padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Ekspedisi Gunung Angsi

/ November 3, 2014 /
Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan
30 Okt - 1 Nov 2014

Setelah setahun aku menjejak kaki ke Hutan Lipur Ulu Bendul, kali ini aku datang semula dengan misi berbeza, ekspedisi menawan Gunung Angsi, gunung ke - 241 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 825m. 


Ekspedisi kali ini disertai 33 pelajar Diploma Tek. Kej Gas dan 3 orang pengiring. Sebahagian besar pelajar yang menyertai ekspedisi kali ini adalah peserta yang sama mendaki Gunung Datuk, Rembau #220 (884m) tahun lalu.

Trek Pendakian
Aku difahamkan ada 2 trek pendakian bagi ke puncak Angsi, pertama melalui Hutan Lipur Ulu Bendul, dan yang kedua melalui jalanraya Bukit Putus. Bagi ekspedisi ini, kami naik melalui Ulu Bendul dan turun menembusi jalanraya dan perlu berjalan 3km untuk ke tapak perkhemahan semula.

Regangan Badan

Masa Pendakian
Emm, daripada starting grid (Ulu Bendul), kami bergerak jam 8.35 pagi dan sampai ke Checkpoint 1 jam 9.05 pagi (waktu orang terakhir tiba).

Meneruskan perjalanan jam 9.10 dan tiba di Checkpoint 2 jam 9.45. Berehat sambil mengambil gambar kenangan dan meneruskan perjalanan jam 10.00 pagi.

Pendakian sebenar bermula, dan tiba di puncak jam 12.50 tengahari.

Berehat, dan jam 1.30 petang kumpulan pendaki turun melalui trek 2 dan sampai ke tapak khemah jam 4.30 petang.

Aras Kesukaran
Dari jalan permulaan sehingga Checkpoint 2, pendaki di'belanja' dengan laluan yang landai dan disimbahi bunyi air sungai yang mengalir. Selepas menyeberang, zon pendakian terus menerus sehingga ke puncak termasuk cabaran bukit berpasir.

60 Mins to Summit? Hahahahh,


Memang sesuai dengan nama, malas betul nak mendaki, menegak terus!

Rasa macam nak sampai dah, tapi cuba tengok gambar bawah

Lazy Log yang kedua!

Memujuk peserta terakhir meneruskan pendakian

Emm, dah nampak sinar harapan

Hek Hek Hek... Kayu tongkat tetap tak lepas

Summit!!


Permandangan di Puncak
Aku rasa pemandangan di Gunung Datuk lebih mengujakan sebab takde halangan oleh pokok - pokok, tak sepertinya di Angsi.

Permandangan di puncak

Bayaran
Tapak untuk berkhemah dikenakan RM5/khemah, RM10/hari untuk kabin 'A'. Bayaran untuk mendaki juga dikenakan sebanyak RM5.

Pacat?
Emm sepanjang mendaki, takde pulak jumpa pacat walaupun malam sebelumnya hujan lebat. Tapi ada juga student aku yang kena, tapi boleh kata minor la.

Minuman
Emm, aku bawak 2L, habis semasa mendaki. Masa turun dah haus, hahah!

Layan!

Kasut Getah 1 vs Kasut Kain 0

Penyokong Selangor jugak ke bang?

Permandangan Semasa turun

Menadah air bersih dari gunung. Boleh mengubat pelbagai penyakit, katanyaaaaa...

Pemandu bas juga tak ketinggalan menadah air bersih.

Sekian.

Pengurusan Konflik

/ October 27, 2014 /
Dalam sebuah pasukan, pelbagai konflik boleh timbul terutama bagi pasukan yang bersifat dinamik, yang mana akan menghadapi perubahan dari semasa ke semasa. Konflik boleh berlaku dari sekecil perkara sampai la kepada sebesar perkara.

Memang bosan kalau ada saja pertentangan. 

Mari lihat apa punca yang boleh menyebabkan konflik dan kadang - kadang menimbulkan rasa tak senang hati dengan rakan sepasukan. Penafian. Ini pendapat peribadi aku je.

Punca Konflik
1. Curiga dan Perasaan Tidak Percaya
2. Keperluan dan kehendak sama ada yang nyata atau tersembunyi
3. Masalah komunikasi
4. Batu api (memang celaka kalau ada sikap camni)
5. Merendahkan pengetahuan orang lain
6. Enggan berkongsi sumber yang terhad

Apabila impian anda tidak selari dengan impian pasukan, maka hanya dua perkara yang boleh anda lakukan iaitu samada lupakan impian anda atau lupakan pasukan anda

Sumber : 12 Rukun Kerja Berpasukan, Rahmat Ismail (2006)


Jadi, kalau nak uruskan konflik, taknak pening - pening kepala, guna je kaedah tu. Kalau nak ikut pasukan, lupakan je impian dan agenda sendiri tu dulu, takpe ular menyusur akar takkan hilang bisa. Tepat ke penggunaan peribahasa tu? Lantak lerr..

Sumber Gambar : Link


Kalau dilayan juga, kepala makin gila, hati makin sakit dan dosa pun makin tambah asyik dok ngumpat & maki sumpah seranah,

Konflik. Konflik. 

Doodle : Smart Parent Course

/ October 17, 2014 /

Heheh, tak sah kalau tak men'doodle' masa berkursus...

99.9 MTB Jamboree 2014 Keck Seng

/ September 2, 2014 /
31 Ogos 2014, sejarah buat aku, kali pertama melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal skala besar macam ni. Skala besar ke apa ke istilahnya aku pun tak pasti la... Tapi yang pasti, ikut rekod penganjur tu 508 peserta.

Faktanya, mulakan kayuhan 8.30 pagi, dan peserta terawal tiba di garisan penamat 10.15 pagi. Aku?.. kihkih.. nak dekat jam 1 tengahari rasanya baru jejak garisan penamat.

Pandangan aku berdasarkan aktiviti pertama, satu perkataan je.

Azab.

99.9 MTB Jamboree 2014 @ Keck Seng, Masai















Saje - Saje Kayuh

/ August 16, 2014 /
Sejak balik dari Sukan Staf IKM/KKTM bulan 3 lepas, memang dah takde kaki nak main bola petang - petang. Dah menang emas kedua berturut - turut bagi temasya tu dah tak layan bola agak nya.

Tapi yang menariknya, muncul pula sukan baru yang mula meracun, aktiviti berbasikal. Pada awalnya aku berat hati juga nak join, cuma bila memikirkan tiada aktiviti waktu petang dan berat badan yang bertambah, aku join jugaklah kelab tu yang diberi nama Saje Saje Kayuh (S.S.K Mtb IKMJB). Hehehee

Baru je nak bermula.... hehee


Hobi : Koleksi 2014

/ July 12, 2014 /
Emm.. aku tiru je entry Julai 2013 dulu... berkenaan Hobi : Koleksi. Masih lagi meneruskan hobi yang sama, mengumpul besi - besi untuk menyedapkan mata memandang.

Tahun ini, aku dah tak berapa agresif untuk banyak perkara termasuklah menulis blog ni dan juga mengumpul besi cantik ni. Tak agresif, bukanlah maknanya stop terus..

Awal tahun, rakan sekerja mencadangkan untuk beralih ke besi panjang ni pulak... Emm, bolehla layannn..


Etihad Airways

Tapi model renek ni tetap jadi perhatian. Honda Civic EF..... Hai, kenapalah Civic EG9 payah betul nak jumpa.... EF lagi lama dari EG pun masih ada di pasaran.

Subaru & Civic EF

Civic EF

Makanya, 2014 ni hobi aku masih sama je macam tahun sebelum - sebelumnya, tahun depan entah dah bertukar hobi atau tak sempat nak layan hobi dah, taktau lah....

Salam Ramadhan 2014

/ June 30, 2014 /

Sukan IKM/KKTM 2014 : Emas Bola Sepak

/ June 7, 2014 /
Pasukan bolasepak IKM Johor Bahru (kakitangan) berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada Edisi 7 Sukan Staf IKM/KKTM lalu apabila muncul juara pada Edisi ke - 8 di IKM Jasin.

Hehee.. aku masih berada dalam skuad..

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap