padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Musnahkan Jejak Itu!

/ March 29, 2016 /
Kucing memang comel kan? Dari anak kucing sampai la ke mak bapak kucing, still comel. Family PR dulu ada juga bela kucing, tapi lepas hilang satu persatu.. tinggallah satu! Dah macam lagu 10 budak hitam pulak lagaknya.

Agak tertanya juga, kenapa keyword "kucing takut timun" boleh breakout kat google trends? Memang kucing takut timun ke? Padahal keluarga kucing PR dulu memang sekor - sekor suka makan timun. Kira macam snek bagi 'diorang' la.

Ok. Takpe.

Blog entri kali ni bukan nak cerita pasal kucing takut timun, tapi nak berkongsi cara elak kucing naik ke kereta pada waktu malam. Ya. PR pun baru tahu kaedah ni. Setelah mencuba, tiada lagi kesan tapak kaki di bonet hadapan atau belakang kereta!

tapak kaki kucing


Masalah bermula bilamana kucing jiran atau kucing [datang dari mana - mana ntah] naik ke kereta dan meninggalkan kesan tapak kaki dan calar! Aduhai. Ikutkan amarah memang nak saja tapakkan muka kucing tu, tapi apakan daya.

PETUA ELAK KUCING NAIK ATAS KERETA
Mengikut petua yang ada, letakkan botol (Contoh : botol air mineral) berisi air - separuh dah memadai; kat mana - mana bahagian kereta.

Berkesan!

Apa justifikasi air separuh dalam botol boleh elak kucing naik atas kereta waktu malam, PR pun taktahu dan malas nak ambil tahu, yang penting tiada lagi kesan tapak kaki kucing! Mungkin kucing tu nampak air, dan pergi basuh kaki sebelum naik kereta :D

Cuma, jangan lupa pesan pemilik kereta sebelah untuk amalkan petua yang sama. Kalau tak, sebelum ni ada 4 kesan, mungkin esok lusa da jadi 8. Hahah... Oklah, selamat mencuba. 

Alamak! Gambar Hilang

/ March 22, 2016 /
Hari ini, merakam gambar dengan telefon tersangat mudah. Boleh disimpan dan dilihat semula berulang kali pada bila - bila masa. Pelbagai aplikasi dan aturcara digital digunakan untuk menyunting gambar supaya kelihatan lebih menarik dan lebih cerita.

Bila gambar terlalu banyak dan ruang penyimpanan semakin 'sendat', terpaksa mengalihkan gambar ke peranti lain yang mempunyai ruang simpanan yang lebih besar. PR pernah alihkan kesemua gambar yang ada di dalam telefon ke laptop, tetapi malangnya tak sempat untuk beli dan memindahkan gambar ke external hard disk, laptop dah jahanam dulu.

Aduhai!

Sebenarnya kehilangan koleksi gambar 2009 - 2013 tu sebahagian daripada rasa melankolik selain kehilangan semua data kerja yang telah dibangunkan sejak 2009. Anda boleh baca  selanjutnya kisah sedih Bermula Sekali Lagi.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, PR mengambil keputusan untuk memproses dan menyimpan di dalam album gambar. Terasa macam dulu - dulu pulak menyelak satu demi satu album gambar. Hahah!

photobook bandung

2016, PR tukar strategi dan tempah album gambar online. [Semua benda buat online je sekarang]. Boleh design sendiri reka letak gambar dan letak berapa banyak gambar yang suka. Hanya download software, design mengikut citarasa sendiri, pilih template cun - cun yang dah siap tersdia, tempah dan tunggu depan pintu.

PR menggunakan perkhidmatan Photobook Malaysia. Hari - hari dok tengok iklan muncul, akhirnya ambil keputusan untuk mencuba. Promosi sign up, dapat photobook percuma softcover dengan saiz 6" x 6", dan PR abadikan kenangan di Terengganu sebagai koleksi photobook yang pertama.

photobook travel

Untuk koleksi yang kedua, PR tempah hardcover 11" x 8.5". Saiz lebih besar dan lebih mesra pengguna. Semakin besar dan semakin baik kualiti tempahan, semakin tinggi harga yag anda perlu belanjakan. Tetapi jangan risau banyak promosi diskaun yang boleh anda dapatkan di laman web Photobook Malaysia sendiri atau voucher dari Lazada, Groupun atau seumpama.

Perasaan menilik gambar fizikal jauh lebih mendalam berbanding hanya melihat di paparan skrin komputer atau telefon. Oh ya! Sekadar berkongsi, selain daripada photobook, ada lagi produk lain yang disediakan oleh Photobook Malaysia termasuk stationery (kad perniagaan, penanda buku), photo gifts (iPhone cases, photo mugs) dan home decor (canvas print, kalendar).




PR dah kongsikan cara PR menyimpan gambar kenangan, anda pula bagaimana?

Lukisan Perspektif Cetus Idea Berbeza

/ March 17, 2016 /
Seni menggambar mempunyai skop dan cabang yang luas. Kadangkala objek yang nampak biasa tapi boleh jadi luar biasa jika dipelbagaikan bentuk persembahan dan teknik menggambar. Lukisan atau gambaran perspektif merupakan salah satu teknik yang boleh meningkatkan nilai tambah seni dan nyawa objek yang digambar.

Ciri - ciri lukisan perspektif adalah objek yang hampir besar dan lebih tinggi dibandingkan objek yang jauh. Garisan (construction line) yang hampir lebih jarang dan garisan objek yang jauh lebih rapat

 Memahami Ciri Ruang dan Perspektif

Konsep lukisan perspektif menerangkan perihal perubahan saiz, jarak dan warna objek apabila dilihat dari jarak yang jauh. Objek yang hampir akan kelihatan lebih besar berbanding objek yang jauh. Objek yang hampir akan mempunyai warna yang lebih nyata berbanding objek yang jauh.

Lukisan perspektif boleh dilukis dan digambar dengan 3 cara, iaitu:
  • Perspektif 1 Titik Lenyap
  • Perspektif 2 Titik Lenyap
  • Perspektif 3 Titik Lenyap
Ketiga - tiga cara ini akan mewujudkan mood yang berbeza untuk menerangkan gambaran sebenar objek. Untuk memulakan lukisan, bina satu garisan lurus melintang (horizontal line), kemudian tentukan di mana dan jumlah titik lenyap yang anda hendak gunakan.

Grid rujukan perspektif
Grid rujukan lukisan perspektif

Berikut merupakan contoh gambar dan lukisan perspektif yang PR hasilkan.

Perspektif 1 titik
Permandangan Pulau Kekabu, Marang

perspektif 2 titik
Menggambar semasa kursus Thermal Ice Storage :D 

perspektif 2 titik
Applikasi Notes, ios

Perspektif Cetus Idea Berbeza

Apabila anda melihat sesuatu perkara dari sudut pandang berbeza, setidak - tidaknya akan tercetus idea dan tidak terkongkong dengan satu pendapat sahaja. Semakin banyak anda lihat, dengar dan analisa, semakin tinggi pemahaman anda. Ia akan membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan bijak.

Jika anda memiliki buku dan melihatnya hanya sekadar buku, anda akan simpan buku tersebut tanpa apa - apa faedah tambahan. Tetapi jika anda ada idea lain, mungkin buku tersebut boleh dijadikan sumber untuk mencetuskan inspirasi, menajamkan semula pengetahuan, berkongsi dengan rakan lain atau paling tidak boleh digunakan untuk menghempuk lalat!

Nah. Tiba di hujung entri, adakah anda mendapat sesuatu daripada perkongsian ini? 

Sumber rujukan : Link

Sajian Petang Pengukuh Bahagia

/ March 14, 2016 /
Alangkah indah, seharian penat bekerja pulang ke rumah dapat meluangkan masa dengan keluarga sambil menggigit sesuatu. Biar kadangkala sajian yang ringkas, namum momen dan suasana yang tercipta sangat berharga.

Hati yang penuh rasa syukur akan mencipta hidup yang bahagia dan makmur

Aktiviti minum petang bersama keluarga memang terasa lain bila dibandingkan dengan rakan - rakan. Sambil menonton tv, atau pun mengemas laman rumah disulam dengan sajian minum petang memang asyikk! Yang pentingnya, dapat duduk bersama dan bersembang adakala tak sedar waktu beredar.

Menu minum petang ni tak perlulah terlalu rumit, tambah pula bagi yang mempunyai kekangan masa. Senario sekarang ni, ramai suami isteri berkerjaya, mungkin ada yang memang payah nak bersua muka di waktu petang. Tu belum cerita "tua di jalanraya"! Hahah..

roti celup telur

Mungkin, 2 keping roti celup telur atau cucur ikan bilis gebu sudah memadai untuk menu minum petang. Ringkas, tetapi rasa bahagia dan syukur itu yang win! Menghargai sesuatu yang sederhana kadangkala itulah yang membuat kita bahagia.

Anda tak tahu nak menyediakan sajian minum petang? Itu bukan masalah. Ia berasas tindakan diri sendiri. Di media sosial masakini sebut sahaja menu apa? Kaedah apa? Resipi apa? Semua maklumat di hujung jari. Formulanya, anda kena ada talian internet la kaedahnyaaaaa....

Bagi anda yang suka membelek buku, boleh juga dapatkan koleksi resepi di gedung - gedung buku. Banyak sangat. Bermacam - macam genre masakan dari pelbagai chef, samada profesional ataupun semi-pro. Andai relevan, gambar dalam buku pon nak di gigit! Kalau anda malas juga nak ke kedai buku, boleh dapatkan buku resepi di jualan online >Resepi Chef Hanieliza<sebagai contoh.


Kalau malas jugak, takyah jadi orang, baik jadi orang utan je! hahahh Sori. Bergurau saje. Ciktom, sila ambil perhatian pasal menu sajian minum petang. Mudah, ringkas dan sedap! Asyik karipap bila nak merasa sajian lain. Hihi.

Sebelum penutup, PR nak tanya apa menu sajian minum petang kesukaan anda?

4 Perkara Wajib Mulakan Perniagaan

/ March 10, 2016 /
PR yakin dan percaya setiap dari kita inginkan kualiti kehidupan yang terbaik, memenuhi setiap impian dan matlamat masing - masing. Tetapi, kehidupan ini bukanlah semudah melakar lukisan di atas kertas, ia perlu dimulakan dengan usaha dan komitmen.

Ramai orang yang nak ubah hidup mereka dengan memulakan perniagaan sebab percaya  9/10 rezeki tu datang dari perniagaan. Tapi ramai yang memulakan perniagaan hanya dengan modal tapi tiada ilmu

Ramai yang sudah mula berjinak dengan perniagaan. Ramai yang telah sedar dengan makan gaji sahaja tentu sukar untuk mengubah kualiti hidup yang diinginkan. Namum, ramai yang gagal atau perniagaan tidak bertahan lama kerana kurang ilmu perniagaan.

5 Mac 2016 lepas, PR berpeluang mengikuti Seminar Roket Emel, seminar yang merangsang momentum perniagaan melalui kaedah pemasaran yang betul dan berkesan. Blog entri kali ini, PR ingin mengupas 4 perkara asas yang perlu tahu untuk memulakan perniagaan, ekstrak daripada seminar tersebut.

Seminar Roket Emel


4 Perkara Wajib Mula Bisnes

1. Ilmu Pengetahuan
Apa sahaja perkara yang hendak dilakukan perlu bermula dengan ilmu. Cuba bayangkan anda ingin memohon kerja mengimpal besi tetapi anda tiada ilmu atau kemahiran mengimpal, adakah anda rasa peluang anda diterima bekerja adalah tinggi? Semestinya jika anda ingin berjaya dalam bidang yang ingin diceburi, anda perlu memiliki ilmu. Kan?

2. Mentor
Ilmu itu tidak datang bergolek. Kemahiran itu tidak datang melayang. Anda perlu mencari ilmu. Dari saat lahir sehingga tamat nyawa, kita dianjurkan untuk menuntut ilmu. Cari ilmu pada yang pakar! Cari ilmu perniagaan pada pakar perniagaan. Jadikan sebagai mentor, yang boleh memberi tunjuk ajar, menasihat, memberi teguran dan membantu anda dalam bidang perniagaan.

3. Sistem
Wajib untuk anda tahu sistem perniagaan anda. Perjalanan perniagaan anda. Takkan orang lain pulak yang tahu kan? Heheh.. Setiap perincian proses kerja anda perlu disusun dengan teratur dan membentuk cara kerja yang sistematik.

4. Komitmen
Hendak berjaya, perlu ada usaha yang berterusan, konsisten dan berani mencuba. Komitmen tinggi untuk menguruskan perniagaan termasuk mencuba idea baru, melakukan teknik pemasaran yang betul dan berkesan serta mengambil peluang terhadap perubahan terkini dunia perniagaan.

Selesai menghadiri seminar tersebut, PR menyarankan setinggi - tinggi saranan bagi anda yang ingin memulakan perniagaan, atau ingin menguasai teknik perniagaan yang betul dan berkesan mengikut trend terkini, bolehlah mendaftar untuk turut sama hadir ke seminar tersebut.

Anda boleh menyemak link Seminar Roket Emel untuk mendaftar dan mendapatkan faedah yang PR sebutkan di perenggan sebelum ini. Labur untuk ilmu jauh lebih baik daripada anda melebur tanpa ilmu.

Semoga berjaya!  

Makanan Yang Sedang Trend di Media Sosial

/ March 5, 2016 /
Makanan adalah perkara asas yang diperlukan untuk terus hidup dan memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti harian seperti bekerja, berfikir, bersukan, beribadah dan lain - lain. Tetapi adakalanya keperluan makanan itu beralih kepada kehendak selera yang sentiasa berubah.

Makanlah, minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah... tetapi semua hal tersebut harus dijauhkan dari sifat riak, sombong dan jangan terlalu berlebihan

Perihal selera dinamik ini sesuai dengan trending hidangan makanan ringan masakini. Kemajuan teknologi dan kemunculan laman sosial yang pelbagai memudahkan lagi sesuatu hidangan makanan unik menjadi viral dan trend sebaik sahaja gambar dimuat naik.


Tidak berapa lama dahulu, makanan ringan yang menjadi trend adalah seperti durian crepe. Mungkin idea asalnya telah timbul beberapa tahun sebelum tetapi dengan kuasa media sosial, ia telah menjadi makanan trending. Ramai yang mencuba melalui perkongsian resepi di media sosial - paling pantas, dan memuat naik hasil sendiri dan ada juga yang mengambil peluang untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan sampingan.

Blueberry Crepe
Sumber : Yatiememories

Sedikit demi sedikit, hidangan makanan tersebut telah diubahsuai untuk tampak lebih unik, menarik dan mewujudkan kepelbagaian pilihan. Baca Tambah Perisa Penyedap Rasa.

Kemudian, muncul pula jambu potong asam boi dan mangga asam boi. Serbuk dan asam boi yang agak 'tenggelam' kembali menjadi kegilaan dan buruan sehingga ia menjadi salah satu produk laku keras! Begitu juga trending aiskrim pasu dan pisang goreng cheese. Tu belum cerita coffee king yang katanya minum 2 hari pun tak habis.

pisang goreng cheese strawberi
Pisang goreng cheese strawberi

Aiskrim? Ya, tekak jarang menolak aiskrim dan makanan ringan yang sedang trend masakini adalah aiskrim sumi jeli! Di facebook, instagram malah di blog juga tidak putus - putus gambar dan resepi menyediakan aiskrim sumi jeli ini dikongsikan.

Aiskrim Sumi Jeli
Aiskrim Sumi Jeli

Kerancakan trend makanan seperti ini menggambarkan budaya makan sebagai satu rujukan, jika anda tidak mencuba dan tidak pernah merasa, anda akan ketinggalan. Anda akan berasa tidak selamat jika tidak makan apa yang orang suka makan. Perlu atau tidak berasa sedemikian, anda sendiri yang tentukan.

Anda sudah cuba aiskrim sumi jeli?

Kuasai Perniagaan Internet

/ March 3, 2016 /
Seiring dengan perkembangan teknologi atas talian (online) dan menyahut konsep "semua di hujung jari", perniagaan internet menjadi semakin trending dan diterima pelanggan digital. Malah, PR sendiri salah seorang penggemar belian atas talian.

untuk berjaya sebagai usahawan, apabila trend berubah, anda juga perlu berubah dan tidak hanya menggunakan cara lama. Lebih cepat anda mengadaptasi dengan cara baru, maka lebih lancar perniagaan pada masa hadapan anda InsyaAllah! [Sumber]

Buku Kuasai Perniagaan Internet yang diusung pelajar menarik minat PR untuk mengetahui lebih lanjut samada pelajar tersebut sengaja membeli atau terdapat dalam keperluan kurikulum. Rupanya bermula 2015 kursus Teknosahawanan -  modul wajib pengajian diploma dan sijil KKTM dan IKM, mengandungi bahan latihan Penguasaan Perniagaan Internet.

kuasai perniagaan internet


Buku ini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak - jinak dalam perniagaan online mahupun yang sedang berniaga dalam usaha memahami kaedah penjualan produk atau perkhidmatan selain mampu meluaskan potensi sasaran pelanggan digital di Malaysia dan di luar negara
Kuasai Perniagaan Internet (Siri 1) mendedahkan asas - asas utama dalam perniagaan dengan menggunakan platform:

  • Facebook
  • Instagram
  • WhatsApp
  • Pemasaran E-mel
  • Laman Web
  • Search Engine Optimization 
Untung juga pelajar KKTM dan IKM ni, bukan sahaja diajar bidang kemahiran tertentu, malah diterapkan juga mentaliti untuk menjadi usahawan bumiputera yang berjaya dan berdaya saing. Pelajar generasi masakini yang gemar menghabiskan masa untuk online, berinteraksi di laman sosial tanpa pulangan faedah, mungkin boleh mengubah gaya hidup untuk berjinak - jinak menguasai perniagaan internet.

PR menyarankan memang bagus untuk memiliki buku Kuasai Perniagaan Internet ni. Memang basic knowledge, mudah difahami dan praktikal untuk dicuba.

Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan bagi memulakan perniagaan internet, boleh dapatkan buku ini di pautan Buku Kuasai Perniagaan Internet (Siri 1). Sekian.

Nota | Dapatkan juga buku Memulakan Bisnes Sendiri sementara stok masih di pasaran.

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap