Hai kawan - kawan sekalian, hehe tiada dialog yang dapat aku ujar, tiada kata yang dapat aku karang, melainkan "hehe" je.. Bukan apa, tak tahu lah nak gambarkan happy tu macamana, terharu tu macamana, penghargaan tu macamana.. Semuanya bercampur baur dalam hati ni, cewahh ayat ape ni huhu, maaf ya..
Ok, secara tepatnya, aku nak berterima kasih pada kawan - kawan semua.. Hehe, pasal.. Entri sebelum ni, aku nak bertanya pendapat korang pasal padinno.blogspot.com nih.. tak sangka, ramai yang bagi pendapat, yang aku yakin dan percaya tu memang lahir dari hati korang..
Aku amati tiap - tiap hari komen tu, teliti betul - betul.. Cuba fahamkan maksud yang tersurat dan tersirat.. Dan, aku akan cuba dan sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik untuk korang.. Bagi aku, lebih penting mempunyai loyal readers berbanding kategori yang lain.. hehe kategori apa yang lain tu? Cari sendiri la, assingment untuk korang hehe..
Apa yang dapat aku simpulkan, matlamat aku nak mencari kenalan baru melalui pengalaman berbeza dah tercapai.. Ya, bak kata pepatah, "musuh jangan di cari.." Aku berblogging ni bukan nak cari gaduh, cuma nak menyampaikan.. memperingati dan saling berkongsi.. itu saja..
Menyorot komen Assoyfinger67,
"....kao buat atas dasar suka apa yang kao buat dinilai...dan dibaca...keiklasan kao tingggi dalam blog dan kao amat friendly...BUKA SAJA BLOG NI AKU AKAN(SEMUA ORANG) AKAN TAHU INILAH PADINNO BLOG yang beridentiti sendiri."
Komen Belalang,
"...artikel lak mmg ok sebab ada gaya2 motivasi d setiap entry..."
Ya, aku mengarang menggunakan pemikiran aku sendiri, dan lahir dari hati aku sendiri.. Dengan niat, boleh berkongsi.. memang agak merapu je tips yang aku tulis, tapi cuba praktikkan, sebab itu semua PERJALANAN yang aku tempuh baik dulu dan sekarang..
Bagi aku, entri yang penuh dengan moral dan etika jauh lebih baik dari entri tentang menarik pengunjung, yang mana berebut - rebut mencari cerita - cerita panas, semata - mata menaikkan populariti blog, yang bagi aku tak berfaedah langsung. Jangan salah faham, tapi cubalah faham..
Aku menulis macam ni bukan sebab aku sebagai cikgu atau pensyarah, tapi sebagai seorang manusia. haha.. da panjang ni, takde pun sebut pasal erti popular.. haha, sebenarnya, bagi aku, popular itu subjektif. Pelbagai sudut pandangan yang menganugerahkan populariti tu.
hehe, da abes baca ke? hehe tolong aku suarakan pendapat korang, apa erti popular tu dari pandangan mata korang pulak... heh, nak menyelit gak nih, ---> aku ni popular ke? miahahaha, kalau ya, dari segi apa tu hehe... larikkkkkkk...
Terima Kasih ~ Datang Lagi
Terima Kasih ~ Datang Lagi