Hari ini, genaplah 3 tahun saya menggunakan Perodua Axia G. Walaubagaimanapun kereta ini didaftarkan atas nama Ciktom, bagi memperingati "Kelisa" yang terlibat dengan kemalangan lewat 2017. Tapi sebab saya pandu, saya kena bayar bulanan. Eh ye ke camtu?
Kemaskini Aksesori Perodua Axia G setelah 3 Tahun
Umum
Sehingga artikel ini ditulis, catatan mileage menunjukkan angka 40834 km. Secara purata kalau saya menggunakan Axia tanpa bergilir kereta lain untuk ke tempat kerja, lebih kurang 50 km sehari (ulang-alik) dan hampir 250km untuk 5 hari bekerja.
Sepanjang tempoh 3 tahun ini juga, 3 kali saya memandu Axia ke luar Johor; kali pertama ke Terengganu - balik kampung Ciktom, kali kedua Port Dickson dan kali ketiga Shah Alam untuk event keluarga Ciktom.
Alhamdulillah tiada sebarang kerosakan major mahupun minor. Pemeriksaan dan penyelenggaran ikut jadual yang ditetapkan. Cuma tayar belakang 2 kali terkena paku.
Baca juga >>Pengalaman 6 Bulan Memandu Axia<<
Visual Enhancement
Saya tidak berhasrat mengubahsuai sistem enjin, suspensi dan lain - lain melibatkan prestasi. Cuma biasalah bila banyak menghabiskan masa di aplikasi online seperti shopee, mulalah berangan untuk menambahbaik visual atau make-up (ada aksesori yang tak perlu pun sebenanrnya). Berikut saya senaraikan beberapa aksesori yang saya tambah untuk Axia Ciktom.
1. Bodykit Gear Up Axia 2017
Berkaitan bodykit ni, akibat salah faham dengan sales advisor terpaksa la tangguh sampai ke tahun 2022 baru pasang. Cuma saya beli di platform shopee bukan melalui Perodua Servis Center. Difahamkan semasa saya ingin membuat tempahan, bodykit versi facelift 2017 dah dihentikan pengeluaran.
Pautan : Bodykit Gear Up Axia 2017
2. Axia Arm Rest
Dua kereta saya yang lain dilengkapi dengan arm rest. Jadi bila tanpa arm rest rasa macam tak seronok. Jadi saya usul pada Ciktom untuk beli arm rest.
Pautan : Arm Rest Axia
3. Interior Slot Mat Rubber
Ini memang terpengaruh dengan iklan. Konon nak letak di slot untuk elakkan habuk, in fact sampai sekarang saya masih belum letak di slot dalam kereta
Pautan : Interior Slot Mat Rubber
4. Door Sill Strip (Sticker)
Kalau nak beli original produk Gear Up boleh saje tapi sebab fikir benda ni akan dipijak selalu, jadi beli yang jenis pelekat sahaja. Alhamdulillah sampai hari ini masih elok dan tidak terkopek lagi.
Pautan : Door Slip Strip
5. Emblem Axia (epoxy)
Nak bagi meriah emblem perodua tu, saya beli juga pelekat emblem perodua. Bukan mahal pun kalau tercabut boleh ganti yang baru dengan senang hati.
Pautan : Emblem Axia
6. Front Lamp Eye Lid
Entah apa yang merasuki, saya pon beli juga eye lid konon nak nampak macam alis mata. Ah. Layan saje. Kalau takde pon takde masalah. Dah namanya saja nak melawa kan?
Pautan : Eye Lid Carbon Fiber coating
Oh ya terlupa. Satu lagi item yang tiada dalam senarai adalah sarung kerusi (seat cover) Gear Up. Sarung ini saya dapatkan melalui tempahan di Perodua Servis Center. Kalau ada ready stock memang cepatlah. Bukan rezeki saya tiada ready stock jadi kena lah menunggu.
Bila ada anak kecil, pakai sarung kerusi PVC ni kurang lah sikit sakit kepala kalau air atau makanan tertumpah dalam kereta.
Enjoy!
0 comments