padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , , » Pilihan Terbaik

Pilihan Terbaik

/ July 2, 2010 /

elamat Datang ke padinno.blogspot.com



Salam dari Padin.. hehe apa khabar anda semua?.. harap kawan - kawan sekalian sihat hendaknya, di samping mengerjakan kerja - kerja seharian dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi ini.. Semoga, kita sentiasa di beri kesihatan yang terbaik, Amiin~



Umm, kenapa kita di beri pilihan ya? hehe Pilihan wujud supaya kita mudah untuk memilih ekeke, sesiapa pun boleh jawab macam ni.. ape da.. hehe ok, bagi aku sendiri, banyak manfaat tentang kewujudan pilihan.. Korang semua juga mesti pernah membuat pilihan kan.. Nak cari calon laki/bini.. Nak cari tempat pengajian terbaik.. Dan yang pasti, mesti pilihan tu adalah terbaik..



Secara mudahnya, pilihan ini menyebabkan wujudnya variasi.. Kita lihat masyarakat kita sendiri terdiri daripada berbilang pangkat dan kedudukan. Pilihan kerjaya juga boleh di jadi kan contoh.. Tapi jangan cepat melatah.. Janganlah di hina atau memandang rendah pada si nelayan, ataupun si tukang rumah kerana kerjaya itulah yang memberi orang - orang di atas menikmati makanan, berteduh di mahligai indah hehe ini boleh di katakan konsep saling bersandaran.



Untuk membuat pilihan tebaik pastinya sukar. Cuma, bagi orang yang sedar dengan kemampuan diri, akan merasa lebih mudah membuat keputusan. Samada pilihan itu betul - betul yang terbaik, tidak perlu di risaukan sangat, asalkan memberi manfaat kepada diri sendiri semula.. Contoh terdekat, aku memilih untuk menjadi tenaga pengajar berbanding menjadi seorang jurutera. Kenapa? hehe aku sedar kemampuan diri aku, dan aku rasa ini pilihan yang terbaik untuk diri aku.



Hal pilih memilih ni kalau di panjangkan, memang banyak.. Memilih template blog, tema, warna, pengisian blog juga memainkan peranan. Kepelbagaian ini lah yang mewujudkan keharmonian. Setuju tak?.. haha entri apa entah ni, sebenarnya aku susah nak buat pilihan yang mana menang malam ni antara Brazil dan Belanda pada pertemuan Suku Akhir Piala Dunia 2010. Aku sememangnya peminat pasukan bolasepak Brazil, tapi tahun ni aku beli jersi Belanda ekeke..



oklah setakat ni jelah rasanya. Korang pulak macamana? Pilihan apa yang paling sukar nak di buat? dan.... cuba bayangkan dunia ni takde pilihan, apa jadi? hehe contoh yang aku nampak, kalau tiada pilihan, semua blog gunakan satu template je.. macamana nak tentukan identiti pemilik blog tu? hehe... -----------------> larikkkk



Terima kasih ~ Datang Lagi

12 comments:

{ afiff edogawa } on: 12:50 said...

bagi aku,
pilihan tu adalah yg terbaek bg seseorang tu...
pilihan juga yang akan mewujudkan variasi..
variasi pulak sgt bagus, yela xkan kita nak tgk semua org mempunyai minat yg sama..
sbg cnth, kalau semua nak jadi doktor.. abis sape nk jadi pesakit?? sape nk jadi cikgu??..

{ RastaMat } on: 12:53 said...

adesss..
baru nak jadi 1st..dak kecik ni sebok plak..
hahaha..
papepon,malam ni kompom la oranje menang..
xyahla pilih2 lagi..
hehehe...

{ afiff edogawa } on: 13:11 said...

hahaha..
pertamax..

hidop brazil..
kalah blanje rfc..
amacam, ade bran??
hehe

{ RedBoy } on: 14:22 said...

aisaymen.. ada makna tersirat yang cuba nak sampaikan tu.. yang last sekali tu tak tahan..

"kalau tiada pilihan, semua blog gunakan satu template..." - Padin

macam cuba nak promosi saja.. hehe

{ padin } on: 19:23 said...

epit : haha ade ke org nak jadi pesakit?.. hehe ye, idop Brazil, idup Oranje juga..

Rastamat : sape2 menang pon aku xkesah..

RedBoy : hehe xde tersirat apa - apa aih, contoh terdekat je tuh

{ ejum } on: 20:06 said...

susah jgak nak memilih..pilih padin jadi juara ok jgak.. hehe.. aku ada jersi brazil..tp suke holland..mcm mane 2?.hehe

{ padin } on: 20:23 said...

wah da terbalik kite ni ejum.. hehe takpe, kite sokong je dua - dua, mesti menarik game nih..

{ ASSOYFINGER67 } on: 22:03 said...

Pilihan....yang paling meriah ialah pilihanraya...yang paling seksa pilih bini....dan yang paling best...pilih makanan...yg nie aku tak memilih...yg paling takut dipilih membayar...wakaka...siapa pilihan hati kao padinnn..Siti ke,Nur ke...Nurul ke...haha..gurau jer...!

{ RastaMat } on: 00:20 said...

padin...........!!!!!!!!!
Oranje aku menang weyh!!!!
padan muke dak kecik epit tu..
wakakakaka........

{ ~ ReD ~ } on: 01:16 said...

pilihan yang pelbagai boleh membuatkan daku rambang mata! wakakka

Latest entry :Memang tak boleh blah lah makanan macam ini!

{ afiff edogawa } on: 01:51 said...

aku dah habaq kat dunga tu... jersi biru bawak sial!!
dungu betol!!

{ padin } on: 02:13 said...

Assoy : pilihan hati? wakaka.. susah nak buat pilihan tu, bak kata ko, seksa nak pilih bini

Rasta : emm, xpe aku pon sokong holland gak...

ReD : ha3 tu la kalau rambang mata, semua nak angkat kalau boleh..

Epit : hehe, nak buat cemane, banyak sangat politik dalam sukan

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap