padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Elak Syok Sendiri

Elak Syok Sendiri

/ July 26, 2012 /
Sesi Jul - Dec 2012 telah memasuki minggu ke-4, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan lancar. Bagi semester ini, aku kekal mengajar Kursus Gas Distribution System, Gas Flow Measurement & Regulating System dan satu Kursus baru, Introduction to Pipe Drafting (AutoCAD).

Di samping menjalankan tugas hakiki, bagi 2012 ini aku juga turut terlibat dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IKM Johor Bahru dan bertindak sebagai setiausaha. Aku suka dengan penglibatan dalam SPK ini, dan sedikit sebanyak mematangkan aku dalam pengurusan organisasi.

Seperti yang aku pernah terangkan dalam blog entri terdahulu, IKM JB mendapat persijilan MS ISO 9001:2008 pada September 2009. Bagi memastikan persijilan itu bukan sekadar pada nama, banyak aktiviti dan prosedur kerja telah ditambahbaik dari masa ke semasa. Barulah betul - betul berkualiti, tak gitu?


Bulan lepas, SIRIM telah melakukan Audit Persijilan Semula, dan telah menemukan beberapa ketakakuran dalam SPK di IKMJB. Ketakakuran tersebut perlu di kaji punca, tindakan pembetulan dan perlu dicadangkan tindakan penambahbaikan supaya perkara sama tidak berulang untuk masa akan datang.

Sebagai contoh, salah satu dalam laporan ketakakuran berkenaan antara lain menyebut kelonggaran sistem penyelenggaraan asrama, yang memerlukan tindakan penambahbaikan bagi memastikan prasarana tersebut memberikan keselesaan dan keselamatan yang baik untuk pelanggan - dalam kes ni, pelajar lah.

Aku rasa, bagus juga audit ini, sekurang - kurangnya membantu untuk organisasi memperkemaskan sistem pengurusan kepada peringkat yang lebih tinggi dan baik. Bukan kata sebelum ini tiada prosedur, tetapi ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Maaflah kalau bosan entri ini. 

Kita tidak boleh syok sendiri sangat. Itu je yang aku nak kongsi. Kita terpaksa guna cermin untuk melihat diri kita. Kalau kita rasa apa yang kita buat selama ni rasa macam dah bagus, cuba sekali sekala minta rakan bagi pandangan. Kalaupun ada kritikan, terima dengan hati terbuka dan positif untuk menambah baik kualiti diri kita.

Rakan sekerja selalu nasihatkan aku kawal emosi marah, huhuu... Sebab bila aku marah pelajar, mesti ada objek yang terbang ke sana sini..........

"Menulis prosedur di atas kertas mudah, mengendalikan mesin juga bukan masalah, tapi kemahiran mengendalikan manusia belum cukup dengan sekadar pengalaman..."

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap