padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Transformasi Integriti

Transformasi Integriti

/ July 15, 2012 /
Hahahahaha dah usang benar rasanya blog ni. Emm, kena lakukan transformasi nih. Cewahhh mentang - mentang la tajuk transformasi kan. Sebenarnya, kali ini aku ingin kongsikan beberapa point yang aku dapat semasa menghadiri Seminar Transformasi Integriti Melalui Pengukuhan Adab dan Akhlak.

Seminar sehari ini diadakan di Hotel M Suite, Johor Bahru anjuran Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dan Cerna Minda Sdn Bhd. Datang bawa diri dan hati je untuk seminar ini, kos - taktau la pulak. Seminar telah disampaikan oleh Ir Ahmad Jais Bin Alias as-Syazili, Principal Consultant Cerna Minda Sdn Bhd.

Antara input yang aku dapat melalui seminar ini ialah memahami persoalan integriti, kesan integriti terhadap organisasi, hubungkait integriti dengan adab dan akhlak, dan transformasi integriti melalui pengukuhan adab dan akhlak. Permulaan seminar ini agak hambar, tetapi lama - kelamaan makin menarik.

Penceramah menerangkan satu persatu persoalan yang disebutkan tadi, serta membincangkan apa yang berlaku sekiranya kehilangan integriti. Ia termasuklah kehilangan harga diri, kehilangan makna diri, khilangan jati diri dan kehilangan kendiri. Kesan daripada perkara tersebut menjadikan individu itu cerdik tidak boleh di ajar, pandai tetapi menyusahkan orang lain, profesional tetapi menipu dan cekap secara membabi buta.


Kehilangan integriti yang disebutkan adalah berpunca daripada kehilangan Makarimul Akhlak (Akhlak Mulia). Jika umat manusia masakini kehilangan Makarimul akhlak, ia sangat memberi kesan seperti menjadi biadap - biadap sesama manusia, alam, Tuhan. Ia juga merosak dan menghilangkan budaya dan kehilangai nilai - tiada neraca penunjuk keadilan.

Jika tiada adab dan akhlak yang mulia, maka kita lihat pemimpin yang zalim dan tamak, orang kaya yang bakhil dan rakus, ulama' yang takbur dan jahat (sesat lagi menyesatkan) serta rakyat yang jahil dan miskin. Apakah kita mahu perkara ini terus berlaku dan meruntuhkan ketamadunan yang telah terbina dahulu?

Sebagai langkah penyelesaian, kembalilah kepada proses menyempurnakan adab dan akhlak iaitu kembali kepada konsep Makarimul Akhlak! Isu integriti perlu dikembalikan kepada persoalan adab dan akhlak. Kembali kepada sumber asal kita, yang bersambungan hingga kepada Saiyidina Rasul SAW, kerana Baginda memiliki Khuluqun 'Azhim (Akhlak yang Agung).

Dan di akhir seminar, penceramah sempat menyatakan bahawa tokoh duniawi kalangan pemimpin serta pemegang posisi tinggi dan penting dalam semua sektor di setiap peringkat dan cabang, mereka adalah para ulama ummah akhir zaman. Menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengetahui dan mempelajari segala yang mampu dicapai demi kemaslahatan ummah.

Tanggungjawab terpikul di atas bahu dan leher mereka, bukan di atas bahu tokoh - tokoh agama semata - mata. Benar. Apa yang disampaikan perkara adab dan akhlak ini merupakan suatu perkara yang besar dan sebagai pemimpin - ketua keluarga, ketua masyarakat, guru, pendidik, pemimpin negara perlu bertanggungjawab dalam proses transformasi ini.

Aku rasa setakat ini sahaja ulasan aku mengenai seminar tersebut. Kalau nak di ikutkan banyak juga point yang bagus semasa seminar, tapi tulah, mata aku ni tak berapa nak tahan sangat.. Baru dengar dan tulis sepatah dua, dah gelap dan kabur je, ekekee.... OK semoga entri ini membantu mengingatkan pentingnya adab dan akhlak yang baik. 

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap