padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Letupan Gas LPG

Letupan Gas LPG

/ November 30, 2011 /
Baru - baru ini, ada lagi kes letupan gas di Noodle Station Cafe, Maju Junction KL. Kes umpama ini bukanlah yang pertama kali terjadi di Malaysia, malah di tempat lain juga berlaku hal sebegini. Letupan gas di percayai berpunca daripada kebocoran paip gas, tapi melalui pembacaan aku masih dalam siasatan samada punca berlaku daripada kebocoran paip secara teknikal ataupun kecuaian pekerja.


Baik, sebelum aku mengulas lanjut, perlu di ketahui gas yang di maksudkan ialah Gas Petroleum cecair (GPC) (liquiefied petroleum gas - LPG). Gas bertekanan tinggi ini di simpan dalam tangki simpanan dalam bentuk silinder dan diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan melalui beberapa siri sambungan paip.


Sifat fizikal bagi LPG ialah mempunyai graviti tentu yang tinggi berbanding udara. Jika gas ini di lepaskan di udara, gas akan berkumpul di bahagian bawah dan jika di ruang tertutup, pengumpulan gas tersebut membuatkan ia lebih mampat dan sekirannya ada sumber api, (ignition), memang akan menghasilkan letupan yang kuat. Perlu di ingat, tekanan dan kandungan bahan bakar yang tinggi akan menghasilkan letupan, bukan kebakaran.

lpg manifold system
Ada orang kata, bahaya. Ya, aku mengakui ia bahaya JIKA tidak melalui prosidur keselamatan yang di perakui pihak berkuasa, kalau di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerja (JKKP). Proses pepasangan talian paip gas perlu mengikut prosidur yang ketat, antaranya [1] MS 930, [2] MS 830, [3] ASME B31.8, Akta Bekalan Gas 1993 dan beberapa akta dan koda amalan lain yang bersesuaian.


Individu yang memegang lesen kompetensi daripada ST sahaja yang terlibat dalam merekabentuk, pensaizan paip, pepasangan, pengujian dan ujilari. Setiap pepasangan memerlukan [4] ATI/ATO dan [5] PTI/PTO dari JKKP dan ST. Jadi, jangan anggapkan pepasangan paip gas seperti pepasangan paip air di rumah.


Jika nak di kata, penggunaan gas ibarat meletak bom, tapi majoriti pengguna sekarang menggunakan dapur gas untuk memasak. Tak takut ke letak bom dalam rumah? Ha, silinder tong gas tersebut telah direkabentuk supaya boleh menampung tekanan LPG tersebut jadi ia selamat untuk di gunakan.

lpg storage
Berbalik kepada persoalan letupan gas LPG di Maju Junction, mungkin boleh jadi; 1. Kebocoran di sambungan paip (injap, meter, pengatur tekanan), 2. Kecuaian orang bertanggungjawab 3. Sabotaj. Heh, ini andaian aku sahaja berdasarkan teori - teori yang aku pernah belajar dulu.


Nota kaki :
1. The Installation of Fuel Gas Piping Systems and Appliances
2. The Storage, Handling and Transportation of LPG
3. American Standards Mechnical Engineers B31.8 (Vapour)
4. Approval to install/operate
5. Permission to install/operate

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap