padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Berwaspadalah

Berwaspadalah

/ July 4, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Salam buat rakan, sahabat, dan teman di luar sana.. hehe, Semoga berbahagia di hujung minggu bersama aktiviti yang telah di rancangkan. Aku bersantai di rumah je arini, esok da mula mengajar untuk semester baru pulak. hehe.. Bercerita pasal mengajar nih, Semester ni aku mengajar subjek baru, Metering and Regulating Station, dan dua lagi subjek lama, Gas Distribution System dan Project Management.


Artikel kali ini, aku cuba nak berkongsi sesuatu yang aku rasa memang nak tulis lama dah, cuma kali ini je baru berkesempatan hehe.. tengok pada title tu, nampak macam nada amaran je, tapi jangan risau, itu bukan amaran, cuma lebih tepat di katakan memperingati. Ye lah, kita ni tak lepas dari terpesong, termasuk diri aku sendiri. Cuma, sebagai manusia yang di beri akal, cubalah sebaiknya untuk menjadi yang terbaik ekeke.


Ok, tidak di nafikan memang banyak dah laman - laman sosial di bina, termasuklah platform blog nih. Tambah pulak blogspot ni free kan, aku pun turut serta memeriahkan dunia blogspot ni hehe.. So, bila banyak yang turut serta, banyak jugaklah variasi persembahan blog tu, maskudnya dari segi penulisan, gambar - gambar dan perkara lain.


Pelbagai jenis penulisan kita dapat tengok kan, kalau aku nak list semua, panjang la weh, aku harap korang pun paham le ye apa maksud jenis penulisan tu. Contohnya, penulisan pasal personal journey ke, masak - masak ke, jual tudung ke, atau apa - apa pun boleh.. hehe Apa - apa pun boleh? biar betul? hehe...


Memang, kita memang berkuasa sepenuhnya untuk menulis apa sahaja. Sebab, "blog aku, ikut suka aku la nak tulis apa" hehe.. Tu memang betul, tapi sebenarnya, berwaspadalah dengan penulisan korang. Berwaspada dengan kandungan yang korang nak kongsikan tu. Sebab apa aku cakap macam tu? ..hehe sabar, baca bagi abis dulu ye..


Ok, dari pandangan mata aku yang kabur ni,rata - rata la orang yang buat blog ni atau laman web ni mesti nak pulangan jugak dari dia berblog, hehe.. Kalau tak, buat apa nak bina blog, menulis, bersengkang mata, bayar bil bulan - bulan.. hehe tolong betolkan aku kalau ada salah apa apa ya.. Pulangan tu dari segi apa? hehe mesti la duit kan. Jadi, macamana nak dapatkan pulangan tu?..


sekali lagi, ini dari pandangan mata aku yang kabur ni, nak dapat ganjaran, try la join mana - mana program yang boleh mendatangkan duit. Ye, Nuffnang adalah yang terpopular agaknye bagi blogger Malaysia ni hehe -- aku pun join -- Tapi jangan ingat senang - senang je nak dapat ganjaran tu, kena banyak usaha. Siap ada tips tu hehe.. Bermacam - macam tips, lepas sorang, sorang buat tips.. bagusla kan berkongsi.. aku setuju cara tu..


Tapi, yang aku rasa agak tak kena bila orang nak mengamalkan tips tu.. Banyak la, tapi aku cuba nak sentuh satu je.. aihh panjang nih bila nak abes karang ni.. huhu...ok aku cut sket.. tengok siri ini EARNING >> VISITOR >> >>>>>ENTRY paham ke tu? Tu la, aku nak tulis panjang - panjang korang tak nak baca pulak.. Ni salah satu tips. Nak dapat earning banyak , kena ada ramai visitor.. dahtu cemane nak ramaikan visitor? ... >>> antaranya ialah kandungan entri yang berkualiti..





Aku setuju kandungan entri yang berkualiti boleh menarik pengunjung, tapi korang jangan anggap keyword yang lucah tu kandungan berkualiti.. Cuba korang bayangkan, meraih visitor daripada keyword "video lucah Ariel", takpun "tips malam pertama", then visitor tu klik iklan, dan dapat earning, so apa maknanya kat situ? ----> takde maknanya ...


Merujuk kepada ulasan
Taib pasal dalam artikelnya,


“..Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram..." -
baca lagi

ahah,aku pun bukan pandai sangat nak mengajar orang nih, aku cuma berkongsi apa yang aku tahu je.. Terima atau tak, terpulang.. ekeke.. Cukuplah aku memperingatkan, berwaspadalah!! hehe nak komen ke, apa ke.. silalah ye, aku tunggu hehe..

Terima Kasih ~ Datang Lagi

30 comments:

{ YuYu } on: 15:35 said...

1st...hehe

peringatan yg bagus...
ada jgk btul nye, if dpt earning dri keyword yg x spatut nye n then kita guna sumber pndpatan dri tu maka ia blh mndtg kn syubhah...dripd ia syubhah elok la kita bhati2 dlm mmlih topik n3...mncgah lbh baik dri obati...erkkk


alhmdllh slma 3 bln bbelog blm ad lg tekluar keyword yg x spatut nya.. i loikee :)

{ ASSOYFINGER67 } on: 15:53 said...

Salam..Padin memang punya mind yang hebat.T/K atas peringatan ,tapi aku dah mula rasa blog nie tempat aku lepak ngan korang,,haha

{ annazanariah } on: 15:54 said...

isu yg sangat menarik untuk dibincangkan..

mgkin b4 ni ada yg tak terperasan perkara ni tidak sepatutnya berlaku. so, suka2 je buat keyword camtu demi nak up trafik...~

so far, alhamdulillah, tak pernah pun tergerak nak gunakan keyword yg ada unsur2 'sebegitu'.. =)

{ tehr } on: 16:34 said...

setakat yang aku faham dengan entri ni...

'tulis [promosi] cerita lucah sama dengan jual [promosi] gambar atau video lucah'

macam tu ke?

{ RedBoy } on: 17:21 said...

entahlaa tehr..lebih kurang ja kot..

{ padin } on: 17:39 said...

YuYu : hehe banyak je lagi keyword yang berguna kan, tips menghadapi temuduga ke, kan ramai gak yang orang cari..

Assoy : hehe silalah lepak sini pon ok hehe.. aku hanya menyuarakan apa yang aku tau je

{ padin } on: 17:52 said...

anna : baguslah anna kalau faham.. yelah kite ada byk lagi cara kan untuk up trafik hehe..

kalau dah terkenal, sampai satu masa tak buat entri pun orang still masuk kan..

Tehr & RedBoy : yup, lebih kurangnya begitulah maksud aku..

{ afiff edogawa } on: 18:05 said...

peringatan yg sgt bermanfaat buat blogger yg noob mcm aku ni..
thx padin.. thx taib

{ padin } on: 18:14 said...

hehe.. yeah.. hepi blogging ya epit!!

{ M a W a D D a H } on: 19:23 said...

ooo..baru paham masuk lepak padin..hehehe...

first, selamat mengajar padin..ajar yg elok2 je k...hehehe

ermm..pasal entry tu macam2 org nak wat supaya traffik naik dan seterusnya visitor pun mestilah banyak kan...

tapi yg penting sepatutnya kualiti dlm penulisan tu penting..tapi tu la nak kate kat orang tapi kadang2 blog adah pun bnyk gak yg merapu..tapi diselitkan motivasi yg membina...chewahh..yeke tidak...:p

{ padin } on: 20:15 said...

Adah : bukan la maksud aku kena post entri pasal skema2 je hehe, post la entri pasal apa pun, cuma kalau boleh elakkan la guna pendekatan keyword hot tu hehe

Blog ko pun bukanlah merapu sangat, ok je renungan2 yang ada hehe

{ zulkbo } on: 20:22 said...

"Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram..."

saya bersetuju dengan anda..

{ RoMz } on: 20:46 said...

time kasih nuffnang.. hakhak.. (tetiba)

{ MAnkete } on: 22:24 said...

salam..aku setuju ngan pandangan ko din.. ade org letak keyword lucah sebab ape?
so keyword tu popular org nak cari, so boleh pegi blog dorang..

tapi sejak akhir2 ini mcm trend lah plak..menggunakan keyword lucah nie..tepuk dada tanya iman..

walahualam.

{ padin } on: 22:34 said...

Zulkbo , romz dan Mankete : hehe tu la pasal, kena renung2kan tu..

Banyak je lagi keyword yang lainkan.. orang baca kite punye penulisan, then kalau kite promote lagi perkara2 tu, dah 2 x 5 je kita menggalakkan diorang lagi nak baca pasal tu..

{ Amyna } on: 23:31 said...

hurmm..
sebagai hamba yang lemah d sisinya, kita mudah lalai & leka.Memang setiap apa yang dilakukan bermula dengan NIAT. tetapi kekadang niat kita leh terpesong juga dengan godaan hebat d perjalanan menuju destinasi..

Thank a lot padin.. nice ur post. renung2 kan, selamat bermuhasabah diri..^_^

{ RastaMat } on: 01:06 said...

Blog aku camne padin??
xde iklan atau nuff pon..
kire aku boley mencarot la ni??
hehehe...

{ padin } on: 01:19 said...

Myna : ye, hehe tu lah, berwaspadalah.. ekeke

RastaMat : hehe blog ko ok Mat, hepi blogging ya..

{ Kniedaz } on: 11:25 said...

info yg bagus..
^_^

{ padin } on: 17:28 said...

thanx kniedaz

{ -telordibasuh- } on: 19:05 said...

heeh..ate blog telor camner..haha

{ MissXYZ a.k.a Abaikan } on: 19:35 said...

padin ko jgn ltk pic bogel nt duit nuff ko jadik haram hak3

p/s: jht btol aku ni lalalala

{ padin } on: 19:40 said...

Telor : err aku taktau nak komen la sedara.. huhu pikirkan yang terbaik

MissXYZ : insyaAllah padinno.blogspot.com xkan siarkan gambar - gambar, keyword mcm tu

{ maCy } on: 21:53 said...

err.. bgus la padin ni.. hee


p/s : xpat kua shoutbox.. ape jd ngn blog padin.. mne pergi janjimu pada empayar kita???? haha

{ padin } on: 22:18 said...

hehe maCy, thanx..

kita perlu berubah ke satu tahap lagi, di samping mengekalkan apa yang dah ada..

Empayar tu akan tetap ada.. hehe..

{ farah@pa'in } on: 18:50 said...

yup3x..renung2kan n mari beramal;)) ehhehe

{ padin } on: 19:20 said...

renung je xnampak pape pa'in hehe, kena analisis dan bertindak ekeke, xpasal2 pa'in kena lak, heh

{ Jericho } on: 12:58 said...

Hm.. tak nak sentuh pasal Earning. Tapi kalau saya, nak cuba dapatkan traffic semata2 untuk merampingkan lagi Alexa ranking, nak cuba capai PR setinggi mana yang boleh. Bukan sebab apa, tapi kalau ada benda tu, rasa puas pula berblogging. Tapi, nak dapat traffic pun takkan la nak blog pasal kehidupan orang lain? nak aibkan orang lain? Cuba kalau diri kita sendiri diaibkan...

{ padin } on: 14:18 said...

itu la maksud aku Jericho, hehe nak ranking terbaik banyak je lagi cara kan, tanpa perlu mengaibkan pihak lain, seolah2 menggalakkan lagi perkara tersebut hehe aku suka pandangan ko, Jerry

{ Jericho } on: 14:31 said...

Terima Kasih, saya ni bukan la pakar motivasi, diri sendiri pun tak dapat dimotivasikan. Cakap apa yang saya fikirkan betul.. tu jer.

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap