padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Sempitnya Kamu

Sempitnya Kamu

/ July 7, 2012 /
Hubungan sesama manusia memang unik. Hubungan ini boleh diceraikan kepada beberapa peringkat, di mana setiap peringkat itu dibezakan dengan batasan - batasan tertentu. Oppss jangan serius sangat bila membaca pendahuluan seperti ini, kerana aku dah takde idea macamana nak mulakan entri Sempit ini.

Peringkat yang aku sebutkan di permulaan tadi, kalau anda setuju, kita mulakan dengan kenalan, kemudian kawan, sahabat, kekasih dan seterusnya pasangan hidup. Anda setuju atau tidak jika aku katakan semua peringkat itu berbeza?

Pada peringkat kenalan, amatlah tipis perkara - perkara yang sering dibincangkan, pengetahuan mengenai kenalan juga amat cetek dan longgar, dan jika di berikan penambahan sedikit demi sedikit, status hubungan mungkin boleh bergerak ke satu tingkat lagi, kawan!

Begitu jugalah seterusnya sampai ke suatu masa, tiada apa lagi rahsia antara 2 individu dan pastinya hubungan itu sangat isitimewa. Hubungan ini tidak membawa apa - apa makna sekiranya tiada interaksi, komunikasi dan seumpamanya. Maka, ia sendiri tidak boleh disebut sebagai hubungan, sebaiknya disebut perbuatan janggal.

Bersama rakan blogger, Hana Zaty

Apa sekalipun jenis hubungan yang anda jalin, pastikan anda tahu batas dan bagaimana untuk mengekalkannya. Sesetengah perkara yang aku tidak paham, perhubungan sesama manusia ini suatu yang sukar, tetapi adakala mereka mudah melompat in atau out. Jika berlaku sedikit perbalahan, hubungan yang akrab pun boleh terputus begitu sahaja.

Tetapi, tidak lama kemudian, seperti meludah ke langit, datang semula dan terlupa apa yang di sebut sebelumnya. Adakah tindakan itu sekadar permainan perasaan, tujuan berhibur dan meminta perhatian? Jangan sempitkan fikiran. Manusia ini seakan sama tetapi percayalah ia berbeza. Berbeza citarasa, berbeza kepercayaan, berbeza segalanya.

Jika anda tidak dapat menerima perbezaan yang ada pada anda dan rakan anda, adakah itu menjadi penyebab anda memutuskan hubungan? Seperti contoh la, aku penyokong pasukan Selangor, dan abang aku peminat setia pasukan Perak, adakah perlu aku dan abang putus saudara?

Seperti kata - kata "Shared joy is a double joy; shared sorrow is half a sorrow", menjelaskan perhubungan adalah suatu yang menakjubkan, jadi kenapa perlu putus kawan, putus saudara disebabkan perkara yang remeh - temeh? Egois? Sudah - sudahlah, jangan nak tunjuk ego sangat. Jangan sempitkan fikiran anda.

Apa pun, aku tidak menuding kepada sesiapa yang khusus. Cuma, mungkin sebagai isi diskusi sahaja, jika terkena kepada sesiapa yang berkenaan, aku minta maaf, tiada niat di hati. Jadi, mari jalinkan hubungan yang sihat, barulah seronok sikit. Hahahh,

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap