padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » The Untold Truth About Supermokh

The Untold Truth About Supermokh

/ August 30, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Siapa yang tidak kenal Supermokh atau Datuk Mokhtar Dahari? Biarpun sudah 21 tahun Allahyarham meninggalkan kita, keunggulan Mokhtar dalam dalam sukan bola sepak negara tetap segar dalam ingatan semua - Metro 30 Ogos 2010


Sempena semarak sambutan kemerdekaan ni, masih ada pihak yang sanggup berkerjasama untuk mengenang salah seorang wira dalam negara kita ni. National Geographic Channel, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Astro bergabung menghasilkan sebuah dokumentari tentang Lagenda Supermokh.


Aku dah pun menonton dokumentari tu, dan nyata segala paparan amat mengasyikkan, seolah - olah semangat beliau masih berada dengan kita. Segala komitmen yang di berikan dalam sukan ni amat tinggi nilainya. Sejarah yang terukir akan sentiasa terpahat selagi masih ada yang mendukungnya.


Benar, "sejarah itu adalah biografi orang terhebat". Kita lihat sejarah bola sepak negara kita tidak lari dengan pencapaian dan biografi Supermokh. Bermula dengan pemain biasa, di pilih menyertai Selangor seterusnya mewakili negara untuk berdepan dengan lawan yang lebih gah, termasuk menjaringkan 2 gol kemenangan ketika menentang Arsenal, dan menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England B dengan larian solo sebelum merembat kencang ke gawang lawan.


Hehe aku bukan nak berleter panjang kat sini, cuma teringat kata - kata Supermokh pada isterinya, "Hidup mati saya dengan pasukan Selangor".. Begitu tegas, begitu angkuh tapi sebenarnya itulah komitmen yang di berikan beliau pada pasukan yang di wakilinya. Dan ada satu slot di mana sultan Selangor sempat bertanya pada beliau "adakah kita akan menang malam ini?" lantas Supermokh menjawab "Saya akan berikan kemenangan pada Tuanku"


Banyak lagi la perkara yang menarik perhatian termasuk penyakit sebenar Supermokh, dan kenapa isterinya merahsiakan perkara tu kepada umum, turut di dedahkan dalam dokumentari tu.. haha kalau nak listkan kat sini, panjang sangat pulak, ok kepada sesiapa yang terlepas, boleh tengok ulangan pada 4 dan 15 September, 9 malam di 553.


Haha bila aku membebel dah lari dari tajuk pun ada ni tapi tak kisah la, yang penting, aku nak highlight kan di sini komitmen kita dalam berbuat satu perkara. Tak kisah la apa pun, tapi yang penting, biarlah kata orang kita buat sepenuh hati, dan anggaplah ia peluang terakhir untuk kita. Mudah - mudahan hasilnya nanti amat memuaskan.





penyokong selangor
Hehe saja nak enter frame gambar ni, sebagai penyokong pasukan bola sepak selangor, alang - alang biar sepenuh hati kan, ekekee.. tu bendera belum berkibar tu, hehe Viva Forever la Selangor.. apa kata penyokong ??? Majuuu Selangoooorrrr... ekekee


Sekian, terima kasih ~ Datang Lagi

10 comments:

{ Encik aMin } on: 00:06 said...

ala, rumah aku xde astro laa... apa penyakit supermokh sebenarnye? bagitau laaa... plz plz plz... :)

{ cik panadol } on: 00:50 said...

sy bukan penyokong selangor tp ade sorang penyokong selangor tu sll ajak aku g shah alam tgk game selangor...penyokong ni cakap, kalo takde aku g tgk, selangor payah nk menang haha....

{ Chaon Cornerz } on: 03:25 said...

padin.. jangan lupa jadi penyokong selangor.. hehhhe..

{ Afiq } on: 05:34 said...

ok cun..selamat ko gtaw bile siaran ulangan..nk tgk kat youtube aq rase mcm xde harapan je haha
psst~! sempat lagi enterprame gambo kat bawah tu ekeke

{ Mankete } on: 10:45 said...

Mcm tu skali kata2 super mokh , salute la

selangor negeri tumpah darah ku din..eheheh..

Hidup Selangor!!!

{ Tomato Gurl's Life } on: 16:03 said...

semangat betul padin..cik tom xsuka bola..1 lagi umah xde astro ;)

padin on: 16:48 said...

Encik Amin : Erkk adehh camne nak bgtau ni hehe, tak suprise la..

Cik Panadol : wah ye ke macam tu, haha nanti cik Panadol kena selalu datang tengok match Selangor tau

padin on: 16:49 said...

Cha'on : hehe da memang aku penyokong Selangor pun,

Afiq : ekekee walaupun hanya penyokong, tapi tetap kena tunjukkan komitmen ekekee

padin on: 16:50 said...

mankete : huhu tu la, semangat dia memang kental, sampai masa dia sakit pun dia masih nak main lagi ekekee

Cik tom : haha lain orang lain citarasa kan, kalau minat yang sama je susah lak nnt ekekee

{ ejum } on: 06:20 said...

kalau ada film mengisahkan cerita beliau pasti lagi mantap...bila lar Malaysia nak ada player seperti beliau...

Jom usha entry terbaru kat sini E J U M

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap