Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, PR mulakan entri tahun baru ni untuk cadangkan satu tempat menarik di Pulau Pinang. Ya, negeri ni memang sinonim dengan syurga makanan, tapi sebenarnya ia adalah lebih dari apa yang anda sangkakan. Pulau Pinang merangkumi semua aspek untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan yang wow!
Pulau Pinang ada keunikan makanan, seni warisan dan budaya, taman negara, alam semulajadi dari hutan, sungai sampai lah ke laut dan pantai, tempat – tempat bersejarah yang ikonik dan banyak lagi. Tapi satu – satunya tempat yang PR nak fokus untuk anda ialah taman tema yang ada di Pulau Pinang.
Escape Penang Theme Park
Escape Penang Theme Park! Taman tema air yang memecah rekod dunia dengan slide air lebih dari 1 km. Wow kan? Kesimpulan awal PR boleh bagi, Escape Penang ni memang thrill dan adventure. Mungkin selepas ini anda boleh ke Penang bersama family dengan membawa tujuan utama untuk masuk dan main sepuas – puasnya aktiviti dalam theme park tersebut.
Cara Menuju ke Escape Penang Theme Park
Lokasi Taman Tema Escape ini terletak di Teluk Bahang dan juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang lain. Jika anda memandu dari bandar Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan lebuhraya Utara-Selatan dam susur keluar ke George Town. Selain memandu, anda boleh ke airport menaiki KLIA Ekspress. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari KL Sentral ke airport. Kalau anda nak try naik train ini, anda boleh dapatkan tiket murah KLIA Express promotion di Traveloka. PR jamin harga mampu beli.
Adat kalau travel atau bercuti tempat asing, perlu rancang dan sediakan pengangkutan dan tempat tinggal terlebih dahulu. Hotel pun boleh book through Traveloka. Seperti artikel PR yang lepas – lepas, booking di Traveloka jimat dan lebih mudah. Nak check-in ke hotel, PR cadangkan book airport coach di Traveloka juga.
The Longest Waterslide Ever!! - ESCAPE Penang Theme Park
PR kongsikan sedikit sebanyak info berkaitan Taman Tema Escape untuk panduan anda.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 6 petang).
Isnin tutup bagi tujuan penyelenggaraan.
Harga: Rujuk di laman web Escape Theme Park. Tapi PR nasihatkan beli online di Traveloka. harga lebih murah dan jimat daripada belian di kaunter.
Basically, theme park ini ada dua zon. Pertama, adventure course dan satu lagi waterpark. PR cadangkan main dulu adventure course, baru layan ke waterpark zone.
Adventure Course
Apa yang ada di Adventure Zone ini adalah aktiviti melibatkan ketinggian, memanjat, terbang, halangan dan banyak lagi yang mencabar.
Monkey Business
Merupakan aktiviti yang anda patut dan wajib cuba bila dah sampai theme park ni. Aktiviti monkey business ni menyediakan 3 stage with 3 different height di mana yang first and second tu boleh buat sekadar panas badan je. It will become more serious when you enter third stage. No turning back. Teruskan je sampai terjun ke bawah dengan flying fox. Confirm best!
Kite Flyer
Anda pernah main layang-layang? Anda pernah terfikir tak apa rasanya kalau kita jadi laying-layang? Haa. Kalau nak rasa, jom try yang ni. Ia menjanjikan satu perasaan yang buatkan anda menjerit. Konsep aktiviti yang ni simple. Naik 2 orang dan anda akan dihantar kebawah dengan gliding down pada kelajuan yang agak laju. Berani?
Atan’s Leap
Yang ni PR boleh kata antara aktiviti yang paling menakutkan. Sebab dia akan ajar macam mana nak overcome kita punya ketakutan. Konsep yang simple jugak. Panjat menara atan, sampai atas, pakai semua equipment keselamatan. Dah ready, terjun. Senang je step dia. Yang susah tu bila dia tanya dah ready ke belum. Otak kata ready, tapi body kata belum lagi. hehe.
Waterpark Zone
Get ready to get wet dan banyak aktiviti santai untuk anda enjoy bersama family. Kena hadamkan sungguh – sungguh peraturan pemakaian di taman taman tema ni.
The Longest
Ini lah dia. Elemen kebanggaan bagi Penang Theme Park. The longest waterslide in the world. Boleh naik dua orang dan anda akan dilepaskan kalau dah ready. Memang best. Cuma yang tak bestnya biasalah kalau ramai orang. Apa pun wajib cuba.
Speed Racer
Anda suka berlumba? Haa, ini la tempatnya. Semua peringkat umur boleh naik. There are 6 glides and you can choose with different colour. Antara yang menjadi tumpuan kat theme park ni jugak. Peringatan, glide ni bukan makan angin. Dia makan kelajuan. Siapa sampai bawah dulu, dia menang! 1, 2, 3, Go!
Banana Flip
Nak lebih laju? Welcome to banana flip! Anda diberi pilihan untuk buat apa-apa sahaja gaya yang anda suka. Superman? Water bomb? Anda perlu baring sebelum dilepaskan and you will be departed before you feel you are ready for it. Haha. Kena pandai berenang sebab air agak dalam.
Tubby Rapids
Merupakan salah satu aktiviti kegemaran pengunjung yang datang. Ianya sesuai bagi semua peringkat umur. Just take your tube and go for it. Boleh naik dua orang, so bila nak menjerit, adalah kawan nak jerit sama-sama.
Jom rasai cabaran di Escape Theme Park
Jadi, macamana? Anda nak rasa pengalaman sendiri ke Escape Theme Park ini? Nak uji adrenalin anda? Paling kurang sekali pun jadi lah. PR macam biasa, masuk wishlist dulu, nanti pandai – pandai la Ciktom arrange. Kalau anda berminat, dah boleh mula survey harga tiket. Tak perlu tunggu cuti sekolah, hujung minggu pun dah boleh pergi.
Ok, setakat ini dulu PR dapat kongsikan. Kalau PR dah layan The Longest nanti, PR payung gambar banyak – banyak!