Sedar tidak sedar, umur Adira dah mencecah setahun dua bulan. Melihat karenah dan ragam barunya setiap hari, kadang – kadang boleh mengurangkan rasa letih setelah seharian penat bekerja. Maklumlah, anak sulung. Excited melihat development si kecil ini.
Apa yang PR perasan, sejak kebelakangan ini, nampak Adira seronok sangat bila dibawa keluar bersiar – siar, walaupun hanya sarapan pagi. Mungkin si kecil ini sedang mula meneroka, mencari perbezaan dan mula cuba memahami persekitarannya.
Seharusnya, pada umur demikian Adira belum benar – benar memahami apa yang PR dan Ciktom cakapkan, tapi bila sebut “jom jalan”, Adira memberi reaksi teruja. Copy paste genetik ibu ayah, suka travel dan bercuti.
Menyebut perihal travel ni, hampir 2 tahun juga PR tutup buku passport antarabangsa. Kali terakhir PR dan Ciktom bercuti di Jakarta, Indonesia pada 2017. Percutian di Jakarta ni boleh kata penutup bulan madu selepas Pulau Kapas, Kundasang (lokasi favourite) dan Melaka sekitar penghujung 2016. PR layan je baik percutian dalam atau luar negara. Yang penting, kena dengan bajetnya. Hehee
Pasar Tanah Abang, Jakarta
Rancang Percutian Keluarga
Sambil – sambil menunjuk gambar percutian pada Adira, Ciktom lekas – lekas memberi hint untuk merancang percutian keluarga kecil kami. Momen percutian pasti lebih menarik dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami.
Adira pun sudah pandai berjalan sendiri, pasti dia lebih teruja kalau PR bawa travel dan bercuti. Seperti biasa kalau bab merencana dan survey baik serahkan pada Ciktom. Bersungguh dia bercerita mengenai Matta Fair 2019 yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Umum tahu event ini dibuat untuk rakyat Malaysia setiap tahun bagi merancang percutian dengan tawaran dan promo – promo tak masuk akal.
PR rasakan keadaan Adira yang masih kecil tak berapa sesuai untuk dibawa ke Matta Fair. Maklum saja tempat ramai orang pasti sesak dan sukar buat pilihan kalau Adira meragam. Sebagai alternatif PR dan Ciktom guna kaedah tempahan atas talian sahaja. Lebih santai dan tidak terburu – buru untuk membuat pilihan dan tempahan.
Dengarnya banyak tawaran menarik Traveloka Sale-abration tahun lepas. Jadi bila PR baca pendapat beberapa pengguna selain Matta Fair Promo, sekarang boleh juga check out Traveloka Sale-abration untuk dapatkan tawaran dan promo yang menarik. Biasalah ragam rakyat Malaysia ni bila travel mesti nak jimat, harga promosi, diskaun, dan suka yang murah tapi selesa… rakyat tu termasuk PR lah tu…
Pengalaman Aplikasi Traveloka
Traveloka ni bukan asing bagi PR mahupun Ciktom. Sebelum kami berkahwin pun, memang kami ada buat tempahan menggunakan Traveloka semasa merancang hotel di Kundasang. Jangan salah faham, kami tempah sebelum kahwin dan menginap selepas berkahwin.
Secara peribadi, PR telah berkunjung ke Kota Kinabalu dan Kundasang sebanyak 3 kali atas sebab berbeza. Pada tahun 2013, bercuti dengan rakan sekerja. Pada tahun 2015, bercuti sambil mendaki Gunung Kinabalu – pengalaman yang manis untuk dikenang, dan pada penghujung 2016 – bulan madu!
Selain bercuti, PR juga menggunakan Traveloka untuk menempah penginapan sekiranya ada tugasan di luar kawasan. Sepertimana yang PR ceritakan dalam blog entri terdahulu pengalaman menempah hotel untuk tempoh 4 malam, penjimatan sehingga melebihi RM250 dengan Traveloka. Hebat, bukan?
Bagi PR, tempahan flight / hotel / aktiviti menjadi lebih mudah menggunakan Traveloka dengan konsep All in One App. Seolahnya anda pergi membeli semua item yang anda mahukan di dalam pasaraya yang sama. Tak perlu membazir masa untuk bergerak ke pasaraya lain, tiket parkir dan petrol consumption. Dan yang buatkan Traveloka lebih menarik adalah tawaran dan promosi semasa. Kadangkala boleh buat anda senyum semasa membuat tempahan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun hebat Traveloka Sale-abration. Bagi memastikan anda tidak terlepas dengan promo – promo menarik dari Traveloka, anda boleh subscribe di website atau install aplikasi di peranti elektronik anda.
Kata orang, jauh perjalanan luas permandangan. Seperti anak kecil yang PR bingkiskan di awal cerita, pasti lebih seronok meneroka tempat baharu dan mendalami persekitarannya. Tambah pula momen percutian itu dirai bersama orang – orang yang disayangi.
Impian dan perancangan PR nak bawa Adira bercuti di Kundasang. Kalau boleh nak bawa Adira naik flight sebelum dia cecah umur 2 tahun… sebab kan bawah 2 tahun percuma… Mesti dia suka explore, tengok lembu tenusu di padang rumput yang luas. Yelah, di JB ni mana ada nak nampak lembu macam tu. Untung – untung Adira boleh bagi anak lembu menyusu.
PR dapat bayangkan Adira berlari kecil di ladang teh yang luas menghijau, PR bayangkan pengalaman Adira memberi ikan makan di Sungai Tagal. Entah dia takut atau tak dengan ikan – ikan di sana. PR bayangkan pelbagai pose istimewa Adira untuk dirakamkan.
Bila dia faham suatu hari nanti, pasti dia suka dan mahu menikmatinya semula. Ada harapan la lagi PR nak ke Kundasang untuk di masa akan datang. Apa nak risau, Traveloka kan ada?
0 comments