padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Nostalgia Masa Lalu

Nostalgia Masa Lalu

/ March 12, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Orang kata, mengingatkan kembali masa dulu ada yang menyeronokkan, dan kadangkala langsung tidak mahu di ingat semula. Nostalgia seperti ini memang sukar dipadam sebenarnya, kecuali ada masalah hilang ingatan ataupun dah nyanyuk.


Aku juga berasa macam tu. Sesetengah perkara aku tak mahu ingat langsung, dan kebanyakkannya kenangan tu terlalu manis untuk di kenang. Dalam minggu ini, sambil aku menjelajah blog rakan - rakan, mata aku tertarik dengan suatu cerita biasa tapi punya makna yang luar biasa.




Siapa tidak pernah bermain belon air sabun? Aku tak pasti kalau ada yang tidak berpeluang untuk bermain permainan ini, tapi sememangnya ia permainan ringkas yang amat menghiburkan. Ya. Waktu kanak - kanak, semua perkara boleh dikatakan seronok dan menghiburkan.


Mandi hujan, berbasikal keliling kampung, berperang. Semua itu menyeronokkan. Itu belum di tambah dengan permainan tradisional konda - kondi, teng - teng, baling kasut dan pelbagai lagi bentuk permainan. Nak kembali ke permainan lama ni? Huh, mungkin mereka lebih mengenali Need For Speed Underground, Counter Strike ataupun Football Manager.


Apa pun, ia bukanlah sesuatu yang salah, malah ia sebenarnya menunjukkan perkembangan yang baik seiring dengan kemajuan yang kita capai masakini. Jangan pula nanti di katakan ketinggalan zaman, atau pun masih di takuk lama. Panas telinga juga mendengarnya kan.


nostalgia
Sumber Gambar : thepluginsite.com/gallery

Suatu perkara yang aku rasa memang dah takde masa sekarang, Siaran Langsung Keputusan Bola Sepak Liga Malaysia di radio. Aku tak pasti sebab aku pun dah lama tak buka radio waktu malam. Kalau dulu, setiap perlawanan liga, setelah berita jam 10 di Radio 1 Kuala Lumpur, juruhebah akan membuka ruangan khas untuk menyiarkan siaran langsung keputusan perlawanan.


Juruhebah akan membuat panggilan dan mendapatkan maklumat dari setiap venue pertandingan dan mengemaskini keputusan semasa sehingga wisel penamat. Masa tu memang mendebarkan. Selalunya, 8.45 malam aku akan buka Radio Shah Alam untuk mendengar siaran langsung, dan pukul 10 baru beralih ke Radio 1 Kuala Lumpur.


Heh, kalau nak di singkap memori lama, memang tak habis. Sekadar melonggarkan fikiran, tambah pula sekarang ni aku agak sibuk dengan kerja hakiki, dan asyik penat setelah melakukan latihan, apa salahnya bersantai dengan nostalgia masa lalu :D Apa nostalgia anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap