padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Berkias Dalam Kata

Berkias Dalam Kata

/ December 7, 2011 /
Tuturnya beralas, bahasanya berkias. Itulah madah kata yang sering di ujar masyarakat Melayu, dan masih di gunakan hingga dewasa kini. Kiasan dalam berbicara. Tetapi jangan kita sangka, semua pendengar boleh menerka maksud di sebalik kiasan tersebut.


Biasa dengar, "jangan makan banyak tempat, nanti kahwin banyak". Madah ringkas, yang jika anda selidiki, punya maksud yang tersirat. Dari segi maksud hakiki, mungkin jika makan di banyak tempat, kebarangkalian mengotorkan banyak tempat dengan sisa makanan. Belum kira kuah tertumpah, butir nasi bersepah, dan juga bau belacan yang mengundang lalat.


Atau mungkin juga, bagi yang cuba mengeksploitasi, "wah, baguslah boleh kahwin banyak!" Samada sedar atau tidak, kahwin banyak ini mungkin memberi nikmat, tetapi juga bakal pembawa 'penyakit'. Tiada susah di cari susah, umpama "tiada beban batu di galas". Itu belum kira kapak di atas kepala.

pelempang
Persoalannya, kenapa perlu berkias dalam menyatakan sesuatu maksud atau perkara? Ini kerana, penggunaan bahasa kiasan ini lebih lembut berbanding maksud asal yang tidak di tapis. Kita melarang anak berbuat jahat, jika di tegah semakin melawan, ada lah.. Jadi, cuba main psikologinya, cuba dengan psikologi berbalik.


Persoalan kedua, kenapa perlu berlembut dalam menegaskan sesuatu perkara? Supaya, orang yang mendengarnya juga turut lembut hati. Bahasa kiasan ini biasanya di atur dan di garap menggunakan bahasa yang lembut dan indah.


Persoalan ketiga, kenapa menggunakan bahasa yang lembut dan indah? Mudah! Kerana, bahasa lambang budaya kita. Jika kita mahu orang lain menghormati kita, maka kita perlu bermula dari awal, melambangkan ciri - ciri budaya kita. Keunikan bahasa kita. Keunikan budaya kita.


Tetapi, jika dengan cara berkias ini, masih ada golongan penerima yang tidak faham, tidak jelas, sengaja tidak faham, maka di saat itu, anda harus..... harus bertindak lebih agresif, dan boleh juga mengungkap sebagai "kamu ni tak reti bahasa ke?".. "Apa hal bengap sangat kamu ni?" dan beberapa perkataan lain yang di fikirkan wajar.


Justeru, selagi boleh jagalah tutur kata, gunakan bahasa kiasan yang tidak keterlaluan untuk menegur sebarang kesilapan, agar komunikasi yang lebih harmoni akan terjalin. Biar tak kacak, tapi adab kena mahu jaga. Dapat?

0 comments:

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap