padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Menjelang Hari Raya

Menjelang Hari Raya

/ September 3, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Berbaki kurang 7 hari lagi, seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut kedatangan 1 Syawal, menyambut hari kemenangan, menyambut hari kebesaran dan menyambut raya la ekekee.. Pastinya kedatangan Syawal sentiasa di penuhi dengan warna - warni, kebahagaian, keseronokan dan ada juga yang meratapi kesedihan.


Kepelbagaian rasa dalam menyambut Aidilfitri membuatkan ia unik. Kesedihan dalam riang, duka dalam tawa, ataupun kebahagiaan terulung membuatkan Syawal adalah bulan kemenangan. Ada yang berduka sebab takde tiket nak pulang ke kampung halaman, ada yang berduka tidak menjengah orang tua dek kerana tugas, dan macam - macam lagi lah, tapi di ingatkan, walau di mana jua anda, apa jua perkara yang berlaku, anda seharusnya berasa bahagia di 1 Syawal


Tak bermaksud orang yang bernama Syawal je yang boleh merasa bahagia, malah orang yang bernama Fakir juga berhak merasa kenikmatan beraya.. ekekee.. Ni lah jadinya bila berucap tanpa skrip ni haha kira macam berucap la kan, tapi dalam bentuk penulisan


Apa pun, bagi kanak - kanak, pastinya hari yang di tunggu untuk merasa kemeriahan kunjung mengunjung, mengumpul duit raya, ekekee pada yang remaja, ini merupakan peluang yang terbaik untuk memperkenalkan diri pada keluarga pasangan hehe.. Yang dah bekeluarga? haha pandai - pandai la atur perjalanan, jangan sampai sorang balik ke hulu, sorang ke hilir


Tak di lupa juga, masa inilah biasanya ahli keluarga akan berkumpul ramai - ramai, atau mungkin bekerjasama membakar lemang, mengacau dodol, dan macam - macam lagi la untuk memeriahkan suasana. Dan bila berkumpul tu, ni lah juga masa nak berkenalan dengan sepupu sepapat yang ada, makcik - makcik, pakcik - pakcik hehe


Persiapan raya juga bukan calang - calang kan, mana yang ada rezeki lebih, boleh lah menukar langsir baru, karpet baru semata - mata menzahirkan kesyukuran di hari raya. Aktiviti seperti mengecat rumah, membersihkan halaman memang biasa kita lihat. Kalau tema tahun ni ungu, maka semua perkara termasuk kucing pun jadi warna ungu ekekee


pelita padin

Credit to Google

Mana yang rajin tu, 7 malam terakhir ni mesti di gunakan sepenuhnya untuk membuat kuih dan biskut raya. Berbakul - bakul, beraneka kuih raya. semata - mata untuk memeriahkan Aidilfitri. Hehe tapi zaman sekarang ni, tak ramai yang berminat macam tu lagi, lebih mudah mengeluarkan duit dan terus beli je kat kedai - kedai berhampiran.


Dah masuk perenggan yang ke lapan nih, hehe tu lah sedikit sebanyak perkara yang dapat aku rungkai bila menjelang hari raya. Tu belum masuk bab baju raya lagi, kalau lelaki mungkin senang, beli sepasang baju melayu, dah cukup atau pakai je yang lepas, tapi kalau perempuan.. errr entahnya miahahaa


Tapi yang penting sekali, raya tetap raya, tapi jangan lupa pada yang tak berapa nak raya.. Ha, apa yang kita boleh bantu diorang ni? ya, menjelang raya ni juga, tunaikan la kewajipan kita, bayarlah zakat fitrah, mudah - mudahan dapat kita membantu mereka turut gembira macam kita yang ada rezeki lebih ni..


Akhir sekali, sambutlah Syawal dengan penuh kemeriahan, penuh kegembiraan, penuh kesyukuran, penuh kebahagiaan, penuh keseronokan, tapi ingat. Jangan berlebih - lebih, terutama dari segi perbelanjaan, sebab lepas raya kita masih perlu melangsungkn hidup.. mohon la ampun maaf pada sesiapa sahaja, agar hidup kita akan lebih di berkati, tanpa ada sesiapa yang berasa dengki,iri hati dan pelbagai lagi sikap negatif.


Hulurkan tangan, lemparkan senyuman, selamat menyambut hari lebaran.. hehe lambat lagi derr nak raya, tapi ni je la masa yang aku ada untuk melampiaskan idea tengah pagi - pagi buta ni.. Sekian


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap