padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Tolonglah

/ July 30, 2011 /
Anda pernah meminta atau menerima pertolongan? Aku rasa setiap orang pastinya pernah melalui perkara ini, cuma mungkin berbeza dari segi situasi, perkara dan pihak yang terlibat.


Perkataan tolong ini sebenarnya tidaklah seberat mana, tapi kenapa kita masih sukar untuk melafazkannya? Semasa aku di universiti, kawan sekelas menegur sikap aku yang suka meminta tolong tanpa menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.


"Hantar aku ke stesen bas malam ni" atau "Tolong hantarkan aku ke stesen bas malam ni, boleh?" Ahah, kalau kawan rapat aku cakap macam ayat nombor satu je tapi kalau kenalan baru, aku gunakan ayat kedua.

kucing padin
Tapi sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal tolong, tapi lebih kepada TOLONGLAH SENYUM!! Dalam seminggu dua ini aku memang banyak terlibat dengan urusan di kaunter i.e Puspakom, JPJ, Insurans dll. Memang pelbagai jenis orang yang aku jumpa.


Ada yang belum sampai pun dah senyum, ada yang bila berurusan takmahu berhenti bercakap dan ada juga yang berurusan tanpa tengok muka, dan muka pun.. alahai, senyum lah sikit.. Muka awak tu cantik, takde maknanya setiap pelanggan nak mengorat awak..


Senyum bukan susah pun.. Tambah geram bila bercakap, tak tengok muka pelanggan pun, rasa macam bercakap dalam talian telefon ataupun bersembang di facebook! Mulut aku ni pun boleh tahan, haha memang nasib badan le mana - mana pegawai kaunter yang kena dengan bahasa aku tu huu..


Entry ini, aku cuma nak mengingatkan anda - individu biasa, pegawai kaunter dan sesiapa sahaja, jangan ambil remeh setiap perkara. Bila bercakap, beri tumpuan dan elakkan dari miss-communication supaya tak berlaku salah faham dan mengundang rasa marah dan masalah kelak.


Pendapat anda?

Peminat

/ July 28, 2011 /
Peminat adalah fenomena. Buat masa sekarang, aku sangat teruja melihat peminat bolasepak Harimau Malaya, yang kembali memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi pada pasukan kebangsaan.


Dikhabarkan 85ooo tiket habis di jual, dan masih ada peminat yang meminta supaya tiket tambahan di keluarkan, semata mata ingin melihat pasukan Malaysia bermain di stadium. Situasi ini jarang - jarang berlaku dalam 5 tahun kebelakangan ini.


Aku juga peminat pasukan bolasepak Malaysia. Tapi tak dapat nak pergi Bukit Jalil atas banyak sebab. Hahaha. Tapi bagi aku tengok di stadium lebih menyeronokkan berbanding tengok di rumah atau kedai mamak! 2005, final Piala Malaysia, Selangor melawan Perlis memang best tengok 80,000 crowd dalam Bukit Jalil.

stadium bukit jalil
Harap - harap Pasukan Kebangsaan tak mengecewakan peminat. Kalau kalah pun aku rasa tak kisah mana, cuma yang penting jangan kalah mudah, permainan tak menarik dan takde effort nak halang pergerakan lawan. Kalau boleh menang, itu memang bonus berganda untuk peminat.


Sebenarnya, kita tak boleh mendabik dada sangat bila kita tahu kita ada peminat. Sebaliknya kita kena risau dan berjaga - jaga untuk maintainkan peminat yang ada. Kena kekalkan apa yang buatkan peminat mula meminati kita, hahaa ayat dah pusing - pusing nih..


Bagi aku, khususnya padinno.com, aku sangat menghargai dan terharu dengan sokongan pembaca (peminat jugak la kot), yang membuatkan blog ni terus hidup dan dapat juga menyambung domain ini untuk setahun lagi..


Aku tahu, ada pembaca yang datang dan pergi, dan ada juga pembaca regular. Sangat menyeronokkan dan pengalaman macam ni bukan boleh hadir dengan senang.


"kalau padin nak tau www.padinno.com nie la yang bukak mata aa pasal dunia blog nie
...aa start bukak blog nie since 3Dis2010 lagi...pastu aa bukak hari-hari blog hang nie...
lebih kurang silent reader la..hohohohoho....lama-lama baru aa bukak blog orang lain pulak...then... baca lagi"


Sangat mengharukan. Aa ni bagi aku seorang penulis yang santai dan selalu je berkongsi tentang kehidupannya. Bahasa yang digunakan pun boleh tahan, taklah terlalu rumit dan juga taklah terlalu skema macam blog aku nih..


Kawan - kawan, bagaimana anda menghargai peminat anda? :D

Ringkas

/ July 27, 2011 /
Usia blog ini hampir menjangkau 2 tahun (pada September), dan usia domain ni dah setahun pun. Boleh kata banyak kenangan dan cerita juga semasa aku mengendalikan blog ni. Kenangan yang paling best, dengan Hana Zaty la rasanya :D


Menyingkap sejarahnya, blog ni menggunakan template klasik 3 column, sidebar kiri dan kanan, dan aku memilih tema warna hitam sebagai latar dan tulisan keemasan. Widget yang aku pasang pun memang banyak lah, gambar - pautan - banner dan lain - lain.


1 Julai 2010, aku menukar template Gold-Minima, 2 column - sidebar di kanan. Menggunakan template ni, memang pantas dan aku meletakkan autoslide menu untuk menyenaraikan internal dan external link. Penyusunan yang lebih kemas dan aku sentiasa berhati - hati untuk meletakkan widget baru.

gold-minima template

Dah setahun, aku ambil keputusan untuk tukar template baru, Classic-Dzine (yang aku pakai sekarang). Classic-Dzine ni pun pantas jugak, dan aku memang menjadikan padinno.com seringkas yang boleh. Ada yang kata ringkas sangat pun tak bagus, terlalu padat pun tak bagus.


Apa pun, aku masih kekalkan semua setting yang aku dah develop dulu, dan aku harap performance masih sama macam sebelum ni. Apa yang penting, pastikan blog kita diindeks oleh enjin carian dan jadikan ia mesra semesra mesranya, :D


Aku rasa setakat ni je lah. Kalau pembaca ada pendapat, komen dan apa saja, boleh bincang di ruang disqus di bawah. Terima kasih membaca~

Honda Civic

/ July 24, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Rasanya dah banyak kali aku bercerita mengenai kereta, termasuk kereta idaman, model kereta mainan, perbandingan antara 2 kereta dan bermacam - macam lagi. Kalau dulu bagi aku kereta hanya memenuhi kehendak, tapi kini ia sudah menjadi keperluan.


Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku memiliki kereta pertama pada 20 Julai 2011. Heh, kereta pertama tak semestinya kereta baru kan? Ok, sebenarnya aku telah membeli Honda Civic model Eg 9 (1992).


Model Civic generasi kelima ni masih banyak di jalanan, dan kalau - kalau ada yang nak mengetahui lebih lanjut, boleh cuba pautan Honda - Wiki. Memang lengkap agaknya history Civic ni kat sana.

honda civic 2012
Sumber : Wiki-Honda

Kalau tengok, model Civic ni taklah mengecewakan sangat, semua menarik cuma yang generasi ke-9 (2012) ni tak berapa ngam la.... bagi aku la. Heh,dah macam Honda City pun ada, dah makin compact pulak..

honda civic eg9
Apa pun, persoalan tentang kereta dah terjawab, tinggal satu perkara je lagi, hehee..Terima kasih membaca. :D

Tinggal 1 Perkara

/ July 22, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Sedar atau tidak, Julai dah memasuki hari yang ke 22, dan yang pastinya tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ogos, sekaligus juga menyambut Ramadhan. Mungkin ada yang sudah berkira - kira tentang Ramadhan dan Syawal yang kunjung tiba.


Bagi aku, melepasi setengah tahun 2011, sebahagian besar rancangan aku dah berjaya dan tinggal 1 perkara major yang perlu aku selesaikan tahun ini. Aku harap ia di permudahkan, :D


Menyingkap blog entri terakhir aku untuk 2010, ada beberapa perkara yang aku tekankan untuk 2011, antara yang terpenting adalah pengesahan dalam jawatan. Baca lagi Rancangan 2011.


bmw x6
Hadiah dari contest Gempak DLSL

Alhamdulillah, aku telah disahkan dalam jawatan pertengahan tahun ini setelah aku berjaya melepasi syarat khusus iaitu lulus dalam Induksi Umum Penjawat Awam dan juga lulus dalam Peperiksaan PLV J41.


2011 juga bakal menjadi sejarah termanis untuk aku juga selepas 2009, di mana aku memiliki kereta pertama pada 20072011 (20 Julai 2011). Daripada tahun lepas lagi aku menimbang-tara kereta apa yang sesuai sebagai kereta pertama dan kini aku telah membuat keputusan.


Tinggal 1 perkara!!

Kelebihan Tinggal Di Asrama

/ July 21, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Anda pernah tinggal di asrama? Biasanya bila di sebut asrama kita akan lebih fokus semasa berada di bangku sekolah tetapi sebenarnya ia boleh juga dikaitkan tinggal di asrama semasa menyambung pelajaran di matrikulasi atau universiti.


Namun, mungkin jengkel jika di sebut asrama bagi pelajar universiti, kerana ia lebih sinonim kepada kolej dan dan rumah sewa. Apa pun, untuk blog entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mengenai kelebihan tinggal di asrama berbanding sekolah harian biasa.


Setelah tamat pengajian sekolah rendah, aku mengambil keputusan untuk tinggal di asrama. Banyak faktor mendorong aku tinggal di asrama, termasuklah pada waktu itu abang dan kakak aku dah masuk asrama jadi aku berasa sunyi kat rumah.


Peringkat awal, memang susah juga nak sesuaikan diri. Kalau sebelum ini baju telah disedia basuh, makanan mengikut selera tapi tinggal di asrama tidak lagi. Semuanya kena buat sendiri dan perkara ini boleh menjadi pelajaran pertama untuk hidup berdikari.

cikgu lelaki smkasas
Selain itu, pembelajaran lebih tersusun dan mendidik pelajar lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu pembelajaran yang di tetapkan - kelas, prep petang dan malam - pelajar memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang. Kalau takde, memang jangan harap la nak study dan siapkan kerja sekolah terutama orang yang malas macam aku, :D

cikge perempuan smkasas
Aku rasa juga, rata - rata individu yang pernah tinggal di asrama (termasuk aku) kurang mengalami "kejutan budaya" ketika melangkah ke alam pengajian tinggi. Kejutan ni termasuklah gaya hidup, berjauhan dengan keluarga dan lain - lain. Melainkan individu tu memang senang nak sesuaikan diri, aku tak rasa ia masalah besar.


Kelebihan lain jika tinggal di asrama ialah prestasi pembelajaran akan meningkat. Aku sendiri mengakui suasana pembelajaran yang baik, tengok orang lain pulun study, akan berasa janggal kalau tak study sama. Senang untuk mengulangkaji bersama, membuat latihan dan bersoal jawab.


Point yang terakhir ni mungkin bukan untuk semua orang, tapi bagi aku ia penting. Tinggal di asrama boleh mengurangkan kos ibubapa. Yuran hanya bayar sekali je untuk setahun dan diorang tak perlu pikir dah wang saku harian, pengangkutan dan lain - lain perbelanjaan harian. Rezeki aku, dapat biasiswa dan aku gunakan untuk membayar yuran sepenuhnya.


Jadi aku rasa ini je pengalaman yang aku nak kongsikan mengenai kelebihan tinggal di asrama berbanding sekolah harian biasa. Tajuk mungkin nampak macam debat di sekolah, atau karangan fakta tentang kelebihan dan kekurangan tinggal di asrama, tapi niat aku untuk menceritakan pengalaman.


Pelajar tidak di sarankan menyalin artikel ini, melainkan anda mengolah mengikut kesesuaian. :D Terima kasih membaca.

Kelebihan Bersyukur

/ July 19, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Perkataan syukur terbit dari kata 'syukran' yang bermaksud ucapan terima kasih. Dari segi pengertian syukur bermaksud sesuatu tindakan, ungkapan atau niat di hati sebagai tanda berterima kasih atas nikmat Tuhan kepada kita.


Apakah nikmat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut? Sedar atau tidak, semua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah nikmat. Nikmat sihat dan sakit, nikmat senang dan susah.. itu semua adalah nikmatNya yang tidak terhingga nilainya dan apakah kita masih tidak bersyukur?


Kadangkala kita lihat ada orang yang selesa dengan apa yang seadanya bagi mereka, tetapi ada juga kelompok yang seakan tidak pernah cukup akan nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Dalam diri sendiri juga kadangkala terdetik masih tidak pernah berasa puas apa yang dimiliki.


Ada yang lekas sedar akan hal tersebut dan segera bertaubat, tetapi malang bagi mereka yang hanyut mengejar kenikmatan dunia yang tiada noktahnya. Takut nanti terlalu asyik dengan nikmat itu, boleh menimbulkan sifat ego seterusnya membawa kepada kekufuran.


Kisah syukur dari sud@is


Bersyukurlah apa yang anda anda sekarang dan sentiasa berusaha untuk menjaga dan tidak salah ditulis di sini, disebut proses penambahbaikan. Bersyukur membuatkan hati kita tenang, tidak memaksakan kehendak dan mengukur baju di badan sendiri.

konvokesyen day!
Terima kasih, Mak

Bagi aku, kaedah terbaik untuk kita mudah berasa syukur ialah selalu melihat orang yang berada di bawah kita, bukan di atas. Hal ini kerana bilamana kita melihat mereka yang taraf hidupnya di bawah kita, automatik kita akan teringat dengan apa yang sudah kita miliki.


Syukurnya aku kepada Tuhan dengan kedudukan aku sekarang, yang aku tak pernah bayangkan suatu masa dahulu. Perjalanan hidup individu tidak akan pernah sama, dan aku merasai fasa - fasa genting itu, dan sampai ke hari ini aku tak akan lupakan asal usul aku.


Aku berdoa dan berharap supaya aku tak tergelincir, dan akan sentiasa memanjatkan rasa syukur dan redha dengan nikmat yang ada. Anda juga pasti begini, bukan?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kesihatan Mental Untuk Kehidupan

/ July 18, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Kalau dulunya aku pernah kongsikan apa itu tekanan mental dan bagaimana mengatasi tekanan di tempat kerja, kali ini aku ingin kongsikan sambungannya iaitu kesihatan mental untuk kehidupan.


Kesihatan mental tercapai apabila seseorang itu berjaya mengimbangi kesemua aspek dalam kehidupannya seperti keperluan rohani, fizikal, mental, kewangan, sosial dan sebagainya. Usaha ke arah keseimbangan itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan di usahakan.


Membina harga diri
dalam kita membina harga diri, kita hendaklah menerima hakikat tentang kekuatan dan kelemahan diri serta berusaha mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Hubungan keluarga positif
Kita hendaklah membina hubungan keluarga yang baik, serta mengetahui cara - cara untuk memberi dan menerima sokongan moral sesama ahli keluarga dan yang paling penting adalah luangkan masa sebagai "masa keluarga".

Bina persahabatan yang jujur
Kawan yang baik akan berkongsi kegembiraan dan kesusahan. Kadangkala hubungi kawan lama sekali sekala - mendengar khabar berita dan juga ambil peluang untuk berkenalan dengan orang lain ataupun kenalkan kawan anda kepada orang lain.

Tentukan keutamaan anda
Pneting untuk anda belajar membezakan antara keperluan hakiki dengan kehendak. Ia boleh mengelakkan kita berbelanja melebihi pendapatan.

Kenal dan kendali emosi
Apabila anda boleh kenal emosi anda, ia membolehkan anda mempelajari cara untuk mengendalikannya seperti berbincang, menangis, bersenam, mengadukan hal dan lain - lain.

Amal nilai agama dan moral
Hakikatnya, agama dan moral adalah benteng kehidupan kita. Gunakan nilai agama dan moral sebagai sumber kekuatan bagi menangani masalah sebarang masalah hidup.


Aku rasa usaha ini sebagai satu pelan tindakan yang mudah untuk kita hadapi demi memastikan kesihatan mental kita berada tahap terbaik dalam menjalani kehidupan seharian. Apa kata orang, mental yang sihat menjana kehidupan berkualiti.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

4 Tabiat Penulis Tegar

/ July 15, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Aku dah lama menulis, sejak kecil tetapi ia hanya bermula 2 tahun lepas yang mana aku serius dalam penulisan. Semakin hari aku puas menulis dan ia menjadi tabiat – selain minat membaca aku semakin bertambah.


Perkara ini mungkin seiring dengan bidang kerja aku sebagai pensyarah di mana sentiasa dengan suasana pembacaan, kajian dan juga penulisan. Aku juga menjadikan blog ini sebagai medium untuk aku bereksperimentasi.


Blog entri kali ini, suka aku kongsikan 4 tabiat yang perlu untuk penulis tegar – penulis novel, e-book dan mungkin web/blog juga.

penulisan padin
1: Tulis
Untuk menjadi penulis tegar, anda perlu menulis. Anda tidak akan dapat lebih baik daripada itu jika anda tidak menulis. Kuncinya adalah “menulis selalu”.Tidak bermakna menulis sepanjang masa, jika anda boleh menulis 2 – 3 hari seminggu, that’s fine!


2: Fokus
Kadangkala anda merancang untuk memulakan penulisan, duduk di hadapan computer. Tapi dalam masa yang sama anda melihat headline berita terkini, Twitter, Facebook dan anda menuruti pautan tersebut….. and you’ll lost. Bila anda menulis, tetapkan masa dan pastikan ketika itu tiada aktiviti lain seperti membancuh kopi, menyidai pakaian dan lain – lain.


3: Pembacaan
Penulis memerlukan pemikiran, emosi dan idea untuk diterjermahkan dalam perkataan. Melalui pembacaan, anda boleh melihat pelbagai cara dan teknik yang digunakan. Ia akan memberi idea dan gambaran untuk anda menulis dengan baik.


4: Belajar
Membaca sahaja tidak akan membawa anda ke mana- mana. Anda boleh baca 10 novel yang hebat tapi bukan pada proses perancangan, menstruktur, draf dan draf-semula proses penghasilan novel tersebut. Anda perlu belajar apa yang anda tulis dan bagaimana ia menarik perhatian pembaca.


Blog entri ini bukan mengajar sesiapa cuma aku merasakan ia perkongsian untuk berjaya dalam penulisan – menarik minat pembaca, dan semestinya jika anda mendapatkan pendapatan melalui penulisan, sedikit sebanyak ia boleh membantu.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Fungsi Ketawa dan Menangis

/ July 12, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Apa khabar anda untuk minggu baru ini? Adakah kekal sihat dan ceria atau bebanan kerja, masalah kewangan menghimpit keharmonian hidup anda? Jika ya, di harapkan anda lekas bangun dan segera menyelesaikan masalah anda, setidak - tidaknya dapat mengurangi bebanan anda.


Senyum , menangis dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Proses ini adalah semulajadi dan mempunyai banyak manfaat sekiranya kita benar - benar memahami. Secara dasar, apabila ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.


Ketawa di anggap sebagai penawar dan ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Bagi aku pendapat ini ada benarnya kerana badan akan semulajadi berehat ketika kita ketawa. Ia membantu meransang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.


Ketawa bukan sahaja boleh meredakan tekanan, tetapi juga boleh menghilangkan rasa marah. Antara manfaat ketawa yang lain ialah meransang mood, memperbaiki fungsi otak, melegakan perasaan dan juga boleh merapatkan hubungan dengan orang lain.

senyum"
Berbanding ketawa, menangis merupakan proses yang rumit. Walaupun sesetengah orang menganggap ia suatu kelemahan tetapi sebenarnya ia merupakan fungsi penting dalam kehidupan. Air mata boleh di bahagi kepada 3 jenis. [1]

  • Air mata basal - melembapkan mata
  • Air mata refleks - apabila mengalami keradangan
  • Air mata emosi - terhasil melalui perubahan emosi
Apabila menangis, air mata akan keluar bersama dengan bahan kimia yang terlibat dengan emosi. Ini sebabnya kita akan berasa tenang dan lega selepas menangis. Jadi, kini anda sedar menangis bukan sesuatu yang memalukan sangat. Bagi lelaki mungkin sifat ego membataskan perlakuan menangis ni.


Individu yang tidak menangis terutama apabila mengalami tragedi sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang di lalui menerusi tangisan. Jadi selepas anda menghabiskan bacaan artikel ini, adakah anda rasa perlu untuk ketawa dan menangis?


Jika anda prihatin kepada kesihatan anda, maka ketawa dan menangislah :D Anda yang menentukan kehidupan anda.

[1] Fungsi Ketawa, Menangis, MetroAhad. Mac 18,2007

Pertama

/ July 10, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Ramai orang pastinya suka tentang frasa "pertama" ni dalam banyak perkara. Mungkin bagi sesetengah situasi, pertama ini mungkin bukan pilihan contohnya giliran untuk berkhatan hahaa..


Apa perkara pertama yang kita buat bila mendapat gaji pertama untuk bekerja kali pertama? [hahah tamak gila nak letak banyak kali perkataan pertama]. Kan? Sesetengah keadaan, pertama ni sangat penting untuk pelbagai tujuan samada tarikh, sejarah dan reputasi.


Bila kali pertama anda di lamar secara serius? Bila kali pertama anda belajar bermain piano atau pun bila kali pertama anda mengirimkan wang kepada mak ayah di kampung? Lihat, kadangkala perkara itu taklah penting mana cuma bila mengingatkan semua tu akan membuatkan ia sejarah yang baik tentang diri anda.


Kalau mahu di kira, memang banyak perkara pertama yang berlaku dalam diri kita. Pertama kali mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, atau individu pertama yang berjaya mengelilingi dunia tanpa pakaian? [contoh]. :D


Juga, bila mendapat tempat pertama dalam peperiksaan, mendapat tempat pertama dalam sukan... atau pertama kali memandu Nissan Fairlady 350Z? Best kan? Hehee.. Serius, ni dah mula nak melalut ni haha, sekali sekala apa salahnya 2 kali - 2 kala, 3 kali - 3 kala..


Jadi apa yang berlaku pada aku minggu ini, yang sesuai untuk di jadikan cerita dalam "pertama", adalah aku sedang membuat pilihan terakhir untuk kereta pertama. Setelah di tolak, di tambah darab bahagi semua, aku fikir aku nak ambil kereta terpakai je sebagai kereta pertama. Mungkin Honda Civic EG 9 atau Civic EG 6.

honda civic eg 9
Sumber : www.honda-tech.com

Selain tu, minggu ini juga, aku berjaya menjaringkan gol pertama untuk Skuad IKMJB, setelah lama berehat selepas Sukan KKTM 3 bulan lalu. Perlawanan persahabatan tu berakhir dengan kemenangan 3 -1.


Tambah manis, hari Sabtu, aku dan 2 lagi staf berjaya merangkul Kejuaraan Pertama Piala Hjh Kamariah dalam pertandingan boling tertutup wargakerja IKMJB. Hahaha rekod ni akan terus diingat kot sebagai pemenang pertama piala ni :D


umm, panjang meleret dah cerita kali ni, aku rasa setakat ni jelah. Aku nak tanya, apa kisah "pertama" yang paling anda ingat dan suka sampai sekarang? Boleh kongsi - kongsi cerita kan?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Sifat Ego

/ July 6, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Manusia adalah makhluk unik. Terlalu banyak perkara yang perlu di selongkar untuk benar - benar kita mengenali diri sendiri. Apa tujuan untuk kita kenal diri? Supaya kita sentiasa bersyukur dan menghindarkan diri dari perkara yang di tegah.


Nyata untuk menjadi manusia yang sempurna itu adalah perkara yang amat mustahil, tetapi kita masih boleh menghampirinya dengan mengelak diri daripada terjerumus ke dalam sifat - sifat yang tidak di kehendaki dalam kehidupan.



Antara sifat - sifat yang perlu kita jauhi adalah sifat dengki & dendam, sikap berputus asa dan juga sikap meninggi diri, dan fokus utama blog entri kali ini adalah sifat ego yang jelas perlu di buang jauh dalam diri.

Sifat Ego

Sifat ego adalah penyakit hati yang bisa membawa kecelakaan jika ia terus bersarang di dalam hati. Ia abstrak tetapi boleh di kesan dari sikap seseorang.

PADINNO
Antara ciri - ciri orang yang mempunyai sikap ego adalah :

  • Menolak kebenaran atau Kufur dan meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya
  • Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya
  • Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan
  • Sangat suka berbahas. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran
    tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah
..dan beberapa ciri lain lagi. [1]

Secara peribadi, sifat ego ini ada dalam diri aku juga, dan aku berkongsi di sini bukan sahaja aku mengingatkan orang lain, malah untuk diri aku sendiri juga. Sama - sama kita renung dan fikirkan bagaimana untuk mengurangi sifat ini.


Sekali lagi aku ingin bertanyakan, apa tujuan kita mengenali diri?

[1] - Olahan dari artikel asal, Sifat Ego

Bila Larut Malam

/ July 5, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Hai hai hai.. apa khabar anda hari ini? Sihat sejahtera hendaknya di samping menjalankan tugas hakiki dan tugas - tugas lain. Kalau anda seorang pekerja yang berdedikasi, fokus dengan kerja anda, kalau anda masih bersekolah, jangan lupa siapkan kerja sekolah.


Hmm, dah 5 hari kita berada dalam bulan Julai, arghhh gagal lagi nampaknya aku nak buat post sehari sekali. Hajatnya bulan ni nak lepas 20 entry tapi nampak gaya macam tak kesampaian je kan. Tapi apa pun masih awal.


Yeah, banyak perkara yang di perkatakan minggu ini. Hal pasukan Malaysia yang melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala dunia 2014 meskipun tewas di Taiwan tapi tetap mara dengan kelebihan jaringan gol di tempat lawan. Mengulas mengenai perlawanan? Err.. tak perlu lah, ramai orang dah memperkatakannya.


Tidak kurang juga perkara berkenaan perhimpunan yang akan mencetuskan huru hara [?].. emm aku tak bercadang untuk mengulas lanjut.. ramai orang juga telah memperkatakannya. tunggu, dengar dan lihat je apa yang akan terjadi kelak.


Dalam blogosphere sendiri pun dah banyak je aku tengok orang memperkatakan atau menjayakan Wordless Wednesday, Spontaneous Thursday, Super Sunday [?].. Monday Blues [?] Tuesday? Friday? Saturday? Apa pula lepas ni?


Heh, kebanyakan orang dah bercerita, menulis, mengulas mengenai isu semasa. Well, zaman sekarang bukan susah nak dapat informasi kan? Bersepah - sepah.. Like says, 'maklumat di hujung jari'.. Ehemm..


Jadi, apa yang perlu di tulis lagi dalam blog ni? entahla kan.. Nak bercerita pasal diri sendiri je tak seronok juga.. Kehidupan biasa yang semua orang lalui juga, bekerja, makan dan bersosial. Nak bercerita mengenai tajuk berat, nah.. kat tempat kerja pun dah bermacam perkara berat menanti di tambah pulak pengisian blog dengan info berat.. ngeh~

cuando seas mia

Perenggan ke lapan, masih tiada apa yang harus di perkatakan. Jam sudah bergerak ke angka 2, elok rasanya aku menghabiskan entri ni, dan bolehlah shut down komputer dan shutdown kepala otak aku juga :D Terima kasih membaca..


Google+

/ July 2, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Setiap hari, pasti ada sahaja perkara baru yang muncul dalam hidup kita. walaupun kadang - kadang tidak sepenuhnya memberi kesan kepada diri, tetapi ia merupakan perkara yang perlu kita tahu.


Di televisyen tempatan, berita, laman sosial - banyak perkara yang boleh kita ketahui. Cuma sejauh mana kita mengambil berat akan perkara itu, hanya diri sendiri saja yang tahu.

Google+ Project

Projek ni mungkin dah lama benar di bangunkan, cuma dalam seminggu ni aku tertarik pada 2 blog entri :


Google sedang menguji laman sosial terbarunya, di namakan Google+, di mana aplikasinya lebih kurang je dengan Facebook. Laman sosial yang membolehkan kita berinteraksi dengan rakan - rakan, kenalan dan lain - lain.

google+
Sumber Gambar : myjazmanie.com

Antara feature yang terdapat dalam Google+ ialah Circles, Spark, Hangouts, Instant upload dan Stream mengikut circles. Yang lain - lain, aku belum discover lagi :D


Untuk pendaftaran aku pun tak pasti macamana, tapi kita boleh gunakan akaun gmail sedia ada. Kalau sesiapa yang nak join google+, bolehlah drop gmail address dan aku invite nanti. Takpun, join kat sini..Hee, yelah walaupun dah ada Facebook, apa salahnya tambah satu lagi google+, alang - alang dah ada akaun gmail kan?

google+ home
Sama macam friendster dulu la, dah ada akaun tapi beralih jugak ke Facebook, hee.. Nak kata mana lagi best? entah, tengok dulu cemana aplikasi google+ ni :D

google+ circle
Anda pulak macamana? Apa perkara baru yang anda jumpa dalam seminggu ni?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Completed!

/ July 1, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Terima kasih tidak terhingga kepada pengunjung dan pembaca yang berterusan memberi sokongan kepada Perjalanan Ini. Dalam 2 minggu ini aku berkesempatan menulis 3 blog entri sahaja. Mungkin dalam masa 2 minggu ni ada yang dah berpuluh agaknya :D


26 - 30 Jun, aku baru sahaja melengkapkan Kursus Komunikasi : Speaking & Presentation anjuran Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) yang di jalankan di De Palma Hotel Shah Alam. Kursus yang menawarkan pembelajaran mengenai kemahiran dalam berkomunikasi.


Mungkin kursus sebegini kita boleh jumpa semasa di bangku sekolah - grammar, speaking, small-talk dan presentation, tapi bagi aku kali ini lebih bermakna sebab bukan sahaja belajar (atau lebih di sebut refreshment), malah ia lebih kepada penggunaan seharian dalam kita bekerja di dalam organisasi.


Sebagai individu yang terlibat dalam pengurusan dan profesional, aku rasa ini memang sesuai untuk aku - dan mungkin juga untuk pegawai lain memantapkan kemahiran dalam berkomunikasi secara tertib dan profesional.


Minggu sebelum itu (19 - 23 Jun), aku menghadiri kursus 3D Modelling : Piping Design yang di jalankan di KKTM Pasir Mas. Kursus ini bertujuan memantapkan kemahiran tenaga pengajar dalam mengendalikan aplikasi komputer dan perisian Plant Design Management System.


Semasa di universiti dulu, aku hanya menggunakan perisian HYSYS, dan gambaran dalam 2 matra sahaja (2-Dimension), tetapi kali ini aku lebih teruja dengan aplikasi 3D. Ia lebih jelas jika di bandingkan dengan 2D, dalam konteks melihat kedudukan equipment, piping arrangement dan instrument.

phenol production plant

Gambar ini merupakan lakaran 2D, menggunakan Visio sahaja, (HYSYS dah hilang). Ia merupakan salah satu rekabentuk bagi penghasilan 50,000 MTA phenol. Aku sendiri dah pening tengok PID ni, huhu..

depropanizer plant
Gambar ini pula merupakan lakaran 3D, menggunakan PDMS, dan ia kelihatan lebih menarik dan mudah untuk di fahami. Ini hasil seminggu aku berada di Kelantan, tak sempat siap untuk keseluruhan loji (plant).

gas processing plant
Ha, yang ini yang betul - betul dah siap. Ini merupakan salah satu loji yang terdapat di Loji Pemprosesan Gas (Gas Processing Plant) di Kerteh, Terengganu.


Hehe aku rasa itu je lah sinopsis sepanjang aku berkursus 2 minggu anjuran ILKM. Harap - harap kursus yang mendatang lagi best, buat kat Genting pun cantik juga kan?.. *Ehemm, Pn Huda baca ke blog saya ni? hee..

Note | Motor aku tak hidup plak, 2 minggu tidur.. adehh

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap