padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Cabaran Blogger : Satu Hari Di Hari Raya

Cabaran Blogger : Satu Hari Di Hari Raya

/ August 18, 2011 /
Sempena hari raya yang akan menjelang tiba nanti, pastinya ramai di antara kita sudah memikirkan perkara - perkara berkaitan. Apa pun, persiapan hendaklah selari dengan budget yang ada takut nanti lepas raya termenung lama pulak.


Pastinya bila sebut je raya ni, ada kisah - kisah yang boleh kita ingat dan kenang sepanjang masa. Pengalaman itu boleh dikongsikan samada untuk menjadi teladan, pengajaran ataupun idea kepada yang lain untuk meraikan raya dengan cara yang lebih menarik, mana tahu kan?


Jadi, kalau rakan blogger ingin berkongsi atau membaca kisah satu hari di hari raya, bolehlah melawat Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya, sebab sambutan atau kisah setiap individu adalah unik dan mungkin tidak sama atau sama dengan pengalaman anda.


Kisah raya aku, emm.. aku rasa sama sahaja setiap tahun. Mungkin sama tapi tak serupa, maksud aku kalau waktu kanak - kanak, seronoknya raya boleh mengumpul duit raya, dapat baju raya baru dan boleh bermain dengan sepupu - sepupu yang lain. Bila dah remaja dan awal dewasa ( ada ke istilah ni?),mesti lain sikit rasanya kan.


Raya paling istimewa bagi aku, mungkin raya tahun lepas. Entahlah kenapa, tapi dari dulu lagi aku berniat tahun pertama aku beraya sebagai pekerja, aku akan tanggung semua perbelanjaan raya dan Alhamdulillah aku dapat melaksanakannya.


Rasa lega dan seronok bila tengok wajah mak abah ceria dengan persalinan raya yang baru. Agaknya sama la perasaan macam aku dapat baju raya masa kecik dulu hehee.. Dah besar anak bongsu diorang nih! ekekee..

birthday padin
Juga, kebetulan tahun lepas Aidilfitri jatuh pada hari yang sama dengan ulangtahun kelahiran aku, err secara tepatnya 2 Syawal (11 Sept).. Best la jugak dapat SMS dari kawan - kawan dengan ucapan Hari Raya dan UlangTahun serentak. Kira duit raya + hadiah la kan..


Cuma, apa yang aku rasa sampai sekarang masih belum berlaku ialah sesi bersalaman, mohon kemaafan secara formal. Yelah kalau dalam TV, atau mungkin memang amalan keluarga lain ibubapa akan duduk, dan anak - anak beratur bersalaman dan memohon kemaafan.


Keluarga aku, tidak. Hanya bersalaman seperti biasa, dan menghulurkan duit raya dengan ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin", hee. Dan, adik beradik aku yang lain akan mencium tangan mak abah.. Aku je yang belum pernah.


Tahun lepas, aku nak cuba buat untuk kali pertama, tapi bila melihat mak aku dah tak dapat nak menahan sebak, mungkin teringat arwah kakak aku, langsung aku mematikan je niat tu. Takut - takut dia lagi sebak dan terharu sebab aku memang tak pernah buat sebelum ni.


Harapnya, tahun ini aku berjaya lakukannya. Bukan aku bersikap ego, bukan aku bersikap derhaka, cuma aku rasa ia bukan kebiasaan. Aku sendiri terasa meremang bila anak buah mencium tangan ketika bersalaman.. Huhuu..


Aik, dah panjang berjela pulak kisah raya ni. Huhuu maaflah, saat memulakan entri ni tadi memang taktahu nak tulis apa, tapi bila dah mula tak sedar dah masuk perenggan ke 12 dah mueheehe..Oklah setakat ini sahaja kisah satu hari di hari raya aku yang dapat aku kongsikan. Terima kasih membaca. Anda pula, bagaimana?

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap