padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

10 Tanda Anda Matang

/ July 31, 2017 /
Matang bukanlah tua. Matang ialah satu peringkat di mana individu menjadi rasional dan menimbangkan keputusan hidup dengan baik. Berikut, PR senaraikan 10 tanda individu matang. Jom semak.

10 Tanda Anda Telah Matang
1. Memaafkan kesalahan orang lain tanpa dpinta
Memang agak sukar tetapi berusahalah menjadi seorang yang pemaaf dan mendoakan agar orang itu berubah dan tidak melakukan kesalahan sama

Sumber Gambar : link


2. Tahu bila hendak bercakap dan bila untuk berdiam
Adakala bila terlalu mengikut emosi, kata - kata yang kita hamburkan boleh jadi tidak menyenangkan kepada pendengar. Sebagai individu yang matang, perlu bijak menyusun kata dan kadangkala berdiam adalah jalan yang lebih baik.

3. Jauhi diri dari "Toxic Person"
Adalah lebih menguntungkan jika anda dapat menjauhkan diri daripada individu yang negatif. Baik dari segi perlakuan mahupun pemikiran yang negatif.

4. Melupakan hasutan negatif
Bisikan halus seringkali dikaitkan dengan pemikiran yang negatif. Jika anda hanyut dengan bisikan seperti ini, anda menuju ke arah kemunduran. Lupakan hasutan negatif, dan katakan "YA" pada diri anda.

5. Biar jumlah rakan yang kecil namun berkualiti
Pilihlah rakan yang rapat dengan anda dikalangan yang berkualiti walaupun jumlahnya terlalu sedikit.

6. Tidak melebihkan 'drama swasta'
Anda fokus pada perkara yang utama. Tidak terlalu melebihkan perkara sia - sia dan perkara yang tidak mendatangkan faedah baik kepada diri anda, keluarga atau masyarakat.

7. Memberi tidak mengharapkan balasan
Apabila anda menghulurkan sesuatu, tidak perlu mengharapkan balasan. Beri secara ikhlas dan percayalah sesuatu kebaikan akan dibalas kebaikan. Sungguh pun tidak harini, esok atau lusa, ia akan hadir dalam keadaan yang tidak diduga.


8. Bersyukur sekalipun perkara yang kecil
Ucapkan syukur sekalipun perkara yang kecil. Sesungguhnya perkara kecil itu akan membawa kepada perkara yang besar kelak. 

9. Bijak mengurus masa
Matang itu yang sudah faham untuk mengurus masa yang sesuai dengan keperluannya. Mengutamakan yang utama adalah perkara yang sepatutnya anda fikirkan.

10. Menerima kesalahan dan kritikan
Seperti point yang pertama, mengakui kesalahan adalah isu berat tetapi individu yang matang harus bersedia menerima sebarang kesalahan dan kritikan dan berusaha memperbaikinya. Anggaplah ia sebagai suatu pelajaran supaya diri anda menjadi lebih baik di masa akan datang.



Nota Kaki
Tak dapat 10/10, ada 5/10 pun jadilah... :D

Baju Raya : Beli Awal atau Lewat?

/ June 13, 2017 /
Belum terlambat PR mengucapkan Salam Ramadhan kepada pembaca yang beragama Islam. Diharapkan kedatangan bulan mulia ini memberi pelbagai rahmat kepada anda.

Baju Raya : Beli Awal atau Lewat?
Bagi yang berkemampuan, pasti anda ingin mengenakan persalinan baru di Hari Lebaran kelak. Pelbagai warna, design atau busana menjadi pilihan. Semuanya adalah kerana ingin bergembira di Hari Raya.

Melalui pandangan peribadi, PR rumuskan ada baik buruknya membeli awal atau lewat. Apa yang menjadi pilihan PR? Sila baca sampai habis. Hehehe..

Beli Baju Raya Awal
Kelebihan : Banyak stok dan pilihan. Boleh dapatkan stok baru. Kalau nak tukar, senang. Tak perlu berasak - asak dengan pelanggan lain. Kualiti layanan staf terbaik. Kurang risiko kesesakan - parkir.

Kekurangan : Mungkin terlepas promosi hebat. Ada design terbaru yang lewat dipromosikan (kes tukang jahit supply lewat la ni).

Beli Baju Raya Lewat
Kelebihan : Berpeluang menikmati promosi berganda. Peluang diskaun gila - gila. Peluang beli baju melayu PERCUMA samping (contoh).

Kekurangan : Pilihan tak banyak. Saiz banyak yang tak kena. Dapat baju display. Kualiti layanan rendah (staf sibuk dengan pelanggan lain). Berasak - asak dan risiko kesesakan  - parkir.

Promosi Raya KACAX by Busana Jamilah
Masih ingat lagi promosi KACAK (2016)? Kurta yang mendapat sambutan (disclaimer : Pelanggan Angsana Mall Johor Bahru) pada tahun pertama diperkenalkan. Tahun 2017, KACAX tampil dengan 5 rekabentuk fesyen yang lebih menawan.


Koleksi Kurta Rovigo (Teluk Belanga / Cekak Musang)

Koleksi Kurta Modica, 5 pilihan warna dengan kemasan floral di dada dan inside cuff

Koleksi Getxo (Teluk Belanga / Cekak Musang)

Koleksi Kurta Zamora (L), material Linen

Koleksi Zamora (P)

Koleksi Baju Kurung Jasmine

Pasaran kali ini bukan sahaja tertumpu kepada pelanggan Angsana Johor Bahru, tetapi kini lebih terbuka kepada pelanggan atas talian. Layari website niaga Busana Jamilah. Anda juga boleh melayari akaun media sosial fb Butik Busana Jamilah.



Nota Kaki:
PR memilih untuk membeli baju raya awal. Boleh fokus benda lain pula sempena menyambut Hari Lebaran yang bahagia. 

Mencuba Seni Copper Tooling

/ May 18, 2017 /
Baru - baru ini, PR mencuba sendiri untuk menghasilkan seni Copper Tooling. Bagi projek pertama, PR gunakan copper sheet bersaiz A4, 297mm x 210 mm dan menjadikan buluh Jepun sebagai motif.

Bamboo with black antique effect

Secara keseluruhan, PR mengambil masa seminggu untuk menyiapkan projek ini. Tapi on-off. Kenapa ambil masa yang lama? Jom PR bawakan langkah - langkah untuk menyiapkan projek seperti gambar di atas.

Langkah 1
Jika anda pelukis mahir, anda boleh terus membentuk outline pada kepingan tembaga. Jika anda ragu atau 50-50, lebih baik anda cetak / sediakan lukisan dan tekap sahaja pada kepingan.

garisan outline hasil tekapan

Langkah 2
Pilih dan tentukan bahagian yang perlu anda timbul atau tenggelamkan. Ia tiada syarat. Ia adalah mengikut apa yang anda mahukan hasilnya. Melalui garisan outline yang dibentuk di Langkah 1, tekan untuk mendapatkan kesan timbul terhadap motif.



Langkah 3
Bagi memperlihatkan latar belakang yang berbeza untuk menonjolkan motif, anda boleh lakukan beberapa cara. Seperti contoh yang PR buat, ketuk ruang latar belakang secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang sekata. Anda boleh membuat garisan, bulatan atau apa sahaja termasuk abstrak.



Langkah 4
Rendamkan kepingan tembaga ke dalam larutan Kalium Sulfat (Pottasium Sulphate). Pastikan kesemua permukaan tembaga telah bertindakbalas dengan larutan (berwarna hitam). Langkah ini dilakukan bagi memastikan projek tersebut mendapat kesan antik

Langkah 5
Gosok bahagian motif yang anda hendak tonjolkan. Terpulang juga kepada pengamatan anda samada menggosok pada semua permukaan atau bahagian motif sahaja


Langkah 6
Bagi memastikan kepingan tidak teroksida, semburkan cat "clear" dan projek copper tooling anda sudah sempurna!

PR belum sempat lagi untuk memasang bingkai. Projek ini merupakan projek pertama dan PR bercadang untuk menggantungnya di rumah baru kelak.

Nota Kaki
Jika anda berminat untuk mengabadikan seni tembaga ini di pejabat atau di kediaman anda, boleh hubungi PRuntuk tempahan melalui ruangan komen di bawah atau emel padinno@gmail.com

10 Tips Untuk Ucapan yang Memukau

/ February 13, 2017 /
Apa khabar anda di sana? Walau apa jua perkara yang anda lakukan sekarang, PR harapkan anda sentiasa sihat dan bertenaga untuk mengharungi hari demi hari yang kian mencabar kini. Berbalik kepada tajuk yang digarap, PR cuba merungkai beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan bagi menajamkan kemahiran memberi ucapan (presentation).

Bagi bidang kerja PR, memang tidak boleh lari berdepan dengan audience yang semestinya datang dengan pelbagai variasi dan ragam. Oleh sebab itu, sebagai presenter, dari hari ke hari perlulah meningkatkan keupayaan dan memperbaiki kemahiran penyampaian ucapan supaya ia mudah diterima audience. Mari kita lihat panduannya.

tips ucapan yang memukau


10 Tips Untuk Ucapan yang Memukau

Untuk menjadi presenter yang kompeten, bukan hanya perlu keyakinan malah memerlukan latihan yang berulangkali. Di sini disertakan beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan bagi menajamkan kemahiran pengucapan anda:

  1. 10-20-30 Rule - Ini merupakan 'Slideshow Rule' oleh Guy Kawasaki. Dalam peraturan ini, menggariskan bahawa slides mestilah tidak lebih dari 10 muka, masa bercakap adalah 20 minit dan saiz tulisan (font size) adalah tidak kurang daripada 30. Peraturan ini memberikan impak supaya audiece tidak mudah hilang fokus terhadap ucapan anda.

  2. Menghiburkan - Ucapan seharusnya menghiburkan dan informatif. Tidak bermakna anda perlu bekerja keras mencari bahan jenaka semasa ucapan. Mungkin sedikit perbezaan intonasi, mimik muka, pergerakan tubuh atau permainan emosi dapat menyelamatkan audience dari gejala kebosanan

  3. Kekal tenang - Perasaan gemuruh merupakan musuh nombor satu bagi speaker yang kurang pengalaman. Kebiasaannya akan memaksa speaker bercakap terlalu laju. Perlahankan rentak ucapan anda dan kekal tenang dengan idea ucapan anda

  4. Eye Contact - kekalkan eye contact anda dengan audience. Jangan kerap sangat melihat siling, dinding atau pun slideshow yang berada di hadapan anda

  5. Jangan membaca! - Audience mahu mendengar anda menghurai sesuatu point, bukan mahu mendengar anda membaca slideshow sepenuhnya.

  6. Cerita dalam Ucapan - teknik ini biasanya perlu dibiasakan oleh speaker bagi menarik perhatian audience. Ia sesuatu yang tiada di dalam slideshow dan speaker perlu bijak membawa audience kepada point yang hendak disampaikan melalui kaedah penceritaan

  7. Jangan rancang gerak tubuh - Jika anda merancang sesuatu gerakan untuk sesuatu point, lupakan niat anda. Ia seakan palsu dan janggal. Sebaiknya, biarlah gerakan itu bergerak mengikut naluri dan selari apa yang anda sedang sampaikan

  8. Pernafasan - sekiranya anda terlupa, atau merancang sesuatu... elakkan daripada menggunakan perkataan "em", "ah" sebaliknya anda diam sebentar, atur pernafasan dan lontarkan idea anda dengan yakin

  9. Jangan minta maaf - Minta maaf sekiranya anda melakukan kesilapan. Elakkan dari 'membocorkan rahsia' bahawa anda sedang gementar atau sedang memikirkan sesuatu

  10. Jadikan diri anda audience - Semasa anda ingin merancang ucapan anda, cuba letakkan diri anda sebagai audience. Lihat ucapan anda dari perspektif audience. Gunakan kaedah WIIFM (What's In It For Me?) untuk mendorong anda menyediakan ucapan yang memukau
Adakah mustahil untuk anda menjadi speaker yang hebat? Tidak mustahil! Apa yang perlu anda lakukan adalah berlatih, berlatih dan berlatih. Sampai di suatu tahap anda pasti tersenyum sendiri apabila terkenang bagaimana anda yang dahulu ketika menyampaikan ucapan. Cubalah!



Nota Kaki:
PR diberikan amanah untuk menyampaikan taklimat berkaitan Integriti sempena Minggu Silaturrahim Pelajar Semester 1 di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, 18 Jan lalu. Agak berat juga pada awalnya tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan audience memberikan respon yang positif sepanjang ucapan PR. 

Mahu jemput PR sebagai penceramah? PM tepi ya! hehee
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap