padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Pengalaman Pindah Rumah Baru

/ June 29, 2016 /
Awal Jun lalu, PR berpeluang melawat tapak rumah di Nusajaya. Bukannya jauh dari kediaman yang PR sewa sekarang, tetapi masa membantutkan niat yang telah dipasang. 

Kunjungan kali ini, PR boleh akses sehingga depan mata, kebetulan masa itu kerja - kerja meratakan jalan sedang berjalan. Melalui surat makluman terkini, jalan tersebut sudah siap di tar. Keterujaan dalam hati, susah nak digambarkan. Menghitung hari entah bila boleh menjejakkan kaki secara rasmi.

nusantara prima nusajaya

Melalui pengalaman rakan - rakan, memang banyak kos yang perlu disediakan untuk pindah masuk rumah baru. Huhuu... Kebetulan juga tahun ini PR merancang untuk menamatkan zaman bujang, jadi mungkin part dekorasi wajib saja dulu yang PR utamakan. Setakat kelengkapan asas dalam rumah, InsyaAllah set di rumah sewa ni masih elok dan berfungsi dengan baik.

nusantara prima nusajaya

Jika anda pernah berpengalaman pindah masuk rumah baru; tak kira yang betul - betul baru atau rumah terpakai, dan lagi molek kalau sama kondisi mahu mendirikan rumahtangga dalam sela masa yang sama, boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Mungkin ada tips dan panduan yang bermanfaat serta boleh dijadikan rujukan.


Jadi, sekian sahaja. Mood nak beraya tak berapa lama lagi ni, kerja hakiki pon sudah diselesaikan. Jadi bolehlah bercuti dengan tenang dan menikmati sambutan Aidilfitri dengan riang gembira bersama keluarga. Ayuh, cari baju raya!

Blog Entri Berkaitan:

Diari Seorang Mama

/ June 21, 2016 /
Baru - baru ini, PR menerima utusan kad raya daripada rakan blogger, yang menggunapakai nama pena Yana Yani, pemilik blog Diari Seorang Mama. Rasa teruja juga menerima kad raya, semenjak kad raya bukan menjadi pilihan utama tatkala penggunaan aplikasi media sosial lebih mendapat perhatian masakini untuk ucapan hari raya.

Sebuah blog berkisar mengenai pengalaman peribadi dan perkongsian ilmu sebagai seorang Mama dan pesakit tiroid - Deskripsi blog Diari Seorang Mama

Menyingkap kembali bagaimana PR melintasi laman blog YanaYani, adalah ketika mahu mendapatkan tutorial lengkap cara menempah photobook, sehinggalah terhasilnya buku Percutian Terengganu dan Travel Bandung seperti yang diulas di blog entri Alamak! Gambar Hilang.

kad raya yana yani

Disertakan bersama kad raya tersebut adalah Kempen Ramadhan Al - Khair 4 (2016).Berikut merupakan ringkasan kempen tersebut.

Kempen Ramadhan Al-Khair 4 (SyriaCare)
Pada tahun 2016 buat kali ke-4 Syria Care menganjurkan kempen Ramadhan Al-Khair. Kempen ini adalah program tahunan yang merangkumi bantuan makanan (iftar dan sahur), susu dan juga bantuan kewangan bagi membantu kebajikan golongan pelajar agama, anak yatim dan fakir miskin. Untuk menjayakan kempen ini, enam NGO di dalam Syria bekerjasama bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan teratur.

Di antara projek yang akan dilaksanakan dalam kempen ini adalah:

#Food4Syria
Merupakan projek bagi menyediakan makanan yang siap dimasak di dapur - dapur rakyat yang dikendalikan oleh rakan - rakan kerjasama Syria Care di Idlib, Homs, Latakia, Timur Ghoutah, Barat Ghoutah serta Selatan Damsyik dan diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

#Milk4Syria
Projek ini khusus untuk membekalkan susu formula bagi kanak-kanak khususnya kanak-kanak 0-6 bulan yang sangat-sangat memerlukan susu akibat ketiadaan susu untuk dibeli di sana dan jika ada sekalipun harganya sangat mahal dan mereka tidak mampu untuk membelinya.

#Care4Syria
Projek ini memberi fokus bagi menghantar bantuan kewangan bagi anak-anak yatim,fakir miskin dan para pelajar ilmu syariah di Syria.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari pages FB : Syria Care - Malaysia


Indahnya Silaturahim
Menulis blog bukan sekadar berkongsi informasi, tetapi juga boleh menyatukan silaturahim antara penulis dengan penulis yang lain. Indah, bukan?

Garaj Projek Diorama Pertama

/ June 14, 2016 /
Hobi PR, mengumpul model kereta diecast tidak tertumpu kepada model kereta semata - mata. Seperti blog entri terdahulu, PR memulakan projek pertama diorama diecast skala 1:43 pada 2015. Malangnya projek tersebut dihentikan kerana terlibat dengan sindrom malas! Hahah.

Namun, semangat untuk membina dan meneruskan pembangunan projek ini kembali menyala bila PR melintasi promosi shop essentials diorama, produk keluaran True Scale Miniatures. Bila diteliti, memang sesuai sangat skala yang disediakan sama seperti projek diorama pertama PR. Yahoo!

set shop essentials for garage diorama
Sumber gambar : Link

Set shop essentials ini dilengkapi dengan:
  • work bench
  • mechanic's vise
  • coffee mug
  • fire extinguisher
  • floor mat
  • diagnostic system
  • air conditioning service center
  • waste oil drain
  • part washer
  • two solvent drums
  • seet creeper
  • tire rack
  • four tires

Shop essentials diorama ini merupakan koleksi diecast pertama PR bagi tahun 2016. Dan mungkin set tool kit akan menyusul lagi selepas raya nanti. Dah masuk wishlist siap - siap.

Set shop essentials projek diorama

pelan diorama PR 2015

Macamana nak susun set shop essentials ni pada projek diorama pertama PR ni ya? Ada cadangan?

Maksud Tersirat Gambar Ini

/ June 9, 2016 /
Blog entri kali ini, santai sahaja. PR kongsikan satu lukisan abstrak di bawah, dan minta anda menyingkap maksud tersirat yang terdapat di dalam gambar ini. Silakan.

berehat di bulan

Salam Ramadhan 2016

/ June 7, 2016 /
Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini, dan seperti tahun - tahun sebelumnya, PR ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada anda (yang beragama Islam).

Mudah - mudahan Ramadhan kali ini memberi makna yang lebih mendalam buat diri PR sendiri dan untuk anda juga, diberi kesihatan yang baik, supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan ibadah tambahan yang lain. Amiinn.

salam ramadhan dari padinrose

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap