padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Pemeriksaan Kesihatan Blog

/ May 28, 2012 /
Bak kata Adilah, mengemaskini blog dengan entri terbaru bukanlah susah mana. Merapu, merapu dan merapu kemudian publish! hahahh.. Kadang - kadang jika terlalu berfikir untuk 1 entry bukan ada orang nak ambil pusing sangat, aku kira boleh jalan juga idea adik manis ni, :D

Lain pula dengan Mak Lagenda, "3 in 1 pun 3 in 1 lah din oiiii...janji ilang windu mak nk terjah sini. Ekeke.." Jika mengambil kira kedua - dua statement blogger glamour nih, tulis je lah apa - apa yang rasa hendak di tulis, asalkan tidak mengganggu gugat rumah tangga orang lain.. Oppss.. itu aku tambah sendiri.

Setelah sekian lama, aku kembali membuat pemeriksaan pada blog aku ni. Tuan dia dah periksa kesihatan, blog pun kena periksa juga. Untuk setakat hari ini, padinno.com masih kekal pada kedudukan PR2, Ranking alexa pada kedudukan 814,650 dan page load time adalah 2.74 s (menggunakan GTmetrix analisis). Emm sihat ke tak dengan kedudukan macam tu? Biarlah dia, hee..

Sambil menyemak Analisis GetClicky, aku menyemak katakunci yang selalu mendatangkan pelawat/pembaca ke blog ini. Macam tak kena je ayat ni kan, tapi takpelah kepada guru bahasa, minta maaf jangan salahkan penulisan ini. Katakunci kesihatan memang menjadi nadi utama, kalau blog ni bertukar ke niche kesihatan, aci tak? Wah, sila panggung pulak aku daripada pengajar teknikal nak masuk dunia perubatan dan kesihatan.


Antara kata kunci lain yang membawa pelawat ke sini ialah teknik melukis, tidak kira lah teknik melukis permandangan, manusia, kerangka manusia mahupun teknik melukis bahagian tertentu pada tubuh manusia. Hmm, kalau lah aku mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melukis, memang aku dah buat blog ni niche seni lukis... hahahaa impian je tinggi, tapi masih sedar diri.

Tetapi ada juga katakunci yang buat aku tersenyum, ada ke patut mencari "pantun orang marah", wohaaa kalau mencari pantun memikat hati ataupun pantun memujuk kekasih, ok la jugak rasanya. Sebut pasal pantun, satu blog ni pasti senyum lebar dengan hasil carian pantun. Tak gitu, Cikgu Tehr? hehehh..

Tak sangka, dah sampai ke perenggan ketujuh, aku rasa patut aku hentikan entri setakat ini. Oh ya, sekarang ni dah heboh sangat ye pasal siapa pembida plat pendaftaran tertinggi tu. Hmm, WWW 1. Hehee aku pun kalau boleh nak juga plat yang best, PAD 117. Kalau ada orang guna, jual lah pada aku, letak harga rendah - rendah, sudahlah.. :D


OK, itu sahaja. Pemeriksaan kesihatan diri sudah, pemeriksaan kesihatan blog pun sudah, lepas ini mahu periksa apa ya? Ouhhhh..... pemeriksaan jawapan student!!! Marking....Marking......

Mengarut Sahaja

/ /
Wah, dah nak habis bulan 5! Hehee, apa lagi yang nak di karutkan dalam blog ni ye? Kalau tukang karut, pasti banyak je idea, tapi masalahnya aku ni bukanlah tukang karut. Keh Keh Keh... Ok, serius sikit.

Umm, Oktober lepas aku pernah memeriksa kandungan kolesterol dalam darah. Tak pasti lah istilahnya dalam darah ke atau dalam badan, tapi masa pemeriksaan tu kena ambil darah la.... Hahahh.. Selepas 6 bulan, aku datang dan membuat pemeriksaan kali kedua.

Keputusan ujian makmal kali ini agak menyeram-sejukkan aku, sebab kandungan kolesterol aku dah bertambah ke border line... Kalau ikut peribahasa, bagai telur di hujung tanduk la... Kalau aku amalkan lagi cara hidup sekarang, tak mustahil 2 - 3 tahun lagi angka itu akan terus meningkat dan mendatangkan bahaya. (Sebijik aku translate ayat Doktor).


Keputusannya, Total Cholesterol (TC) ialah 5.19 mmol/L, dan kandungan gula 5 (6 adalah optimal). Tekanan darah aku tak ingat figure, tapi Doktor kata masih terkawal. Hahahh terkawal lah sangat! 

"Kurangkan makanan berminyak, kurangkan pengambilan makanan laut dan organ binatang. Ini semua penyumbang yang tinggi..."

Makanan laut dan organ binatang tu memang aku tak pernah makan, tapi bab kurangkan makanan berminyak tu yang payah. Kalau dah pesan nasi goreng & ayam goreng, takkan di goreng menggunakan air suam pulakk.. Hahahh..

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Kalau rasa tubuh badan tak seperti biasa, lekaslah buat pemeriksaan, kita cegah sebelum ia melarat kepada keadaan yang lebih kronik. Seperti kata - kata, "ingatlah orang yang tersayang", fikir dan renungkan, anda akan dapat maksudnya  - terlalu mendalam untuk kita tidak mengendahkan kesihatan diri kita.

Ramuan 3 Dalam 1

/ May 23, 2012 /
Ramuan segera air minuman 3 dalam 1 ni kalau tak salah aku mula popular lebih kurang 1998 (kalau salah tu jangan ambil kisah ye). Sehingga kini, dah bertambah - tambah produk yang menggunakan paket segera ni dan jangan terkejut kalau ada mencapai 7 dalam 1. Hahahh.. Semasa di asrama, selalunya Milo dan Nestum tu ratah macam tu je, gaul dengan air liur ekekee..

Entry kali ini, aku juga menggarap cerita 3 dalam 1. Bukan malas, tapi............ entahla, boleh terima jugaklah kot alasan malas tu. Hehe. Jangan marah. 

Majlis Perkahwinan
Ahad lalu, aku bergerak ke Serdang - lebih tepat UPM Serdang untuk menghadiri kenduri majlis perkahwinan rakan sekerja. Tiba di UPM tu tiada masalah cuma bila masuk ke dalam dan mencari dewan untuk majlis, itu yang jadi masalah. Bertanya pada pengawal keselamatan, direction yang diberikan macam senang, tapi.....bila menyelusuri jalan - jalan di dalamnya, masih tidak bertemu mercu yang di cari.

Tambah menyakitkan hati, tanya kepada pelajar di situ pun masih tergaru - garu kepala. Kalau nak kata pelajar baru mendaftar, rasanya pendaftaran bulan September. Akhirnya terlihat papan tanda kecil. UPM tu besar, letaklah beberapa papan tanda di jalan utama, taklah susah orang nak cari. Tiba di dewan, semasa mengambil makanan, nasi telah habis, dan dikhabarkan nasi baru di tanak semula [????]...........Grrrr....

Sesat Di Kuala Lumpur
Patah hati untuk makan kenduri, aku bergerak keluar dari UPM menuju ke Shah Alam. Berjumpa dengan teman lama, dan petang itu aku sendirian menuju ke Prescott Inn Hotel di Kuala Lumpur. OK. Ini salah aku juga, tidak memiliki sebarang gadjet yang boleh membantu aku ke sana, sedangkan aku memang tidak pernah memandu sendirian ke Kuala Lumpur.

Melalui maklumat yang ada, hotel berkenaan berhampiran sahaja dengan Bangunan MARA dan Sogo, tapi agak lama juga aku berpusing - pusing di Dataran Merdeka dan Bangunan MARA tapi tak jumpa juga. Bertanya pada individu yang membuka premis di situ pun menggaru kepala. [?????] Akhirnya? 

Mesyuarat Pemurnian Dokumen Kualiti
Aku ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Pemurnian Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2008 untuk IKM Johor Bahru, Lumut dan TSYA (IKMJLT). Untuk makluman, IKMJLT telah di anugerahkan Persijilan ISO oleh SIRIM pada September 2009 dan akan tamat pada September 2012. Oleh itu, untuk mendapat persijilan semula, SIRIM akan melakukan sekali lagi audit.


Jadi, beberapa pindaan telah di buat bagi memastikan Dokumen Kualiti tersebut terkini dan terdapat sedikit pembetulan dan penambahbaikan. Yang paling ketara adalah perubahan pada Objektif Kualiti, selari dengan KPI baru yang di tetapkan oleh Bahagian Kemahiran Teknikal MARA, (BKT).

Sebahagian AJK Pelaksana MS ISO 9001:2008 IKMJLT

Jadi, aku rasa sampai di sini sahaja laporan 3 dalam 1 aku, keh keh keh.... Aku kongsikan di sini sebagai catatan perjalanan hidup aku, kalau ada makna tersurat atau tersirat jangan ambil hati, tetapi ambillah sebagai satu perkongsian...

Nota : Cuba teka macamana aku sampai ke Prescott Inn Hotel tu?

Ujian Perkakasan Gas

/ May 17, 2012 /
Memasuki minggu terakhir pembelajaran untuk sesi Jan - Jun 2012, nampak pelajar - pelajar dah relaks sedikit. Biasanya mereka akan mula melihat carry-mark, dan memeriksa mana - mana tugasan yang belum di hantar untuk penilaian. Periksa peratus kehadiran pun ada, yelah kalau dah selalu ponteng kena tengok juga samada layak atau tidak menduduki peperiksaan akhir.

Salah satu subjek core ialah Fuel & Combustion Technology, di mana pelajar di kehendaki merekabentuk penunu (burner), dan daripada penunu yang telah siap, pelajar di kehendaki merekabentuk perkakasan gas (gas appliance). Yang aku selalu tunggu, apa jenis perkakasan yang mereka reka di samping kegunaan dan beberapa perkara teknikal yang lain.

Bagi semester ini, 7 perkakasan gas telah di hasilkan. Kesemuanya untuk kegunaan masakan. Pada masa ujian, pelajar membawa makanan mentah dan menggunakan perkakasan yang mereka reka untuk memastikan perkakasan itu praktikal dan memang boleh di gunakan untuk memasak makanan tersebut. Dalam hati, "Pandai juga diorang ambil hati pengajar" heh,

7 perkakasan itu ialah,

Oven - memasak pizza, Pemanggang 1 - otak - otak, Pemanggang 2 - sosej, Pengukus - Pau, Hot Plate 1 - Roti prata + daging hancur, Hot Plate 2 - Ikan bakar, Pemanggang 3 - Ayam Golek.....

Ayam Golek lah sangat..... hahaha,

Walaupun aku tidak mengajar subjek ini, aku turut di undang untuk menikmati juadah yang disediakan di samping menjadi 'juri' tambahan untuk penilaian ujian perkakasan gas yang pelajar sediakan. Dari segi rekabentuk, semua perkakasan adalah praktikal untuk di gunakan, komersial dan.....boleh kata "OK".

Steady je walaupun muka dah panas tu, ekekee

Umm, makanan yang di sediakan pun ok. Ayam dan ikan masak sepenuhnya, dan ada rasa. Mana resepi diorang dapat? entahlah... Otak - otak dan sosej, memang hot item la.... Pizza, untuk yang pertama terlebih masak, tapi pizza yang kedua sedang -sedang elok.

Cewahh dah jadi pengkritik masakan pulak, sedangkan pada mulanya nak uji perkakasan gas yang diorang buat je. Tapi secara kesimpulannya, perkakasan yang diorang buat tu boleh di gunakan, makanan pon boleh masak dengan jaya, taklah terasa besi dan cat,  :D Markah? Aku rasa tak kurang dari 15, daripada 20.

Umm, aku rasa setakat ini saja laporan aku. Lain kali kalau ada perkara menarik, aku kongsikan lagi. Tadaa,

Semakin Hari Semakin Sayang

/ May 14, 2012 /
Aku pasti benar perkataan ini memang dah biasa. Semakin hari semakin sayang. Ada juga jadi sebaliknya, semakin hari semakin benci... tapi mungkin kisah terpencil je agaknya. Tak eloklah kalau kita tanam dan suburkan perasaan benci dalam hati. Perosak hati je.

Mungkin dalam sesetengah perkara atau benda, kita berasa sukar untuk menerima benda baru dalam hidup. Perkara atau benda ini boleh jadi hubungan sesama manusia, suasana kerja baru, atau apa sahaja lah yang anda fikirkan sesuai. Aku malas nak bagi contoh banyak - banyak, sengaja bagi anda peluang untuk berfikir, kalau tak mahu fikir tak payah susah susah kepala, baca je contoh yang ada, hahahh.. gurau aje.

Katalah hubungan sesama manusia. Biasa - biasa kalau peringkat pertama lelaki memikat perempuan, pasti agak sukar kan. (Melainkan 1 shoot je dah boleh dapat, tu jarang - jarang je berlaku). Tetapi rata - rata lah, aku bukan bagi fakta - ingat ye, si lelaki akan terus memikat dan bila satu tahap semakin hari semakin sayang, dah lupa dah perkara awal - awal dahulu.



Apa yang aku nak kongsikan pengalaman aku bab semakin hari semakin sayang ni, pastinya kereta kesayangan aku, hehee.. Masa awal aku beli dulu, aku terasa sangat macam aku pinjam kereta orang, sebabnya tuan lama satu tempat kerja dengan aku. Tapi, bila dah bawa tiap hari, melayan kerenahnya, memandu bekilo - kilometer bersendirian, lama - kelamaan memang aku dah rasa "Ini kereta, aku yang punya".

Baik. Perkara yang aku cuba nak sampaikan dalam entri ini ialah ada perkara yang mulanya susah kita nak terima, tapi kalau hari - hari kita menghadapnya, hidup dengannya, kita takkan anggap ia sebagai perkara yang asing, malah kita akan menerimanya dengan senang hati dan tak berlebih aku cakapkan, ia akan menjadi perkara yang kita sayang.

Agaknya macam tu lah kot....anda bagaimana?

Kebersihan Diri

/ May 10, 2012 /
Apabila anda membaca kebersihan diri, apa yang anda fikirkan? Ya... betul lah tu apa yang anda fikirkan. Dari kanak - kanak sehingga lah meningkat remaja dan beransur dewasa, kita sentiasa mengemas dan membersihkan diri kita. Bagi individu yang tidak menjaga kebersihan diri...... tak pasti lah kategori apa.

Membersihkan diri termasuklah melibatkan mandian yang sempurna, menjaga kebersihan tangan dan kaki, menjaga kebersihan kuku tangan dan kaki, menggosok gigi dengan cara yang betul dan mengurangkan pengambilan makanan yang merosakkan gigi dan juga menjaga kebersihan organ genital.

Selain itu, individu di sarankan menjaga kebersihan pakaian dan alat keperluan diri, mengelak daripada perkongsian alatan keperluan diri seperti pisau cukur, berus gigi, sikat dan tuala. Bagi lelaki yang mempunyai misai, janggut dan kadangkala berjambang, pastikan ia kemas dan rapi. Boleh meningkatkan penampilan diri juga. Mungkin nampak lebih kacak dan segak.

Sumber : Link

Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri

Emm.. mungkin banyak lah kepentingan menjaga kebersihan diri ni, cuma aku tulis dan nyatakan apa yang terlintas di kepala aku sahaja.

Tambah Keyakinan - Bila anda membersihkan diri termasuk penampilan wajah yang kemas, pakaian yang bersih, sekurang - kurangnya menambahkan sedikit bonus untuk anda berhadapan dengan orang lain.

Sumber : nardieya.blogspot.com

Elak Penyakit - Kuku yang di potong kemas mengurangkan risiko kuman tertinggal di jari dan seterusnya mengelakkan pemindahan kuman ke dalam makanan yang masuk ke perut anda. Sebelum makan pun, kita di sarankan untuk mencuci tangan sebaiknya. Tapi tak perlulah basuh dengan klorin dan bahan kimia yang lain semata - mata nak membunuh kuman.. hahahh..

Tambah Keyakinan (2) - Penjagaan gigi yang baik bukan saja menyerlahkan gigi anda yang cantik, malah juga boleh mengelakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Tapi kalau lepas merokok tu... susah juga nak hilangkan baunya serta merta. Perokok di luar sana ada tips??

Cukuplah tiga....kalau ada pelajar yang ingin membuat karangan untuk tugasan di sekolah, kembangkan lagi idea tu, dah boleh dapat markah penuh agaknya, hahahh... Yang pentingnya, menjaga kebersihan diri ni amatlah di tuntut... kerana ada kaitan juga dengan kesihatan. Kebersihan dan kesihatan diri penting untuk menjana kehidupan yang berkualiti, tak gitu?? Hee, sekian.

Sidang Media padinno.com

/ May 5, 2012 /
Soalan 1 : Boleh saya mulakan sekarang?
Jawapan : Ya, silakan.

Soalan 2 : Anda penulis blog perjalanan ini : padinno.com. Boleh anda ceritakan sedikit latar belakang mengenainya?
Jawapan : Saya memulakan penulisan pertama blog ini pada September 2009, mula menggunakan domain padinno.com pada Ogos 2010 dan sehingga sekarang, saya telah menulis 369 blog entri.

Soalan 3 : Adakah anda meletakkan kategori tertentu untuk blog padinno.com?
Jawapan : Secara am, saya meletakkan padinno.com dalam kategori blog personal, di mana ramuannya berkisar mengenai kehidupan dan pendapat saya.

Soalan 4 : Apakah yang dimaksudkan dengan Perjalanan Ini : padinno.com?
Jawapan : Seperti yang saya jelaskan tadi, saya merangka Perjalanan Ini untuk memperihalkan kehidupan peribadi saya samada yang telah lama berlaku, sedang dan juga akan berlaku, cereka, menulis pendapat, pemerhatian, tips dan panduan berdasarkan pengalaman yang saya lalui.

Header Semasa World Cup 2010

Soalan 5 : Adalah lebih baik anda menulis diari harian sahaja di dalam buku, bukankan lebih baik begitu?
Jawapan : Apa yang saya tahu, diari harian ini lebih terperinci atau lebih bersifat kerahsiaan. Apa yang saya sampaikan dalam blog ini, adalah perkongsian pengalaman hidup saya. Pengalaman individu berbeza, adakala respon dari pembaca mengenai apa yang saya lalui menjadikan saya tidak keseorangan.

Soalan 6 : Jadi, anda merasakan blog ini untuk meluah perasaan?
Jawapan : Boleh jadi ya, atau sebaliknya. Saya suka mengaitkan sesuatu perkara, membincangkannya menggunapakai pendapat sendiri, dan suka melihat respon dan maklumbalas pembaca. Kata orang, mana yang baik, boleh di jadikan teladan.

Soalan 7 : 369 blog entri, bermula September 2009 - April 2012. Komen anda?
Jawapan : Anda rasa ada masalah dengan angka tersebut?

Soalan 8 : Secara purata, anda menulis 10 entri bagi setiap bulan......
Jawapan : Bagi saya, jumlah penghasilan blog entri bukan kayu pengukur. Menulis 1 blog entri sebulan juga masih di gelar blogger, bukan? 

Soalan 9 : Sepanjang menjadi penulis blog, pernahkah anda di kecam atau perkara seumpamanya?
Jawapan : Secara jujurnya saya tidak pernah menerima apa - apa kecaman bertulis samada di ruangan komen ataupun blog entri khas. Jika ada, itu di luar kawalan saya, mungkin saya tidak diberitahu atau mungkin mereka mengecam di dalam hati sahaja.

Soalan 10 : Perasaan anda menjadi penulis blog?
Jawapan : Saya gembira. Pengalaman baru buat saya, dan saya menghargai pembaca padinno.com.

Soalan Terakhir : Siapa penulis blog yang ingin (sangat) anda jumpa?
Jawapan : Soalan ni mana ada dalam skrip la!!!!

Soalan Kedua Terakhir : Kenapa beriya sangat suruh aku baca skrip ni??

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap