padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Prestasi Terbaik

Prestasi Terbaik

/ November 2, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Penilaian merupakan satu parameter atau kayu ukur bagi menentukan prestasi sesuatu perkara. Penilaian boleh di buat dalam pelbagai cara dan tindakan, sesuai dengan perkara yang hendak di nilai.


Sebagai contoh, pelajar akan menghadapi ujian penilaian di akhir tahun/semester supaya dapat mengenal pasti prestasi pelajar tersebut, samada dari kefahaman, kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah.


Contoh lain yang boleh kita tengok, apabila menjalankan sesuatu projek, kita perlu menilai sejauh mana keberkesanan perancangan, perlaksanaan dan pengawasan, supaya hasil kerja atau produk yang kita buat tidak menghadapi masalah dan jaminan kualiti yang tinggi.


Aku cuba mengaitkan kaedah penilaian prestasi ini dalam kehidupan seharian, dan juga mengenai berblog ini. Memasuki bulan November, bolehlah di katakan genap setahun aku memegang jawatan sebagai Pegawai Latihan Vokasional. Jadi, dalam setahun ini banyak perkara yang boleh di nilai.


Aku suka membuat penilaian, supaya mudah aku mengenalpasti, memperbaiki segala kecacatan atau kelemahan diri aku. Dah setahun bekerja, bukan lagi masa untuk aku merasa selesa, sebaliknya cuba untuk mempertingkatkan prestasi kerja aku, bukan saja untuk diri aku sendiri malah memberi manfaat kepada organisasi.


Prestasi terbaik adalah perkara subjektif. Namun, untuk mencapai prestasi ni, banyak perkara yang perlu di ambil kira. Pengorbanan. Kesetiaan. Kesungguhan. Komitmen. Aku rasa ini elemen yang perlu aku siap-sediakan terlebih dulu bagi mencapai prestasi terbaik.


Begitu juga dengan berblog ini, banyak perkara yang perlu di titikberatkan. Ada yang merasakan sudah selesa dengan kedudukan dan populariti, ada yang sentiasa berusaha, ada yang melalui jalan singkat untuk berjaya, semuanya berharapan mencapai prestasi terbaik.


Bagi aku sendiri, kedua - dua cabang ini, kerjaya dan berblog mempunyai konsep yang sama. Jika kita gigih berusaha, sentiasa memberi komitmen, dan sedia dengan perkara baru, tak mustahil kita juga akan mengecapi prestasi terbaik. Kita jangan terlalu mudah berpuas hati dengan setiap perkara, kerana semakin hari sebenarnya kita makin ketinggalan jika kita tidak berusaha memperbaharuinya.


Prestasi padinno.com dalam Alexa Traffic Rank, setakat ini yang paling tinggi adalah 1,206 -MY (7 Oktober 2010) dan yang terkini adalah seperti paparan berikut. Aku akan cuba untuk menjadikan nombor itu lebih kecil, supaya aku mudah mengingatnya hahahaa..

alexa rank
Sedikit persoalan kecil, adakah padinno.com sudah mencapai prestasi terbaik? Bagaimana komen anda?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

1 comments:

{ Yanie J } on: 23:36 said...

insyaallh padin klo b'usaha keras msti lg baik..alexa padin pn da byk peee..

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap