderahati boleh ditukar di premis tu.

Jadi, menurut pemerhatian aku sepanjang kunjungan:

Menarik Di Taman Tamadun Islam

  • Penggunaan pasport sebagai tiket masuk nyata memberikan kelainan - terdapat juga info berkaitan monumen yang dilawati - elak terlepas pandang 23 monumen kesemuanya
  • Pembinaan replika yang hampir sempurna seperti binaan asal
  • Menyediakan paparan video bagi beberapa monumen terpilih

Kureng Di Taman Tamadun Islam

  • Perancangan penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Semasa lawatan, ada 2 - 3 buah monumen dalam fasa penyelenggaraan. Wayar dan kabel berserakan di lantai dan tidak ditanda dengan tali keselamatan
  • Terdapat replika yang terlalu besar dan tidak relevan dengan pembinaannya yang 'biasa' sahaja

Mari layan gambar yang sempat aku rakamkan semasa lawatan. Tak tunjuk semua, nanti tak surprise la kalau anda memasang niat hendak melawat TTI.

Aleppo Citadel
 Aleppo Citadel

Great Mosque of Agadez
Great Mosque of Agadez

Masjid Nabawi
Masjid Nabawi

Taj Mahal
Taj Mahal

Masjid Negara
Masjid Negara





Xian Mosque
Xian Mosque

Layan lagi dengan saiz gambar lain pulak

Masjid Biru


kubah As - Sakhrah
Reka Bentuk dalaman kubah As - Sakhrah


Masjidilharam

Sultan Mosque, Singapura
Sultan Mosque, Singapura

TTI Waterwheel
TTI Waterwheel

Melancong : Kuala Terengganu

/ February 10, 2016 /
Aku mengambil keputusan cuti Tahun Baru Cina 2016 digunakan untuk melancong ke Kuala Terengganu. Percutian dalam negara pun bagus juga, maklum saja masih banyak lagi tempat menarik yang belum dan harus dikunjungi.

Keluarlah mengembara sementara anda masih muda dan berkemampuan, lihatlah dunia ciptaan Ilahi - unknown

Agak lewat membuat perancangan, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Beberapa lokasi yang menjadi tarikan utama sempat dikunjungi sepertimana yang dirangka sebelum percutian. Terima kasih aku ucapkan pada rakan blogger, ciktom yang menjadi pemandu pelancong sepanjang aku di sana.

Lokasi awal yang aku kunjungi adalah Kampung Cina; yang menjadi tarikan dengan hiasan lukisan mural di dinding lorong, kedai yang berwarna - warni dan struktur bangunan tradisional yang masih baik. Kemudian, panjangkan langkah ke Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang), Bazaar Warisan dan mendaki anak tangga ke Bukit Puteri.

Masjid Kristal, Terengganu
Masjid Kristal, Pulan Wan Man

Lokasi lain, termasuklah melawat Taman Tamadun Islam (TTI)Masjid Kristal, melihat khazanah di Muzium Terengganu, cuba mencanting dan mewarna batik di Kompleks Kraf Noor Arfa serta santai di Pantai Awam Batu Buruk.

Masjid Terapung Kuala Ibai
Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung

Masjid Rusila, Marang
Masjid Rusila, Marang

Masjid Negara
Masjid Negara, @monumen TTI

Aleppo Citadel, Syria
Aleppo Citadel, @monumen TTI

Sultan Mosque, Singapura
Sultan Mosque, Singapura @monumen TTI

Muzium Negeri Terengganu
Muzium Terengganu

Heheh, banyak gambar masjid ada kaitan dengan niat nak membina masjid ke? Niat tu memang ada, tapi entah apa waktu dan ketika. Tu bukan melancong namanya, tapi melencong.

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap