padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Peribahasa vs Freebahasa

Peribahasa vs Freebahasa

/ November 13, 2011 /
Bila sebut cuti hujung minggu, memang banyak perkara yang boleh di lakukan. Bagi yang berkeluarga, pastinya cuti ini dimanfaatkan bersama supaya dapat lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi kategori lain, mesti ada aktiviti sendiri yang boleh menceriakan anda.


Hujung minggu ini, aku menghabiskan masa membelek komik santai yang terkumpul bertahun lamanya, Majalah Apo?. Ia sebaris dengan komik lain seperti Ujang, dan Gila - Gila. Bacaan santai, penuh humor dan lukisan kartun yang menghiburkan.

peribahasa vs freebahasa
Cover Apo? isu 309

Pun begitu, bukanlah kesemua isi komik tersebut memaparkan humor semata - mata, tetapi di selitkan juga tips, panduan dan juga beberapa fakta menarik untuk di kongsikan dengan pembaca. Antara segmen lain yang menarik minat aku, ialah "Peribahasa vs Freebahasa". Peribahasa Melayu bukanlah asing, tetapi dewasa kini penggunaannya umpama "hidup segan mati tak mahu".


Kalaupun ia masih menjadi siulan, tetapi sering kedengaran peribahasa itu telah di modenkan, senang cakap, ala - ala freebahasa! Bagi pencinta bahasa, freebahasa ini sedikit sebanyak menggubah keaslian dan keindahan peribahasa Melayu lama, tapi kadang - kadang aku rasa masuk akal dan kelakar juga, hahah..


Baik. Mari kita lihat beberapa contoh di bawah, dan anda nilaikan :


note : Berhuruf gelap, peribahasa.


1. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

2. Kalau sudi katakan sudi tidak aku ternanti - nanti, Kalau sudi katakan sudi, kalau tak.. boleh blah lah!

3. Tiada rotan akar berguna, Tiada rotan, pelempang jawabnya.

4. Air di cincang takkan putus, Air di cincang takkan putus, kalau daging di cincang maknanya ada kenduri.

5. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga, Kalau kail panjang sejengkal belilah panjang sikit.


5 contoh di atas cukup rasanya untuk penjelasan keterangan aku di atas sana. Bukan apa, bagi aku biarlah yang lama itu di kekalkan biarpun yang moden ini di antaranya masih mempunyai maksud yang sama. Takut nanti ada pelajar menulis di karangan SPM minggu depan, mahu gelak guling - guling pemeriksa membacanya, hahaha..


Apa kata anda? Hehee..

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap