padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Lawatan Ke UTM Skudai

/ April 29, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


"Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain.." Peribahasa Melayu yang punya makna menunjukkan betapa rindu dan ingatnya kita pada sesuatu peristiwa, keadaan dan tempat.


Peribahasa ini tepat menggambarkan perasaan aku ketika jabatan aku bersama pelajar mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Sumber Diperbaharui, UTM Skudai bulan lalu.


Lawatan ini mengambil kira 2 perkara penting, iaitu memberi pendedahan tambahan kepada pelajar tentang teknologi dan kejuruteraan gas di samping menjalin hubungan muhibah antara IKMJB dan UTM Skudai.


Berjumpa semula dengan kenalan, berjabat tangan dengan Pengajar di sana, terasa sesuatu yang isitimewa. Lawatan singkat itu cukup untuk mengingatkan momen lama ketika aku belajar di UTM dulu, hehe.

bersama En Jamal

Teringat kata - kata Dr Azeman Mustaffa, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Gas, "Saat indah yang paling anda akan ingati adalah di waktu anda belajar". Kini, aku setuju dan mengakui pernyataan tersebut.


Anda pula, bagaimana?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Inspirasi Kisah Pelangi

/ April 27, 2011 /

Bulan April ni, aku banyak habiskan masa dengan pembacaan. Di samping pembacaan untuk tugas hakiki,aku juga berpeluang membaca untuk perkara - perkara lain.

Dalam banyak - banyak pembacaan, aku tertarik dengan suatu petikan. Ia membuat aku berfikir berulang kali dan cuba memahaminya dari pelbagai sudut.

A mother who always taught her children that "God is the greatest artist there is" found out that children really do listen sometimes. After a dark and rainy day, the sun came out and so did a rainbow. When her three-years-old-saw it, she said, "I'm so glad God likes to paint!"

Kebetulan, beberapa minggu sebelum tu, seseorang telah memberitahu aku, kadangkala Tuhan sembunyikan matahari, Dia turunkan petir, hujan. Kita menangis dan tertanya - tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa - rupanya Dia nak memberikan kita pelangi.


Apa yang dapat aku selami, kadangkala kita resah bila sesuatu ujian dan dugaan melanda. Merungut dan mengatakan diri bernasib malang. Tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang bakal menanti kita.

Pengalaman aku sendiri, sebelum mendapat kerja, aku selalu juga merungut kenapa susah sangat nak dapat temuduga dan kerja (hampir 5 bulan), tapi Alhamdulillah 'pelangi' itu muncul tepat pada masanya. Alhamdulillah...

Nota Kaki:
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki!

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

/ April 24, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Dewasa kini, di lihat penguasaaan ilmu dalam pelbagai bidang amat penting dan perlu di beri perhatian. Perubahan zaman kian membuktikan penguasaan ilmu pengetahuan boleh menjamin kejayaan individu jika di manfaatkan dengan bijaksana.


Dengan adanya ilmu, kita kita tidak akan berasa ketinggalan, di perbodohkan dan juga rendah diri. Oleh yang demikian, peluang yang ada harus di rebut untuk memastikan penguasaan ilmu tidak kira dalam bidang tertentu atau pun sebaliknya.


Antara manfaat sekiranya kita berilmu ialah dapat memajukan diri sendiri, dan tidak mustahil kita boleh memberi faedah kepada komuniti, masyarakat dan juga negara. Contohnya, pembangunan inovasi dalam pelbagai bidang yang boleh memberikan kemudahan kepada manusia.


Selain itu, penguasaan ilmu juga membolehkan kita menjadi manusia yang proaktif. Orang yang berilmu akan sentiasa berfikiran positif, optimis dan sentiasa menjadikan sesuatu ujian atau permasalahan sebagai suatu cabaran yang mengujakan.


ikm johor bahru : pusat ilmu kemahiran

Bak kata pepatah, "ilmu pelita hidup". Ia memberi cahaya kepada pembangunan kehidupan berkualiti. Orang yang berilmu sentiasa akan berasa tenang dan hidup dalam harmoni. Jadi, ayuh! Jangan buang masa dengan kelalaian, manfaatkan masa yang ada untuk kita menimba ilmu.


Tidak kira apa sahaja ilmu, asalkan ia baik untuk diri, tidak menyalahi undang - undang, tidak melanggar larangan Tuhan, ia perlu dipelajari. Mudah - mudahan dengan ilmu yang ada, menjadikan kita selangkah di hadapan berbanding yang lain :D

Terima Kasih ~ Datang Lagi

MasterChef

/ April 21, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Sememangnya aku jarang menonton televisyen, kecuali beberapa program dan siaran yang menghiburkan seperti sukan,tayangan kung-fu dan tayangan filem yang berprofil tinggi. Namun sejak akhir - akhir ini, aku selalu menonton program berkonsepkan pertandingan realiti.


Perlambakan program realiti di televisyen menjadi suatu fenomena. Dari program nyanyian, menari, memasak dan tak lupa membuat lawak, semua boleh di jadikan pertandingan. Pada awalnya aku taklah mengikuti sangat program Raja Lawak, tapi sekarang heboh tentang Maharaja Lawak, aku pun dah jadi berminat.


Tapi malangnya, kena langgan la pulak pakej Mustika tu, kui3.. Tapi bukan Maharaja Lawak yang aku nak tekankan kat sini. Sebetulnya aku nak cerita tentang MasterChef. Tak pasti la aku ketinggalan ke apa, sambil tengok TV tengok plak MasterChef US - Final. Siri sebelum - sebelum ni pun aku layan jugak.


Whitney Miller, pelajar (rasanya) menang sebagai MasterChef pertama Amerika dan mendapat $250,000 dan ganjaran tambahan. Yang aku kagum tu, ayam yang dia masak tu pada mulanya terjatuh ke lantai, dan baki masa kurang dari 10 minit dia boleh buat dan masak semula. Tambah mengagumkan, ayam tu di masak dengan sempurna.


whitney miller : won first ever US masterchef contest
Picture : www.dailymail.co.uk

Bagi aku, program ni sangat menghiburkan. Walaupun aku tak reti memasak, tapi tengok orang memasak best je, hahaa.. Pastu bila selak akhbar tadi, ternampak la pulak iklan mengenai MasterChef Malaysia. (Memang ketinggalan aku bab - bab ni).


Antara butiran iklan tu, Malaysia pun nak cari MasterChef jugak. Memang kena dengan Malaysia Boleh! Semua orang buat, kita pun boleh buat. :D Aku tengok, siri pencarian @ uji bakat peserta akan bermula 23 April di Penang, dan akan bergerak ke venue lain sehingga 21 Mei.

masterchef malaysia?

Jadi bagi sesiapa yang berbakat, ingin menyerlahkan bakat, mencungkil bakat, mencuba nasib, bolehlah pergi ke sesi uji bakat. Pastikan teknik, resipi anda umphh!! wakaka aku syorkan Kak Yatie masuk pertandingan ni hehee.. butiran lanjut boleh dapatkan di www.masterchef.com.my.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Derma Darah : Kepentingan dan Keperluan

/ April 18, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Kempen derma darah merupakan salah satu kempen yang sangat memberi kebaikan di samping mempunyai pelbagai kepentingan dan keperluannya masakini. Sering kita dengar atau terbaca di lapangan media, perihal mengenai kekurangan stok darah untuk pelbagai kegunaan.

Kepentingan Menderma Darah

Menderma darah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah ia juga sangat penting dalam menjaga kesihatan penderma sendiri. Melalui pembacaan peribadi, pendermaan darah boleh meransang badan menghasilkan lebih banyak sel baru. Penderma akan lebih berasa segar kerana sel baru berkeupayaan membawa oksigen lebih baik berbanding sel lama.


Antara kepentingan menderma adalah dapat menyelamatkan nyawa seseorang tertutamanya mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, ibu yang mengalami banyak pendarahan dan lain - lain perkara yang memerlukan darah.


kempen derma darah

Tarikh : 23 April 2011
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : TESCO Seri Alam


Kepada individu yang berhampiran, bolehlah hadir ke lokasi berkenaan dan menderma kerana darah anda sangat di perlukan. Sebagai senarai semak sebelum menderma, anda perlu pastikan anda sihat semasa hari menderma, bebas dari jangkitan, tidak mengambil sebarang alkohol, suntikan, pemindahan darah (6 bulan sebelumnya) dan beberapa perkara yang lain.


Apa kata orang, menderma darah merupakan tanggungjawab semua. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, aku akan ke sana juga. Marilah menderma. :D

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Undian Header Blog Lelaki/Perempuan Pilihan

/ April 12, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Just quick update.. Baru - baru ini aku di khabarkan header blog Perjalanan Ini di calonkan dalam senarai mencari Header blog Lelaki Pilihan. Undian ini di buat oleh BlogPilihanMalaysia yang sememangnya banyak membuat segmen untuk blogger.


Pencalonan ini dibuat oleh Kak Diana, dan di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih banyak pada Kak Diana yang sudi mencalonkan header Perjalanan Ini. Sekarang ni, tengah berlangsung undian, dan akan tutup pada 15 April.


Kepada yang merasakan header Perjalanan Ini menjadi pilihan, boleh lah membuat undian. Setiap sokongan dan undian anda semua, aku ucapkan banyak - banyak terima kasih.

Terima Kasih ~ Datang Lagi.

Pencemaran

/ April 10, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pasti ramai di antara kita telah mengetahui apa yang di katakan tentang pencemaran. Secara definasi, pencemaran adalah kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, cahaya, haba, tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam alam sekitar dan mengganggu ekosistem.


Semasa di universiti pun, mungkin ada yang mengambil subjek Pollution Control, atau seangkatan dengannya. Mengapa pentingnya subjek ini? Adakah ia hanya sebagai subjek pelengkap, atau ada kepentingannya untuk masa hadapan?


Bagi aku, ia merupakan suatu yang baik untuk semua, terutamanya peringkat pelajar. Pemahaman yang baik, dan menyuntikkan sedikit elemen etika dan nilai, sekurang - kurangnya masalah pencemaran ini dapat di kurangkan, demi mengelakkan kemusnahan dan mengganggu alam sekitar kita.


Menyorot kata - kata pensyarah Pollution Control, En Ismail Bin Mahmood, "kita merupakan salah satu unit yang terlibat secara langsung dalam alam ini, jadi kita bertanggungjawab dalam apa jua tindakan. Jika kamu punya kuasa, kamu boleh menghentikan kerosakan ini, dan sekaligus memelihara alam kita."

punca pencemaran
Sumber Gambar : geogmalaysia.blogspot.com


Benar. Kalau di pecahkan, pencemaran ini terlalu banyak dan ia di kelaskan kepada beberapa jenis yang utama. Pencemaran bunyi. Pencemaran udara. Pencemaran air. Pencemaran radioaktif, visual dan terma. Dan satu lagi pencemaran yang semakin mengancam, adalah pencemaran minda.


Pencemaran minda merupakan satu lagi pencemaran yang amat menakutkan. Sama seperti takrif pencemaran yang lain, kemasukan bahan pencemar ke dalam minda manusia, dan akan memberi kesan kemusnahan kepada kehidupan manusia tersebut.


Apa benar pencemaran minda sedang berkembang kini? Apa tanda - tanda pencemaran minda? Dan apa pula kesannya sekiranya permasalahan ini terus berkembang? Yeah, anda punya jawapan? Kongsikan..

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Panduan Berblog

/ April 5, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Slot untuk perihal blog bagi bulan ini, aku mengambil keputusan untuk membuat sedikit panduan dan tips ringkas, berdasarkan pengalaman dan pendapat aku mengenai panduan berblog. Masakini memang terdapat banyak blog yang didaftarkan, dan dalam jumlah tersebut, bagaimana kita boleh jadikan blog kita menonjol.


penulisan padin

Panduan Berblog


Mewujudkan variasi dalam penulisan dan persembahan blog, boleh menjadikan ia lebih menarik dari biasa. Umpama dalam masakan, kita pelbagaikan resepi, menu supaya tidak mudah jemu dengan benda yang sama.



Untuk menjadi penulis blog yang di segani, di ingati, dan di minati, sebenarnya ia bukan perkara yang mudah. Pembelajaran dan sedikit penyelidikan mungkin boleh membantu untuk mencapai hasrat tersebut. Terdapat beberapa langkah yang di sarankan supaya kita boleh lebih berjaya dalam blogosphere.



Memilih domain yang bersesuaian merupakan salah satu alternatif dalam menarik pengunjung, selain beberapa tips lain yang agak praktikal seperti kaedah blogwalking, exchange link, mendaftar di blog directory dan lain - lain.



Untuk tambahan, pemilihan rekabentuk, persembahan blog dan juga warna boleh menjadi faktor kekuatan sesebuah blog. Rekabentuk yang kompleks dan terlalu berat kadangkala merimaskan pembaca, dan pemilihan warna yang kurang tepat boleh menjengkelkan pembaca.



Dan, panduan terakhir yang boleh aku sarankan di sini, jika anda tiada idea untuk mengemaskini blog entri, anda boleh gunakan kaedah re-post blog entri yang lepas [ macam yang aku buat sekarang ni keh3]. Ini memastikan blog kita sentiasa di kemaskini, dan juga mana tahu pembaca terlepas entri kita yang lama, yang mungkin punya nilai juga. :D


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Scrabble

/ April 1, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Kenapa bermain Scrabble? Pelbagai sebab kenapa bermain Scrabble. Scrabble bukan hanya untuk latihan mental, malah ia juga sebagai permainan sosial, membina hubungan sesama rakan, pembangunan perbendaharaan kata dan boleh juga sebagai pertandingan.


Kebelakangan ini, aku sering dan teruja untuk bermain Scrabble. Aku merasakan Scrabble menenangkan, kerana ia kadangkala mengenepikan tentang hari - hari aku. Ia berkaitan tentang peluang untuk meletakkan perkataan sempurna dalam situasi yang sempurna. Bak kata orang, it's simply fun.


playing Scrabble

Peraturan yang ringkas, dan anda boleh melihat Peraturan Scrabble untuk memulakan permainan. Jom bermain.. Hehee..

scrablle
Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap