padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Teknologi Mengubah Manusia

Teknologi Mengubah Manusia

/ August 20, 2011 /
Perkembangan teknologi semakin pesat. Kalau ketinggalan sedikit memang realitinya dah jauh ke belakang sebenarnya sekarang ni. Belum sempat lagi puas menggunakan teknologi terkini, muncul pula perkara - perkara baru yang lebih menarik.


Dari sudut positif, ia merupakan suatu perubahan yang harus kita nikmati sejajar dengan apa yang kita lalui masa sekarang. Teknologi di cipta untuk memudahkan urusan manusia, dapat menjimatkan masa dan mengelakkan beberapa risiko yang bakal berlaku.


Contoh mudah kita tengok sahaja penggunaan perkhidmatan jalur lebar. Banyak perkara dapat di permudahkan dengan kewujudan sistem dalam talian masakini. Pembayaran bil, pengisian borang atau data, penyampaian maklumat dan lain - lain menjadi mudah dan cepat.


Tidak perlu lagi kita beratur (membuang masa), keluar dengan kenderaan (pencemaran daripada pembebasan karbon dioksida, risiko kemalangan, kesesakan lalulintas, masalah parkir). Hanya menyelesaikan semua urusan di hujung jari di dalam bilik berhawa dingin yang selesa.


Tetapi, setiap perubahan ini juga kita perlu membayar sesuatu yang tinggi. Dari konsep kemanusiaan sosial adalah tampak janggal dan di lihat ia mengurangi sikap manusia untuk lebih mesra, beradab dan saling mengenali - mungkin bukan untuk semua keperluan.


nokia e75
Kewujudan teknologi ini - seperti yang di bincangkan di atas, menjadikan manusia hidup dalam diri dan teknologinya. Kurang pergaulan dengan jiran, atau lebih teruk terhadap isi rumah sendiri. Masing - masing menghadap komputer, smartphone dan komunikasi langsung terlalu terbatas.


Di akui penggunaan smartphone memang menghiburkan. Tetapi apabila terlalu khayal, asyik dan leka dengan aplikasinya, menjadikan orang di sekeliling menjadi buntu. Bayangkan situasi 4 sekawan minum di gerai mamak, di mana 3 di antaranya leka dengan 'permainan peribadi', seorang lagi?


Kalau aku berada di situasi berkenaan, memang aku cari kunci motor, start dan blah je.. Maaf cakap, aku lebih senang tidur berbanding duduk bersendirian seperti situasi di atas. Bukan aku tak mampu memiliki gadjet seperti itu tapi aku merasakan ia bukan keperluan aku. Bak kata orang, bezakan antara keperluan dan kehendak.


Sebagai rumusan, aku menganggap perubahan dan kepesatan pembangunan teknologi ini adalah platform terbaik untuk kita maju, namum kena seimbangkan supaya hidup ni sentiasa ceria tanpa mengurangi sedikit pun sikap dan nilai hidup manusia. Apa komen anda?

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap