Individu beragama Islam sudah pasti menyimpan angan - angan untuk melengkapkan Rukun Islam iaitu menunaikan haji sekurang - kurangnya sekali seumur hidup. Di Malaysia, Lembaga Tabung Haji (TH) pasti tidak asing lagi sebab PR kenal pon dari kecil lagi menabung dan ada tabung replika bangunan TH.
Buat masa sekarang, urusan dengan TH ni semakin mudah seiring dengan era digitalisasi. Ada internet, peranti yang menyokong, anda boleh buat macam - macam transaksi, pemantauan dan boleh daftar haji juga di portal THiJARI. Anda juga boleh muat turun aplikasi THiJARI ke telefon pintar.
Daftar dan Semak Penyata Tabung Haji Online
Seperti PR tulis di bahagian pengenalan, kini penyimpan TH boleh menyemak penyata TH online tanpa perlu ke kaunter sepertimana kaedah terdahulu. Bila ada alternatif yang lebih mesra dan memudahkan pengguna, ia satu sistem yang dianggap telah ditambahbaik.
3 langkah mudah tipikal yang anda perlu lakukan ialah
- log masuk atau daftar jika tiada akaun - pastikan nombor akaun TH telah tersedia
- setelah berjaya masuk, klik "ringkasan akaun"
- senyum dan berdoa mudah - mudahan Allah beri rezeki untuk menunaikan ibadah haji
- pendeposit mestilah mempunyai baki minimum RM1,300.00
- Tidak pernah menunaikan haji
- log masuk portal
- klik menu perkhidmatan haji
- klik pendaftaran haji
- klik ikon tambah pemohon
- isi butiran maklumat
- Muat turun slip pendaftaran untuk rujukan