padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Nostalgia : Bersiar - Siar

Nostalgia : Bersiar - Siar

/ July 17, 2012 /
Hehehh dalam segmen nostalgia Perjalanan Ini aku teruskan dengan isu bersiar - siar. Cewahh dah macam banyak sangat je segmen dalam blog ni. Takdelah kalau pusing cerita sama je aku sendiri meluat nak baca blog nih.. Aku akan cuba pelbagaikan mengikut kesesuaian. Aku cuba.

Jika hari ini, keluar bersiar - siar dengan teman sekerja, kawan serumah memang best juga, banyak perkara dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama, bermain boling, menonton wayang dan tidak kurang melihat gadis - gadis di Mall yang berhampiran, ekekee...

Cuma, bila terkenangkan di masa kanak - kanak, kurang dapat keluar macam tu dan masih di bawah jagaan ibubapa. Kawan pun tak ramai mana, dan kadangkala adik beradik tulah kawan yang paling akrab. Jadi sesekali dapat keluar tu, seronoknya.......

Ayah aku bekerja sendiri mengambil upah membuat rumah, membaiki dapur, bilik dan sebagainya, senang cerita kerja sebagai tukang rumah la. Cuti hari Jumaat dan gaji pun tidaklah besar mana. Jarang sangat hari minggu dia ada di rumah dan sesekali di ajak keluar, aku yang paling awal bersiap.

Pekan Lumut, 1993

Memang kebiasaannya pun, aku dan abang je yang dapat ikut. Maklumlah, naik Yamaha RXS je, dan tempat yang dikunjungi biasanya Pekan Lumut lah. Entah apa yang seronoknya pada masa tu aku sendiri pun tak tahu. Awal 90an, Lumut tu merupakan pekan kecil je. Melihat dari kejauhan, beberapa kapal dan bot mudik membawa barang dan penumpang daripada beberapa destinasi.

Pernah juga, ayah aku membawa ke Pangkor, balik hari. Dan setiap kali pulang, pasti ada die-cast model di tangan. Heheee. Abang aku? Kadang - kadang je dia dapat, selalunya tak dapat dan itu menjadi punca kenapa bilangan simpanan peribadi aku lebih banyak berbanding dia. (Tak termasuk yang di curi oleh sepupu lain).

Bila di fikirkan semula, aku menyesal terhadap satu perkara. Semasa pulang dari Terengganu hujung tahun lepas, ayah aku ada menyatakan hasrat ingin merasa durian Musang King di Highway Karak tu, tapi aku malas nak berhenti. Padahal aku boleh je berhenti dan membelikannya sebiji dua.

Sampai di rumah, orang tua tu tak habis - habis menyebut perihal Musang King. Aku jadi bersalah pulak. Tapi yelah, bila lagi aku nak melalui kawasan tu semula? Nak beli di tempat lain, di mana?? Memang ya, dulu pun banyak benda yang aku minta tidak ditunaikan tapi.....aiseh, rupanya aku pun berdendam pulak..

Nasihat aku, jangan jadi macam aku. Rasa bersalah siang malam. Dan lagi teruk terbit rasa dendam atas perkara lama sedangkan itu ayah aku sendiri. Memang tak patut. Aku rasa walau apa pun yang aku usahakan sekarang, selepas ini.. mesti dia ada sedikit terkilan perihal Musang King tu.. 

Nota : Kat mana nak dapatkan durian tu di Perak, eh?? Orang tua tu memang hantu durian!! Hahahh

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap