padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Temuduga : Penampilan

Temuduga : Penampilan

/ May 3, 2011 /

Pernah seorang kenalan, datang menyapa aku dan bertanyakan tentang perihal semasa di temuduga. Umumnya, hal - hal seperti persediaan sebelum, perkara yang perlu di bawa semasa temuduga dan tak lupa juga penampilan semasa di temuduga.

Secara ringkas, proses temuduga amat penting untuk kita memberi gambaran awal tentang keupayaan, atitud, potensi dan juga dedikasi kita sekiranya diterima bekerja kelak. Jadi, beberapa perkara utama perlu kita ambil perhatian supaya kita boleh menang dalam peringkat pertama.

Persediaan amat penting. Pengetahuan bidang kerja yang di pohon, bersesesuaian dengan bidang yang di pelajari dan kesediaan mempelajari perkara baru merupakan suatu langkah awal .



Pun begitu, kita masih tidak boleh mengetepikan hal penampilan semasa menghadiri temuduga. Etika pemakaian yang betul dan bersesuaian setidak - tidaknya menampakkan kita profesional dalam tindakan kita. Berikut merupakan cadangan aku mengenai tatacara pemakaian ketika menghadiri temuduga.

Memakai kemeja berlengan panjang, dan pastikan ia berbutang sempurna sehingga ke lengan. Jika tiada, kenakan cufflink, supaya penampilan kita sentiasa kemas dan rapi. Persalinan sebegini menampakkan anda lebih profesional dan elegan.


cufflink
Sumber Gambar : lunadeapril.xanga.com

Pemilihan warna yang tepat juga boleh membantu. Gunakan warna yang lembut seperti biru, kuning dan jika mahu selamat, gunakan sahaja warna putih. Elakkan memilih warna terang seperti merah, oren dan juga baju bercorak belang atau berkotak - sukar untuk mencari padanan tali leher.

Dan jika semuanya sudah OK, jangan biarkan baju anda berkedut. Gosok jangan tak gosok! Keh3.. Aa, seperkara lagi yang boleh menjadi perhatian, penampilan wajah. Bersihkan muka, sisir rambut dengan rapi, gunakan minyak rambut dan kemaskan misai dan janggut - jika ada. Tampilkan senyuman yang manis, untuk mengelakkan perasaan gementar.

Aku rasa setakat ini sahaja, mungkin ada lagi tambahan yang boleh di lakukan supaya kita lebih yakin semasa menghadiri temuduga. Kalau perempuan, aku rasa lebih kurang sama je, dan yang penting, elakkan dari memakai perhiasan dan tidak terlalu menjolok mata. :D

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap