padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Mengenal Diri Sendiri

/ September 28, 2010 /
Persoalan besar yang perlu kita ketahui ialah sejauh mana kita mengenali diri kita sendiri? Mengenali diri sendiri merupakan perkara pokok untuk kita lebih berjaya dan berdaya maju, tidak kira untuk kerjaya, sosial dan kehidupan sendiri.

Secara logik, untuk berjaya kita perlu berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Untuk itu, kita perlu menganalisis diri kita dulu sebelum membuat sebarang perubahan. Mengenal diri boleh di capai melalui penganalisaan secara ikhlas dengan niat untuk memperbaiki diri.

Proses atau teknik untuk mengenal diri adalah perkara yang kompleks. Jadi, selain dari penganalisaan sendiri, kita juga perlu mendapatkan pandangan serta pendapat dari orang lain. Kesediaan untuk menerima segala kritikan, pandangan ata teguran merupakan kunci kejayaan.

PADINNO
Di sini, aku anjurkan 2 cara mudah untuk kita mengenali diri kita.




  • Mengenal Diri Melalui Orang Lain

  • Kita ibaratkan orang di sekitar kita sebagai cermin. Kita boleh menanyakan pendapat tentang keperibadian kita. Apa reaksi mereka terhadap kita, maka itulah sebenarnya diri kita. Mungkin analisa antara seorang individu dengan individu lain adalah berbeza, tetapi itulah sebenarnya realiti yang kita tidak sedar.




  • Amati kata - kata ibubapa kita ketika mereka sedang marah

  • Biasanya, ketika marah, ramai orang yang tidak sedar mereka sedang marah, haha.. Dan biasanya juga, perkara - perkara yang di sebut itu juga juga merupakan perkara sebenar. Ibubapa merupakan insan yang paling hampir dan mengetahui perilaku kita. Jadi aku rasa teknik ini juga boleh di ambil kira dalam proses mengenal diri sendiri.

    Sebagai contoh "..kau ni malas betul la!! asyik tidur je, pegilah buat kerja yang berfaedah sikit, tolong mak ni memasak..".. Jelas kan? Dari situ, kita boleh tahu, kita perlu kikis sifat malas tu, dan membuat kerja berfaedah seperti menolong ibu memasak. Faedahnya? Nanti dah duduk seorang diri, tahu la nak memasak, ekekee

    Aku rasa setakat itu sahaja, banyak lagi teknik di luar sana, yang mungkin boleh membantu kita mengenali diri sendiri. Penting untuk kita tahu, supaya tidak nanti di label orang yang tidak sedar diri.


    Aku juga belum kenal diri aku sendiri. Bak kata seorang sahabat, yang kata - katanya amat tajam dan sampai sekarang masih terngiang - ngiang lagi, "..pikirlah hai teman, mengapa hingga kini anda masih bersendiri...jawapan itu hanya anda ada jawabnya..."



    Nota | Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki!

    Terima Kasih Belalang

    / September 26, 2010 /
    Selamat Datang Ke padinno.com


    Alhamdulillah, aku da selamat sampai ke Jawi, tak sangka dah dua kali aku masuk Jawi. Erkkk bukan masuk jawi yang tu, ni masuk ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Jawi. Kali pertama, aku menghadiri Kursus Induksi Kumpulan 1 Sesi 4 2010. Kali ini, aku hadir atas sebab menghadiri Bengkel Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Jul - Dis 2010.


    Bengkel ni akan berlangsung 4 hari bermula Isnin, 27 September dan di jangka berakhir Khamis. Wakil dari IKM/KKTM seluruh negara mula berkumpul di Jawi bermula jam 2 petang.


    Kedatangan aku di Penang di sambut oleh Belalang Kacak nih, pertama kali berjumpa dan seperti yang aku duga, Belalang ni memang kacak. Tapi, perhatian ya semua gadis di luar sana, Belalang ni dah ada yang punya...


    Aku menjejakkan kaki di rumah Belalang, dan sempat la bermain - main dengan Belalang Jr. Mula - mula tu menjerit macam histeria je bila tengok aku kuak lentang kat rumah Belalang hee. Mrs Belalang pun ada, dan menyediakan sarapan yang sedap untuk kitorang.

    anak belalang


    Dalam jam 1 petang, kami bertolak dan sampai ke Jawi. Aku bersyukur dalam kepeningan mencari alternatif, masih ada hamba Allah yang sudi membantu menyelesaikan masalah aku. Seperti yang aku pernah tulis dalam blog entri "Kenapa aku berblog?",


    "..walaupun kenalan maya, penting bagi aku untuk berkenalan dengan semua, sebab mana tahu bole mintak tolong suggest kan tempat makan best, tempat bersosial best, & macam2 lagi la.. - baca lagi "

    anak belalang


    Jadi, sebagai tanda terima kasih, aku nukilkan blog entri yang ke 17 bulan September istimewa untuk Belalang Kacak!! Mai serbu sarang bawah tanah dia, he he he.. Latest blog entri dia - Cerita Hantu ekekee.. aku dah tahu sepenuhnya cerita tu, kalau korang nak tahu, gi layan kat blog dia..


    Ok, aku rasa setakat ini sahaja, bengkel dah nak bermula ni. Tata..


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Hobi

    / September 25, 2010 /
    Selamat Datang Ke padinno.com


    Bercerita tentang hobi, aku pun tak pasti apa sebenar hobi aku. Kalau di suruh mengisi biodata, part hobi memang agak susah aku nak isi sebenarnya. Bukan keliru dengan personaliti sendiri, tapi aku tak pasti yang mana satu menggambarkan hobi sebenar aku.


    Mengikut pemahaman aku, hobi merupakan sesuatu perkara yang kita sering buat, berulang kali dan tak berasa jemu. Kalau di ikutkan, banyak je perkara berulang yang aku sangat minat, dan belum terasa jemu.


    Salah satu darinya mengumpul die-cast model. Mengumpul tu bukanlah maksudnya aku kutip di tengah jalan, atau mencuri di pasaraya. Tidak. Ada yang aku beli sendiri, hadiah dan ada juga dalam kategori ganti rugi.


    Die-cast model ni banyak. Bermacam jenis, saiz, fungsi dan yang penting juga, berbeza harga. Ok, sebelum tu, siapa yang nak tengok koleksi aku, boleh tengok kat sini, bukan kat situ tau! Aku mula mengumpul koleksi ni pada tahun 1993, dan sampai sekarang masih dalam keadaan sempurna.


    Masa dulu, aku lebih gemar mengumpul die-cast model yang berskala kecil, iaitu 1:56 dan sehampirnya. Harga lebih murah, cuma RM3.90. Berbagai jenama syarikat pengeluaran, dan yang glamour masa tu Matchbox, Maisto dan Hotwheels. Tapi sekarang, harga dah naik kepada RM5.90 dan model - model pun dah tak berapa cantik dan logik.


    Melangkah ke alam pekerjaan ni, aku lebih gemar pula mengumpul model yang lebih besar. Skala 1:36 atau pun 1:24. Harga bagi model berskala 1:36 lebih kurang RM25 manakala harga model berskala 1:24 sehingga RM70.00 dan ada mencecah RM150.00.

    koleksi
    koleksi padin

    Antara model yang menjadi koleksi aku kini ialah Mitsubishi Evolution (semestinya) 3 buah, Nissan skyline, Honda Civic Type R dan Honda S2000 (skala 1:36). Manakala model berskala 1:24, termasuklah Scuderia Ferrari F50, Subaru Impreza, Mitsubishi Evolution IX dan Missubishi Evolution VIII.


    Aku rasa ini merupakan hobi aku yang masih maintain dari kecil sampai la sekarang. Kalau pergi pusat membeli belah, mesti singgah di kedai atau bahagian permaianan. Walaupun taklah sentiasa membeli, tapi tak jemu untuk mengikuti perkembangan die-cast model ni.



    Jadi, kepada sesiapa yang nak memberi hadiah pada aku, mana la tahu nak tolong aku tambah koleksi ni, aku alu - alukan la hehe.. Aku nak cari model berskala 1:18 pulak, tapi tu lah, harga mencecah RM300.00 yang buatkan aku pikir banyak kali juga. Model - model ni aku tak buat apa - apa pun, just simpan dalam almari je, tapi kepuasan memiliki tu tak terkata dengan ucapan atau syarahan haha merapu dah aku nih...


    Aku suka bila anak - anak saudara datang tengok, meleleh je air liur diorang, mata tak pejam - pejam haha. Nak pegang? Nak main? No way!! Kalau nak, minta la kat mak bapak sendiri, pasal aku beli pun guna duit simpanan sendiri. Bukan apa, budak - budak ni tak reti menghargai, bila dapat je, di hempas - hempas kereta tu. Hancur luluh hati bila tengok kereta tu berkecai depan mata.


    Umm, ok lah aku rasa setakat ini sahaja aku nak kongsikan hobi aku. Mungkin ada di luar sana yang mempunyai hobi sama. bolehlah tengok juga koleksi korang.ok, adios.

    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Pengertian padinno

    / September 23, 2010 /
    Selamat Datang Ke padinno.com


    Lega. Itu adalah perasaan yang aku dapat kongsikan pada kalian saat aku mengarang blog entri ini. Lega sebab persediaan untuk Soalan Peperiksaan Akhir DTM Gas Sesi Julai - Disember 2010 dah pun sempurna. Lega sebab arini dah 24 hari bulan. Lega, dah pasang header baru.


    Kali ini, suka untuk aku ceritakan serba sedikit tentang pengertian padinno. Segala kekeliruan dan pertanyaan, aku akan perjelaskan di sini, mudah - mudahan memberi sedikit hiburan pada kalian. Kalau tak terhibur tu, maknanya blog ini belum cukup di gelar "mesra pengunjung".


    • Erti padinno
    padinno sebenarnya datang dari nama sebenar aku, padin no. Tunggu. Nama aku dalam identity card Fadzil Noor. Tapi sejak kecil lagi, memang orang dah panggil aku padin no, mungkin sebutan Fadzil tu di sebut secara laju, dan kedengaran seperti padinno. Semua (aku agak) orang yang kenal aku jarang memanggil Fadzil, sebaliknya lebih selesa memanggil Padin.


    Ada juga yang bergurau, "Padin Yes" tengah buat apa tu? aha, "No" tu bukanlah membawa maksud "tidak" sebaliknya datang dari perkataan "Noor" tu. Tak lupa juga, ada yang bertanya "padinno ni benda apa?" Emm ada ke benda yang di panggil padinno? Aku pun tak pasti, yang aku tahu barangan jenama Padini ada la.

    PADINNO
    • Pengertian padinno
    Konteks pengertian kat sini bukanlah nak bercerita atau memperjelaskan apa makna padinno tu sendiri, sebaliknya, padinno kat sini ialah padinno.com. Pengertian ini boleh juga merujuk kepada apa pentingnya padinno dalam kehidupan aku dan kalian juga.


    Macam yang aku sisipkan di ruangan sidebar tentang "Sepatah Dua Kata" tu, laman ini aku binakan untuk menjalin persahabatan sebenarnya. Tak di nafikan banyak lagi cara untuk kita berkomunikasi, dan aku memilih untuk berada di platform ini. Aku kongsikan perasaan sebenar, visi dan PERJALANAN kehidupan aku dan aku berasa sangat beerti kalian juga termasuk dalam kehidupan aku.


    Berkongsi cerita, berita, ilmu pengetahuan dan pelbagai tips dan panduan menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Melalui padinno, aku mula membuka mata tentang dunia IT ni, tidaklah banyak, tapi ilmu yang aku belajar tu amat berharga. Juga, aku mengenali ramai kawan - kawan baru yang walaupun belum bersua, tapi aku rasa macam dah kenal lama. Yelah, takkan kita nak berkawan dengan orang yang bersekitar dengan kita je.


    • Di Mana padinno?
    Selain padinno.com, kalian juga boleh berinteraksi dengan padinno di laman facebook, dengan nama "padin no". Kalau masih aktif dengan friendster, boleh juga cari dengan nama "padin no". Laman sosial lain? Aku belum terfikir untuk turut serta.


    Selain laman sosial, padinno juga boleh di jumpai di pasaraya - pasaraya berhampiran. Cewahh berangan dah ni, ekekee tali pinggang, kemeja, seluar, baju dan sebagainya, dengan brand "padinno" hahahaha.. Kalau jumpa, korang bagitau aku ye, aku nak saman.


    Pastinya, padinno kopitiam la kan. Tapi sedih juga, entah kenapa sekarang ni kopitiam tu tak boleh di akses. Harap - harap perniagaan akan kembali berjalan lancar. Sejak kopitiam tu bermasalah, pengunjung nak minum kopi pun tak dapat, seterusnya? Kedai takde pengunjung, maknanya takde income la huhu..


    Aku rasa setakat ini je lah, Kalau ada apa - apa yang terkurang tu, nanti dari semasa ke semasa, aku update lagi. Sekian,


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Bukan Takdirnya

    / September 22, 2010 /


    Selamat Datang Ke padinno.com


    Hehe macam best je kan hirup Sop sambil minum teh. Eh best ke? Teringat pulak masa raya aritu makan sup tulang. Kejap je kan rasa, da setengah bulan kita beraya.


    Blog entri kali ni bukanlah aku berhasrat nak bercerita pasal raya lagi. Ramai dah bercerita pasal raya, so aku buat cerita lain la. Tapi tu la pusing sana, pusing sini tak muncul pulak cerita yang nak di ceritakan tu.


    Tambah pulak sekarang ni masalah malware melanda ni, banyak juga blog dan laman - laman yang tak boleh nak di akses. So, banyak jugalah tak dapat nak baca update kawan - kawan. So, kat sini aku nak kongsikan dengan kawan - kawan tentang perkara ni.


    Pernah tak korang rasa, bila sesuatu perkara tu hampir sangat dengan kita, tapi di akhirnya tak kesampaian. Perghh memang menyirap je rasa. Opps ni bukan menyirap, frasa untuk minum sirap tu ye. Pernah tak rasa macam tu? Pernah tak? Aku dah banyak kali rasa... penat. Hampa. Geram. Tapi, tu lah, aku sedar itu bukan takdirnya.

    geram
    Contoh la, masa belajar dulu, aku aktif juga masuk tournament futsal. Pasukan aku tu di namakan The Reborn, dan boleh kata gah juga di UTM tu dulu. Persembahan ala - ala gempak juga, tapi tu lah, bila dah hampir nak jadi juara je, mesti tak kesampaian.


    Time tu lah kasut terkoyak, penjaga gol kena kad merah, sepak bola asyik kena tiang je. Perkara tu asyik berulang je. Sepanjang 16 tournament aku di UTM, 9 kali masuk final, tapi tu lah, sekali je bergelar juara. Lagi 8 tu? Ada sekali tu dah leading sepanjang game, tapi kena 2 gol dalam masa singkat, aduhhh... Hadiah pertandingan tinggi juga masa tu.


    Banyak lagi contoh lain, tapi cukupla aku letak 2 situasi je. Yang korang baca tadi baru satu kan. Situasi yang kedua ni, masa cuti raya hari tu. Aku dah hampir - hampir je dapat jumpa blogger cantik ni, tapi di saat akhir tu la banyak ragamnya. Time tu la motor abang aku rosak pulak, time tu jugak la perkhidmatan telefon tergendala.. Geram. Tapi, aku sedar, bukan itu takdirnya.


    Korang pulak, ada ke kes macam ni? Ke aku sorang je yang bertakdir macam ni? Yang aku cakap Hirup Sop tu, jomla singgah di blog Sop, menikmati blog entri dia yang mengancam. Dan jugak singgah minum teh di blog tehr. Unik pantun - pantun dia, aku rasa geram kalau bila pergi, dia tak update entri baru haha..


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Apa Itu Pengopi Tegar?

    / September 20, 2010 /

    Selamat Datang Ke padinno.com


    Alhamdulillah, perjalanan yang panjang tadi sudah bertemu penghujungnya. Akhirnya aku bebas dari kesejukan yang sedari awal menggigit tubuh kering aku ni. Perjalanan yang patut mengambil masa 8 jam, tapi berpanjangan menjadi 11 jam,huuuhh.


    Kita tinggalkan kisah sedih Nadia sebagai satu kenangan, kehilangan yang pasti tiada gantinya.


    Berbalik kepada tajuk blog entri kali ini, sukacita ingin aku perjelaskan sekali lagi apa itu Pengopi Tegar. Secara mudahnya, ini bukanlah komuniti yang gempak mana pun, bukan juga niatnya nak bersaing dengan komuniti besar yang lain, cuma hanya sekeping banner. *Betul ke sekeping?

    Create your own banner at mybannermaker.com!


    Aku tak mengenakan sebarang syarat khas pun untuk bergelar Pengopi Tegar, hanya menampal banner cawan ni di blog kalian, then aku masukkan je la link blog korang dalam list aku tu. See? simple macam ABC kan? Lebih kurang list untuk aku blogwalking lah, macam master linky tu, tapi tu macam semak sangat lah.


    Jadi apa kelebihan menjadi Pengopi Tegar ni? Emm bagi aku takdelah manfaat besar mana pun, tapi salah satu cara juga untuk menjana trafik. Takkan lah dalam beribu pengunjung blog kuning ni, takde sorang dua pon nak menjenguk Pengopi Tegar kan?


    Yang kedua, aku sediakan Padinno Kopitiam, khas untuk Pengopi Tegar. Di situ, mereka berbincang, berbual, bertanya soalan, dan macam - macam lagi la. Bertanyakan tutorial, tips blogging, ataupun pendapat tentang hal - hal luar. Pendapat tentang kerjaya, hubungan sosial mahupun masalah di tempat kerja.


    Bukan Pengopi Tegar pun aku alu - alukan datang, tak menjadi masalah. Cuma apa yang aku selalu pesan pada diorang, jaga tingkahlaku dan aras perbualan, itu sahaja dan menjadi seorang yang berakal, aku rasa itu hanya permintaan yang mudah untuk di terima.


    Selain itu juga, aku mengadakan pertandingan antara Pengopi Tegar. Itu kelebihan istimewa lah rasanya. Sebelum raya, aku telah mengadakan tiga pertandingan dalam pusingan pertama di mana Anna berjaya mengumpul RM60 dan di nobatkan pemenang pusingan pertama. Segala update tentang pertandingan, boleh di dapati dalam Kopitiam.


    Memasuki bulan kedua pembukaan Padinno Kopitiam, nampaknya da berjaya jugak apa yang aku harapkan. Mulanya dulu aku tak berapa yakin konsep begini di terima pakai, yelah, rata - rata blogger kita ni "raja blogwalking", tak ramai yang mahu singgah di satu tempat terlalu lama. Alhamdulillah, semakin hari jumlah Pengopi semakin ramai.


    Jadi, dalam perbincangan kitorang aritu, nak juga rasanya Pengopi - Pengopi ni bertentang mata, so sebagai peneraju aku bersetuju jugak cadangan tu walaupun taklah sebesar dan segah komuniti lain yang memang dah ada nama.


    Sebagai cadangan, aku menetapkan tarikh 16 Oktober 2010 sebagai tarikh perjumpaan. Tempatnya, di ibu kota la, aktiviti masih lagi dalam perancangan, yang di ketuai MissXYZ. Dengarnya rakan kita dari Sabah juga turut memeriahkan perjumpaan ni, kita yang berada di sini seharusnya bersemangat begitu juga.


    Jadi, kepada sesiapa yang boleh datang, pada tarikh yang aku sebutkan tadi bolehlah sound kat aku ya, bukan apa, senang sikit nak buat perkiraan hehe.. Ok, aku harapkan semua berjalan lancar, segala update, akan ku letak di sidebar. Aku rasa itu saja kali ini.


    note : Sistem GAGAlive mungkin down sekarang, so Padinno Kopitiam akan di tutup sementara. Korang minum le tempat lain dulu ekekee


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Tribute to Nadia (TTT)

    / September 18, 2010 /

    Selamat Datang Ke padinno.com


    Sesungguhnya, masa itu tidak akan berputar ke belakang, juga tidak sesekali akan berhenti. Masa akan terus bergerak, meninggalkan perkara lalu, dengan cerita dan nostalgia sendiri, yang seterusnya akan di sebut sejarah.


    Walaupun cuti masih berbaki sehari, terlalu cepat aku rasakan masa bergerak, di kampung ni pun dah sunyi, tiada lagi hilai tawa kanak - kanak, tiada lagi dentuman mercun, tiada lagi gurau senda sanak saudara. Semuanya sudah pergi, pergi meninggalkan kampung, mencari rezeki.


    Begitu juga dengan kehidupan kita, sampai masanya, ada yang akan datang, dan ada juga yang akan pergi. Kadangkala, kita menangisi kedatangan cahaya baru dengan kesyukuran, adakala kita menangisi pemergian orang yang kita sayang.


    Aku terasa dengan pemergian Nadia, atau lebih di kenali gelaran TTT. Walaupun hanya berkenal di alam maya sahaja, tapi sedikit sebanyak.....huhu taktau nak tulis apa..


    Blogger, Nadia telah meninggal dunia pada malam 17 September 2010, di Jepun di sebabkan penyakit kanser serviks. Pengesahan telah di buat oleh ibu Nadia sendiri dengan mengirim khidmat pesanan ringkas kepada teman - teman rapat.


    Kalau tak salah, kali terakhir aku berbual melalui laman sembang Yahoo Messenger (YM) pada penghujung bulan Julai, masa tu aku di beritahu arwah baru je lepas keluar wad, dan kami berbual elok, takde pulak berasa kejanggalan apa - apa dalam perbualan tu.


    Mengenali Nadia merupakan perkara yang menyeronokkan. Susah nak menerka perwatakan sebenar, tapi aku rasa Nadia seorang yang ceria, manja, dan kadangkala aku rasa orang yang matang dalam membincangkan sesuatu perkara. Banyak lagi nak tulis, tapi takpelah.


    Aku pun tak pasti aku orang bertuah yang ke berapa mempunyai gambar original tanpa "spek hitam", tapi arwah pesan kalau nak publish, jangan lupa pakaikan "spek hitam"..

    nadia
    Aku dah lama nak buat review blog Nadia, tapi takde idea, tak sangka pulak begini kesudahan reviewnya.. huhu... Oklah, semua orang pun tengah bersedih agaknya.. Menyoroti kata - kata manis arwah di hujung blognya,


    "jangan lupe spek itam yea sygs..hehe :)"

    padin spek
    Antara favourite arwah dalam YM - abang botakkkk, ketuk kepala botak, tumbuk perot botak, -mesti aku akan terus merindui panggilan ni. Berbalik kepada isu masa yang aku perkatakan di awal blog entri tadi, hargailah masa. Sentiasa cari peluang untuk kita saling memaafi, langsaikan segala hutang sebab entah esok lusa giliran kita pula yang pergi. Fikirkan..


    Note : Al - Fatihah untuk Arwah Nadia a.k.a TTT, semoga rohnya di cucuri rahmat Allah

    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Cerpen Pautan Berkubur?

    / September 17, 2010 /
    Selamat Datang Ke padinno.com


    Pernah tak korang terbaca tentang Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka? Mungkin segelintir antara kamu, kamu dan kamu juga pernah terbaca, dan mungkin juga ada yang tak pernah baca langsung.

    cerpen anak derhaka

    Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka ini merupakan sebuah projek yang di ilhamkan oleh seorang rakan blogger kita ni, yang menggelarkan dirinya Sop. Projek ini banyak tujuan dan manfaat, dan jika korang nak mengetahui lebih lanjut boleh baca di sini.


    Setakat ini, Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka memasuki siri ke- 7, dan menunggu sambungan untuk siri ke - 8. Kalau korang nak tengok dan baca Siri 1 hingga siri 7, boleh tengok sini.


    Antara syarat dan peraturan yang di tetapkan oleh Sop ialah, mesti bersambung dari cerita sebelumnya, memasukkan link sebelum dan selepas.. Selepas? ha, maksudnya, bila seseorang dah menyiapkan tugasan ni, dia perlu memilih samada ingin menamatkan cerita atau perlu menamakan seorang lagi blogger untuk sambungan siri berikutnya.


    Aku di beri kepercayaan untuk menyambung Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka Siri ke 7, dan walaupun aku agak terlewat menyambung tapi Alhamdulillah Sop masih terima hehe, aku risau jugak Sop labelkan aku blogger sombong ke, apa - apa gelaran lagi lah.. dan di akhir perenggan tu, aku linkkan Kak Cabai untuk sambungan siri 8.


    Aku dah bagitau menerusi blog entri, tinggalkan pesanan di shoutmix, mahupun menggunakan sistem pesanan ringkas, tapi nampaknya dah 3 bulan Kak Cabai tak berkesempatan untuk menyambung cerita tu. Mungkin Kak Cabai sibuk dengan kehidupan dan bisnes akak.


    Apa pun, aku tak mahu Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka ini berkubur. Jadi di kesempatan ini, aku ingin menamakan seorang lagi blogger, yang kian meningkat naik, Cik Tom. Aku harapkan Cik Tom boleh menyiapkan siri ke 8 ni, terpulang samada nak tamatkan, atau nak namakan orang lain lagi.


    Sekian, aku rasa itu sahaja untuk kali ini. Kepada Sop, minta maaf sebab tunggu terlalu lama..


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Petua Kekal Muda

    / September 16, 2010 /
    Selamat Datang Ke padinno.com


    Setiap orang ada perilaku dan kehendak sendiri, yang mana mungkin mampu di gapai atau tidak, bergantung kepada keadaan - keadaan yang membantu dalam mencapai sesuatu matlamat. Contoh termudah, setiap insan mengidamkan kehidupan yang sempurna, tapi bergantung juga kepada keadaan kewangan, kesihatan dan sebagainya.


    Tidak dapat tidak, saban hari usia kita makin meningkat. Muka, yang dulunya tegang, licin dan halus kini dah jadi kendur, berkedut. Bilangan rerambut putih kian bertambah di kepala, gigi mula berkurangan, ah tu dah tua sangat tu..


    Maksud mudah aku di perenggan kedua adalah makin hari umur kita makin meningkat. Lebih bermakna jika perwatakan kita seiring dengan umur kita. Tapi ada juga segelintir yang umur meningkat, tapi perwatakan masih di takuk lama. Golongan ini adalah golongan pengamal petua kekal muda!


    Apa petua untuk kekal muda? Aku ada satu jawapan je. Sebab, aku dah amalkan petua ni lebih kurang 6 tahun, dan ternyata memang berhasil.


    "Lakukan perkara yang sama seperti apa yang kamu lakukan di permulaan"


    Raya kan setahun sekali, jadi manfaatkan sepenuhnya untuk terus kekal muda. Bagi aku, sambutan raya setiap tahun lebih kurang sama je, tu pasal aku tetap rasa umur aku masih 18 tahun lagi. Di sini, aku ceritakan serba sedikit aktiviti raya aku.


    raya

    Raya pertama dan kedua biasanya di isi dengan sanak saudara lah, kunjung mengunjung rumah saudara, menziarahi pusara. Hari berikutnya, mula lah beraya di rumah teman - teman sekolah rendah, menengah.. Dan yang pasti, kami akan memilih satu hari di mana pengisian penuh - beraya, main futsal dan berkaraoke.


    Dah 6 tahun dah, sejak kami mulakan selepas SPM dulu, aktiviti tu tak pernah berubah, dan itu sebabnya aku rasa setiap tahun adalah sama, dan umur juga sentiasa sama. Steady 18 je hehe.. Tak salah rasanya untuk sentiasa berjiwa muda, tapi jangan sampai mempengaruhi minda kita juga turut muda.


    Sentiasa berfikiran matang, bijak membuat penilaian dan tegas dalam membuat keputusan boleh membantu kita hidup lebih sempurna. Biar usia sudah bertambah, tapi kekalkan kemudaan kita, tak pasti ada ke tak frasa tu dalam Bahasa Malaysia, kalau takde, maaflah ya Cikgu Bahasa Malaysia..Sekian,


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Honda Civic VS Waja Lancer?

    / September 13, 2010 /
    Selamat Datang ke padinno.com


    Memasuki hari ke 4 Syawal, segelintir kita dah pun selamat sampai ke destinasi masing - masing, mungkin yang menjalankan tugas seperti biasa. Kemungkinan besar juga, pelajar - pelajar yang masih bercuti dan kesempatan ini di gunakan untuk berkunjung ke rumah rakan taulan.


    Aku juga masih bercuti, dan di kesempatan raya ni, peluang untuk aku menjenguk rakan - rakan, sambil mengorek cerita terbaru diorang, rata - rata membincangkan isu kerjaya dan kadang - kadang terlepas juga isu tunang dan kahwin hehe


    Tapi tulah, dari dulu sampai sekarang kalau time raya, memang masalah kat aku ni, masalah pengangkutan hee, so di sebabkan halangan tu, aku jarang beraya ke rumah orang lain, bila ada kawan - kawan buat open house, kalau ada yang datang menjemput bolehla aku join sekali hehe


    So, dalam perjalanan tadi, aku pun dok terpikir sorang - sorang, tak boleh jadi ni hehe, kena beli jugak satu kereta ni.. wahh haha macam banyak sangat je duit nak beli kereta. Tapi kata orang, kalau tak nekad, sampai bila - bila pun tak menjadi kerja ye ke?


    Memasuki setahun usia aku bekerja, aku rasa dah molek sangat aku memiliki kereta sendiri, hee senang nak balik kampung pun tak perlu berebut - rebut membeli tiket bas, hee.. Tapi tu la, masih berkira - kira nak beli kereta apa hee memilih la pulak,


    Dalam rancangan kepala aku ni, ada 2 atau 3 model yang aku berkenan sangat, hee berkenan nak memiliki. Pertamanya, Honda Civic FD, kedua Mitsubishi Lancer X dan yang ketiga Waja iras Lancer? ekekee aritu aku tengok kat Buletin Utama TV3, cantik jugak Waja Lancer tu hee


    type r padin
    Honda Civic Type R

    Dari segi harga aku rasa lebih kurang je kot, dan semestinya Waja Lancer yang termurah, tapi kalau ikutkan rata - rata aku dengar kereta import ni lebih baik dan... lebih berprestij dan gah kot ekekee berangan je aku nih.. Civic FD bagi make up sikit je dah boleh jadik sebijik macam Type R ekekee..



    lancer padin
    Mitsubishi Lancer Evolution X

    Mengelamun punya pasal, sekali tertidur da hehe.. Sedar - sedar sampai rumah dah.. Hmm, lagi best kalau tiap hari ada orang bawakkan, kira - kira ada pemandu sendiri cewahhh, tapi apakan daya, aku hanya seorang PLV hee..


    Tu lah, dengar - dengar Waja Lancer akan keluar hujung tahun, entah ye entah tak, tunggu je lah dulu, tengok macamana, dan dengar apa kata pengguna dulu hehe, tapi aku lagi minat Civic, huu apa kata kawan - kawan? Mungkin ada yang nak kongsi pengalaman dan tips dalam memilih kereta ni.


    Sekian Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Tragedi 11 September

    / September 10, 2010 /
    Selamat Datang ke padinno.com


    Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, dalam keseronokan kita bergurau senda dengan rakan taulan, sanak saudara, jangan kita lupa pada mereka yang sengsara, jangan kita lupa pada yang telah tiada. Sekurang - kurangnya, sedekahkan Al - Fatihah, mudah - mudahan mereka juga turut merasai kegembiraan seperti kita.


    Raya kali ini, merupakan tahun kedua tanpa kehadiran kakak sulung aku, Dahlia yang telah pergi buat selamanya, perasaan hiba masih di rasai seluruh anggota keluarga, tapi yang pergi tetap pergi, hanya doa yang mampu mengiringinya


    Berbalik kepada tajuk blog entri kali ini, aku cuba membawa pembaca kepada 3 perkara yang tidak patut anda lupa tentang 11 September, setiap tahun. Aku rasa ramai yang dah dapat agak, tapi jom la baca, samada betul ke tidak tekaan korang tu ekekee


    11 september padin

    11 September 2001


    Dunia di kejutkan dengan tragedi pesawat merempuh 2 bangunan kemasyhuran Amerika Syarikat, atau lebih di kenali Pusat Perdagangan Dunia, eh macam tak sedap je, World Trade Centre (WTC) ekekee..


    Bermacam versi kita dengar dan baca tentang konspirasi perlanggaran ni, tapi yang pasti Afghanistan yang terpaksa menadah peluru berpandu dari pesawat - pesawat tentera Amerika Syarikat pada tahun 2002.


    11 September 1998


    Ini juga merupakan acara terbesar, yang perlu kita ingat. Penganjuran Sukan Komanwel di negara kita, Malaysia jatuh pada 11 September sehingga 21 September 1998. Tambah membanggakan, Pasukan Malaysia berjaya meraih 10 pingat emas dan menduduki tangga ke 4 secara keseluruhan.


    Aku berpeluang menyaksikan perlawanan hoki antara Trinidad & Tobago menentang New Zealand, di mana New Zealand menang 3 - 0, dan menyaksikan Pasukan Badminton Malaysia membenam cabaran India, 4 -1 di suku akhir. Terima Kasih Petronas, yang menjadi sponsor utama ekekee


    11 September 1986


    Haha, ini pun satu lagi tragedi yang korang kena ingat sampai bila - bila ekekee.. seorang budak lelaki comel telah selamat di lahirkan di atas lantai jarang, di sinari rembulan.. Eh pukul lapan pagi mana ada bulan, di simbahi embun pagi ekekee


    Walaupun sering di hinggapi berbagai penyakit, di rundung pelbagai masalah namun budak lelaki itu tabah meneruskan hidup, dan kini setelah 24 tahun, budak lelaki itu segak berdiri, memikul Amanah Rakyat, menunaikan tanggungjawab demi anak bangsa dan negara


    Budak lelaki tu........ aku la weh ekekee


    Hee, itulah 3 perkara yang berlaku pada 11 September yang korang perlu ingat, kerana ada sejarahnya yang tersendiri ekekee.. Kejap ye, nak cari tisu ke, apa ke, haha abes lunyai kepala aku kena sekeh japgi ni kang, hahahaa


    Sekian, Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Istimewa Buat Hana Zaty

    / September 9, 2010 /
    Selamat Datang ke padinno.com


    Pertama sekali, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin kepada semua rakan - rakan, baik yang pernah berjumpa atau di alam maya sahaja, mudah - mudahan Syawal kali ini di limpahi kebahagiaan


    Blog entri kali ini aku ingin dedikasikan istimewa buat Hana Zaty, sempena ulang tahun kelahiran Hana yang ke 21 (10 September) bersamaan 1 Syawal 1431 hehe.. Semoga, Hana berbahagia di hari yang bermakna ni, dan... berbahagialah ekekee


    Kepada sesiapa yang dah kenal, atau kenal - kenal gitu je, atau tak pernah kenal langsung, bolehlah jenguk Hana di blognya, Hana Zaty. Hehe mengikut pandangan aku, Hana ni seorang yang riang, dan mudah mesra dengan orang lain.


    padin suka hana
    Selain tu jugak, Hana ni seorang model tudung Syria, ekekee aku tipu je tu, sebenarnya Hana ni belajar kat Indonesia, Medical agaknya miahahaa tapi first time aku kenal minah ni, blog entri dia pasal tudung Syria haha.. tak percaya? jom tengok blog entri Hana.Ha, tu pasal mula - mula dulu aku ingat dia ni model tudung Syria ekekee


    Aku suka budak ni weh, ekekee so para bloggers yang di luar sana kalau ada yang nak tolong aku bagi tips memikat hati wanita, nak - nak pulak model tudung Syria nih, tolong le bagi permalink kat ruangan komen kat bawah tu hehe.. Nak wish birthday Hana kat sini pun boleh, nak ucap kat blog dia terus pun ok hehe..


    Ok lah, aku rasa setakat ni sahaja. Mudah - mudahan, Hana gembira dan sentiasa tersenyum di samping yang tersayang, senyum sampai nampak gigi pun takpe hehee.. Seminggu dari sekarang agaknya, baru Hana baca blog entri ni, tapi takpelah.. hehe harap - harap dia sedar kewujudan blog entri ni, special untuk Hana Zaty, ekekee


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    padinno : August Performance

    / September 8, 2010 /
    Selamat Datang ke padinno.com


    Alhamdulillah aku selamat sampai ke kampung, hehe walaupun tak sempat nak bersahur sebab bas tak berhenti dan sampai lewat dari masa yang di jangkakan akibat hujan lebat, ternyata pemandu bas mengambil langkah bijak dan berhati - hati. hee..


    Setibanya di rumah, aku terus menggodek laptop kesayangan nih, dengan harapan perkhidmatan internet dari Celcom boleh di gunapakai di kampung ekekee.. Alhamdulillah, walaupun kelajuan tidak memuaskan, tapi tetap bersyukur sebab masih boleh bernyawa he he he.. Dan aku terpandang salah satu pesanan dalam kotak email aku


    "Din, post la performance padinno.com bulan Ogos, lagi baik ko post tiap awal bulan.."


    Err.. Nampaknya ada permintaan la pulak, aku post entry padinno : performance ni dulu sebab aku nak tunjuk pencapaian setahun berblogging je, tapi di sebabkan pesanan ni datang dari kawan rapat aku sendiri, makanya aku cuba buat terbaik. Err pasal nak post bulan - bulan tu, tak pasti la ya..


    Bercerita pasal performance ni, aku pun tak reti sangat apa yang nak di perkatakan, cuma yang macam biasa aku tengok blogger lain buat, ni la yang aku pertontonkan. hehe sila layan..


    Unique Visitor


    uv ogos padin

    Referrals


    top referal padin

    Top Referral : AfiqBukhari

    Keywords


    keywords padin

    Perjalanan Ini dan cerita tentang Supermokh menjadi keywords utama untuk padinno.com sepanjang Ogos

    Earning



    buffer padin
    Masih berbaki 3 buffered earning, dan semestinya DiGi amat setia bersama blog kuning ni, mudah - mudahan DiGi boleh sponsor ekekee



    Alexa Traffic Rank



    alexa padin
    Entah bila la nak dapat bawah 100,000 ni hehe (angan - angan).. Kalau rujuk performance bulan Julai, kedudukan lebih baik, di antara 500, 000 tapi di sebabkan tukar domain, kesemua data yang ada telah di resetkan, cuma kalau tengok di sini, traffic rank di Malaysia adalah lebih baik berbanding bulan Julai, haha aku pun tak paham macamana analisis Alexa ni..


    Follower



    follower padin
    Alhamdulillah, da mencapai 444 orang pengikut, dan aku berharap akan terus bertambah, dan mengingatkan aku supaya berusaha lebih keras agar semua pengikut padinno.com berasa selesa dengan persembahan dan penulisan dalam blog ni.


    Pengopi Tegar



    Create your own banner at mybannermaker.com!


    Alhamdulillah, setakat ini, dah 27 blogger yang sudi mengambil banner Pengopi, hehe dan link mereka aku abadikan dalam list "Pengopi Tegar", dan aku harapkan lebih ramai lagi yang akan sudi mengambil banner tu, dan juga semakin ramai yang berkunjung ke padinno Kopitiam, walaupun baru berusia sebulan perniagaan.. hehe


    Aku rasa setakat itu je lah perkara yang dapat aku ketengahkan dalam padinno : performance edisi Ogos ni.. Kalau ada siapa - siapa yang nak tahu lagi, ketengahkan pendapat, persoalan, kritikan dan apa - apa sahaja di ruangan komen,


    Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Kad Raya Padinno

    / September 6, 2010 /
    Selamat Datang ke padinno.com


    Kemana sahaja anda berada sekarang, tidak dapat lari dengan mood raya sekarang, betul ke tak? Di pasaraya, di bazaar Ramadhan, di corong - corong radio, televisyen dan mungkin di kedai mamak sekalipun acapkali memperkatakan tentang raya.


    Perbualan tentang persiapan raya, kemalangan jalan raya, pulang beraya, semua tentang raya, cuma tentang hantu raya, aku tak berapa pasti la pulak. Sekarang ni mungkin ada yang sudah mula bercuti, ada yang sudah selamat berada di kampung di samping orang yang tersayang, dan mungkin ada yang sedang merangka perjalanan.



    Credit to Etomyam

    Tapi, dalam banyak - banyak raya tu, kurang kedengaran pulak pasal kad raya kan? Jualan pun tidaklah serancak dulu, tapi tak di nafikan kad raya merupakan salah satu medium tanda ikatan silaturahim yang masih popular (walaupun tidak seperti suatu masa dulu). Kata orang, walau pun jauh di mata, biarlah kad raya sebagai pengubat rindu ekekee..


    Jadi tak hairanlah sampai sekarang kad raya masih hidup, masih di jual, masih relevan dan mungkin sampai bila - bila kot. Setakat ni pun aku dah menerima 7 keping kad raya, termasuk 2 daripada rakan blogger, Panadol dan Cik Jari (Terima Kasih).. Dan kalau kita perasan semalam di akhbar Metro, rakan blogger kita ni, menerima sambutan baik terhadap tempahan kad raya. Selain kad raya, turut menghasilkan beberapa lagi jenis kad mengikut sambutan, seperti kad ulang tahun dan hari ibu.


    Hehe, tapi tulah, setiap yang lama tu mesti di ganti yang baru, dan yang lebih baik kan, kad raya juga tidak terkecuali. Sekarang, pengiriman secara elektronik lebih popular, termasuk di laman facebook, email dan macam - macam lagi la hehe.. Aku pun tak ketinggalan untuk menyediakan kad raya khas untuk pengunjung padinno.com ekekee

    kad raya padin

    So, kad raya ni aku tujukan khas pada pengunjung, terutamanya Pengopi Tegar hehe.. Nak print macam dah tak sempat je ekekee.. Kalau nak, amik je lah, kalau takmau pun takpe, semoga raya kali ni membawa sejuta kebahagiaan


    Sekian, Terima Kasih ~ Datang Lagi

    Archives

    Facebook Pages

     
    Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
    Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap