padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Berterus Terang

Berterus Terang

/ March 27, 2011 /

Berterus terang, dalam kata lain, ia berkaitan dengan kejujuran dan kebenaran samada terhadap diri sendiri, orang lain dan mungkin juga persekitaran tentang suatu perlakuan. Berterus terang ini lebih merupakan suatu tanggungjawab ke atas perkara yang kita rahsiakan, samada ia baik atau sebaliknya.

Pelbagai perkara dan keadaan yang kita sendiri rahsiakan, tidak kira apa jua alasan. Ada sebab - sebab tertentu untuk kita merahsiakan beberapa perkara, tetapi sebenarnya ia adalah tanggungjawab kita untuk meleraikannya, samada serta merta atau perlu mengambil masa.

Sebagai manusia, memang banyak perkara yang perlu di beri perhatian, dan sesetengah perkara terpaksa di diamkan, dan individu tersebut pasti mempunyai alasan tertentu kenapa mereka merahsiakannya. Adakah rahsia itu akan menjadi titik hitam dalam kariernya? Adakah rahsia itu memberi kesan kepada kehidupannya?

Persoalan dalam blog entri kali ini menyingkap sikap berterus terang dan mendiamkan diri. Yang mana sepatutnya perlu kita hindari? Adakah sikap berterus terang terlalu bahaya, atau bersikap mendiamkan diri? Apakah keadaan ini akan memberikan kesan yang buruk?


sabar
Aku melihat, perkara ini bukan suatu ketetapan. Dengan kata lain, ada masanya kita perlu berterus terang, dan ada masanya kita perlu merahsiakan sesuatu. Hal ini kerana, ada perkara yang baik untuk kita berterus terang, dan begitu juga sebaliknya.

Semasa di bangku sekolah, ada sahaja alasan yang di berikan sekiranya pelajar tidak menyiapkan tugasan yang di beri. Buku hilang, buku tertinggal di sekolah dan berbagai - bagai alasan lagi. Ada yang berterus terang dan menjawab "Saya malas nak buat Cikgu"??.. Aku rasa zaman itu, nak angkat muka pun tak berani. Zaman sekarang? Hmm.. Cikgu di layan seperti kawan - kawan.

Banyak sebenarnya kes berterus terang ni kalau nak di ceritakan satu persatu, mungkin panjang berjela entri ni. Tapi seeloknya, kalau nak merahsiakan sesuatu perkara, biar sampai orang lain tak boleh korek dah, jangan pula sampai di kesan orang lain. Masa tu, tak berguna lagi nak berterus terang.

Aku bagi contoh yang mudah. Katakan si lelaki sebagai A, dan perempuan B. A mengajak B keluar - (ke mana - mana la), dan B menolak, mengatakan sakit kepala, pening, penat dan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. Alih - alih B dapat di kesan dan berada di pusat membeli belah.. Haitt?? Kenapa tak berterus terang sahaja? Hahaa..

Berdasarkan 2 kes di atas, sebenarnya individu ini telah melakukan 2 kesalahan etika, di mana tidak berlaku jujur dan juga menipu. Hehee, dah macam ajen penyiasatan pulak. Err bukan apa, kalau pun kita sukar untuk menjadi insan terbaik, tapi sekurang - kurangnya kita meminimakan jurang tersebut.

Bagi pembaca, apa perkara yang anda rahsiakan dalam sehari dua ini? Adakah ia keterlaluan untuk di kongsikan? Hahahaa, berterus teranglah...

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap