padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Hobi : Koleksi 2015

/ December 19, 2015 /
Seperti tahun - tahun sebelumnya, untuk 2015 aku mengumpul beberapa lagi model kereta untuk dijadikan koleksi peribadi. Keseluruhannya, aku mengumpul 8 buah model dengan 3 skala yang berbeza.

Hobi : Koleksi 2014
Hobi : Koleksi 2013
Hobi : Koleksi 2012

Skala 1:43
Pembelian paling win untuk 2015 semestinya 2 buah Honda Civic EG9 SiR, sebab dah lama aku idamkan diecast ini. Kisah model ini telah aku singkap dalam blog entri Honda Civic EG9 Dalam Genggaman.


Skala 1:32

Classic Volkswagon Beetle, Burago.

Nissan GT-R (R35) Brian - Fast Furious, Jada

Gambar ni aku ambil di Facebook Bazar JB Diecast. Aku beli pun di Bazar JB ini juga.


Skala 1:64
Toyota AE 86, Tomica


Isuzu 117 Coupe, Tomica


Nissan Skyline 2000, Kyosho


GT-R Nismo, Tomica

Macam banyak je lagi wishlist untuk tahun depan, hehee. Berminat?

Bergembira Di Shah Alam

/ December 15, 2015 /
Hujung minggu lepas, secara tepat 12.12.2015 aku bersama 3 rakan lain berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Selangor dan Kedah. Umum, keputusan pada malam tersebut, Selangor berjaya menewaskan Kedah 2-0 seterusnya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2015.

Terlalu lama untuk menyaksikan Selangor mara ke final, maka peluang ini tidak akan dilepaskan. Semasa era 2005 - 2008, selalu juga aku ke Stadium Shah Alam (SSA), kebetulan juga pada 2008 aku menjalani latihan industri di Selangor. Sekarang, mencari rezeki di Johor, susah juga nak kerap berkunjung ke sana.

Masa tu, memang geram sungguh dengan pemain import Kedah yang selalu menggagalkan misi Selangor, yang ditunjangi Marlon Alex James dan Nelson Martin. Tetapi skrip 2015 dah berbeza.

Cuma, resah seketika apabila pemegang tiket kami berempat tidak muncul sehinggalah jam 6.45 petang. Ketika masuk ke stadium, keseluruhan tempat duduk tingkat bawah telah penuh diisi penyokong kedua - dua pasukan.

Suasana sebelum masuk stadium

Berada di tingkat yang paling atas, agak jauh juga pandangan ke tengah padang, dan tak dapat mengenal pasti siapa yang menjaringkan gol. Apa pun, kedudukan kali ini lebih baik berbanding final Piala FA 2005 ketika menentang Perak - pagar paling atas.

Penyokong membanjiri SSA

Apa pun, kemeriahan di stadium memang berbeza jika anda menonton di layar gergasi atau skrin TV di rumah. Sekali sekala dapat menonton pasukan kesayangan di stadium untuk perlawanan besar, OK la tu. Tambah - tambah memperoleh kemenangan.

Anda penyokong pasukan Selangor? Jika tidak, anda sokong pasukan mana? hahahh

Peribahasa : Buluh

/ December 4, 2015 /

"Melentur biarlah waktu rebung" - Mendidik anak biarlah daripada kecil

Serlahkan Kreativiti

/ November 7, 2015 /
Masa lapang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara dan kaedah. Bagi aku, sesekali masa lapang itu aku luangkan untuk melukis. Jika dulu, aku sering saja menterjemahkan lukisan di kertas lukisan atau buku lakaran.

Dengan applikasi Notes yang ditambahbaik, kini aku lebih gemar berekspresi dalam telefon pintar sahaja. Lukis, warna, sunting dan simpan. Kalau tak memberansangkan, boleh sunting semula dan re-work sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

Berikut merupakan beberapa hasil ekspresi yang aku lukis menggunakan applikasi Notes, suntingan menggunakan applikasi Camera360 dan tulisan menggunakan applikasi Phonto.

Freedom, 26 Oktober 2015

Smile, 3 November 2015

Road to Taken, 5 November 2015


Dilema Pendaki Gunung

/ October 9, 2015 /
Tempoh seminggu dua ini, kerap juga menerima 'nota kecil' di aplikasi ruang sosial telefon pintar perihal dilema pendaki gunung. Segelintir rakan mungkin menyemat di ingatan bahawa aku seorang pendaki gunung tegar.

Sebenarnya, tidak. Hanya mengambil peluang meneroka bersama pelajar - pelajar yang aktif beraktiviti. Lihat saja kembara Gunung Datuk, ekspedisi Gunung Angsi, pemanas badan di Broga dan pendakian Gunung Arong, semuanya dicetuskan oleh pelajar.

Apa yang dikatakan sebagai dilema pendaki gunung sebagaimana nota kecil yang diterima?
  1. Sebelum pendakian : memang sangat teruja. Tambahan pula bila membaca, meneliti ulasan dan bingkisan pengalaman pendaki sebelumnya, seolah memberi gambaran sesuatu yang istimewa.

  2. Permulaan mendaki : Nafas semakin laju. Ketika ini, mula merasakan betul atau tidak tindakan untuk mendaki? Cukupkah tenaga untuk sampai ke puncak? Dapatkah merasa kenikmatan seperti pendaki sebelum ini yang berjaya?

  3. Checkpoint 1 (masih ada 3 checkpoint) : Mula berasa jemu, kemerosotan tenaga dan kepala mula memikirkan keseronokan berehat di rumah!

  4. Menghampiri puncak : Hampir putus asa bila melihat diri sendiri yang semakin lemah, ketinggalan jauh di belakang.

  5. Di puncak : Hilang segala lelah! Sangat misteri. Merakam saat isitimewa, berkongsi kegembiraan dengan rakan lain.

  6. Perjalanan turun : Mana Checkpoint 1 ni? Kalau boleh gelongsor, pasti seronok? Bekalan air kosong pula!

  7. Kaki gunung : Ini gunung terakhir!

  8. Penat hilang : Gunung mana pulak ye??
Penafian : Dilema ini mungkin berbeza bagi pendaki profesional. Amatur seperti aku, memang setiap masa rasa macam perkara di atas, muehehee

Apa pun, pengalaman aku mendaki gunung termasuk Gunung Kinabalu memberikan perasaan yang istimewa saat dan ketika berada di puncak. Sangat istimewa. 



Betul. Setiap pendakian memberi cabaran, usaha, semangat dan kemahiran yang berbeza. Setiap pendakian mengajar sesuatu. Dan yakinlah, setiap rintangan yang kita tempuh, dijanjikan dengan puncak, membentangkan keindahan alam yang bukan semua orang dapat merasainya.

Begitu halnya dalam kehidupan. Bijak sahaja tidak mencukupi. Tenaga yang tidak boleh dikalahkan bukan ukuran. Sebaliknya, gabungan dari aspek keazaman, kemahiran dan pengetahuan merupakan ramuan untuk berjaya seperti mana yang anda definasikan.

'Gunung' mana selepas ini? 


Tambah Perisa Penyedap Rasa

/ September 12, 2015 /
Dah masuk September tahun ni. Bila baca blog entri 99.9 MTB Jamboree 2014 Keck Seng, dah setahun tapi rasa macam baru je lagi post tu.. Hahahaa.

Baik. Lupakan kisah berbasikal tu sekejap. Tumpukan semula perhatian anda pada post kali ini, Tambah Perisa Penyedap Rasa.

Lazimnya, dalam makanan yang kita hidang atau makan mesti ada perisa tambahan untuk mengelokkan rasa sedia ada. Nasi putih yang kita jadikan sebagai makanan ruji perlu ditambah dengan kuah kari, kicap, atau kuah asam. Pedas. Masin. Berempah. Itu asas. Bagi yang kurang bernasib baik, sekepal nasi putih sudah cukup membahagiakan.

Hari demi hari, makanan kita ditambahbaik, diubahsuai supaya mendatangkan lagi nyala rasa untuk dinikmati. Burger yang asalnya berasas daripada roti, kepingan daging ayam (lain - lain), sedikit sayuran dan sos diubahsuai menjadi lebih menarik dan menggiurkan dengan tambahan keju melimpah-ruah, sos tambahan dan makanan sampingan.

Popia Pisang, Sumber

Murtabak yang biasanya berasas bawang dan telur kini ditambah dengan keju. Pisang goreng yang rangup ditambah pula dengan keju cincang dan dilimpahi coklat manis. Mee segera juga ada ditambah keju. Pisang dibalut dengan kulit popia. Kuih ketayap diintikan telur hancur.

Sumber : blog Masam Manis

Untuk apa makanan ini diubahsuai dan ditambah dengan sesuatu yang baru? Berbalik kepada tajuk yang aku utarakan, penambahan bahan perisa dan bahan tambah dalam masakan boleh meningkatkan rasa dan selera berbanding makanan asal.

Perihal ini aku cuba kaitkan dengan mentaliti kehidupan manusia. Bila bercerita, mesti ada 'nasi tambah', mesti ada 'bahan perisa'. Baru lah cerita akan jadi syok! Barulah cerita takkan jadi lapuk. Barulah cerita akan jadi perhatian.

Tetapi, dalam apa cara kita menambah perisa, kena beringat jangan sampai melebih - lebih. Kena renung dan fikir juga apa kesan yang akan berlaku di hari mendatang? Sama. Baik cerita yang aku kupas melalui makanan, mahupun cerita orang yang 'tambah perisa'.

Aku harap anda boleh dapat apa yang aku sampaikan. Sekian...

Ekspedisi Gunung Berlumut

/ July 11, 2015 /
Lama dah, 25 April cuma baru ada kesempatan untuk berkongsi di ruang ini. Hehee.. Aku teruskan penjelajahan, siri ke-7 selepas Gunung Kinabalu, Januari lalu.

Terletak di Kluang, Gunung Belumut boleh kata mencabar juga bagi pendakian pertama. Gunung Belumut merupakan gunung ke-4 tertinggi di Johor (#195 Malaysia) menurut ranking yang disediakan Malaysia Mountains, berketinggian 3313 kaki (1010 m) dari aras laut. Gunung ini memberikan pengalaman berbeza berbanding gunung - gunung yang aku pernah daki sebelum ini.

Terdapat 4 check-point, dan cut-off time adalah jam 1.00 petang. Jarak perjalanan untuk tiba ke puncak adalah 9 km.

Aku gagal mendaki sehingga ke puncak, dan tiba pada CP 3 pada jam 12.45 tengahari. Aku mengambil keputusan untuk turun semula. Perjalanan mendaki sejak CP 1 menyebabkan tenaga semakin berkurangan menuju CP 3 dengan keadaan mukabumi yang menegak hampir 60 darjah.

Sebelum Pendakian 

 CP2 : Batu Kerang

Ambik nafas dulu... 

Wajah ceria nak balik JB

Ekspedisi kali ini disertai sebahagian besar pelajar Semester 3, Sesi Jan - Jun 2015.

Hujan dan Panas

/ April 19, 2015 /
Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa, di mana mengalami keadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

Janganlah di rungut hari yang panas, ada rezeki di waktunya, dan janganlah di resah sang hujan, juga ada rahmat di sebaliknya. marilah kita bersyukur atas anugerah ketentuanNya. Hari yang panas membuka pintu rezeki para nelayan, menangkap ikan, menjemur ikan masin, menjemur asam keping, mengeringkan susu getah, pakaian dan sebagainya.. adakah perlu menidakkan kehadiran panas, sedangkan kumpulan tersebut memerlukannya?




Hari yang hujan pulak menurunkan rahmat pada petani, menyuburkan tanaman, menyejukkan bumi.. adakah perlu kita menidakkan hujan?

Sedarlah.. kita terus hidup bertitik tolak dari 2 anugerah ini.. kita makan nasi, yang asalnya beras yang di usahakan para petani- yang mengharapkan hujan.. kita makan ikan masin yang di usahakan oleh penjemur ikan masin- yang mengharapkan panas sepanjang masa..

Bersyukurlah... bersyukurlah apa yang kita nikmati.. sedangkan masih ada individu yang ingin bertemu dengan matahari.. masih ada yang memerlukan air yang banyak.. segala ketentuan adalah milik Yang Maha Esa.. sesungguhnya Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui..

Susunan semula blog entri 7 September 2009

1:43 Honda Civic EG9 SiR 1992

/ April 1, 2015 /
Tanggal 25 Mac 2015, aku menambah lagi koleksi diecast model aku, 2 buah Honda Civic EG9 SiR 1992 berskala 1:43. Model yang sentiasa aku nantikan untuk memilikinya setelah aku menggunapakai model ini skala 1:1 pada Julai 2011.

Diecast Honda CivicEG9 SiR 1992
Diecast Model Honda Civic EG9 SiR 1992

Bagi tujuan rekod, koleksi ini adalah yang ke-4 dan ke-5 bagi skala 1:43. Berikut merupakan koleksi yang ada di dalam simpanan semasa.

Koleksi 1:43

Pembelian model ini melalui pembelian atas talian melalui laman Diecast-Zone. Pelbagai model kereta dan skala dijual melalui blog tersebut. Bagi penggemar diecast bolehlah klik pautan untuk berkunjung dan membeli belah di sana.

Brochure Honda Civic '92
Brochure Honda Civic '92

MyEG9

Diecast EG9

Bawa Kesayangan Jalan - Jalan

/ March 25, 2015 /
Cuti hujung minggu yang panjang membolehkan kita keluar sekejap darihal tempat kerja dan memusatkan perhatian kepada aktiviti peribadi yang boleh mendatangkan keseronokan. Statement aku ni boleh juga diguna baik kepada yang dah berkeluarga mahupun yang masih bujang.

Cuti 4 hari bermula Jumaat, aku manfaatkan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada kesayangan. Kalau tak dirapi, tak diteliti payah pula kemudian hari. Hehee..

Honda Civic EF diecast

Mitsubishi IX diecast
Turun padang untuk cubaan rally

Mitsubishi IX diecast
Berehat sebentar dikelilingi flora yang pelbagai

Mitsubishi EVO X diecast

Mitsubishi EVO X diecast

Basuh Kereta diecast
Mandi - Manda

konvoi parking
Menanti hujan teduh

Vespa diecast

Vespa diecast

Honda Civic EF diecast


Abes cerita. Sambung kerja semula. 

Nike Mercurial Vapor CR7

/ March 23, 2015 /
Kenangan manis menjulang emas di Jasin pada Mac 2014 belum dapat dilupakan, tapi aku terus mencari kasut bola baru untuk penyesuaian pada Temasya Sukan 2016 akan datang.

Kenangan Nike Mercurial Velloce Firm Ground (FG) aku abadikan dalam gambar sahaja, dan tiba masa aku menggunakan model terbaru, Nike Mercurial Vapor CR7.

Nike Mercurial Velloce, Mac 2013

Ini bermakna, kasut bola ke-7 aku masih lagi kekal dengan jenama Nike (Mercurial). Kasut ini dibeli dengan harga RM329. Setakat ni semua kasut dengan modal sendiri. Belum ada penaja. Kehkeh..

Pelbagai jenis barangan dan jenama dijual di Al-Ikhsan Mega Store yang baru sahaja dibuka di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Pening juga nak buat pilihan dan akhirnya sepatu hitam ini jugalah yang menjadi pilihan.

Nike Mercurial Vapor CR7, Februari 2015

Sedikit info berkaitan Al-Ikhsan Mega Store:

Lokasi : No. 2 & 4, UDA Business Centre, Jalan Padi Emas 1/4, Johor Bahru

Aras Bawah : Barangan Wanita & kanak - kanak
Tingkat 1 : Pakaian larian, bola keranjang & sandal
Tingkat 2 : Ragbi, sukan permotoran, fesyen
Tingkat 3 : Bolasepak dan futsal

Ayuh, kita bersukan!

Pendakian Kinabalu

/ March 2, 2015 /
Genap 2 tahun dari tarikh aku menjejak kaki ke Sabah, kali ini 2015 aku datang sekali lagi dengan harapan untuk menawan puncak Kinabalu. 4095.2 m dari paras laut.

Pergi dengan misi menawan Kinabalu bersama 29 anggota kerja MARA yang lain, bermula 26 - 30 Januari 2015. Dah sebulan lebih? Dah basi? Takpe.. Kongsi saja.

Bermula di Timpohon Gate jam 930 pagi, 28 Januari. Bagi 6 km yang pertama sebelum singgah di Laban Rata, ambil masa dari jam 9.30 sehingga 5 petang. Bagi yang luar biasa fit, mungkin boleh lagi awal, cuma makanan di Laban Rata hanya disediakan selepas jam 4.

Sambung lagi pendakian jam 2.30 pagi, 29 Januari dan sampai ke puncak jam 6.45 pagi! Turun semula dan sampai ke Timpohon Gate jam 5 petang.. Hahahahaa... Lama tak lama lah, lutut dah rasa nak tercabut. 

Tiba di Johor Bahru semula hari Jumaat dan Ahad dah mulakan tugas semula. Badan sakit - sakit? Adatlah tu..... Jom layan gambar.

Memakai ID pendakian


Bekas Ketua Program aku dulu..

Layan

Antara laluan mendaki

Lagi laluan mendaki

Ambik nafas dulu..

Hidupan di KM.5

Satu - satunya gambar yang aku sempat ambil di puncak

Kami di puncak!

Terbaik lah malim gunung!

Sekian.

Pemurnian Dokumen Kualiti : Fasa Akhir

/ January 18, 2015 /
Pemurnian Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IKM menuju ke fasa akhir. Pindaan ini adalah kali ke-3 sejak dipersijilkan QMS :ISO 9001 pada September 2009.

Menariknya, Persijilan ini diperluaskan lagi dengan penambahan site ke-4, IKM Kota Kinabalu, seriring dengan hasrat Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA ke arah satu persijilan bagi semua pusat IKM seluruh Malaysia.

Lega, proses ini berada di fasa akhir sebelum dokumen disahkan untuk pelaksanaan bagi kitaran 2015 - 2018. Audit Persijilan Semula dijangka akan dilaksanakan pada Jun 2015, dan aku harap semua pelaksanaan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.


Jawatankuasa yang hadir di Pullman Putrajaya Lakeside


Jawatankuasa yang hadir di Vistana KL


Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap