Toyo Tyre Malaysia melalui laman rasmi facebook menghebahkan pelancaran tayar berprestasi tinggi baharu, Proxes Sport 2. Tayar baharu ini direka dengan ciri khas, mempertingkatkan kestabilan pengendalian (precise handling) dan cengkaman yang lebih baik di permukaan basah (exceptional wet grip).
Kemaskini Tayar Berprestasi Tinggi
Lama juga saya tak kemaskini berkaitan tayar kereta. Terasa nak cari maklumat dan di sini saya pula kongsikan maklumat. Boleh saja untuk pembaca, malah untuk saya sendiri juga. Seperti mana artikel terdahulu, saya menggunakan tayar Yokohama S-drive sebelum beralih ke Toyo Proxes T1R.
Artikel berkaitan: Beralih Guna Toyo Proxes T1R
Yokohama S-Drive
Pada kereta pertama, pada permulaan (2011) saya menggunakan tayar Yokohama S-Drive. Lembut, senyap dan cengkaman yang baik pada permukaan basah dan air bertakung. Bila dah sampai masa untuk tukar tayar baharu, saya menghadapi kesukaran untuk dapatkan model sama. Jadi, itu sebab saya beralih ke Toyo Proxes T1R. Seingat saya harga sebiji untuk spesifikasi 195/55/15 ialah RM270 (2013).
Ketika artikel ini ditulis, saya dapat maklumat bahawa Yokohama S-drive telah dihentikan pengeluaran (discontinued). Saya pun bukanlah rajin mencari info setepatnya, tapi bila banding 2 - 3 sumber, rasanya betul lah tu. Untungnya, sungguhpun Yokohama s-drive dihentikan, Yokohama telah melancarkan produk baharu dengan visual dan rekabentuk hampir sama iaitu Yokohama Advan Fleva V701.
Artikel berkaitan: Advan Fleva V701 pewaris S-drive
Ringkasan ciri - ciri Advan Fleva V701 seperti berikut
- wet braking performance
- precise handling
- grip for days for both wet and dry weather driving conditions
- a quiet ride (setuju sangat)
Advan Fleva boleh didapati dengan 44 saiz tayar, dengan variasi rim 15" - 20". Anda boleh rujuk jadual berikut Advan Fleva V701: All size and Spec
Toyo Proxes
Saya menggunakan Toyo Proxes T1R pada Civic saya dari 2013, belian semula 2016 sehinggalah tersadai sebelum projek restore. Semasa restore, saya menggunakan tayar Centara. Bajet semasa setakat itu sahaja. hehe. Jadi saya mencari maklumat untuk harga terkini, mengejutkan juga Proxes T1R telah dihentikan juga (discontinued) dan diganti dengan Toyo Proxes TR1. Pada mulanya saya rasa hampir sama tapi percayalah, tak sama! T1R dan TR1.
Artikel Berkaitan: Pelancaran Toyo Proxes TR1
Berbelah Bahagi
Sekarang ni, saya dalam dilema samada mahu menukar tayar Centara atau pun tidak. Tak sampai 1,000 km pun lagi penggunaannya. Andai ada rezeki untuk tukar, berbelah bahagi pula samada Advan Fleva V701 ataupun Proxes TR1. Sebelum ini guna S-drive pun syok, pakai Proxes T1R pun syahdu.
Artikel berkaitan: Tips Membeli Tayar Baharu (Spec)
Nak pakai di kereta ciktom, varian 14" tak ada pulak. Hihi..