padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Blog Peribadi Lebih Baik?

Blog Peribadi Lebih Baik?

/ October 29, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Meniti hari - hari yang pasti punya skrip berbeza, menjadikan kehidupan lebih menarik dan mencabar. Samada perkara yang telah di rancang, terjadi spontan atau tanpa di duga, semuanya itu di sebut rencah kehidupan.


Perkara ini, ingin aku kaitkan dalam aktiviti berblogging. Umum mengetahui, pelbagai genre dan niche kita temui. Bagi aku, blog peribadi merupakan antara yang terpopular, selain blog berita, blog tutorial, dan bermacam - macam jenis blog lagi lah.


Bagi blog peribadi, kebebasan sepenuhnya dalam mengarang atau mengekspresikan keadaan semasa membuatkan ia sentiasa menjadi perhatian dan popular. Ia seumpama wartawan yang menulis untuk sebuah syarikat besar, di mana syarikat itu adalah dirinya sendiri.


Tidak ada seorang pun mempunyai jalan cerita hidup, kenangan, kerja, atau kisah percintaan yang sama dengan individu lain. Kalau ada pun, hanya kebetulan. Jadi, ketaksamaan inilah yang menjadikan cerita atau coretan pengarang menjadi unik dan kadangkala penulisannya mendapat sambutan yang luar biasa.
rumput hijau
Keh keh keh gambar takde kena mengena


Ada yang suka berkongsi dengan pembaca tentang kisah cintanya, ada yang suka berkongsi gambar peribadi, ada yang bercerita mengenai kisah lampau, ada yang bercerita mengenai perihal anak - anak... dan bermacam - macam lagi lah.


Jujur, aku lebih suka membaca blog peribadi. Penulisan dan pendapatnya ikhlas. Ketika marah, sedih, gembira, terkejut atau gementar, di ekspresikan dengan penuh keikhlasan. Kepelbagaian inilah pencetus keharmonian.


Bukan apa, baik yang bekerjaya, mahupun yang masih belajar, sekurang - kurangnya perlu ada masa untuk merehatkan minda, keluar dari dunia mereka, cuba menghayati kisah - kisah orang lain, kerana nasib manusia berbeza. Mungkin ada yang merintih, memerlukan bantuan, sokongan, dan tak mustahil juga ada golongan yang hanyut, mendabik dada.


Tidak adil kalau aku hanya mengulas tentang blog peribadi, tapi bagaimana pula dengan blog berita terkini lagi sensasi? Ah, baca pun aku malas, nak ulas, lagi lah malas. Bukan apa, berita yang di karang sama sahaja dengan berita yang aku dengar di TV dan baca di suratkhabar ketika bersarapan.


Tak di nafikan, blog begini mempunyai ranking yang baik, popular, mesra dengan enjin carian, tapi bagi aku, di mana nilainya populariti tu kalau hasil penulisan merupakan hasil tangan orang lain? Apa pun, ini hanya pendapat peribadi. Aku tidak menuding pihak tertentu, sebaliknya bercerita tentang umum.


Penulisan yang baik, akan di gemari ramai. Maka, tulis lah sehabis baik. Berwaspada juga dalam menulis, kerana jika kita tidak ada had dalam menulis, mungkin boleh mengaibkan orang lain, menimbulkan pergaduhan, perselisihan faham, di mana perkara itu seharusnya kita elak demi keharmonian dunia blogging ni. Sekian.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap