padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Tips Elak Ragut dan Seluk Saku

Tips Elak Ragut dan Seluk Saku

/ August 21, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Perlakuan jenayah ragut sering je kita lihat di paparan media massa, terutamanya televisyen dan dada akhbar. Saban hari, kes - kes jenayah ragut yang di laporkan semakin meningkat, justeru menggambarkan kehidupan kita semakin terancam.


Namun, adakah kita hanya terus menerus di cengkam dengan perasaan macam tu?.. Tidak di nafikan jenayah ragut memang tidak boleh di hentikan, tapi bagi aku, berwaspada adalah merupakan langkah awal untuk mengelakkan sebarang risiko.

Memetik kata - kata En. Kamal Affendi Hashim, Penyiasat Jenayah,
"kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah"


Jadi, untuk blog entri kali ini, aku nak kongsikan beberapa tips atau kaedah untuk mengelakkan jenayah ragut dan seluk saku. Mudah - mudahan anda semua mendapat manfaatnya.


jenayah ragut

Elak Pakai Barang Kemas di Tempat Awam

Tak di nafikan perempuan gemar berhias ketika berada di luar, seperti memakai pakaian yang cantik, dan memakai barang kemas untuk kelihatan lebih menarik. Tapi anda perlu peka dan tahu ke mana tempat yang anda mahu pergi tu, elakkan memakai barang kemas kalau anda mahu bersantai di tempat awam yang sesak dengan lautan manusia

Elakkan Tertidur Ketika Menaiki Kenderaan Awam

Perjalanan yang jauh memang agak memenatkan, tambahan pula yang menaiki bas ekspress. Mungkin tidak dapat tidak kita akan terlena juga. Tapi kalau perjalanan yang memakan masa sebentar sahaja, elakkan anda tertidur. Penjenayah bergerak terlalu pantas, dan mungkin anda merupakan masa ragut ketika anda tertidur!! hehe

Periksa Dompet/Beg Duit Sekiranya Di Sentuh

Biasanya kalau kita berada di tempat awam, memang tidak boleh lari dari bersentuhan dengan orang yang di sekeliling kita. Contohnya, konsert JomHeboh, atau apa - apa majlis keramaian lagi. Bukan sebab kurang percaya sikap orang lain, tapi lebih baik berwaspada jika di asak atau di sentuh.

Jangan Lalai

hehe lalai ni lawan bagi perkataan waspada la kan, ok jangan lalai dalam erti kata lain memegang beg tangan bersahaja, meletakkan beg tangan berjauhan dengan diri, cuai ketika menjawab telefon dan bermacam - macam lagi kelalaian yang mungkin menghidupkan peluang untuk si peragut


Ok, aku rasa cukup 4 sahaja tips yang aku kongsikan, aku rasa masih banyak lagi tips di luar sana, kalau anda rasa ada tips lain, boleh lah kongsikan di ruangan komen, mudah - mudahan kita akan terhindar dari segala kegiatan jenayah, seterusnya dapat menurunkan statistik jenayah di negara kita yang tercinta ini.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

27 comments:

{ nur } on: 17:33 said...

biasanya kecuaian diri sendiri yang menjemput peragut kan...

{ padin } on: 17:38 said...

hehe betul tu Nur.. tu la aku cuba ingatkan, kita sendiri yang berwaspada

{ Afiq } on: 17:39 said...

salam, betul tu padin.. jenayah ni x kira kat mana2 je..kalau x berhati2, memang senangla nak jadi mangsa. nice tips din :D

{ Mankete } on: 18:06 said...

ragut membawa padah.... senang ja din jgn pakai hand bag bg perempuan eheh

{ ice♥ice } on: 18:08 said...

kadang2 da cukup berhati2 da..tp ade jgk peragut tegar ni cari pasal..geram betol >.<

{ padin } on: 18:11 said...

Afiq : hehe memang la kena jaga sentiasa, ragut barang kemas, beg tangan, ragut anak dan dara juga miahaha

Mankete : Kalau die seluk saku, bole jadi jenayah gak man hehe,

ice : hehe tu la pasal, jenayah ni memang x boleh nak hentikan seratus peratus, cuma kita dapat menghindarinya je

{ belalang hijau } on: 18:14 said...

ade satu kes kawan belalang nih,ade satu geng dtg nak samun dia time dia tgh jln kaki..dia mmg xbwk duit ape pun time tue sebab kejadian tue dekat sgt ngan kawasan umah dia...geng2 samun tue x puas ati sebab xdapat pe,last2 diorang toreh pipi kawan belalang tue...

kejam betoi penjenayah nih...

{ padin } on: 18:15 said...

erkk ngerinya ks tu Belalang huhu tu la kadang2 diorang ni lebih kejam dari binatang kan, huhu

{ Fyzal } on: 18:41 said...

betul2.. kita mesti berhati hati di mana saja kita berada.

selamat berbuka bro.

{ padin } on: 18:55 said...

thanx Fyzal.. selamat berbuka jugak,

{ Jericho } on: 19:47 said...

Oh.. nak cuba meragut ker? cuba ragut dekat saya.. mesti kena penampar maut.. haha

{ Jericho } on: 19:48 said...

@Belalang: Dah namanya penyenayah... cuba kalau ahli keluarga penjenayah tu kena benda yang sama

{ padin } on: 20:16 said...

haha jericho tu r pasal, tapi kalau diorang guna senjata memang susah gak nak pertahan diri

hehe sian kes kawan belalang tu

{ Zaer!! } on: 20:32 said...

Bagus tips ni padin..hehe..tapi kalau lelaki jarang la nk kene ragut..huhu..yang penting berhati n sentiase berwaspada..;-)

{ hani } on: 21:57 said...

tak penah kena la lagi ragut..minta simpang la..orang masuk dalam rumah ada la...hand beg juga yang dia curi...dasar penyagak...

{ padin } on: 22:05 said...

Zaer : ye lah, keutamaan peragut ni kat pompuan la, pasal pompuan selalu cuai hehe

Kak Hani : hehe tapi kak kalau dia da ragut tu bagi je la, sayangkan nyawa kak oi,

{ Jericho } on: 22:10 said...

Dia nak guna senjata? saya pun nak guna senjata saya juga..

{ .:|kamaryeah|:. } on: 22:11 said...

mmg kne waspada slalu~
kadang bkn org kte pon yg ragut nie~
target die pompuan~
sbb pd die lbh sng nk dpt~
so all d girls~
mai la bwk pepper spray byk2~

{ padin } on: 22:57 said...

Senjata apa tu jericho hehe

Yep, nice la nasihat kamaryeah tu hehe, berjaga2

{ ejum } on: 23:11 said...

bagi lelaki kalau boleh jgn biarkan dompet tu tebal2..wat nipis2..pastu kalau kat dalam kawasan orang ramai..letak di poket depan..
boleh ke gitu padin?

{ padin } on: 23:40 said...

baik juga cadangan tu ejum,thanx berkongsi hehe betul tu bawak duit yang nak di guna je

{ S..U..D..@..I..S } on: 08:57 said...

salam ..bagus tip2 camni..tq2
tapi padin camna nak elak "tertido".. kita dah berjaga2 tp ...kan terrrr tu...hehe..

{ padin } on: 13:43 said...

huhu cubalah berborak, atau membaca untuk mengelakkan tertido, sudais

{ ~ ReD ~ } on: 17:32 said...

takut woo nak tertido kalau travel sorang2..tapi mmg x prnah pn travel sorang2..hehe

Berbuka Puasa Bersama Bloggers Di Setiawangsa

{ padin } on: 17:39 said...

hehe tu la kan, Lin hehe.. tambah plak berasak2, memang peluang la penjenayah ni nak meragut takpun mencabul juga huhu

{ encHIx laNDax } on: 17:30 said...

kalau landax biasanya akan suka menjadikan kelainn,conthnya,letak wallet di poket kiri....yelah...kalau pakai jeans,kan susah nak letak wallet kat depan..huhu..tapi,tula..yang penting waspada~tu je..hehe


perkerjaan anda secara x rasmi ketika berblogging

{ padin } on: 17:47 said...

Yup landax, bermacam cara untuk kita mengelakkan perkara ragut atau seluk saku terjadi hehe

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap