padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

cerita 2009

/ December 30, 2009 /
banyak suka duka 2009 ni.. he he he


pertamanya, 14/2 aku gi singapore, trip untuk sehari perjalanan..
he he best la. berbaloi kos rm80 dapat enjoy gak kat sana.. 22/3- kakak sulung aku meninggal dunia...

3/4- kuku jari tengah tangan kanan aku terpaksa di cabut... pedih siol...
sori la acai.. tumpang katil ko plak.. hahaha
8/5- menamatkan zaman belajar di peringkat ijazah pertama..
6/8-interview kat ikm jb...
18/8- convocation day! haha first time family aku datang jb...
2/11- lantikan pertama.. jawatan pegawai latihan vokasional j41 kat ikm jb, post tetap..
17/12- gaji pertama.. wau,bestnye.. he he he

21/2-aku da ada laptop sendiri..

so, aku simpulkan tahun 2009 ni tahun suka duka, dan yang penting tahun ni akan menjadi tahun yang paling banyak peristiwa untuk di kenang..

disember 2009.....

/ December 23, 2009 /
alhamdulillah... semuanya berjalan lancar je..
bulan disember ni banyak bagi kenangan kot...
terbaru, bagi tahun 2009 aku dapat 1st gaji aku..
heheh.. pertama kali kerja la katakan..

dan yang kedua, aku tambah aset aku..
aku beli laptop.. maybe sesetengah orang pandang remeh je,
tapi tak kisah la.. aku punya so memang patut la aku rasa seronok..

tahun depan, insyaAllah aku amik lesen kereta..

sesi kedua

/ December 7, 2009 /
ok.. kali ni kite masuk sesi kedua teka teki ni..

Q1 : apa benda yang bila kita biarkan kat darat, dia tenggelam (maknanya terletak atas lantai lah..) tapi benda ni kalau di terbalikkan dan di biar dalam air, dia terapung pulak..

Q2 : hitam-panjang-di peluk dan di apit dua peha

Q3 : soalan 3 dalam 1.. kenapa pencuri kena tangkap dengan polis? kenapa ubi jadi kayu dan kenapa gigi sakit? ade satu jawapan je

Q4 : hari apa yang xboleh potong kuku?

Q5 : ape benda yang ade kat hujung katil di tengah malam?

menguji minda

/ December 1, 2009 /
hehehe.. adakah semua perkara kita ambil tahu?
kadang perkara yang berlaku seharian, di anggap remeh tapi sebenarnya
ada sesab musabab yang tertentu..

jadi, sudahkah anda bersedia menguji minda anda?
mari kita cuba..

Q1 : apa beza anak dara zaman dulu dengan anak dara zaman sekarang?

Q2 : macamana cara menghentikan air terjun?

Q3 : binatang apa yang tidak pernah melihat matahari?

ha... amacam? agak2 boleh jawab tak soalan2 tu?
orang kata, tu sebagai pemanas badan...
nak yang lebih mencabar?

Q4 : ada 3 beradik ni kembar, asyik berkejaran tapi sampai bila2 pun takkan dapat..apedia?

Q5 : kuih apa yang orang akan makan di bahagian tepi sahaja, tengah tak makan

cemane?... boleh jawab tak ni?
ok ok ok.. ni soalan yang memang berkerut dahi punya..

Q6 : kecil-hitam-basah..

alaa dahla.. cuba teka dulu 6 soalan ni.. nanti cuba soalan lain pulak ye..
selamat mencuba..

I'm BACK!!

/ November 13, 2009 /

haha...13/12/2009 aku kembali turun padang..
walaupun selaku pemain gantian, tapi aku rasa seronok dapat beraksi untuk pasukan bolasepak ikm jb buat pertama kali...

aku hampir-hampir nak gantung but dah, tapi peluang yang muncul aku sambar dengan je.. tapi sekian lama tak turun bola padang (last main masa 26/1/2008 antara ktdi vs utm), bila tiba-tiba di panggil, aksi pun agak tenggelam la.. badan pun da berisi, nafas tak sempurna..

hehe.. shafiq pun main gak.. dia main 1st eleven.. ha.. da start main bola padang ni, aku rasa sikit demi sikit dapat la menaikkan stamina aku semula, selain sentuhan jaringan...

target aku, nak jadi kesebelasan utama ikm jb..maybe dalam tempoh 6 bulan..lagi awal lagi bagus, tapi aku rasa susah la sket pasal sebagai newcomer, banyak perkara yang perlu aku belajar dengan otai2 mcm en athar,en yusop dan en rambong.. hehehe..

2 november 2009

/ November 9, 2009 /
ari isnin, 2/11/2009 adalah tarikh aku
lapor diri kat institut kemahiran MARA (ikm)johor bahru..
aku di tawarkan sebagai PLV untuk jabatan teknologi mekanikal gas..

umm.. buat masa sekarang aku belum di beri tugas khusus..
memandangkan sekarang student dalam mood study week dan diorang akan exam start 25/11..

haha.. bukan la aku nak cerita detail pasal kerja aku..
memang xde detail pun..
cumanya aku nak berkongsi satu cerita la..

pagi tu masa nak bersiap2 tu, ada sikit problem..
yelah.. seluar tu seluar lama.. dan body, body baru..
huhu, punya la seksa nak selesakan diri..
rasa terjerut je...

5 bulan je dok kat umah, naik mendadak terus..
yelah, kat rumah langsung tak main, x berpeluh..
tu pasal lemak berkumpul..
timbang masa nak buat medical check-up.. 71 kg!!
mak ai... rasa macam tak percaya cecah >70..

akhirnya....

/ October 24, 2009 /
yeah... tanggal 23 oktober aku menamatkan kursus aku
"small entrepreneur machine shop business"...
hehe... ape kerja aku time kursus ni?
ha.. meh aku cerita sikit....

3 bulan aku belajar la.. bulan pertama aku kena siapkan 10 projek
fabricate 10 tooling parts with different types of machine..

bulan kedua belajar pasal pendawaian letrik, computer numerical control CNC

bulan ketiga autocad and welding.. tp bulan ketiga banyak cuti.. konvo dan interview kerja..

2 bulan lagi latihan industri... kat menglembu.. (30 km dari rumah aku)
kat sana aku buat keja mudah je...
squaring kan besi je...

tp nak pegi balik tu banyak kisahnye...
hujan la paling menyeksakan aku...
moto aku mesti selsema punye kalau kena ujan.. penah sekali tu aku dari ipoh ke rumah
amik masa 2 jam... moto semput, nak berhenti ujan lebat dah basah kuyup pun
jalan makin gelap...

tu belum kira lagi rim tayar bengkok, motor berhenti tengah jalan, kena kejar dgn anjing..
hahaha... menglembu tu memang kawasan cina...

kesimpulannya, memang lega la da ades kursus ni,,
hehehe.. nak kerja la plak...
kira ok la, se kurang2 nya ada la duit poket untuk 5 bulan...

bila masa terluang

/ October 10, 2009 /
ni la benda yang aku buat biasanya time2 lapang..
melukis ni salah satu hobi..

aku bukan pelukis pro, so lukisan pun ala2 kadar je..



"as the golden orb journeys to its place of rest, shadows lengthen facilitating quiet contemplation" "misteps are all the water under bridge.. looking backward when you're trying to go forward is a recipe for disaster"

"at the end of each effort lies the sweet nectar of life.."




DAHLIA dalam kenangan

/ September 16, 2009 /

tanggal 22 mac 2009, Dahlia (yong), kakak sulung sulung aku kembali ke Rahmatullah pukul 12.30 pagi.... punca kematian samapai sekarang masih misteri...
xlah misteri mane.. cuma cara yong 'pergi' pun time tidur...
aku masa tu kat skudai lagi.. tengah buat final projek (psm)..
memang aku berjaga la sampai pagi kadang2 tapi malam tu kul 1 aku dah ngantuk..
dan aku tido... tapi dalam tido tu ade rase macam xbest je...
aku bangun... terus capai handset aku, and ade 44 missed calls.. huhu..
tengok list suma family aku yang try tepon aku kecuali yong...
bile aku baca mesej, aku macam tak percaya yong dah takde lagi...
mase tu taktau nak pikir ape.. aku kat johor sedangkan arwah kat penang..
klau naik bas confirm xsempat sampai kul 3...
mase tu, Tuhan je yang tau.. duit kat tangan ade dalam rm50 je..
dalam buntu tu, aku kejut kawan aku dan mintak tolong die drive samapai penang..
ni aku sebutkan nama diorang
KAIRUL HAFIZ dan NIK MOHD AZRIN
tima kasih la bebanyak kat korang..
kalau tak, taktau la cemane nak balik penang time tu..
gerak lepas subuh, sampai kl kul 11.. tukar keta
and terus gerak penang dan sampai kul 3..
alhamdulillah sempat gak la aku tengok arwah kali terakhir..
aku bukan lah nak cerita ape sangat, cuma nak berkongsi
yang kite ni bila2 mase je boleh 'pergi' tanpa sebarang tanda..
2 minggu sebelum tu, yong ade tepon aku dan kami berbual baik..
setahu aku dan family, yong xde pulk menghidap penyakit2 yang serius..
even suami dia pun bingung gak xdapat nak jelaskan pape..
tu la namanya ajal...
umm, raya kali ni pasti berbeza pasal dah kurang seorang ahli...
apepun, arwah ade 3 baby yang angat comel dan bijak..
yang kat atas tu anak sulung die umur 5 tahun..
aku cuma terpikirkan cemane la kalau diorang rindu umi diorang?
tu yang 5 tahun, ade yang 3 tahun dan ade yang 2 bulan
mase arwah meninggal...
huhu.....
umm kepada kite yang hidup ni, sama2 lah kite doakan arwah di tempakan di kalangan
hamba2-Nya yang solehah..
AL-FATIHAH

Web Site Agreement

/ September 14, 2009 /
padinno Web Site Agreement


The padinno.com Web Site (the "Site") is an online information service provided by padinno ("padinno.com "), subject to your compliance with the terms and conditions set forth below. PLEASE READ THIS DOCUMENT CAREFULLY BEFORE ACCESSING OR USING THE SITE. BY ACCESSING OR USING THE SITE, YOU AGREE TO BE BOUND BY THE TERMS AND CONDITIONS SET FORTH BELOW. IF YOU DO NOT WISH TO BE BOUND BY THESE TERMS AND CONDITIONS, YOU MAY NOT ACCESS OR USE THE SITE. padinno.com MAY MODIFY THIS AGREEMENT AT ANY TIME, AND SUCH MODIFICATIONS SHALL BE EFFECTIVE IMMEDIATELY UPON POSTING OF THE MODIFIED AGREEMENT ON THE SITE. YOU AGREE TO REVIEW THE AGREEMENT PERIODICALLY TO BE AWARE OF SUCH MODIFICATIONS AND YOUR CONTINUED ACCESS OR USE OF THE SITE SHALL BE DEEMED YOUR CONCLUSIVE ACCEPTANCE OF THE MODIFIED AGREEMENT.

1. Copyright, Licenses and Idea Submissions.

The entire contents of the Site are protected by international copyright and trademark laws. The owner of the copyrights and trademarks are padinno.com, its affiliates or other third party licensors. YOU MAY NOT MODIFY, COPY, REPRODUCE, REPUBLISH, UPLOAD, POST, TRANSMIT, OR DISTRIBUTE, IN ANY MANNER, THE MATERIAL ON THE SITE, INCLUDING TEXT, GRAPHICS, CODE AND/OR SOFTWARE. You may print and download portions of material from the different areas of the Site solely for your own non-commercial use provided that you agree not to change or delete any copyright or proprietary notices from the materials. You agree to grant to padinno.com a non-exclusive, royalty-free, worldwide, perpetual license, with the right to sub-license, to reproduce, distribute, transmit, create derivative works of, publicly display and publicly perform any materials and other information (including, without limitation, ideas contained therein for new or improved products and services) you submit to any public areas of the Site (such as bulletin boards, forums and newsgroups) or by e-mail to padinno.com by all means and in any media now known or hereafter developed. You also grant to padinno.com the right to use your name in connection with the submitted materials and other information as well as in connection with all advertising, marketing and promotional material related thereto. You agree that you shall have no recourse against padinno.com for any alleged or actual infringement or misappropriation of any proprietary right in your communications to padinno.com.

1.1 Trademark

Publications, products, content or services referenced herein or on the Site are the exclusive trademarks or servicemarks of padinno.com. Other product and company names mentioned in the Site may be the trademarks of their respective owners.

2. Use of The Site

You understand that, except for information, products or services clearly identified as being supplied by padinno.com, padinno.comdoes not operate, control or endorse any information, products or services on the Internet in any way. Except for padinno.com- identified information, products or services, all information, products and services offered through the Site or on the Internet generally are offered by third parties, that are not affiliated with padinno.com a. You also understand that padinno.com cannot and does not guarantee or warrant that files available for downloading through the Site will be free of infection or viruses, worms, Trojan horses or other code that manifest contaminating or destructive properties. You are responsible for implementing sufficient procedures and checkpoints to satisfy your particular requirements for accuracy of data input and output, and for maintaining a means external to the Site for the reconstruction of any lost data.

YOU ASSUME TOTAL RESPONSIBILITY AND RISK FOR YOUR USE OF THE SITE AND THE INTERNET. padinno.com PROVIDES THE SITE AND RELATED INFORMATION "AS IS" AND DOES NOT MAKE ANY EXPRESS OR IMPLIED WARRANTIES, REPRESENTATIONS OR ENDORSEMENTS WHATSOEVER (INCLUDING WITHOUT LIMITATION WARRANTIES OF TITLE OR NONINFRINGEMENT, OR THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY OR FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE) WITH REGARD TO THE SERVICE, ANY MERCHANDISE INFORMATION OR SERVICE PROVIDED THROUGH THE SERVICE OR ON THE INTERNET GENERALLY, AND padinno.com SHALL NOT BE LIABLE FOR ANY COST OR DAMAGE ARISING EITHER DIRECTLY OR INDIRECTLY FROM ANY SUCH TRANSACTION. IT IS SOLELY YOUR RESPONSIBILITY TO EVALUATE THE ACCURACY, COMPLETENESS AND USEFULNESS OF ALL OPINIONS, ADVICE, SERVICES, MERCHANDISE AND OTHER INFORMATION PROVIDED THROUGH THE SERVICE OR ON THE INTERNET GENERALLY. padinno.com DOES NOT WARRANT THAT THE SERVICE WILL BE UNINTERRUPTED OR ERROR-FREE OR THAT DEFECTS IN THE SERVICE WILL BE CORRECTED.

YOU UNDERSTAND FURTHER THAT THE PURE NATURE OF THE INTERNET CONTAINS UNEDITED MATERIALS SOME OF WHICH ARE SEXUALLY EXPLICIT OR MAY BE OFFENSIVE TO YOU. YOUR ACCESS TO SUCH MATERIALS IS AT YOUR RISK. padinno.com HAS NO CONTROL OVER AND ACCEPTS NO RESPONSIBILITY WHATSOEVER FOR SUCH MATERIALS.

2.1 Limitation of Liability

IN NO EVENT WILL padinno.com BE LIABLE FOR (I) ANY INCIDENTAL, CONSEQUENTIAL, OR INDIRECT DAMAGES (INCLUDING, BUT NOT LIMITED TO, DAMAGES FOR LOSS OF PROFITS, BUSINESS INTERRUPTION, LOSS OF PROGRAMS OR INFORMATION, AND THE LIKE) ARISING OUT OF THE USE OF OR INABILITY TO USE THE SERVICE, OR ANY INFORMATION, OR TRANSACTIONS PROVIDED ON THE SERVICE, OR DOWNLOADED FROM THE SERVICE, OR ANY DELAY OF SUCH INFORMATION OR SERVICE. EVEN IF padinno.com OR ITS AUTHORIZED REPRESENTATIVES HAVE BEEN ADVISED OF THE POSSIBILITY OF SUCH DAMAGES, OR (II) ANY CLAIM ATTRIBUTABLE TO ERRORS, OMISSIONS, OR OTHER INACCURACIES IN THE SERVICE AND/OR MATERIALS OR INFORMATION DOWNLOADED THROUGH THE SERVICE. BECAUSE SOME STATES DO NOT ALLOW THE EXCLUSION OR LIMITATION OF LIABILITY FOR CONSEQUENTIAL OR INCIDENTAL DAMAGES, THE ABOVE LIMITATION MAY NOT APPLY TO YOU. IN SUCH STATES, padinno.com LIABILITY IS LIMITED TO THE GREATEST EXTENT PERMITTED BY LAW.

padinno.com makes no representations whatsoever about any other web site which you may access through this one or which may link to this Site. When you access a non-padinno.com web site, please understand that it is independent from padinno.com, and that padinno.com has no control over the content on that web site. In addition, a link to a padinno.com web site does not mean that padinno.com endorses or accepts any responsibility for the content, or the use, of such web site.

3. Indemnification.

You agree to indemnify, defend and hold harmless padinno.com, its officers, directors, employees, agents, licensors, suppliers and any third party information providers to the Service from and against all losses, expenses, damages and costs, including reasonable attorneys' fees, resulting from any violation of this Agreement (including negligent or wrongful conduct) by you or any other person accessing the Service.

4. Third Party Rights

The provisions of paragraphs 2 (Use of the Service), and 3 (Indemnification) are for the benefit of padinno.com and its officers, directors, employees, agents, licensors, suppliers, and any third party information providers to the Service. Each of these individuals or entities shall have the right to assert and enforce those provisions directly against you on its own behalf.

5. Term, Termination

This Agreement may be terminated by either party without notice at any time for any reason. The provisions of paragraphs 1 (Copyright, Licenses and Idea Submissions), 2 (Use of the Service), 3 (Indemnification), 4 (Third Party Rights) and 6 (Miscellaneous) shall survive any termination of this Agreement.

6.Miscellaneous.

This Agreement shall all be governed and construed in accordance with the laws of Malaysia applicable to agreements made and to be performed in Malaysia. You agree that any legal action or proceeding between padinno.com and you for any purpose concerning this Agreement or the parties' obligations hereunder shall be brought exclusively in a federal or state court of competent jurisdiction sitting in Malaysia . Any cause of action or claim you may have with respect to the Service must be commenced within one (1) year after the claim or cause of action arises or such claim or cause of action is barred. padinno.com's failure to insist upon or enforce strict performance of any provision of this Agreement shall not be construed as a waiver of any provision or right. Neither the course of conduct between the parties nor trade practice shall act to modify any provision of this Agreement. padinno.com may assign its rights and duties under this Agreement to any party at any time without notice to you.

Any rights not expressly granted herein are reserved.


COPYRIGHT NOTICE.© 1999-2010 PriorityDigital.com Prepared for: padinno.com ,All rights reserved.Get your own free disclaimer on-line here.

About Me

/ September 13, 2009 /
Selamat Datang ke padinrose.com

Tentang Penulis :

Nama : Padin
Email : padinno@gmail.com

Kata - Kata:

"Jangan buat aku angin, kalau angin aku main layang -layang.. lalala" - 2009

"Hidup biar pernah mencuba, terokalah selagi berdaya" - 2016



Tentang Blog

  • Personal blog, yang memaparkan pelbagai tips, panduan, gaya hidup, motivasi dan pendapat berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Kalau ada yang sama dengan orang lain, mungkin ia secara kebetulan sahaja.
  • Beroperasi 1 September 2009, mempunyai domain padinno.com pada 2010 sebelum menggunakan domain terkini padinrose.com (26 Februari 2016)
  • Kata ganti diri "PR" digunakan dalam keseluruhan blog entri bagi mewakili diri penulis bermula Mac 2016
  • Selamat Membaca dan jemput memberi respon di ruangan komen

Terima Kasih ~ Jemput Datang Kembali

rangkuman mase zaman U

/ September 12, 2009 /
okey... ruangan ni aku nak kongsikan sket pasal rangkuman aktiviti aku mase kat universiti (U) dulu... bukan la bermakna 4 tahun tu dok study je.. haha..gambar atas ni mase tahun akhir, gi Gas Malaysia cawangan Johor..
mase tu ade assingment english.. interview orang yang da berkerjaya.. Brader kat tengah tu Adie Huzaimi.. die penah bagi talk kat utm pasal overview natural gas utilization kat Malaysia ni...

okey, gambar bawah ni kat taman negara tanjung piai, area2 pontian ke kukup ke aku tak pasti,
one thing is assured, tempat tu TANAH TERSELATAN KAT BENUA ASIA..


ni program camping sebenarnya.. minggu kenalsuai untuk budak2 tahun satu kos kitorang..
haha.. saje2 la bersukaria..

ni plak gambar team futsal kitorang... macam2 name team ni..
seingat aku la, mula2 dulu gune nama merocek darah..
pastu guna name hahaha...hamizan,
pastu Yen2,togel...
dan last sekali The Reborn sampai la kitorang grad...
pencapaian?... bagi aku.. kira ok la..
bukan pasukan belasahan la...
ni gambar kat genting.. kitorang gi 3 feb 2008.. time cuti raye cina..
konon je pakai swater tu, padahal xsejuk mane pun..
huhu.. kitorang gi dengan pakej..
main semua permainan (ade bape game yang xmasuk dalam pakej)
kire sempat gak la main semua benda... space shot, dll...
tapi mamat baju putih tu xnak main.. katanya "aku dah penah main"..
haha.. alasan je tu... da penah main ke takut?hahaha...


3 gambar kat atas ni program jalan2 raye...
biasenye gi serbu rumah pensyarah la..
time raye je la nak datang pun, keh keh..
gambar last ni, kitorang layan santai kat pangkor 3 hari 2 malam...
ni time cuti midsem sem 1, tahun 3..

kalau tengok betul2 muka yang same je kan gi beraktiviti..
aku xde kawan lain2 ke?
xla... ni je sebenarnya bilangan budak kelas aku..
sikit je.. hahaha3..

die-hard fan

/ September 11, 2009 /
aku ni minat main bolasepak (bola)...
aku start main mase umur 5 tahun rasanya..
dan bole kata ada jugak pasukn faveret..
semua ahli keluarga aku sokong pasukan perak,
(zaman kegemilngan perak dah berakhir)
tapi aku sorang je tak...

sebab aku die-hard fan SELANGOR..
hahaha....
gambar kat atas tu time 2005
aku gi dengan member u aku tengok final FA cup..
and time tu selangor champion treble..



memang best la..
walaupun liga malaysia ni dah kureng sket,
tapi aku tetap menyokong pasukan kesayangan ni...

ni mase aku kat stadium jcorp pasir gudang..
separuh akhir kedua piala malaysia lawan johorfc..
mase tu SELANGOR kalah 0-1,
tapi layak agregat 2-1....
season ni tengok SELANGOR dah sapu 2 piala utama.. tinggal satu je lagi.. Piala Malaysia..come on la player2... haha bagi kedah gigit jari..

KESANNYA TETAP ADA

/ September 6, 2009 /
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun melibatkan perkara - perkara kecil dan remeh. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap