padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar

Perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar

/ May 22, 2016 /
Menjejaki umur awal 30-an, barulah PR berkesempatan menjejakkan kaki ke daerah Kuala Kangsar, daerah yang terkenal dengan penghasilan dan perusahaan labu sayong. Kalau ikutkan lokasi kampung halaman tidaklah jauh mungkin tiada urusan ke sana.

Baru - baru ini, dalam perjalanan keluarga PR ke Terengganu, Kuala Kangsar merupakan antara laluan pergi dan balik. Maka, menyimpan hasrat untuk singgah melihat sendiri perusahaan labu sayong di Kuala Kangsar semasa dalam perjalanan pulang.

replika labu sayong kuala kangsar
Seawal jam 7.30 pagi dalam perjalanan ke Terengganu

Labu Sayong Cantik dan Murah
Di Kuala Kangsar ini terdapat banyak tempat yang mengusahakan perniagaan labu sayong, baik secara kecil - kecilan mahupun yang lebih besar dan koleksi yang pelbagai. Dalam tinjauan PR, hanya 2 premis sahaja yang sempat dikunjungi, melihatkan kecemburuan waktu petang yang semakin melabuh.

Zura Kraf
Zura Kraf terletak hampir 1 kilometer dari lampu isyarat replika labu sayong seperti gambar di atas. Premis ini betul - betul menghadap dan boleh dilihat dari jalan raya utama. Cuma, tiada sebarang papan tanda perniagaan dipamerkan sekaligus menyukarkan untuk mencari nama perusahaan Zura Kraf. Premis ini sederhana dan pilihan produk terhad, namun menyediakan labu sayong bersaiz kecil dengan harga serendah RM0.80 (Jika pembelian pukal 100 ke atas).

Apa yang PR harapkan, pemilik Zura Kraf (kalau terbaca la post ni) dapat menambahbaik dari segi papan tanda perniagaan, menambah koleksi dan pilihan produk yang lebih pelbagai. Rugi juga premis di jalan utama (mudah dilihat) tetapi tidak dapat digunakan sepenuhnya kelebihan itu. PR tak dapat nak pesan secara langsung kerana semasa kunjungan, jiran sebelah yang tolong layan, pengusahanya entah ke mana huhuuu..

kad perniagaan zura kraf
(011-13392447)

Win Kraf
Dah namanya pun Win, mestilah win juga kaedah pemasaran dan produknya. Tidak. Win Kraf tidak membayar PR untuk membuat review ini tetapi Win Kraf telah win dalam strategi pemasarannya. Lokasi Win Kraf 200 meter ke dalam dari jalan utama tetapi banner yang digantung di tepi jalan utama menjadikan PR terpanggil untuk berkunjung.

labu sayong win kraf kuala kangsar

labu sayong win kraf kuala kangsar

Sumber gambar : Warisan Labu Sayong (warisansayong.weebly.com)

Terdapat pelbagai koleksi dan pilihan produk tembikar yang terdapat di premis Win Kraf. Rambang mata juga melihat seni kraftangan yang dihasilkan. Bermula dengan labu sayong yang aneka motif dan saiz, sehinggalah kepada lampu tidur, tepak sirih, tabung yang comel, pasu bunga dan bekas yang cantik dengan tag harga yang berpatutan.

kad perniagaan win kraf labu sayong

Labu sayong bersaiz sederhana kecil dijual dengan harga RM1.50 (jika pembelian pukal 100 ke atas) dan ada yang mencecah RM300.00, harga berbeza mengikut saiz, warna dan tahap kesukaran penghasilannya.



Labu Sayong sebagai Cenderamata atau Hiasan
Labu sayong ini sesuai dijadikan cenderamata, termasuklah kepada bakal guru pencen, perasmi majlis, atau boleh saja dijadikan cenderahati untuk tetamu yang hadir di majlis perkahwinan. Bagi individu yang gemar menghias, bolehlah jadikan labu sayong sebagai hiasan dekorasi. Labu sayong juga boleh dijadikan hiasan di pejabat, atau di ruang kerja.

perusahaan labu sayong win kraf
Hiasan lampu tidur

perusahaan labu sayong win kraf
Hiasan dekorasi

Dah panjang meleret mengisahkan perihal labu sayong, agak - agak PR beli tak? Berapa kuantiti dan apa tujuan PR beriya benar singgah ke Kuala Kangsar untuk meninjau perusahaan labu sayong? Apa cerita PR sekeluarga ke Terengganu? Hahah, sabar dan dapatkan jawapan nya di blog entri yang akan datang. Hihi

Nota | Dapatkan Perkhidmatan Lukisan dan Ilustrasi Digital
(promosi produk perniagaan, e-kad raya, e-kad ucapan dll)

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap