padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Pembangunan Sahsiah

Pembangunan Sahsiah

/ May 25, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Sifat peribadi dalam konteks mengenal diri amat kompleks. Ingin mencapai prestasi terbaik merupakan suatu perkara yang perlu di bangunkan dalam diri sendiri, dan bukan dari desakan pihak lain. Kesedaran perlu datang dengan sendiri, dan jika perlu di bantu ia adalah pada tahap minima.


Kepentingan pembangunan sahsiah diri bukan sahaja baik untuk peribadi diri, malah juga persepsi masyarakat sekeliling. Softskill ini boleh di bina, di bangunkan dan ia merupakan kelebihan dalam apa jua tujuan.


Sebagai contoh terdekat, calon temuduga selain mempunyai kemahiran dalam bidang kerja yang di pohon, mereka juga perlu ada softskill dan sikap yang terpuji. Elemen pengurusan masa, disiplin, komunikasi, berdikari dan keyakinan diri turut diambilkira.


Kebanyakan dari kita masih belum sedar apakah kepentingan sebenar elemen - elemen ini dan bila ia akan digunakan. Mengambil mudah dan memandang enteng tentang hal - hal sebegini boleh mengundang permasalahan kelak.


Justeru, pembangunan sikap dan sahsiah ini perlu di bentuk sejak dari awal supaya ia sebati dengan diri kita. Individu yang sedar akan hal ini, akan cuba memperbaiki sedaya upaya supaya menjadikan diri mempunyai kelebihan berbanding yang lain.

kenal diri
Sumber : funzu.com

Jika dilihat, dalam program pembelajaran semua aspek dan elemen ini telah diserapkan, samada kita sedar atau tidak. Disiplin dalam menjaga masa, pengurusan diri serta berkomunikasi dengan baik merupakan elemen terpenting dalam pembangunan diri.


Minggu lepas, aku baru sahaja menamatkan bengkel pembangunan sahsiah untuk pelajar IKM/KKTM di Kulim, Kedah. Elemen - elemen yang penting telah diserapkan dalam silibus pembelajaran dan perkara tersebut akan dinilai bagi menentukan prestasi semasa pelajar.


Apa yang di harapkan melalui bengkel tersebut, pelajar yang telah tamat pengajian akan menggunakan kemahiran yang ada tidak kira dari segi kemahiran teknikal atau kemahiran kemanusiaan dalam menjalankan tugas atau kerja kelak.


Pengalaman akan mengajar kita untuk memperbaiki diri kita yang dahulu. Akhir kata, bangunkan sahsiah diri, agar kita berada setapak di hadapan berbanding orang lain. Komen anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap