padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Sementara Cuma

Sementara Cuma

/ May 7, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Kehidupan berjalan seperti biasa. Ayam masih berkokok di waktu pagi mengejutkan si ibu barangkali, aneka kereta bersimpang siur di jaringan bebatuan, lestari manusia mencari rezeki, sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan andai ada hari esok untuknya.


Bumi tidak pernah sekali gagal menuruti paksinya. Hari bersilih, musim berganti. Anak kecil membesar menjadi remaja, remaja semakin matang menuju dewasa. Namun, semua ini sementara cuma, itu janjiNya.


Sekiranya kita mengambil beberapa perkara yang lebih jelas untuk di bincangkan, aku lebih senang untuk berbicara hal hati dan perasaan. Ya. Ia suatu perkara unik yang perlu kita syukuri. Dengan hati yang satu, ia boleh menjadi pelbagai keadaan.


gambar katak

Perasaan kasih sayang, rindu, dendam, cemburu, marah dan lain lain lagi merupakan suatu rasa unik yang kita boleh rasa. Ia hadir sementara cuma. Ada orang, dalam masa singkat sahaja boleh mendapatkan rasa kasih dan sayang, ada orang yang memerlukan masa yang lama. Tapi, awas! Ia boleh berlaku sebaliknya dalam sekelip mata.


Tidak dapat tidak, kita tidak boleh menghalangnya dari berlaku. Ia hanya melibatkan tentang cepat atau lambat sahaja. Sebagai Umat Islam, kita wajib percaya Qiamat itu benar, cuma entah bila ia akan berlaku. Dunia ini sementara sahaja. Siang akan bertukar malam. Pagi akan beredar ke petang.


Begitu halnya dengan perasaan manusia. Kalau semalam kita bersukaria, boleh jadi hari ini hari yang mendukacitakan. Jikalau semalam hari yang terindah, boleh jadi hari ini hari yang menyeksakan. Ya! Anda setuju ia sementara cuma?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap