padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Perjuangan Ramadhan

Perjuangan Ramadhan

/ August 11, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Umum mengetahui Bulan Ramadhan merupakan bulan yang menguji kita, dari segala aspek, termasuklah rohani dan jasmani. Banyak manfaat yang boleh di peroleh menerusi penghayatan Ramadhan, antaranya penyucian jiwa, pemantapan rohani selain menjadikan hidup lebih berkualiti.


Pengertian puasa sebenarnya bukanlah semata - mata menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan.. hehe da macam karangan SPM derr.. Ok, apa yang aku cuba tekankan di sini, puasa juga boleh melatih untuk perokok di luar sana menghentikan tabiat merokok, yang mana rokok memang menjanjikan pelbagai kesan sampingan pada tubuh badan dan kehidupan.


Bak kata pepatah, 1000 langkah kejayaan di mulakan dengan langkahan pertama.. Kalau merokok ni pun, sama la, kalau takde usaha atau langkah awal nak berhenti, memang la susah..So, bagi sesiapa yang berhajat nak berhenti, Ramadhan ni lah perjuangan terbaik.



puasa rokok


Memang, kalau kita tengok kat media penyiaran macam televisyen, radio atau akhbar, banyak produk yang di hasilkan untuk menghilang ketagihan merokok, tapi adakah berjaya 100%? Sebenarnya, aku rasa ubat tu hanyalah pemangkin je, bukan penyebab utama kejayaan.


Yang menjadi nadi kejayaan tu, sebenarnya niat dan keinginan. Kalau keinginan tu tinggi nak berhenti, lama - lama akan berjaya jugak. Memang, bukan mudah untuk berjaya dalam tempoh singkat, tapi sekurang - kurangnya ada perubahan dari masa ke semasa..


Jadi, bagi aku, pada siapa yang nak cuba berhenti tu, tanamkan tekad, sempena Ramadhan ni, manalah tau berkat bulan mulia ni kan, terus hilang keinginan untuk merokok lagi. Banyakkan doa, perhebatkan keazaman, mudah - mudahan berjaya hendaknya.


Bukan apa, merokok ni memang membahayakan. Tak percaya, rujuk artikel ni, hehe .. Beralih la kepada kehidupan yang lebih sihat, mudah - mudahan kita menjadi salah seorang manusia yang bertanggungjawab pada diri sendiri, masyarakat dan alam sekitarnya.


Note : Salam Ramadhan dari padinno


Terima Kasih ~ Datang Lagi

12 comments:

{ Afiq } on: 17:37 said...

selamat aku x merokok..kan da susah nak berenti hehe

{ belalang hijau } on: 17:44 said...

same la belalang pun tak merokok...tgk kengkawan yg kaki rokok,punya la ssh nak tggl rokok.

pesanan padin mmg bagus dan perokok2 semua patut ade azam utk berhenti merokok...

{ padin } on: 17:51 said...

Afiq : hehe baguslah, jangan kau coba merokok ekekee..

Belalang : Betul tu kena ada keazaman, blatkan tekad, hehe

{ mankete } on: 23:47 said...

dulu masa sekolah ada gak cuba2 merokok, tapi tak leh blah la..hisap ja batuk , hisap ja batuk..

ALhamdulillah Allah pelihara dr merokok... susah gak nak berenti ni, kalau tak kuat azam dan tekad mmg susah laa.

{ Ampuan Awang } on: 05:11 said...

salam,

bertandang ke laman ini ;)

{ padin } on: 14:24 said...

Hehe betul tu Man.. aku pernah kenal seorang ni memang banyak kali dah cuba berhenti tapi masih gagal..

{ Khairul Azmi } on: 18:26 said...

salaam perkenalan...
nak mintqk ilmu sikit..macam ne caaraa nak buat kotak2 kat sidebar???
boleh email
azmikhairul1991@gmail.com

{ padin } on: 18:51 said...

InsyaAllah, khairul azmi

{ RedBoy } on: 18:58 said...

aku x pernah merokok.. nasib baiklah.. kesian juga tgk member2 yg merokok, tua2 nanti sakit macam2 yg mai.. ko merokok x din?

psst: dh bertukar ke domain sendiri ea? bagus2.. brg dh hantar?

{ AesyaZealous } on: 21:35 said...

selamat berpuasa padinno ! :)

{ محمد زهراوي } on: 16:33 said...

aku pinjam kata² Hj Fawi ,'last time pokcik suka sgt hisap rokok.tak makan pun tak pe, janji bole hisap rokok sudah cukup baik.nak berhenti jauh sekali. dunhill jadi favorite sejak dari ting 2. cuma pokcik tak suka hisap rokok dalam jamban sebab tempat tu kan kotor/najis. masa first time jumpa bakal pak mentua pun, selamba jer nyala rokok. best man win (BMW).tapi itu dulu. skrg dah quit smoking, pokcik syukur pd ALLAH kerana makbulkan doa dan beri kekuatan utk berhenti merokok. Dah 4 tahun lebih. kalau tanya cam mana boleh berhenti,payah nk bg tip. sebab ianya terjadi dgn kekuatan doa. sbb asalnya pokcik ni consider heavy smoker gak.. dunhill 20 sekotak sehari.kadang2 lebih. Hanya org yg hisap rokok jer tahu cam mana nikmat hisap rokok tu...bg org yg suruh berhenti merokok tapi tak pernah merokok.dia adalah org yg tak ada pengalaman so payah sembang dgn org cam ni. berat pokcik naik dari 49 ke 59 kg gradually selepas quit smoking"
hJ.fAWI-http://hjfawi.blogspot.com/

{ padin } on: 18:52 said...

wah ye ke 10 kilo naik tu hehe

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap