padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Kemerosotan Akhlak Remaja

Kemerosotan Akhlak Remaja

/ March 8, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dimana Silapnya?

Dewasa ini, sering saja kita perhatikan, baik di dada akhbar, laman sesawang dan juga media penyiaran, masalah kemerosotan akhlak remaja dalam keadaan membimbangkan. Pelbagai salah laku di laporkan dan kadangkala menjadi suatu fenomena pula di kalangan remaja.


Umum mengetahui, remaja merupakan pewaris kepimpinan yang ada sekarang, dan jika masalah ini berterusan kita boleh meramalkan apa yang akan berlaku kelak. Kita tidak mahu perkara ini berlarutan dan seperti perumpamaan bila kudis mula merebak, ia akan berlaku pantas dan kesannya amat menakutkan.


Dari pandangan kacamata aku sendiri, remaja masakini hanya mementingkan hiburan. Yeah, bukan semua tapi peningkatan jumlah remaja yang bermasalah dari hari ke hari adalah dalam keadaan membimbangkan. Justeru, perkara ini perlu di beri perhatian serius dan perlu bermula dari akar umbi.


Di kawasan rumah sewa aku ini, aku lihat segelintir remaja asyik bermain permainan video di cybercafe, yang mana masih beruniform sekolah, dan menghabiskan masa berjam - jam lamanya, dan kadangkala aku melihat mereka merokok di tempat awam tanpa menyedari uniform yang di pakainya.


Aku pasti, ini suatu perkara yang berat untuk kita bincangkan, tapi aku hanya mengeluarkan pandangan dan pendapat aku. Keadaan remaja yang meliar masakini di cetuskan dengan garapan minda kemodenan. Juga, ejekan dan cabaran rakan sebaya, meningkatkan semangat untuk menerima cabaran, dan jika tersilap langkah, pasti akan membawa padah.


Banyak kita lihat, jenayah lumba haram, judi, bergaduh, ragut dan lain - lain kebanyakannya di kalangan remaja. Jadi, apa pandangan anda tentang masa depan negara sekiranya jumlah remaja bermasalah ini meningkat?


aktiviti berfaedah

Oleh itu, jika kita sayangkan remaja kita, kita bantulah mereka. Kaji di mana silapnya. Aku melihat, perkara ini bukan sahaja di pertanggungjawabkan kepada institusi keluarga sahaja, malah semua pihak juga. Pihak sekolah, rakan sebaya, dan mungkin teman - teman istimewa mampu mengubah golongan sebegini untuk berubah.


Mereka perlukan sokongan. Rancakkan aktiviti yang sihat untuk mereka, sesuai dengan konsep remaja. Biasanya masalah disiplin pelajar di sekolah atau IPT berpunca dari tekanan. Jadi untuk melegakan tekanan, jika tidak di bimbing mereka akan bertindak di luar jangkaan. Harap - harap pelajar aku tiada masalah tekanan. :D


Aku sedar, tulisan aku ini tak akan sampai ke mana - mana, tapi cukup untuk menjadikan motivasi aku sendiri, sebagai remaja juga (wakakakaa) supaya lebih berdisiplin, dan kurang melakukan aktiviti yang tidak sihat.


Siapa kata berblog tiada faedah? haha sekurang - kurangnya, mereka kurang untuk aktiviti luar sebab masa banyak di habiskan untuk blogwalking, membaca info, bersembang dan mencari idea untuk menulis blog. Perkembangan yang baik kan? Sekurang - kurangnya, tidaklah terlalu banyak masa di buangkan di pusat hiburan, Mamak dan sebagainya.


Apa kata anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap