Setelah bekerja sepanjang tahun, biasanya akan ambil kesempatan untuk mengambil cuti panjang. Samada cuti di kampung halaman, atau boleh saja memilih lokasi atau tempat peranginan menarik di dalam mahupun luar negara. Untuk tahun ini, PR memilih untuk percutian tempatan sahaja.
Tugas Rasmi Di Luar Kawasan
Seperti blog entri sebelum ini, PR telah menghadiri kursus CePSWAM di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Ini bukan urusan bercuti. Ini tugasan rasmi. Tiada kemudahan penginapan disediakan, maka berputar ligat juga kepala untuk memilih penginapan, yang kena dengan bajet semasa.
Seperti blog entri sebelum ini, PR telah menghadiri kursus CePSWAM di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Ini bukan urusan bercuti. Ini tugasan rasmi. Tiada kemudahan penginapan disediakan, maka berputar ligat juga kepala untuk memilih penginapan, yang kena dengan bajet semasa.
Dengan bantuan aplikasi Traveloka, PR akhirnya memilih hotel yang sama dengan tempat kursus diadakan. Sebenarnya dah beberapa kali juga PR menggunakan aplikasi Traveloka untuk membuat tempahan hotel. Boleh tahan banyak juga diskaun yang PR dapat untuk tempahan hotel 4 malam.
Review | Hotel Vistana Bukit Jambul
Ini bukan kali pertama PR menginap di Hotel Vistana. Selain di Bukit Jambul, PR pernah 2 kali menginap di Vistana KL. Tema korporatnya sama. Ruang bilik juga sama. Kemudahan seperti swimming pool dan gym juga sama.
Kemudahan asas di dalam bilik disediakan dengan baik. Tuala mandi ditukar setiap hari. Bilik juga dikemas setiap hari. Kemudahan internet yang laju memudahkan urusan perpindahan maklumat secara digital pada masa – masa yang diperlukan.
Jika anda datang untuk berkursus menaiki kenderaan awam, tak perlu risau untuk mencari makan di kawasan berhampiran. Lebih kurang 500m dari hotel, ada restoran 24 jam. Ini memang penyelamat kalau perut terasa lapar di malam hari. Selain itu, ada deretan kedai di medan selera berhampiran restoran 24 jam. Hotel ini juga bersebelahan dengan Kompleks Bukit Jambul.
Jika anda datang bercuti, Vistana Hotel juga merupakan tempat terbaik untuk penginapan. Kurang kesesakan jalanraya di sekitar hotel, dan penyediaan tapak parkir yang banyak dan selamat. Kalau nak makan, tak payahlah makan di hotel. Pulau Pinang kan syurga makanan. Anda boleh dapatkan maklumat dengan katakunci carian “Tempat makan popular di Pulau Pinang”.
Rajin – rajinlah baca review berkenaan tempat makan ni. Kadang – kadang nama saja gah, tapi indah khabar dari rupa. Rasa tidak seberapa tetapi harga melambung tinggi. Tambah – tambah lagi jika anda “orang luar”. PR sempat merasa nasi kandar Deen Maju. Semasa PR tiba, tak kurang 30 orang yang sedang beratur memesan makanan masing – masing.
Perjalanan PR dari Johor ke Pulau Pinang menaiki perkhidmatan bas ekspress. Ha, yang ni pun PR nak bagitau, PR menggunakan aplikasi RedBus untuk tempahan tiket. Banyak juga faedah menggunakan aplikasi ini, antaranya cashback yang boleh anda gunakan semasa membeli tiket seterusnya, selain dari promosi – promosi semasa yang membolehkan anda mendapat diskaun hebat untuk membeli tiket.
Jika anda berminat untuk install aplikasi redbus, boleh klik pautan dibawah. Anda boleh dapat RM20 dalam e-wallet anda setelah register!
Ok, itu sahaja review kali ini. Secara keseluruhan, PR bagi rate seperti berikut:
- Kebersihan 5 Bintang
- Kemudahan 5 Bintang
- Staf 5 Bintang
- Makanan 4 Bintang
Sekian.