padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Jauhi Sifat Dengki

Jauhi Sifat Dengki

/ May 20, 2011 /
Dalam kita mengharungi hidup hari demi hari, pelbagai ragam dan sikap manusia dapat kita kenalpasti, samada jauh atau hampir dengan diri malah mungkin ada dalam diri kita. Bercerita mengenai kepelbagaian, memang tidak boleh lari dari aspek kehidupan sendiri, seperti hidup mewah, tamak, berjaya, tersisih dan lain - lain.

Perbezaan kehidupan manusia ini sebenarnya boleh menimbulkan sifat iri hati dan hasad dengki pada manusia. Hasad dengki merupakan penyakit hati yang merbahaya, melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.

Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini adalah perasaan hasad dengki.

Sifat ini akan membawa kebinasaan sekiranya ia dibiar bersarang dalam hati manusia. Hasad dengki akan memacu sifat mazmumah yang lain seperti sifat meninggi diri (sombong), membangga diri, merasa tidak puas hati yang akibatnya akan menimbulkan permusuhan dan persengketaan.

Agama Islam sendiri melarang keras umatnya bersifat dengki kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta mendatangkan kesan yang buruk. Kebiasaannya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang.

Jadi kalau ada di antara kita mempunyai sifat ini, maka segeralah mengubatinya. Bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak membanding - bandingkan diri dengan orang lain dah cukup rasanya untuk kita mengelak sifat dengki.

kemunculan pelangi
Warna yang sentiasa iri hati dan meninggi diri akhirnya bersatu dan menjadi pelangi yang indah

Saya sendiri dalam proses mengenal diri, dan merasakan sifat ini memang tidak perlu kalau kita ingin berjaya. Iri hati melihat kesenangan orang lain, sedangkan apa yang perlu adalah mendoakan semoga kesenangannya berpanjangan.

Jadi saya rasa setakat ini sahaja tazkirah pagi Jumaat ni, mudah - mudahan kita semua mendapat berkat darinya. Okey, pelajar - pelajar sekalian, kamu semua boleh bersurai dan masuk kelas masing - masing....

....Tazkirah ringkas daripada En Fadzil Noor semasa perbarisan pagi sebelum pelajar memulakan pelajaran...

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap