Minggu lepas, aku menyertai Sukan MARA SeMalaysia Ke VII di GMI Bangi, keputusan Team Futsal (Terbuka) Johor tersangkut di suku akhir. Bagi tournament tersebut, aku hanya menjaringkan 1 gol je, lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Frust pun ada tapi takpelah, arahan Pengurus kan??
Apa yang hangat di perkatakan kini? EURO? Eyriqazz vs Denaihati? Uhmm, benda tu mungkin hangat di blog/laman lain kot, di blog ini timbulnya persoalan mengenai persediaan menghadapi temuduga PLV J41 MARA yang akan berlangsung dalam bulan Julai ni rasanya. Ya, aku PLV MARA dan pernah menulis mengenainya sebelum ini.
Rata - rata sahabat sekalian yang singgah membaca, memberi komen dan bertanya soalan, mereka bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan ujian teori/amali semasa proses temuduga tersebut. Apakah persediaan yang perlu untuk temuduga.
Baik. Ada 3 perkara yang ingin aku perjelaskan di sini. Pertama, aku menghadiri temuduga MARA pada 2009, dan sekarang 2012. Dalam tempoh masa ini mungkin telah berlaku perbezaan bagi proses temuduga. Apa yang aku ceritakan dalam entri Aku PLV : Temuduga adalah pada tahun 2009.
Perkara kedua, berkenaan ujian teori/amali. Aku berpendapat, walau apa pun jenis ujian yang bakal di berikan, samada ujian teori bertulis, ujian lisan, temuduga formal, ujian amali, apa yang penting adalah diri anda! Knowledge is King. Anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang sebaiknya berkenaan dengan bidang yang anda pohon.
Nah. Jika anda sudah bersedia sebaiknya, bagilah pelbagai bentuk ujian pun, aku rasa ia tidak mendatangkan masalah sangat. Jika di minta untuk mock-teaching, persembahkanlah dengan yakin dan lancar. Jawab soalan dengan tenang, elakkan membebel dengan diri sendiri. Hahahh,
Perkara ketiga, softskills. Ha..Benda ni tak sama dengan semua orang, jadi dengan masa yang ada develop lah softskill, kalau gemuruh minum la air garam banyak - banyak ....ok, ini aku tipu. Maksud aku, bukan sahaja prepare dari segi knowledge, kena prepare juga tuan punya badan. Gaya bahasa, intonasi suara, fokus dengan pendapat & hujah dan banyak lagi sebagaimana yang aku pernah tulis dalam entri Temuduga : Punca Kejayaan.
Aku rasa setakat ini sahaja perkongsian aku. Secara peribadi, mana - mana temuduga pun lebih kurang sama sahaja konsepnya, jangan dirisaukan sangat hal ujian teori ke, ujian amali ke, yang penting, apa yang anda mahu jawab jika di tanya panel penemuduga kelak. OK, sekian.
0 comments