Imbas kembali pada November 2017, ciktom terlibat dengan kemalangan jalanraya di Persiaran Perling yang mengorbankan kereta kesayangannya, Perodua Kelisa (WMP 9212). PR dan Ciktom sangat bersyukur biarpun dengan kemalangan itu, Allah masih pelihara kandungan ciktom yang berusia hampir 8 bulan pada ketika itu.
Pengalaman Memiliki Axia Standard G
Alhamdulillah, dengan rezeki yang dikurniakan Mei 2019 kami decide untuk membeli kereta baru (tambah hutang lagi). Kereta pilihan adalah Perodua Axia, G Spec 1.0A. Bagi PR, ini pengalaman pertama membeli kereta baru jadi mungkin sedikit teruja berbanding pembelian kereta - kereta sebelum ini.
Urusan Perolehan Kurang Sebulan
Tempoh menunggu tempahan dan urusan perolehan tidaklah terlalu lama kerana salesperson menasihatkan warna yang ready stock adalah ivory white, glittering silver dan midnight blue. Jadi kami tak mahu tunggu lama, pilih sahaja yang ready stock.
Pihak bank memaklumkan permohonan pinjaman telah diluluskan sebaik sahaja PR memulakan cuti 7 hari di Terengganu. Jadi mahu tak mahu kena tunggu seminggu sebelum menandatangani perjanjian. 10 Mei 2019 kereta ciktom dah sedia untuk dipandu.
Sebulan Memandu Axia
Sudah tentu, buat permulaan ini rasa kekok dengan perubahan kedudukan gear, brek tangan dan saiz. Hampir setahun lebih juga PR memandu MPV ke tempat kerja. Namun pemanduan Axia sedikit sebanyak membawa kenangan kepada Kelisa sebelum ini.
Kabin lebih besar, kemasan dashboard lebih moden dan yang pasti bau kereta baru memberi pengalaman berbeza.
Buzzer peringatan memakai tali pinggang keledar memang bagus untuk peringatan, tetapi agak merunsingkan juga jika perjalanan jarak dekat buzzer tetap berbunyi. Tapi selepas beberapa ketika, buzzer akan senyap sekiranya pemandu masih tidak memasang tali pinggang keledar.

AWAS! SILA PASANG TALI PINGGANG KELEDAR SEMASA MEMANDU.
Jimat Petrol
Tak adil pula kalau nak bandingkan penggunaan bahan api antara Axia 1.0 dengan Odyssey 2.4. Dah tentu penggunaan petrol bagi Axia lebih menjimatkan. Secara kasar, PR anggarkan penjimatan sehingga RM50-RM100 sebulan bagi penggunaan bahan api normal - berulang alik ke tempat kerja menggunakan Axia. Apapun, statistik sebenar dan analisa ini PR akan kongsikan hujung tahun, insyaAllah.
Features Axia Standard G
Secara keseluruhan, PR anggap Axia Standard G berbaloi dengan harga. Setakat beza sedikit dengan varian SE dan Advance, takde masalah. Dalam masa sebulan ni, tiada apa - apa yang meragukan dari segi handling atau convenient features seperti penyaman udara mahupun radio. Cuma, PR belum menempuh perjalanan dalam keadaan hujan lebat di waktu malam. Sebab lampu macam tak cukup terang pulak.
Lagipon ciktom yang pilih Axia Standard G. PR jadi tukang bawa sahaja. Standard pon standard lah, bukan hendak pergi berlumba. Mungkin ada rezeki lebih nanti, nak tukar tayar yang lebih lebar dan sistem suspensi yang lebih fleksibel.
Penutup
Dengan ansuran bulanan sekitar RM400, Axia Standard G amat sesuai untuk dijadikan kereta belasahan. Maaf bukan untuk mengguris sesiapa, tapi bagi PR yang dah memiliki 1 MPV dan 1 sedan, kereta cute macam Axia ni perlu ada juga. Mudah nak menyelit di mana - mana.

0 comments