padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Penghayatan Ramadhan

Penghayatan Ramadhan

/ August 20, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Menyelusuri hari - hari yang mendatang, pejam pelik dah masuk hari ke-10 kita, umat Islam menunaikan ibadah puasa. Ibadah yang di tuntut dan menjadi salah satu rukun dalam Rukun Islam.


Pastinya kita berlumba - lumba untuk mendapatkan segala nikmat Ramadhan, yang kita tidak tahu adakah kita masih berkesempatan menemuinya sekali lagi akan datang. Manfaatkanlah selagi nyawa di kandung badan.


Aku bukanlah nak bercerita panjang mengenai fadhilat Ramadhan ni, ataupun kelebihan berpuasa menerusi perspektif sains, cuma aku nak menyentuh tentang isu menu berbuka, atau lebih mudah di katakan juadah berbuka puasa.


Biasa kita lihat, orang - orang kita ni mewah dalam berbuka puasa. Mewah dalam erti kata lain pelbagai jenis makanan, aneka lauk pauk, aneka pencuci mulut. Di ibaratkan seperti membalas dendam terhadap waktu siang, sejak bermula je azan Maghrib, perut terus di asak bertubi - tubi dengan segala jenis makanan yang terhidang.

menu berbuka puasa

Itulah yang di katakan mewah dalam berpuasa.. Sebenarnya, kalau kita hayati semula konsep berpuasa ni, bukan hanya menahan lapar dahaga di waktu siang, tapi sebenarnya penghayatan yang lebih mendalam lagi. Kita di ajak untuk menghayati bagaimana keadaan rakan - rakan lain yang kurang bernasib baik dari kita, yang entah makan atau tidak........ ahh sori xdapat nak sambung ayat ni huhu...


Jadi berbalik kepada tajuk, penghayatan Ramadhan ni besar ertinya dalam kehidupan, memberikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang di berikan, memberikan kita lebih berfikir dari menggunakan nafsu semata - mata.


Aku takde apa nak kongsikan sangat pun, cuma semasa berkursus ni, aku berbuka ala kadar je, macamana la Jabatan yang berpengaruh pun menyediakan makanan yang agak kurang memuaskan, makanan tidak cukup untuk semua peserta, paling menyentuh hati, ada yang hanya makan nasi berkuahkan air sarsi sejuk? huhu..


Tapi aku masih bersyukur masih dapat menyuap nasi, masih bertenaga untuk terus hidup, masih bersemangat untuk meneruskan kursus ni hehe, ok da nak waktu berbuka puasa ni, aku gerak dulu ya?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

11 comments:

{ penaberkala } on: 20:17 said...

selamat berkursus bro
sabar-sabar, mungkin ini ujian sempena bln ramadhan

makan nasi ngan air sarsi?
pelik tp benar

{ padin } on: 20:27 said...

salam pena berkala
yup -- lauk da abes, sepatutnya pihak penganjur menyediakan makanan yang lebih bila peserta terlalu ramai,

{ Yuni Aisyah } on: 20:32 said...

selamat berpuasa padin..

wah cam menarik je nasi dicampurkan dgn air sarsi sejuk..hikhik..menu terbaru ke.??;D

{ RastaMat } on: 23:42 said...

menarik jugak tu..
esok aku nak cube la..

{ belalang hijau } on: 23:52 said...

cian nyer...
nasi kuah sarsi jer...
itu kursus ke, tahanan perang tuh?
huhuhu...

{ padin } on: 00:03 said...

rastamat : hehe cuba jgn xcuba

Belalang : tu la, entah napa makanan xmencukupi padahal bukan first time bt kursus time puasa

{ annazanariah } on: 02:25 said...

sabar bebanyak ye padin.. ok la tu berkuahkan sarsi. at least dapat jugak makan nasi kan.. ada yg TAK dapat berbuka dengan nasi, lauk pauk, kuih muih segala bagai pun ada.. tak dapat sambung jgk la ayat ni..

minggu depan dah balik kan? hehe.. OK la tu..

ssah nak carik kopiah mu ni.. on: 05:45 said...

menu ikan bilis yang dinanti penuh sabar hanya sekali sahaja dihidangkan...sistem barter lauk terpaksa diamalkan bagi memastikan kelangsungan hidup di dalam keadaan "darurat" merjuk kepada kenyataan saudara shafiq...

{ padin } on: 12:57 said...

Anna : hehe ok, thanx yup still dapat makan juga, da di kira bersyukur

Woit, apesal nick ko panjang sgt? hehe ikan bilis tu la, time sahur tu je sekali

ssah nak carik kopiah mu ni.. on: 18:20 said...

hahaha....tu la pasal...sahur lagi 2hari tu ko tau x lauk pe?...sambal bilis....bilis celup tepung...bapak sdap gler...tp sayang ko lgi sdap tido...

{ padin } on: 18:24 said...

adehh tu r pasal...bila pulak aku nak rasa kerabu bilis ni hehe..

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap